Friday, January 30, 2015

BAGAIMANA UJI KADAR GULA DALAM DARAH?

Awal minggu ni aritu balik Kg Melayu Raya, Pontian Johor jenguk mak abah. Walaupun kepenatan sbb 2 hari ada aktiviti dengan Group Shaklee kami, gagahkan diri balik lepas aktiviti Ahad malam Isnin tu. Yerlah bila dapat tahu mak tak sihat dan abah pulak jatuh motor, tak senang hati kalau tak jenguk, apa lagi en Abg PB kita tu...mestilah meronta2 hatinya nak jenguk mak abah dia kan (walaupun dia tak cakap). Mak demam, sejak balik umrah haritu batuknya tak reda2. Abah pulak, jatuh motor masa nak gi solat Suboh di Masjid, risaunya sbb jatuh motor yang haritu pun lukanya belum pulih sepenuhnya, ni dah jatuh lagi....uzur dah mereka berdua tu...

Kami sampai kampung dah tengah malam...Mak pun dah tidur depan TV masa kami sampai. Sib baik abah lom tido...baru nak baring katanya. Terhenjut2 jalannya aku lihat. Hurmmm kesian abah...kesian mak...tapi nampak mereka happy anak menantu balik tanya khabar.

Ok, nak ceritanya pasal kencing manis atau diabetes. Abah adalah pesakit diabetes dan kalau luka mmg sgt2 susah nak sembuh. kalau sembuh parut yang tinggal punyalah berbekas2 kat kaki dia. walaupun parut sbb gatal dan garu, mmg berbekas. Dalam usia abah yang sudah melebihi 80 tahun, dia masih aktif berkebun dan aktiviti kemasyarakatan. Mmg tak boleh duduk diam. Mak pun sama gak. Mmg dua2 jenis urat dawai tau... Mak alhamdulillah xde diabetes, tapi abah la yang ada...so kenalah control makan disamping makan segala vitamin dan ubatan2 dr hospital. Vitamin tu sure lah dari kami...hihi..Mak konsistant minum ESP...abah lak takmo minum ESP...tak kena tekak dia katanya....

Pagi Isnin tu saje2lah sibuk2 menyemak laki bini buat pemeriksaan kesihatan ngan abah. Kat rumah mmg ada alat utk cek tekanan darah dan glucometer utk cek kadar gula dalam darah. both alat ni mmg digunakan oleh abah utk cek terutama sebelum pi pemeriksaan doktor...hahaha...aci kan? takut doktor ke apa? takut doktor bising la tuuuu....

Tak tahu glucometer tu camner? Ok, ni lah dia alat utk mengukur kadar gula atau glucose dalam darah. Comel jer... abah kami, dia guna Brand ni jugak... OMRON.





comel jer Glucometer ni...besar tapak tangan aku 
(kalau tapak tangan Abg PB besaq sgt) hahaha....

 

Apa yang ada dalam set GLUCOMETER?


Ada juga yang tak tahu guna alat nih, yerlah biasanya kalau kat klinik tu doktor atau jururawat dah siap2 kan? so kalau dah ada alat sendiri kat rumah, kenalah belajar cara nak gunakan. Glucometer ni biasanya didatagkan dengan satu set. selain Glucometer, ada juga aksesori lain. Antaranya :

Lancing Device
(Alat seperti pen ini digunakan untuk menempatkan Lancet/jarum bagi medapatkan sample darah pada jari yang ingin membuat ujian kadar gula)

Testing strip
(strip ini adalah komponen yang mengukur kadar gula sebelum meter menunjukkan bacaan)

Lancet a.k.a Jarum
(penggunaan lancet wajib dititikberatkan kebersihan dan perlu ditukar setiap kali orang yang berbeza melakukan pemeriksaan)

Ini aksesori utama yang perlu ada dalam Glucometer set anda. Selain itu, anda juga perlu sediakan alcohol swabs yang boleh dibeli difarmasi sebagai langkah2 kebersihan sewaktu megambil sample darah.


Bagaimana buat Ujian kadar gula dalam darah dengan Glucometer?


Senang jer, lihat gambar dibawah (ambil dr google).

Langkah pertama :
Sediakan Lancet yang bersih dan masukkan kedalam Lancet Device (lancet pen). Jangan Guna Lancet yang telah digunakan terutamaya pada orang lain.

Langkah ke 2 :
Masukkan testing strip kedalama Glucometer, pastikan dalam keduduka yag betul.

Langkah ke 3 :
Ambil alcohol swab dan bersihkan hujung jari yang ingin diambil sample darah. Kemudian ambil Lancet device dan push button disisi pen tersebut. Lap darah yang 1st keluar kemudian picit semula supaya darah baru keluar.

Langkah ke 4 :
Ambil Glucometer dan suakan hujung testing strip pada darah dihujung jari. On atau reset kan Glucometer dan biarkan beberapa saat sehingga bacaan baru keluar. Siap!


gula dalam darah, glucometer, how to use glucometer, bagaimana guna glucometer, diabetes, kencing manis, vivix, set kencing manis, set diabetes, uji darah, uji gula

ok, cukup info ini sahaja dulu untuk entry kali ini, oh ya, ujian yang saya buat aritu memberi bacaan 5.8mmol/L untuk saya dan En Abg PB 5.7mmol/L....dalam kategori berisiko untuk dapat diabetes? takutnya...hehehe....tentang bacaan ini anda boleh baca pada entry saya yang akan datang yer....saya cuba jelaskan nanti....selamat mencuba!

Berapa Bacaan Normal Gula dalam Darah yang sebenarnya?


Your Trusted SID

1 comment: