Sekarang
ni, zaman millineum ni... merokok dah mcm satu trend. Terutama kat
bandar2 besar, perempuan pun dah tak serupa perempuan bila masing2 nak
ikut trend tu. Tapi dimata mereka kalau tak merokok, takder style lah
kan...kalau lelaki mmg takyah cakap lah...kononnya tak macho la kalau
tak berasap...erksss, hello...yg macho tu lelaki yg tak hisap rokok
okey, yg pandai jaga kesihatan, yg pandai jaga kesihatan orang orang
sekeliling mereka...itu barulah Macho! ok tak nak citer tentang mereka2
yang masih anggap rokok teman setia mereka.
sekarang
ni nak citer tentang hepinyer saya bila encik suami dah berhenti
merokok.... Alhamdulillah...lepas 2 tahun mencuba... perlahan2 tinggalkan
tabiat merokok akhirnya hampir setahun (waktu entry ni ditulis) dah dia stop smoking 100%.
yerlah, isteri mana yg tak bahagia bila suaminya berjaya berhenti
merokok kan...dulu suami saya start merokok dari zaman sekolah lagi,
dari rasa ingin mencuba...konon macho la kalau hisap rokok....last2 nak
berhenti susah...ha kan...dah umur 30an barulah berjaya...apapun
masih tak terlalu lewat untuk berhenti....sebelum lebih buruk lagi
kesihatan baiklah fikir2kan...so rasanya, ramai insan2 diluar sana yg
ada hajat nak berhenti merokok kan? Firstly, TAHNIAH sebab anda sudah
memulakan langkah pertama dengan membaca artikel yg ingin saya kongsikan! Don't GIVE UP!!
meh
saya sharekan antara tips tips yg cek abang saya gunakan semasa proses nak
berhenti merokok....mana tahu boleh dijadikan panduan untuk anda
semua....
1. Azam dan keinginan untuk berhenti. Tetapkan target waktu.
Ok, saya percaya mereka yang membaca hingga keperenggan ini telahpun mempunyai azam untuk stop smoking kan? tak kiralah sedikit ataupun kuat azam kamu tu sekurang2nya anda telah tanam sesuatu diminda anda, dihati anda.
Tapi, azam juga perlu ada tujuan dan target. anda tulis azam anda besar
dan tampal ditempat anda sering lihat. Jangan lupa tetapkan jangka
waktu dimana anda telah berjaya mencapai azam anda itu. Penting untuk
anda letak target waktu tau! setahun, 6 bulan, 3bulan...tapi MESTI ada.
2. Kuatkan iman, merokok dalam islam adalah haram.
semasa suami saya mula mahu berhenti merokok, saya selalu ingatkan (pada dia saya membebel la..hihi) tentang hukum2 agama terhadap perkara2 yg merosakkan badan sendiri seperti merokok. Rasanya semua orang pun tahu hukum memudaratkan diri sendiri...cuma bagi perokok mereka tidak mengambil serius...rasa sayang pada rokok lebih menebal. Satu lagi yg selalu saya buat ialah share fakta2 dan nasihat2 tentang rokok di wall fb suami..hehehe
3. Tetapkan pendirian. Kurangkan kuantiti dari sehari ke sehari.
ok, kalau nak stop terus mmg agak mustahil dan payah lahkan...tapi cuba kurangkan kuantiti berapa batang sehari...kalau biasa 10batang sehari...hari ni kurangkan ke 9 batang...esok 8 batang...dan seterusnya. Memang akan mengambil masa tapi sekurang2nya anda cuba utk mengawal ketagihan nikotin anda.
4. Ikuti Klinik berhenti merokok di Klinik-klinik kesihatan terdekat.
Kerajaan juga menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat. Oleh itu byk Klinik2 berhenti merokok dilancarkan bagi membantu perokok2 tegar. Apapun sebelum join program ini anda perlulah mempunyai keazaman yg kuat untuk berhenti merokok. Klinik ini menyediakan kaunselor dan pakar pemakanan yg akan memantau anda...suami saya sempat join program ini 2bulan shj...lepas tu dia malas...gagal utk menghadirkan diri. Bagi mereka yag sungguh2, dan punya jadual yang lebih flexible boleh cuba kaunseling ni
5. Beritahu keluarga dan rakan rakan sekeliling matlamat anda.
Yang ini penting...kenapa anda perlu beritahu keluarga dan rakan2? Sebab anda sgt perlukan sokongan mereka semasa proses anda berhenti merokok. Percayalah...merokok ni lebih seronok kalau berkawan kan? Lepas sebatang, sebatang ditarik dr kotak pun tak sedar. Jika ada rakan2 yg tidak menyokong hasrat anda, jauhkan diri sementara dengan mereka. Berkawanlah dengan mereka yang positive dan sebaiknya berkawanlah dengan org yg tidak merokok. Bykkan masa bersama keluarga kerana keluargalah org yg paling akan menyokong anda.
6. Sibukkan diri dan jari jemari anda.
ok...biasanya org merokok nih diwaktu senggang kan? lepas makan, waktu borak2 ngan kengkawan...so, hindari aktiviti2 yg boleh menyebabkan anda teringat akan ketagihan tu. spare gula2 angin jika perlu. yg dah terbiasa rokok kat hujung jari jer tu boleh la sibuk2kan jadi anda dengan aktiviti lain...contoh...tulis blog, atau anda boleh juga join Group berhenti merokok untuk lebih info2 dan sharing pengalaman dari bekas perokok lain. Yang penting, penuhi aktiviti anda dengan aktiviti2 yang lebih sihat.
7. Jangan jatuh kedalam perangkap "hanya sebatang jer" atau " se pump jer".
Bila anda sudah dapat menghentikan atau mengurangkan tabiat merokok, peringkat awal tu mmg saat paling getir, banyak godaan dan juga hasutan. Tetapkan pendirian anda. jgn pernah anda terasa ingin mencuba, atau saje2 nak teman kawan hisap rokok. Nescaya apa yang anda usahakan selama ini akan menjadi sia2. Godaan dari kawan2 antara yg paling kuat. Sebab itu saya katakan, kurangkan aktiviti bercampur dengan mereka. cari kawan2 yang tidak merokok dan habiskan masa bersama mereka lebih kerap.
8. Minum air masak lebih banyak.
Tips yg ini mmg berkesan...semasa dlm proses melawan ketagihan, anda perlu lebihkan minum air masak. Air akan membawa keluar toksin dari tubuh anda dan membersihkan sistem tubuh badan anda secara perlahan2. selain itu air juga akan mencuci septor2 rasa disekitar mulut anda yg menyebabkan anda rasa ketagihan. Jadi, sediakan botol 1 liter di meja kerja anda dan refill 3-4 kali sewaktu anda dipejabat atau dirumah.
9. Dapatkan Supplement yang sesuai untuk anda
Part ni mmg special, sebab bagi mereka yg betul2 inginkan kejayaan dlm misi berhenti merokok ini seharusnya sedar, semasa atau selama anda merokok, anda telah kehilangan banyak vitamin dan zat dari tubuh badan anda dan badan anda telah pun di masuki terlalu banyak radikal2 bebas. jadi, lompong2 keperluan zat dan vitamin itu perlu diisi semula dengan yg sepatutnya. Supplement antioksidan seharusnya diambil lebih berbanding mereka yang tidak merokok. Disini saya syorkan pengambilan beberapa vitamin yg bagus untuk anda dan dapat membantu memulihkan ketagihan anda terhadap rokok. Antara yg terbaik ialah VIVIX, ada beberapa testimonial yg berjaya mengawal rasa ketagihan dengan vivix ni, nanti akan saya ceritakan di entry akan datang. Selain itu supplement anti oksidan seperti Vitamin E complex, Vitamin C Sustained Released dan juga B complex sangat diperlukan oleh anda. Semua vitamin dan supplement ini saya beri pada suami sehingga sekarang. alhamdulillah....
10. Jangan bertangguh, mulakan dari sekarang.
Jika anda mampu membaca artikel ini sehingga ke tips ke 10, bermakna anda sudah bersedia untuk berhenti merokok. Jangan toleh ke belakang lagi, jangan tangguh2 lagi. Mulakan sekarang! anda berhak hidup sihat, orang sekeliling anda berhak terhadap udara bersih. Lakukan sekarang!
Jom tonton video pengalaman suami saya berhenti merokok
golek-golek sampai kat sini. tahniah abam PB berjaya berhenti merokok dengan produk yang hebat ini. semoga terus sukses!
ReplyDelete:) mekasih epul
Delete