Walaupun ramai yang tanya saya tips mcm mana nak memborong di China...tapi saya sedikit risau sekarang ni kerana hubungan Malaysia China agak tegang kelansungan dari isu MH370...as "orang berniaga" sedikit sebanyak ia mengganggu emosi dan keselesaan yg dikecapi selama ini ketika kami disana. Kalau sebelum ini peniaga-peniaga Malaysia berbangga apabila ditanya..."where are you from?" terus jawab..."from Malaysia..." tapi komunkasi sedikit berbeza semasa trip kami ke Guangzhou, China pada 18hb-23hb Mac lalu.
Ada sedikit keluh kesah bila kami menyatakan kami dari Malaysia dan yang paling menyakitkan hati kami ialah, ada pemborong disana yang menggelar kami "orang kampung"....org Malaysia semua "org kampung" dan pastinya ia terjadi disebabkan tersebarnya ritual yg dilakukan oleh Sang Bomoh VVIP yg bijak pandai tu....habis satu Malaysia dimalukan...habis satu Malaysia digelar "Orang kampung"... hati kami sakit dan rasa dimalukan....tapi bukanlah semua pemborong disana bekelakuan seperti itu...mungkin segelintir shj....ya, kami faham... ramai dikalangan penumpang MH370 adalah sebangsa dan seagama mereka. Walaupun kemungkinan tiada kaitan kekeluargaan antara mereka, tapi sama juga mcm kita, dianugerahkan rasa sayang dan kasih sesama manusia....cuma bezanya kita dan mereka ialah IMAN. Tiada siapa diantara kita atau mereka yg inginkan ini semua terjadi....tapi kita masih boleh redha dan menerima semua suratan takdir ini...tapi mungkin mereka memerlukan masa untuk menenangkan emosi. Dan ditika dan saat ini saya pasti masih ramai yg mengharapkan keajaiban...termasuk saya...keajaiban itu saya hanya mohon pada Allah...kerana dia lah yg berkuasa atas segalanya...
Takziah buat semua yg terlibat, Takziah buat ahli keluarga krew dan penumpang MH370...semoga mereka tenang dan aman disana...
insyaallah...Tips memborong akan saya kongsikan di entry akan datang...
Adui , memang kita asal kampung, tapi istilah orang kampung tuh memang terkesan
ReplyDeleteitupun sib baik akak ada bw kawan chinies dari malaysia...dia pun benggang...dia ckp org sana mmg takde adab....huhuhu...
Delete