Saturday, June 14, 2014

BELAJAR PRODUK SHAKLEE DI "BENGKEL NUTRISI" BAYVIEW HOTEL MELAKA

Assalamualaikum semua...hari ini, Sabtu 14hb June 2014 saya akan menghadiri satu Bengkel Nutrisi yg dianjurkan oleh pihak Shaklee khas buat SID seluruh Malaysia. Sebenarnya mmg sudah lama saya nak menyertai Nutrition workshop ini tapi setiap kali dibuat di Kuala Lumpur atau Melaka pelbagai halangan yg terjadi menyebabkan saya asyik menangguh. Tapi kali ini alhamdulillah...saya diberikan kesempatan masa dan kesihatan untuk menghadirinya. Dah sebulan dah saya tempah tiket ni...excited!

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee

Semua SID seharusnya menghadiri sekurang2nya sekali jika anda benar2 ingin menjalankan perniagaan Shaklee. Terutama SID baru dan masih terkapai2 mencari ilmu tentang produk. Bengkel kali ini saya dan suami hadir bersama 5 orang anak cucu GMF. Seronok lebih kalau dpt pergi dengan anak cucu yg mmg dahagakan ilmu.

Pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi. Tapi tadi kami sampai sudah jam 10.00 pagi. Kelam kabut, lepas daftar terus masuk kedalam bilik seminar yg telah disediakan. Tapi sebelum tu kita minum dulu!...Shaklee sediakan ESP, dan Performance Drink percuma untuk semua peserta. Minumlah berapa byk yg anda mahu...hihihi

Pakar Nutrisi Shaklee Malaysia

Hari ini...seminar akan dikendalikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee iaitu Charlotte Lok dan Puan Siti Sarah. Charlotte merupakan pakar nutrisi dari cawangan  Shaklee Johor Bahru sementara Sarah adalah Pakar Nutrisi yg berkhidmat di Home Office Subang Jaya. Cantik kedua2nya...yerlah tentulah menjaga pemakanan dan ambil supplement secara konsistan kan?....

Miss Charlotte Lok Pakar Nutrisi Shaklee (JB)

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee
 Puan Siti Sarah Pakar Nutrisi Shaklee (HQ)

Ok, sepanjang berada dalam bengkel ni, kami diajar tentang semua produk (kecuali produk Skincare dan kelengkapan pembersihan rumah). Mmg banyak ilmu yg kami dapat...terutama produk terbaru yg dilancarkan Phytocol-ST. Rasa tak sabar pulak nak share semua ilmu yang ada...insyaallah entry by entry k...

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee

oh ya...sebelum tamat Bengkel Nutrisi tadi kami dianugerahkan sijil penyertaan....ha ni bukti bahawa kami sudahpun mendalami ilmu setiap produk Shaklee. SID yang dah sertai Bengkel Nutrisi ni tentunya sudah mempunyai ilmu tentang produk. Jadi, sebagai pelanggan, anda harulah mencari SID yg bertauliah dan berilmu.

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee
Sijil Wellness Workshop


Jumpa lagi di entry akan datang!




No comments:

Post a Comment