Pagi tadi saya mendapat mesej dari seorang kenalan di Facebook yang bertanyakan tentang supplement yang sesuai utk ibunya yang baru didiagnosis menghidapi penyakit diabetes atau kencing manis. Berbagai soalan yang ditanya, saya faham kerisauannya terhadap masalah kesihatan ibunya. Semak punya semak diblog kesayangan ini, mmg banyak entry tentang diabetes dan viewer pun ramai tapi rupanya masih ada yang saya tertinggal, saya lupa untuk membuat entry penjelasan tentang apa itu diabetes dan bagaimana ia terjadi. So, jom saya explain...
Apa itu Diabetes?
Diabetes atau penyakit kencing manis ialah satu masalah apabila tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilan insulin, atau insulin yang dihasilkan oleh tubuh tidak mencukupi atau juga insulin yg dihasilkan tidak bekerja dengan baik. Masalah2 ini menyebabkan kadar gula dalam darah yang diterima melalui pemakanan akan meningkat kerana masalah2 insulin seperti diatas tadi.
Apa itu Insulin?
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pancreas manusia. Insulin berfungsi dengan menukar glukos/gula yang terdapat didalam aliran darah menjadi tenaga. Jadi kehadiran insulin sangat penting bagi mengawal kadar gula dalam darah kita. Insulin ini boleh dianggap seperti sebuah kenderaan yang mengangkut glukos dan glukos akan ditukarkan kedalam bentuk tenaga. Jika glukos tidak ditukar kedalam bentuk tenaga ia akan terus berada didalam darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi.
Pengidap diabetes yang mempunyai masalah insulin tidak mencukupi ataupun tidak boleh dihasilkan, mereka terpaksa mendapatkan insulin yang dihasilkan dari haiwan seperti lembu. Terdapat juga insulin yang diperbuat secara sentetik yang menyerupai insulin manusia. Insulin tambahan ini akan disuntik kebadan pesakit untuk meningkatkan insulin dalam darah pesakit. Tapi tidak semua pesakit memerlukan insulin tambahan ini. Keperluan bergantung kepada tahap dan jenis penyakit diabetes yang dihidapi.
Pengidap diabetes yang mempunyai masalah insulin tidak mencukupi ataupun tidak boleh dihasilkan, mereka terpaksa mendapatkan insulin yang dihasilkan dari haiwan seperti lembu. Terdapat juga insulin yang diperbuat secara sentetik yang menyerupai insulin manusia. Insulin tambahan ini akan disuntik kebadan pesakit untuk meningkatkan insulin dalam darah pesakit. Tapi tidak semua pesakit memerlukan insulin tambahan ini. Keperluan bergantung kepada tahap dan jenis penyakit diabetes yang dihidapi.
Diabetes terdapat beberapa jenis dan yang utamanya ialah :
Mellitus Jenis l : Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)
Diabetes jenis ini memerlukan sokongan suntikan insulin sepenuhnya disebabkan tubuh badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin sendiri. Diabetes jenis ini terjadi dikalangan kanak kanak dan diawal remaja. 10% dari jumlah penghidap diabetes adalah dari Jenis 1 ini. Diabetes jenis ini sangat merbahaya jika tidak diberikan perhatian dan pesakit mudah mengalami hipoglasemia. Kebiasaannya insulin semulajadi tidak dapat dihasilkan oleh penghidap diabetes jenis 1 ini adalah kerana faktor genetik ataupun kerana penyakit autoimunne yang menyerang sel2 yang menghasilkan insulin. Diabetes jenis ini boleh membawa maut jika dibiarkan.
Mellitus Jenis ll : None Insulin Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM)
Diabetes jenis ini merangkumi 90%-95% dari jumlah pesakit diabetes. Diabetes ini biasanya terjadi sejajar dengan peningkatan usia, penambahan berat badan atau obesiti, keturunan atau genetik dan juga gaya hidup yg kurang aktif. Biasanya diabetes jenis ini tidak memerlukan suntikan insulin tetapi perlu dikawal dan pemakanan perlulah dijaga. Untuk mengawal agar kadar gula tidak naik dan merbahayakan kesihatan, set sugar control dari Shaklee adalah sgt sesuai.
Gestational Diabetes ( Diabetes ketika hamil)
Diabetes jenis ini hanya terjadi kepada wanita hamil. Tidak semua wanita hamil akan melaluinya, hanya wanita yang mengalami alahan terhadap glukosa atau yang tidak menjaga pemakanan sewaktu hamil mempunyai risiko menghidapinya. Keturunan atau genetik juga mempengaruhi risiko menghidapi gestational diabetes. Ujian kadar gula dalam darah ke atas wanita hamil akan dilakukan bagi mengenal pasti wanita terbabit berisiko atau tidak. Diabetes ketika hamil membahayakan kedua ibu dan bayi yang dikandung. Saya akan buat entry khas untuk menerangkan diabetes gestational ini sikit masa lagi.
Apapun, jika anda berusia lebih 30 tahun, buatlah permeriksaan kesihatan terutama ujian kadar gula dalam darah. Ujian2 ini boleh dibuat diklinik2 kesihatan mahupun buat sendiri dirumah sekiranya mempunyai glucometer. Ketahui bacaan normal kadar gula dalam darah supaya anda dapat berhati2 dan menjaga pemakanan.
Certified Product Trainer,
Sangat menarik info diabetis. Tq sebab mak saya pun ada mslh diabetis
ReplyDeleteSama2...semoga mak azura sihat2 shj
DeleteTerima kasih atas penerangan. Jelas dan padat
ReplyDelete