Tuesday, April 1, 2014

PENGEMBARAAN SELEPAS 10 HARI KEHILANGAN MH 370 PART-2



hokayyy sambung dari episod sebelumnya...Hari kedua kami pergi ke tempat yang sama semalam untuk memborong kasut pula...Biasanya  di Kids City ni kami akan berulang sehingga 3 ke 4 hari...Setelah anda membuat pembayaran untuk membeli kasut, biasanya anda terpaksa menunggu anggaran 2 jam..Jadi untuk menjimatkan masa selepas bayar terus pergi ke kedai lain dan setelah petang anda boleh mengambil kesemua barang-barang yang anda beli...

Budak kecil punya saiz pun ada untuk Converse ni...


Kasut jenama Converse di sisi agak glamour jugak pasal anda boleh lihat ramai yang memakainya dan design dan coraknya memang terbaiklah...


Berhenti makan dulu...Disebabkan dipusat memborong baju kanak-kanak ini tiada restoran halal lain , terpaksalah kami makan di tempat yang sama setiap kali kami ke sini...



 Pada trip kali ini saya di temani sahabat baik saya dari Seremban...Anak seorang tokoh politik berbangsa cina bergelar dato' ini saya gelar dato' Lee Chong Wei.Urusan kali ini agak lebih mudah dan menjimatkan masa kerana ada penterjemah...Dia datang bersama future wife dia...Saya cakap nanti nak telefon JAIS suruh tangkap kerana berkesedudukan...
Alamak!!!tak perasan plak gambar orang belakang yang pakai baju hijau tu nampak montottt...Ni mesti kes tali pinggang putus gak nih...



Sambung shopping lagi...Kali ni borong beg pulak...Buat sesiapa yang ingin memborong beg , sila pastikan cara anda menyusun mestilah betul kerana beg ni makan ruang ...kalau hantar melalau kargo rugi sikitla pasal ukuran tidak menggunakan berat tetapi saiz barang ....Kebiasaan 1 meter kiub anggaran Rm 280  hingga Rm 380...


Memandangkan badan yang sangat letih , makan malam hari kedua di sebelah hotel kami menginap saja...Restoran halal ala-ala Arab ini kepunyaan muslim dari etnik Uyghur...Etnik Uyghur ini dikatakan berasal dari  Turki dan populasi terbesar mereka berada di Kazakstan , Kyrgyzstan dan Uzbekistan...
Tergantung pesanan anda biasanya kalau makan berdua ,
 sedikanlah 150 yuan...

Bersambung ke part-3
jumpa di episod akan datang

KALAU BERANI SILA KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment