Sunday, April 20, 2014

TRAVEL JOGJAKARTA : UNIK DAN ASLI ~ PART 1



Assalamualaikum...lama tak menulis...rindu pun ada...hehehe

Semua sedia maklum, seminggu saya dan suami tak update entry baru, sebenarnya kami takde di Malaysia. Bukan bermakna kat luar Malaysia tak boleh tulis blog, tapi masa sgt mencemburui kami...jadual pack dengan aktiviti harian di negara orang. Alhamdulillah, kami di panjangkan usia dan diberi kesempatan untuk program Libur-Usaha Jogjakarta dan Jakarta dari 11hb April hingga 17hb April 2014. 

What a amazing trip...Oppsss lupa nak beritahu, trip ni adalah secara berkumpulan...iaitu Group Shaklee kami.. "Supermom Sisters". Group ini bukanlah susur galur keturunan shaklee saya, tapi adalah sideline2 saya. Dalam Shaklee, kami bukan hanya berkeluarga dengan susur galur sendiri sahaja, tapi dengan sideline juga...dan mereka2 ini saya dah anggap macam adik beradik saya sendiri. Saya sayang mereka, mereka sering memberikan sokongan pada saya...walaupun masing2 ada "perangai" masing2, tapi boleh dikatakan kami mmg sekepala. hahaha...

ok, meh nak citer pengalaman saya dalam trip pertama bersama supermom sister's keluar negara. sebelum ni biasanya trip dalam Malaysia jer. so, tentunya ada kelainan.

Bertolak dari LCCT ke Yogjakarta

Kami bertolak dari LCCT jam 3.15 petang, kul 1 tengahari masing2 dah siap berkumpul kat LCCT. excited? hahaha....sebenarnya yg tukang hantar semua ada hal masing2...so kenalah ikut masa tukang hantar ke airport. Dari LCCT ke Jogja perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam. so masa sampai di Air port Jogjakarta masa tu dah jam 5.30ptg (waktu malaysia). Waktu Indonesia lewat sejam dari waktu Malaysia...so, senang jer nak ingat. bangun subuh 4.30pagi...tapi suasana sama mcm 5.30pagi kat malaysia...kul 6 pagi dah terang benderang dah...so lepas ni...semua waktu yg saya tulis ialah waktu Indonesia yer

ok lepas turun kapal terbang kat airport Jogja dah ada agent tunggu kami. Astri namanya, ok boleh speaking dan boleh berbahasa Indonesia supaya kami senang nak faham. kalau bahasa jawa sudah tentu kami tak faham kan....hehehe

waktu sampai di Jogjakarta. budak kecik tu memudahkan urusan supaya kami tak beratur lama2...hehehe


Melia Hotel & Resort Spa

Dari Airport Jogjakarta ke Hotel kami yg telah dibooking ambil masa 30minit hingga 45 minit. kalau macet* lagilah lama....tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. sampai hotel Jam 6 ptg. Disambut mesra oleh pekerja hotel. Semasa di Yogjakarta kami menginap di Melia Purosani Hotel & Resort Spa. Hotel ini mmg tip top service dia. mmg highly recommended. Tengok gambar2 hotel dibawah ni...best bangat!


 travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours 
kami disambut oleh pekerja hotel yg berpakaian tradisional. yg baju oren..bukan yg baju biru...yg baju biru tu en. Faiz saaid. yg ting tong skit orgnyer...hahahah jgn mare


travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours
Bilik kami, Standard Room No 657. lapang dan selesa. menghadap suasana kampung yg nyaman.


travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours
benda pertama yg akan kami cek kalau check in mana2 hotel ialah tandas dan bilik airnya...hahahah... lulus 5 bintang!



travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours
kolam renang...tak sempat pun nak berendam...huhuhu


travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours 
setiap pagi, lepas bangun pagi mesti selak langsir dan tatap gunung Merapi...merasalah 3hari hirup udara Merapi

Candi Borbudur

Hari pertama di Jogjakarta, kami berlibur beramai2 ke beberapa tempat, iaitu ke Candi Borbudur, Lava Tour Gunung Merapi dan Mataram Kopi Luwak. Malam, kami dihiburkan dengan teater Classic Java Ramayana.


Turun dari bas ketika sampai di Candi Borbudur, kami di"serang" peniaga2 cenderahati. serius, byk yg saya pelajari dari mereka ini. saya dapat bezakan antara mereka yg benar2 mencari rezeki untuk menyambung hidup dengan mereka2 yg sambil lewa "ada rezeki adalah, takder rezeki takderlah". mereka disini walau direject 100 kalipun, mereka tetap memujuk supaya membeli...tak putus asa...hinggalah sampai tahap kita rasa kasihan...tapi org kita, sekali kena reject, org tak nak beli, terus give up...salahkan produk...betul tak?


travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours
Gambar kenangan bersama team supermom sebelum basah ketiak panjat Candi Borbudur...half jer nih, sbb half team lagi terus ke Jakarta nanti.


travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours

Petang lepas mendaki Candi Borbudur kami sebenarnya menuju ke Gunung Merapi, gunung yg pernah memuntahkan laharnya pada tahun 2010 dan meragut beberapa nyawa rakyat Indonesia. Tapi, rezeki tidak menyeblahi kami kerana...sesampainya kami di tempat persinggahan (utk tukar kenderaan) hujan turun dengan selebat2nya. Tiada rezeki nak naik jeep untuk kepuncak Gunung Merapi atas faktor keselamatan.

Pstttt......nak gosip!...hahahha....
Semangat tengok kawan saya sorang ni daki Borbudur yang kemain tinggi tu walaupun sarat hamil 7 bulan, kuat betul dia. Langsung tak nampak letih. Nak tahu rahsia dia kekal sihat walaupun sarat mengandung?





Mataram Kopi Luwak

Jadi, kami dibawah oleh agent ke tempat pembuatan Kopi Luwak....ha tahu tak apa itu kopi Luwak? Luwak tu maknanya Musang....bukan musang berjanggut...hihihi...tapi musang yg jenis makan kopi dan buah buahan sahaja. istemewanya musang ni ia memilih biji kopi yg terbaik shj untuk dimakan. biji kopi yg masak dan manis shj. kemudian biji kopi tidak rosak semasa proses penghadaman. biji kopi diambil semula dan diproses menjadi serbuk kopi. jgn risau sbb tak kena najis pun biji kopi tu. kulitnya dikupas dan hanya isi dibahagian dlm biji kopi diambil....proses sgt rumit dan sekali masak sikit jer dapat...padan lah dengan harganya yg mahal.

En. PB eksen je minum kopi luwak....sebenarnya dia tak minum pun...jgn tertipu..hahaha

manual jer biji kopi dipilih dan dikupas....satu persatu...
 
proses pembuatan kopi luwak yg sungguh teliti...patutlah ia adalah kopi termahal di dunia. dah masak kopi ni sgt2 harum...macam terbau2 lagi sampai sekarang..hahahah.


oh ya, hukum minum kopi luwak ini mengikut fatwa kebangsaan ialah "harus"...so jgn ada yg tetiba kata diaorg minum kopi haram lak.... dont worry kami tahu batas2 agama...dan buat servey dulu sebelum buat sesuatu. peace!

Plentong Batik

kami teruskan perjalanan petang itu ke Plentong Batik untuk melihat pembuatan batik jawa masih menggunakan cara tradisional. walaupun kat malaysia ada, mungkin sama caranya, tapi ni 1st time kami lihat dan rasai pengalamannya. Sempat gak rembat cenderamata berunsurkan batik...hehehe
travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours
ibuk ini dah lebih 30 tahun mencanting batik....sgt mahir


travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours
 ini proses mewarna....

Ramayana Ballet Prambanan

waktu malam menjelma, kami dihiburkan dengan teater classic java, "Ramayana Ballet Prambanan"...kisah umpama Romeo dan Juliet...saya tak faham sgt...hihihi..tapi sgt menghiburkan...

 bergambar sebelum memulakan persembahan

 travel indonesia, yogjakarta, ramayana, candi borbudur, kopi luwak, plentong batik, melia hotel & resort spa, yogjakarta travel tours 
tarian2 klasik berunsur hindu dipersembahan didalam teater ini.


seharian kami berjalan...sampai hotel sudah jam 11 malam....mmg kepenatan, tapi tak sabr menunggu untuk acara esoknya...so, lepas solat, semua tidur nenyak diatas tilam empok...


kisah hari kedua akan bersambung nanti yer...
tungguuuuu.....





No comments:

Post a Comment