Wednesday, April 2, 2014

TIPS UNTUK ELAK STROK

Stroke atau org melayu panggil penyakit angin ahmar adalah penyakit yg paling ditakuti oleh kita semua. Saya pernah terbaca satu artikel tentang penyakit di beberapa bulan lepas. Dan sempat menulis beberapa tips buat panduan saya. Oleh kerana adanya blog ni boleh la saya kongsikan bersama anda semua. Tips untuk mengelakkan stroke....mungkin dapat membantu anda berhati2 dalam pemilihan pemakanan harian....ok tips nya ialah :-


Elak minuman ringan atau minuman karbonat. 

Kajian menunjukkan peningkatan 83% risiko strok kepada mereka yg mengamalkan pengambilan air manis setiap hari.

aduhhh...saya pun suka minum air manis....tapi bukanlah air berkarbonat. so lepas nih mmg kenalah kurangkan ye manis2 nih. Tak bagus untuk kesihatan. kalau boleh siapa yg suka air karbonat tu hentikanlah terus. nak tahu sebab apa? Sebab kalau kandungan gula dalam darah kita tinggi, akan menyebabkan komplikasi terhadap organ organ dalam badan dan mengganggu sirkulasi darah ke otak, hingga boleh megakibatkan strok. bahaya kan?


Makan lebih tomato setiap hari.

Pengambilan sayur sayuran dan buah buahan yg mengandungi likopen boleh mengurangkan risiko serangan strok sebanyak 55%. Dan tomato mempunyai tahap likopen yang tinggi.

Apa itu likopen? likopen atau Lycopene ialah sejenis pigmen karotenoid iaitu fitokimia yg terdapat didalam buah buahan atau sayur sayuaran. likopen ini byk terdapat pada sayur dan buah yg berwarna cerah seperti tomato, anggur dan betik. likopene ni bersifat antioksidan yang tinggi. Jadi mmg sgt bagus untuk menentang radikal bebas, sekaligus bagus untuk organ2 manusia yang mengandungi jutaan kapilari darah. Makanlah secara sihat.



sebelum tu nak beritahu, kalau anda jenis nak makan sayur sayuran atau buah buahan pun liat...anda boleh ambil supplement yer...untuk supplement yg membantu menjaga kesihatan organ dan darah anda....sekaligus mengelakkan penyakit berkaitan..seperti STROK, DARAH TINGGI, KOLESTROL dan SAKIT JANTUNG <----sila click="" p="">

Jadi, lihat semula menu makanan anda sehari yer jgn lupa add on supplement...berjaga2 dari sekarang...Amalkanlah tips tips ini....insyaallah mintalah dijauhkan dari sebarang penyakit...amin...

4 comments:

  1. Best makan tomoto..
    Paling senang dan paling jimat kan untuk elak stroke..
    Kena selalu pantau bacaan yekanan darah dan bacaan kolestrol la kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...tapi ramai yg takut nak buat pemeriksaan...sebaiknya beli alat dan buat pemeriksaan sendiri dirumah

      Delete
  2. tq kak yg berguna ni..stroke mmg bahaya orang muda pun ramai yg kena stroke!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq daud singgah sini....penyakit skrg xkira muda atau tua

      Delete