Wednesday, October 15, 2014

9 TIPS MENGURUSKAN PERNIAGAAN ONLINE

Saya berniaga online sejak tahun 2005 lagi. Saya berniaga semasa masih bekerja makan gaji dulu lagi, yang mana "kedai" saya adalah melalui blog, balik kerja update blog...masa tu belum kenal Facebook lagi. Tapi blog masa tu pun just guna untuk upload bahan jualan jer...bukan nak bercerita macam blog sekarang nih...hihihi...tapi rasa sayang pulak sbb blog yg lama tu tak boleh nak login lagi, lupa password dah...tapi pada zaman ni, berniaga online belum glamer sgt lagi, tapi alhamdulillah, mmg pembeli sgt ramai. Saya jual baju kanak2 terpakai (bundle) masa tu. Memang macam goreng pisang panas...saya belum Upload lagi org dah tunggu dan asyik tekan button "refresh", dengan beberapa minit sahaja bahan jualan akan habis terjual. Tapi saya tak tahan lama walaupun hasil agak lumayan kerana rasa penat sgt sbb terpaksa berhadapan dengan supplier bundle yg kaki klentong. Saya berhenti jual pakaian kanak2 bundle dan hasil dari bisnes bundle tu saya start jual pakaian kanak2 berjenama juga secara online sehingga hujung tahun 2012. Alhamdulillah bermodalkan RM500 sejak berniaga bundle dulu kini saya sudah mampu memiliki sebuah butik pakaian kanak-kanak. Semuanya dari Bisnes Online!

Dulu ramai juga yg PM tanya saya tips, yang minta pendapat dan nasihat, sebelum mereka memulakan perniagaan online, saya harap perniagaan mereka juga semakin berkembang dan berjaya. Selepas tahun 2012, saya menjadikan bisnes pakaian kanak2 kepada bisnes konvensional, dan menjadikan bisnes Shaklee saya pula sebagai bisnes online yang baru. Nampak berbezakan? tapi konsepnya tetap sama...tak kiralah walaupun zaman ni ada pelbagai media sosial yang boleh anda gunakan untuk bisnes online....blog, facebook, twiter, instagram, youtube....tapi konsepnya tetap sama.


Jom saya share ilmu serba sedikit yang saya ada. Ilmu untuk kekal bertahan dalam bisnes online. Ilmu yang saya dapat dari pengalaman saya sendiri (saya tak pernah belajar dari mana2 seminar atau orang perseorangan) modalnya cuma SAYA! Aplikasikan dlm bisnes anda!

1. Ucapan dan bahasa yang sopan dan mesra.

Benar! 1st impression sgt penting. Ucapkan salam dan selamat setiap kali anda memulakan perbualan dengan pelanggan anda. Layan pelanggan online anda dengan sopan dan mesra tapi bukan mengada2! walaupun pelanggan anda tidak nampak, tapi melalui perkataan2 yang anda taip di keyboard boleh dizahirkan diskrin komputer mereka. Jika anda menaip sambil senyum dan ikhlas....ia akan sampai ke  pelanggan online anda. Begitu juga di media sosial anda...pastikan and menggunakan bahasa yang sopan dan positif!

2. Jawap respond secepat mungkin.

Ha, jika anda berniaga online, anda perlu alert dengan reponds dari pelanggan. Jika pelanggan meminta anda untuk Pm ke inbox beliau, lakukan segera. Sebab pelanggan akan tertunggu2 Pm anda selepas mereka komen (jika di facebook) atau di media sosial yg lain. Jika anda lambat menjawab kemungkinan besar pelanggan akan mencari seller yang lain atau mungkin juga "hilang keterujaan" untuk membeli. o take noted perkara penting ni ye...

3. Boleh bertolak ansur.

Perkara penting untuk menjadi peniaga ialah, boleh bertolak ansur, maksud bertolak ansur ini ialah jangan terlalu rigid, contohnya, harga barang yang dijual RM 59.50, tambah postage RM6.00 menjadikan jumlah RM 65.50. Pelanggan minta kurang RM0.50 pun tak boleh dan tolak mentah2 permintaan pelanggan. Mungkin pelanggan akan membeli, tapi itu yang pertama dan kali terakhirlah dia berurusan dengan anda. Sayangkan kerana RM0.50 anda hilang pelanggan setia.

4. Harga berpatutan dan berkualiti seperti gambar.

Harga berpatutan disini bermaksud, harga mampu milik, jangan jual harga untuk dptkan keuntungan berganda sedangkan harga barangan di pasaran jauh lebih murah. Mungkin pelanggan akan merasa tertipu sekiranya dia tahu harga sebenar barangan tersebut dipasaran jauh lagi murah. Begitu juga jika anda menjual dengn menggunakan gambar, pastikan gambar adalah gambar sebenar produk dan tidk di edit berlebihan sehingga jauh dari keadaan asal. Jika ada sebarang defect sila beritahu pelanggan anda. dalam erti kata lain. JUJUR ketika berurusniaga.


5. Minta Maaf biarpun kesilapan kecil.

Lazimkan mengalah dengan pelanggan anda biarpun anda tahu anda benar (untuk kes2 kecil yg tidak mengunungkan jika anda bertengan urat). Mengalah tak bererti anda kalah dan minta maaf bukan semestinya anda salah. tapi untuk menjaga ukhuwah antara anda dan pelanggan anda. Jadi jika berlaku perselisihan faham, selesaikannya dibelakang tabir, jangan jejeaskan reputasi anda di Wall FB atau media sosial lain.

6. Memberi penjelasan sehingga difahami.

sudah penjadi tugas seorang peniaga, memberi kefahaman kepada pelanggan tentang produk yang dijual. Walau pun kadang kala ada pelanggan yang bertanya 3-4 kali perkara yang sama, anda perlu yakinkan dia! Penjelasan anda akan membuatkan dia lebih jelas dengan barangan tersebut dan juga akan menimbulkan satu kepercayaan kepada anda sebagai penjual. Kepercayaan yang anda perlukan untuk bertahan dlm perniagaan online ini.

7. Pantas membuat pengeposan barang jualan. 

Jangan biarkan pelanggan anda tertunggu2. Lagi pantas anda membuat penghantaran barang, lagi suka pelanggan anda terhadap anda. Percayalah, perkhidmatan yang cekap dan pantas adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan. Jika anda 'terpaksa' terlewat menghantar. Maklumkan kepada pelanggan anda secepat mungkin dan jelaskan padanya. Kelewatan boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan setia.

8. Jangan salah hantar barang!

wokey...saya pernah mengalami situasi ini, jika waktu post terlalu byk brg, tak mustahil perkara ini terjadi. Tapi anda perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikannya, bukan memaksa pelanggan menerima sahaja apa yg sampai kepadanya. Tapi berusahalah untuk memuaskan hati mereka. Jadi peniaga yang bertanggungjawab!

9. Follow Up selepas penghantaran. 

Ok tips terakhir ini perlu anda lakukan sekiranya anda inginkan pelanggan setia...bukan pelanggan yang hanya membeli hanya sekali kemudian hilang. Macam mana nak follow up? 1step ialah tanyakan perihal barangan sama ada sudah diterima atau belum. Bagaimana keadaan barang yg diterima atau apa sahaja yg boleh anda follow up bagi membina kepercayaan pelanggan.

ok, itu sahaja buat kali ini, insyaallah nanti ada entry untuk ELAK MENJADI MANGSA PENIPUAN PELANGGAN ONLINE pula....


h



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet

15 comments:

  1. Saya pun start online business dengan menjual barang2 preloved yang saya beli masa duduk London. Saya rasa seronok sangat. Especially barang2 baby, breastfeeding item, bottle feeding, maternity clothes... mmg laju. Sebab kat sini Mothercare GAP H&M semuanya mahal kan... alhamdulillah saya dapat ramai kenalan juga.

    ReplyDelete
  2. Mohon Share ye SIS. Saya SID999175 dari Chukai, Kemaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. share la jika bermanfaat pada semua...thanks singgah asmawi

      Delete
  3. Ramai kawan yg mengenali anda juga tips yang maju dlm bisnes online.

    ReplyDelete
  4. Ramai kawan yg mengenali anda juga tips yang maju dlm bisnes online.

    ReplyDelete
  5. Tips yg sgt bagus utk Peniaga2 online.. tq

    ReplyDelete
  6. Apa pendapat admin tentang kerja online atau affiliate?. saya ada peluang keduanya akalu admin minat. Jemput ke blog saya utk kongsi idea


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete
  7. Satu perkongsian yang sangat menarik. Bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan, kami menawarkan pelbagai Pakej Website Murah untuk anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  8. Salam... Seronok baca...perkongsian yg baik utk sy...

    ReplyDelete