Monday, February 2, 2015

BERAPA BACAAN NORMAL GULA DALAM DARAH ?



Assalamualaikum...bertemu lagi...hari in saya nak buat sambungan dari entry sebelum ni yang bertajuk Bagaimana Uji Kadar Gula Dalam Darah?....entry kali ni saya nak terangkan pula tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes.

Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?


ok, sebenarnya waktu untuk membuat ujian kadar gula dalam darah adalah bergantung kepada situasi dan keadaan seseorang individu. Biasanya terdapat 4 waktu atau situasi yang membolehkan seseorang doktor ataupun individu mendapatkan bacaan kadar gula dalam darah :

  • (FBS) Fasting Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan dimana individu tersebut telah berpuasa sekurang2nya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
  • (2HPP) 2-Hour Postprandial Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan terhadap individuan selepas 2jam individu terbabit mula makan. Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.
  • (RBS) Random Blood Sugar atau ujian kadar gula secara rawak ini dilakukan tanpa idividu terbabit berpuasa sebelum membuat ujian. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tiggi, kemungkinan besar megidap diabetes. walau bagaimanapun ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut. Perlu ujian selanjutnya.
  • (OGTT) Oral Glucose Tolarance Test yang ini ramai yag biasa dengar kan? Khas buat ibu2 hamil utk pemeriksaan samada mengidap diabetes atau sebaliknya. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk diuji sebelum dan selepas diberi minum air gula.Diabetes merbahaya untuk ibu hamil.

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?


Soalan ni selalu kita dengar kan? sebenarnya bacaan kadar gula dalam darah yang diambil boleh dikategorikan kepada 3 peringkat. Bacaan2 ini hanya diambil kira untuk situasi Fasting Blood Sugar (FBS), 2-Hour Postprandial Bload sugar (2HPP) dan Random Blood Sugar(RSB). Untuk OGTT perlu refer jadual lain. Jom cek anda berada ditahap yang mana.

  • ~ Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes.

  • ~ Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)

Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Tapi sekiranya anda membuat pemeriksaa pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP) bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.

  • ~ Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)

Jika anda mendapat bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), anda adalah penghidap diabetes. Sila dapatkan nasihat doktor segera.


kencing manis, ESP, produk shaklee, diabetes, glucometer, bacaan normal, bacaan diabetes, berapa bacaan diabetes, gula tinggi


Jika anda disahkan menghidapi Diabetes, Jangan panik, insyaallah ada pelbagai cara untuk menanganinya.


Your Trusted SID

22 comments:

  1. thanks.. perkongsian yg mnarik... btw,visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ....Happy blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah....dah visit blog awak juga...tq

      Delete
  2. 1 entry yang bermanfaat.

    http://mamadasuki.blogspot.my/2015/10/giveaway-by-mamad-darwish-is-one.html

    ReplyDelete
  3. Saya harini kenan cek gula dal darah.. saya berhenti makan sebelum pukul 11 malam.. cek pukul 8.. tapi saya terminum air masak sedikit tadi pukul 5 pagi.. Hmm. Hopefully dapat lah bacaan 3.9..

    Terima kasih perkongsiaan

    Www.syafierayamin.com

    ReplyDelete
  4. Saya harini kenan cek gula dal darah.. saya berhenti makan sebelum pukul 11 malam.. cek pukul 8.. tapi saya terminum air masak sedikit tadi pukul 5 pagi.. Hmm. Hopefully dapat lah bacaan 3.9..

    Terima kasih perkongsiaan

    Www.syafierayamin.com

    ReplyDelete
  5. Saya dah buat ujian air gula.

    Sebelum minum air gula 4.0
    Lepas minum air gula 5.9

    Tapi baru cek berat naik 3 kg mendadak dari berat normal 😣

    ReplyDelete
  6. Saya dah buat ujian air gula.

    Sebelum minum air gula 4.0
    Lepas minum air gula 5.9

    Tapi baru cek berat naik 3 kg mendadak dari berat normal 😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawal berat badan supaya tidak mendadak naik...berat badan berlebihan meninggikan risiko diabetes

      Delete
  7. Assalam,

    semalam saya membuat random check dan bacaan adalah 3.2
    jika bacaan bawah paras normal adakah ok?
    saya sekarang hamil 15minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...jika bacaan terlalu rendah juga bahaya untuk puan. kekurangan gula akan membuatkan badan lesu dan lemah kemungkin boleh menyebabkan puan pengsan. pemakanan harus dijaga dan ambillah makanan tambahan utk tubuh buan serta bayi dlm kandungan. boleh hubungi saya 0103223139 utk consultation

      Delete
  8. 1st bacaan 3.9
    lpas 2 jam minum air gula bacaan 3.1 .
    ada kah itu masih normal ?

    ReplyDelete
  9. Saya baru pas mkn 1 jam lpas saya cek kadar gula 7.5

    ReplyDelete
  10. Bacaan gula saya 13.3 dan berat badan saya turun 3-4 kg dlm sebulan

    ReplyDelete
  11. Bacaan gula saya 9.0 dan berat badan saya turun 3-4 kg dlm sebulan. Adakah saya perlu kpd suntikan insulin

    ReplyDelete
  12. Bacaan gula saya 9.0 dan berat badan saya turun 3-4 kg dlm sebulan. Adakah saya perlu kpd suntikan insulin

    ReplyDelete
  13. Pagi tadi saya check bacaan gula adalah 6.3 adakah ini bahaya

    ReplyDelete
  14. entry yang sangat lengkap dan berguna. terima kasih di atas sharing ini.

    ReplyDelete
  15. Artikel yang amat bermanafaat untuk saya yang sedang mendapatkan maklumat tentang penyakit diabetes ini. Paras gula dalam darah saya adalah 8.7, check secara RBS selepas hanya sejam makan yang membuatkan saya terkesima dan terus mengambil langkah berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. kalau bacaan gula tinggi, eloklah ikhtiar dengan mengawal bacaan gula dalam darah lebih-lebih lagi dengan jaga pemakanan harian. senaman jangan lupa.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Sy buat medical check up kerja dan bacaan gula sy 5.7 adakah sy boleh lulus untuk kerja atau tidak? Ataupun bergantung pada keputusan majikan?

    ReplyDelete