Friday, May 9, 2014

BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN

Salam semua....

hai.... lama saya tak membebel kat blog nih, jadual pack sgt sampai nak menaip pun takde masa (alasan...jgn tiru alasan xcukup masa nih, tipu je), ok2.... last week byk buat aktiviti bertemu anak2 shaklee saya, buat coaching, class dan sebagainya dan mcm2 karenah la yg saya temui....memang seronok jumpa budak2 GMF saya ni, saling bertukar pengalaman, mendalami permasalah mereka, beri idea, beri semangat....semua mereka berkobar2 nak berjaya.

Coaching untuk small group GMF 

Cakap pasal BERJAYA, saya tahu semua org pun nak berjaya, semua orang pun tak mahu hidup susah kan? dan semua org nak jadi kaya kan?....TAPI....berapa ramai yg sanggup BERUBAH??

Ramai orang takut untuk melakukan perubahan...
TAKUT sebab yg masa depan lom tentu...
TAKUT nak lepaskan apa yg ada sekarang....

Salah satu ciri org berjaya ialah BERANI untuk berubah, BERANI tanggung risiko, So, kalau belum capai tahap BERANI utk berubah....anda jangan mimpi nak berjaya. Berubah apa? Banyakkk....pertama sekali ubah MENTALITI....ubah atau pertingkatkan AMALAN ROHANI...biar kaya jiwa dan raga...


UBAH MENTALITI (CARA BERFIKIR)

ini perkara pertama sekali bagi mereka yg ingin berjaya. kena mulakan dengan berfikiran positif. biasakan, dengar orang cakap...."fikir yg baik2...nanti yg baik2 je akan datang pada kita"....Ya! itulah kuasa fikiran. bila kita fikirkan perkara baik2, sebenarnya minda separa sedar kita "memaksa" kita melakukannya....secara halus, mmg kita tak perasan pun...tapi ia sangat2 diperlukan. Jadi mulakan berfikiran secara positif, kawan dengan orang2 yg positif juga....ia sangat membantu. dan tahu tak? orang yang tinggi motivasi dan sentiasa positif ni mempunyai kesihatan yg lebih baik berbanding mereka yg berfikiran negatif...

AMALAN ROHANI

Tingkatkan amalan rohani jika kita ingin kejayaan yg sebenar, berbalik kepada Pencipta kita yang menguasai sekalian alam. Dialah sebaik2 perancang. Mintalah kejayaan dunia dan akhirat padaNya. Sebagai umat Islam, kita mmg diajar dan diterapkan nilai2 positif, cuba lihat didalam doa2 kita seharian, apa yg kita mohon pada Allah SWT semua yang baik2 sahaja kan? itu bukti Islam itu sendiri mengajar kita menjadi insan yang positif. Jangan lupa juga bersyukur, kerana syukur itu membuat hati kita semakin tunduk kepadaNya, semakin tunduk hati kita semakin dekat diri kita padaNya. Zikir, istighfar, dhuha, tahajud.....amalkan semuanya....insyaallah, Allah mendengar doa2 hambaNya.

BELAJAR UNTUK MENGAJAR

Ilmu itu untuk dikongsi, apa yg kita belajar dulu dan hari ini adalah ilmu2 yang perlu kita kongsi dan ajarkan kepada orang lain pula. Ilmu yang berkat itu ialah ilmu yang bermanfaat pada orang lain. Jadi, jangan rasa ilmu yg kita dapat hari ni, tidak berfaedah...mungkin pada orang lain ilmu itu sangat bermanfaat. Tanamkan dalam minda dan hati segala ilmu yg kita pelajari adalah untuk kita kongsikan dengan yg lain...terutama untuk anak2 cucu2 Shaklee kita. Jadi orang yg luar biasa, yg belajar untuk mengajar. Insyaallah selain mendapatkan ilmu yg berkat....insyaallah pengetahuan kita akan lebih berkembang. dan orang yg berjaya itu ilmunya banyak dan berkembang.

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

ha, yg ini sgt penting. Keyakinan diri yang tinggi perlu ada pada anda yang ingin berjaya. Percaya apa yang anda lakukan. Percaya keputusan yang anda buat telah dipertimbangkan sebaik mungkin. Yakin anda adalah yang terbaik. Hidup dengan prinsip, bukan dengan kata2 orang sekeliling. orang akan terus melemahkan semangat anda, jadi anda harus yakin dengan diri anda. Bina keyakinan diri agar anda dipandang sebagai seorang yang berprinsip. Jangan lemah hanya kerana kata2 orang.

KELUAR DARI KESELESAAN

ok...yg ini yang saya cakap kat atas tu....TAKUT...takut pada masa depan....sedangkan masa depan tu mungkin jauh lebih baik dari sekarang. kadang2, zone yg diduduki sekarang ni taklah selesa mana pun...tapi tak nak berganjak, sebab....takut untuk melepaskannya. Hello, takde siapa pun tahu masa depan kita macam mana, tapi kita kenalah corakkan dari sekarang, kalau selesa dengan tak buat apa2 perubahan, jgn la pulak berangan masa depan yg gilang gemilang. mereka yg sekarang ni dah merasa kejayaan dan kegemilangan, dulupun bermula dengan kepayahan dan berani utk keluar dari kepompong itu. Mereka juga tidak tahu masa depan bagaimana dulu, tapi mereka merancang untuk masa depan yang lebih baik. itu caranya jika mahu berjaya.

Istilah BERJAYA sebenarnya adalah subjektif. Tapi cara dan peraturannya sama sahaja. rasanya itu sahaja utk hari ni, sebab saya nak bersiap2 packing barang pula..kejap lagi nak gerak ke JB, nak ikuti kelas Blog esok, kemudian selasa nanti ada class bersama anak2 GMF J.B....

No comments:

Post a Comment