Assalamualaikum...
Kami nak kongsikan cerita semasa melawat sambil memborong di Guangzhou China tahun lepas...biasanya
kami pergi memborong shj. tapi tahun lepas dalam bulan April, my brother and wife nak ikut
sama, so kami pegilah beberapa tempat menarik selain tempat memborong...jemput menjamu mata....
yeahhh...Guangzhou adalah bandar yang sangat sibuk..setiap tahun kami pasti akan ke
sini untuk mencari peluang-peluang baru utk perniagaan kami. Kita boleh
melihat rakyat dari pelbagai negara ada disini...
Canton Tower
Canton Tower ni menara tertinggi di Guangzhou...lebih tinggi dr menara KL...tetapi sesiapa yang datang utk berniaga atau mencari barang-barang perniagaan janganlah kesini. Kenapa??? kerana buang masa dan duit saja...Canton Tower ni mmg cantik tapi ia mahal dan anda membuang byk masa...sepatutnya masa yang ada di gunakan sebaik-baiknya untuk ke pusat memborong yg hanya di buka dari 10.00 pagi ke 6.00 petang sahaja...kecuali datang atas sebab perlancongan yer...boleh la ke Canton Tower ni...
oh ya...dulu Guangzhou dipanggil Canton...so jgn pelik pulak namanya Canton Tower
oh ya...dulu Guangzhou dipanggil Canton...so jgn pelik pulak namanya Canton Tower
Restoran Chinese Muslim..
kalau waktu malam mengeteh di sini..satu teko 32 yuen yang paling murah.Kalau takde kawan minumla ko sensorang sampai kembung...
Pasar di laluan ke Masjid Saad bin Abi Waqas
Pada hari jumaat tempat ini penuh dengan penjual yang menjual makanan halal. Pada sesiapa yang hendak menunaikan solat jumaat di masjid Saad bin Abi Waqas akan melalui jalan ini..Sila sediakan duit kecil secukupnya jika mahu membeli di pasar ini kerana banyak peminta sedekah disini...
Satay kambing
Bagi penggemar makanan berunsurkan daging kambing di sinilah syurganya..satay kambing ni memang power giler..satu cucuk berharga 10 yuan...
Ayam golek Guangzhou
Ayam golek Guang Zhou rata-rata lebih sedap dari ayam golek yang ada kat pasar malam dan pasar ramadhan kat negara kita...
Dalam masjid Saad Bin Abi Waqas
Pengalaman bersolat jumaat pertama kali di sini..Khutbahnya hampir 2 jam..Rupa-rupanya mereka bermazhab
Abu Hanifah..khutbah wajib dalam bahasa arab.Bagi membolehkan para
jemaah tempatan utk memahami isi kandungan yang hendak disampaikan
khutbah di baca dua kali ..pertama versi cina kemudian versi arab...
Masjid Saad bin Abi Waqas
Setelah para jemaah pulang barulah kami dapat mengambil gambar ini..
Makam Saad bin Abi Waqas
Bagi sesiapa yang masuk kesini bolehlah memberi salam dan membaca fatihah.Tapi ramai orang yang bertawassul di sini Mereka berdoa dan menangis..maksud tawassul adalah meminta sesuatu hajat melalui makam ini..Hal itu sangat dilarang dalam akidah solafus solleh kerana meminta selain dari allah...
Makam Saad bin Abi Waqas
Saad bin Abi Waqas (Radiallahu anhum/ allah redhai kepadanya) adalah salah satu dari sepuluh Sahabat Nabi yang di jamin masuk syurga..Jauh perjalanan dakwahnya dari tanah arab ke bumi china untuk menyampaikan risalah nabi ke seantero dunia...
karipap / puff
Perjalanan pulang dari masjid kami singgah membeli karipap kambing.satu biji 3yuan..rasanya????perkhhhh kesesedapan terasa dari lidah ke tekak hingga ke usus...Tapi diperingatkan jangan beli terlalu banyak kerana bila ia sudah sejuk campak saja ke tong sampah...langsung tak sedap..
pusat memborong-salah satu kedai memborong bag drypers
kedai memborong soft toys
Membeli memang seronok tetapi nak angkut kehulu hilir tu yang malas..nasib baik ada troli
Contoh alat utk melatih anak kecil beristinjak.bahasa sopannya tempat "uuk -uukkk" comelkan?
Lepas penat memborong berehat makan di halal restoran..pekena mee tarik...
Lepas makan sambung borong lagi sampai kedai tutup
Aktiviti malam - Ubah citarasa pekana makanan arab pula..
makan makanan arab memang baguih dok ada tapi tak boleh selalu..satu pinggan sampai 80 yuan..kalau hari-hari duit abih buat makan saja...
Beijing Lu
aktiviti malam kami di sini mencuci mata dan membeli belah .Banyak cendera mata boleh didapati di sini.
sekian dulu saya kongsikan pengalaman di bandar Guangzhou..Oh sebelum lupa sebab kenapa bandar Guangzhou menyebabkan ramai pelancong sakit perut adalah kerana keasyikkan mencari atau membelek barang-barang apatah lagi gajet-gajet terbaru ramai yang sampai terlupa waktu makan menyebabkan perut mereka kembung angin. Sekarang kami tidak bimbang lagi kerana supplement Shaklee pasti kami bawa bersama terutamanya ESP, Nutriferon dan Ostematrix...Sebab di sana susah untuk mencari sarapan pagi...
insyaallah 18hb Mac -23hb Mac 2014 ni kami akan keGuangzhou lagi...doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.
#prayforMH370
ditulis oleh Penjejak Bayang
banyak mainan tuh, nanti bolehlah beli sikit kat kami ni, hehehe
ReplyDeleteapa beli2...jom pegi sekali la....borong semua yg berhajat dihati....
DeleteBestnyer..!! Campak tong sampah? Hahaha
ReplyDeletehahaha...tapi serius mmg tak sedap kalau sejuk...
Deletenk kirimmmm buleh..heheh
ReplyDeletekirim apa? kirim salam kat uncle janggut panjang tu ke?
Deletenora..ko mesti nak kirim tempat uuk-uukkk tu kan..
Deletebestnyaaa..... sate kambing tuh nampak mengiurkan huhu
ReplyDeleteYa ayu kene pi sana rasa sendiri...terbayekkk..
DeleteKelakar dude cerita.. Hahahaha...!!! Keep it up bro!
ReplyDeleteFirst time menulis..thanks beri sokongan...
Deletedresss tu aku sukeeeeee....tempat beristinjak pon..bag drypers..lagi dan lagi...semua pon aku suke!!!
ReplyDeletesebenarnya banyak lagi gambar dress,toys,gadjet,hand bag dan segala macam yang mengebestkan..kalau masukkan seme gambo nanti ibuddd2012 hesteria pulap..hahaha
Delete