Hari ni nak cerita lagi pasal penyakit yg popular kat Malaysia ni, Diabetes!. Tahukah anda 3.6 juta dari rakyat Malaysia dewasa menghidap Diabetes? Itu angka rasmi yang diumumkan. Tapi angka sebenar sudah tentu jauh lagi besar dari tu sbb ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kesedaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan selagi mereka belum menerima apa2 signal "penyakit" pada tubuh mereka. Betul tak? Minded rakyat Malaysia majoriti nya jumpa doktor, atau cek kesihatan bila sudah sakit! Oklah...tak mo bebel byk2 untuk memberi kesedaran tu...sbb rasanya semua org pun tahu dan "sedar" ianya penting kan?
Anda perlu tahu akibat dari kelewatan membuat pemeriksaan dan pengesanan tahap diabetes boleh mengundang risiko dan kemudaratan yang lebih dasyat.
Anda fikir ya...ada tak penghidap diabetes yang meninggal dunia kerana diabetes? Tak de kan? Bahkan, adakah diabetes itu menyakitkan? Tidak! Kalau diabetes itu menyakitkan sudah tentu ramai yang boleh kesan lebih awal...
Kajian menunjukkan dua pertiga dari penghidap diabetes tidak menghiraukan nasihat doktor tentang gaya hidup dan pemakanan mereka. Jadi bagaimana pula jika mereka yang langsung tidak tahu pun mereka adalah penghidap diabetes kerana tidak membuat pemeriksaan? Dan selalunya, bila sudah mendapat komplikasi penyakit (yg menyakitkan) baru mereka tahu dan dikesan ada diabetes.
komplikasi diabetes
Komplikasi penghidap diabetes akibat tidak dikawal dan diambil berat.
1. Sakit Jantung.
Penyakit kardiovaskular adalah penyumbang utama kepada kematian penghidap diabetes. Dua pertiga dari penghidap diabetes menemui ajal disebabkan kegagalan jantung ataupun strok.
Penghidap diabetes adalah 2 kali ganda berisiko mendapat penyakit jantung, walaupun pada usia muda. Hiperglisemia atau glukos darah tinggi dan rintangan insulin menyempitkan arteri juga merosakkan saluran darah dan boleh menyebabkan bekalan darah terputus atau berkurangan sekaligus mengakibatkan serangan jantung atau strok.
Tapi selalunya gejala penyakit jantung utk pesakit diabetes adalah terselindung dan tidak dikesan lebih awal walaupun dengan adanya teknologi moden. Ia umpama membunuh secara senyap.
2. Masalah mata
Mata meliputi beribu saraf. Dan penghidap diabetes memgalami keradangan saraf akibat dari kadar gula yg tinggi dalam darah. Terdapat 3 jenis komplikasi masalah mata yg dihadapi oleh penghidap diabetes iaitu katarak, glucoma dan retinopati diabetik.
Retinopati diabetik boleh menyebabkan pendarahan dalam mata dan mengakibatkan mata menjadi buta. Namun, jika masalah ini dpt dikesan lebih awal, rawatan VEGF injeksi atau pun kaedah fotokagulasi boleh menyelamatkan mata dari buta.
3. Kegagalan buah pinggang
Diabetes yang tidak dikawal atau dirawat boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang penghidap diabetes. Apabila buah pinggang gagal untuk berfungsi, pesakit perlu rawatan hemodialisis yang tinggi kos. Jika pemeriksaan awal dilakukan, kemungkinan penghidap diabetes dpt mengelakkan ia terjadi.
Mikroalbuminuria dan makroprotienuria adalah 2 pemeriksaan melalui air kencing untuk mengesan sebarang kerosakan dan keabnormalan pada buah pinggang. Pemeriksaan ini perlu dilakukan setiap tahun jika pesakit disahkan menghidap diabetes supaya buah pinggang tersebut dapat dipantau tahap kesihatannya untuk bertahan lebih lama seterusnya mengambil langkah2 sewajarnya.
Terdapat beberapa komplikasi lain juga seperti kerosakan sistem saraf terutama dibahagian kaki akibat dari diabetes. Kita biasa lihat penghidap diabetes terpaksa dipotong jari kaki, atau dipotong kaki apabila saraf dibahagian tersebut meradang dan rosak.
Jadi, sekarang anda tahu akibat2 yang dasyat sekiranya pemeriksaan diabetes tidak dibuat secara kerap dan lebih awal. Jangan tunggu hingga keadaan lebih buruk baru ingin bertindak. Jika anda tidak membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, setidak2nya anda boleh membuat pemeriksaan dirumah sekiranya mempunyai peralatan lengkap. Boleh baca entry sebelum ini tentang cara penggunaan Glucometer dan juga panduan bacaan diabetes jika anda memerlukan rujukan. Jangan biarkan risiko menular secara senyap dlm tubuh anda.
sharing is caring,
mama mia
No comments:
Post a Comment