Pada mulanya sajak ini ditulis khas untuk si isteri tercinta...Mengajar ia erti berdikari, tidak bergantung pada sesama manusia dan memberi semangat bahawa dia bisa mengejar semua mimpi-mimpinya sendiri...Alhamdulillah ia sedikit sebanyak memberi inspirasi kepadanya...
Hari ini saya kongsikan sajak yang saya beri padanya di tahun 2010 semoga memberi sedikit sebanyak terkesan di hati anda...terimalah...
Menyingkap dari sebuah kenescayaan
Menghindar dari sikap kebergantungan
Biar suram mula mewarnai pandangan
teguh menerus langkah perjuangan
Walau terhalang sejuta rintangan
Tekad hati merubah kehidupan
Erti apalah sebuah perjuangan
Jika tidak di susuli pengorbanan
Biar titis darah mewarnai lautan
Biar lantera menyala seribu amaran
Segenap raga telah ku pertaruhkan
Kerna kibar panji kemenangan telah kelihatan
Bahawa esok bakal menjanjikan
Erti kemanisan sebuah kemenangan
Dari segunung harapan...
Nukilan oleh
Penjejak Bayang
16 dec 2010 (ditulis semula)
fuhhh..
ReplyDeleteTq mami kerana sudi membaca...puitis tak en pb? Hehehe
DeleteDah macam usman awang pulang....huhuhu
ReplyDeleteni huzair sawang....hihihi
ReplyDelete