Friday, April 4, 2014

CARA MOHON VISA KE CHINA

Salam jumaat semua....

Walaupun semua sedia maklum bahawa hubungan Malaysia China semakin tegang, tapi rakyat Malaysia tidak putus2 berminat untuk mengunjungi negara terbabit. dan seperti saya, China adalah lubuk rezeki perniagaan saya. selain dari menjadi Shaklee Independent Distributor, saya juga adalah peniaga pakaian kanak2. Jadi, sekurang2nya 2 kali setahun saya akak pegi memborong di China. Guangzhou khususnya.

so bila ramai yg tahu saya selalu ulang alik ke sana, ada beberapa org kenalan Facebook yang PM  dan tanya tentang bagaimana nak buat Visa China. OK, meh saya explain kat sini...sebagai rujukan korang la yer...mana tahu nanti teringin nak ke China...Sebelum tu, meh tengok video ni dulu..mana tahu ada "hantu Travel" kat sini kan...


from iReach HD on Vimeo.


Borang Permohonan


Mula2, dapatkan secara percuma borang Permohonan Visa ke China dulu. Boleh walk in terus ke  

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm).

atau anda boleh juga download BORANG PERMOHONAN VISA KE CHINA di website

Ok, sebelum mengisi borang, pastikan anda menyediakan semua dokumen yg dikehendaki


  1. Sediakan sekeping gambar berukuran Gambar Pasport berlatar cerah
  2. Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput.
  3. Salinan Muka depan Pasport pemohon.
  4. Salinan tiket penerbangan anda ke China yg telah dibooking.
  5. Jika ada tempahan hotel, boleh sertakan satu salinan. Jika tiada pastikan anda tahu alamat tempat anda menginap
  6. Jika yg menyertai lawatan ramai, boleh menggunakan wakil untuk uruskan, tak perlu semua hadir.
  7. Anda perlu memilih dan isikan diborang permohonan anda memerlukan single entry atau double entry. (maksudnya dalam masa 6 bulan jika anda ingin buat 2 kali lawatan, tak perlu mohon visa sekali lagi, pilih double entry)


contoh borang V.2013

jika dokumen yg anda bawa lengkap, anda boleh isi di center shj, tak perlu berulang alik. selesai mengisi borang dan memastikan semuanya lengkap, boleh la beratur untuk mengambil nombor. Urusan submission sekejap shj...selepas pegawai yg bertugas membuat pemeriksaan, anda akan diberi Slip untuk pungutan.

Waktu pungutan adalah 4 hari waktu bekerja, anda juga boleh membuat pungutan dihari yang sama melalui Ekspress Visa, tapi harganya sudah tentu mahal. Selepas 4 hari, anda boleh datang membuat pungutan dikaunter dengan membawa bayaran dan slip pungutan. 

BAYARAN untuk Single Entry ialah RM85....tahun lepas RM 58 (dah naik harga) sementara untuk double entry ialah RM 105 dulu RM 75 shj. so sediakanlah wang mencukupi.
    

 
contoh visa ke China (dah digunakan) 

ok itu shj utk setakat ini, jika ada sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen anda yer...jgn lupa bekalan supplement jika mahu ke China!

boleh bincang dengan saya apa supplement yg patut anda bawa....

kalau nak baca mengenai pengalaman2 kami di Guangzhou, bolehlah klik DISINI


45 comments:

  1. entry yang sangat membantu mereka di luar sana,

    ReplyDelete
  2. Boleh apply melalui pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply...by pos xboleh rasanya...tapi biasa boleh upah agen

      Delete
  3. Aslkum. sy ingin bertanya. adakah ada sesi interview slps buat visa?...dan berapa tempoh siap visa tu ye kak? ..tq.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde intiview utk visa china. Biasa siap dlm 5hari bekerja jika tiada masalah

      Delete
  4. salam puan,

    gambar passport berlatar belakang cerah means kaler puteh ke? Biru boleh ke puan?

    Emi

    ReplyDelete
  5. salam kak, borang tu btl ke? sbb diborang tu tulis of the peoples republic of china ( for the mainland of china only) lagi satu soalan.. 4hari baru siap? klu xpress haritu juga siap ek..harga brapa kak. ty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg itulah borang gg kita perlu isi...jgn risau sbb kat sana mmg ajar macam mana nk isi borang tu step by step..counter customer service pun ada...diaorg akan tolong...kalau express 1hari siap tapi tgk kes rasanya...harga terbaru akak xsure...setiap beberapa tahu akan naik...2015 ni akak lom buat visa lagi

      Delete
  6. salam...saya bercadang hendak ke china bersama isteri dan 2 anak. adakah saya perlu isi borang utk semua (4 borang) atau satu borang sahaja. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap sorang satu borang, sama mcm pasport. dan setiap borang bayaran lain2

      Delete
  7. Salam...borang tu kalau nak isi kena taip dalam komputer atau tulis je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulis tangan shj muhammad....xyah guna computer

      Delete
    2. boleh pakai borang online...isi..save..isi save...(max 30days die save) sampai siap isi then print..sign... hantar.. setiap kali nk buka smula kene isi no rujukan borang tu..
      ini khas bagi yg tulisan tak lawa..kikihhhh...

      Delete
  8. Salam. Contohnya sy nk g china selasa mlm rabu dpn. Isnin sy nk buat visa. Boleh ke sy dptkn visa dlm hri yg sma dgn alasan dh beli tiket. Prgi utk melancong ja. Pastu hrganya sekitar brpa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti boleh atau tidak dlm masa 24jam keluar visa. rasanya kalau yg express memerlukan visa pun ada reason2 tertentu shj. harga utk 1 visa last saya buat 2 tahun lepas tak sampai rm200

      Delete
  9. Tumpang tanya ya puan, saya ada beli tiket sekeluarga utk ke Guangzhau pada 19 November 2015 ni...selama 5hari. bila masa yang sesuai untuk saya dan keluarga pergi ke consul untuk membuat permohonan?
    Alang2 bertanya, ada tak hotel murah2 dan senang cari makan yang puan boleh syorkan untuk saya?..hihihi..its a 1st time kami ke sana...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebulan sebelum ke China waktu sebaiknya mohon visa

      ada hotel namanya Juzilian Hotel...3 bintang...kat Jei Fang road...sebelah hotel ada restoran muslim

      Delete
    2. Jumpa disana ye pn anonymos.. 18 -22 nov sy kat sane.
      stay district Yuexiu...Changdi rd.. dekat dgn zhujiang river..
      stesen METRO Yide lu

      Delete
  10. Klau wakil yg dtg buat visa boleh x..tp dokumen asal

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...asalkan dokumen lengkap...kalau ageng buatkan visa pn boleh

      Delete
  11. kalau collect visa pada hari yg sama agak2 berapa harganya?

    ReplyDelete
  12. kalau collect visa pada hari yg sama agak2 berapa harganya

    ReplyDelete
  13. salam sy nak tanya, contohnya kalau visa sy dah siap tp sy nak ambik lewat dua minggu boleh ke?

    ReplyDelete
  14. Kak, kalau nak senang guna ejen ni http://www.tripvisa.my . Mereka cuma nak visa form,passport dan gambar je. Lain-lain macam flight booking ke hotel voucher ke tak payah. Siap pungut passport dari customer dan hantar balik, percuma. Nak buat 3 tahun multiple entry pun boleh. Tapi mahal la. Tak semua ejen boleh buat 3 tahun multiple entry. Hanya 3 atau 4 ejen je yang dapat privilege ni.

    ReplyDelete
  15. Assalam puan,terima kasih entry bagus ni..kalau nak stay di Beijing 2 bulan, ada validity days ke?

    ReplyDelete
  16. Hello passport asal tu mean passports lama ke? Passport baru x boleh. Sbb ada mereka minta passport lama punya, rasanya sdah buang kot.

    ReplyDelete
  17. supplement apa yg bole bawa semasa d china...sy bercadang nk ke guilin December ni.vitamin C dn panadol bole ke

    ReplyDelete
  18. supplement apa yg bole bawa semasa d china...sy bercadang nk ke guilin December ni.vitamin C dn panadol bole ke

    ReplyDelete
  19. If xde booking hotel .. but ade name card hotel buleh tak

    ReplyDelete
  20. Salam, boleh saya tanya Visa ni perlu mohon berapa lama sebelum bertolak ke China ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji siap sebelum bertolak....so paling2 pun seminggu sebelum fly tu dah siap mohon

      Delete
  21. Mohon tn hubungi saya di 0197188466 sebab saya akan ke china utk 2 tahun dan penerangan lain banyak mengelirukan. Mohon jasa baik tn

    ReplyDelete
  22. salam semua,

    Kami dari melancong murah baloi ada menyediakan servis membuat visa ke Australia dan ke China

    Hubungi = 017-5367426
    Fb = melancong murah baloi
    Ig = melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. hi kak, saya nak tolong kaWan saya untuk buat visa kat Kuching boleh tak..saya Wakil dia tapi dia bagi saya semua dokumen sebab dia kerja kat sabah

      Delete