Tuesday, June 24, 2014

CARA MOHON VISA USA

Alhamdulillah...sebelum National Conference 2013/2014 pada 7-9hb Jun hari tu Shaklee dah email memberitahu bahawa kami layak untuk mendapat 2 tiket ke United States Of America. Sangat bersyukur kerana dapat bawa Abg P.B sekali untuk ke US. Kami kalau keluar negara mmg tak pernah sendirian. Satu kepuasan bila dpt bersama menikmati hasil usaha kami setelah bertungkus lumus selama 1 tahun 8 bulan. Tak susah kalau kita sungguh2 mahukannya...tapi kalau buat nak tak nak je jgnlah harapkan sesuatu yg diluar kawalan kita. Dan jangan lupa pula selalu mohon agar dipemudahkan urusan kita...mohon dari Nya....

ok, semalam kami start buat permohonan Visa USA. Mmg agak rumit jika dibandingkan dengan permohonan visa ke China. Permohonan dibuat secara online jer. Tapi, harus berhati2 mengisi setiap maklumat kerana apa yg kami dengar tak semua permohonan diluluskan dengan mudah. Apapun...jom saya tunjukkan satu persatu

Gambar untuk Permohonan Visa USA

Perkara pertama yg perlu anda lakukan sebelum anda mengisi borang permohonan ialah memastikan anda telah pun mempunyai softcopy gambar ukuran 50mmx50mm berlatar belakang putih selain hardcopy gambar 4 keping. Jika ke kedai gambar, insyaallah jurugambar sedia maklum tentang ini. Oh ya...waktu gambar di ambil wajah anda perlu dalam keadaan natural. 

Cara Mengisi Borang Permohonan Visa USA

Kemudian anda boleh memulakan pengisian borang secara online. Pergi website https://ceac.state.gov/genniv/ untuk permohonan Nonimmigrant Visa Application (DS-160).

Anda perlu memulakan dengan memilih lokasi anda semasa memohon visa. Jika berada di Malaysia. Sila pilih Malaysia, Kuala Lumpur. Jika lokasi tidak dipilih butang "Start An Application" tidak akan diaktifkan. Butang "Retrieve An Application" adalah untuk sekiranya anda ingin menyambung menyiapkan permohonan yg tertangguh. Jangan lupa untuk "save" setiap page permohonan anda ye.




Apabila anda sudah masuk untuk memulakan permohonan...anda akan menerima satu ID sebagai ID permohonan anda. Cetak supaya anda boleh simpan sebagai rujukan dan login semula sekiranya anda telah keluar dari website.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA


Kemudian anda boleh mula mengisi borang bermula dengan maklumat peribadi sehinggalah ke bahagian memasukkan softcopy gambar visa anda. Anda boleh berhenti mengisi dimana2 bahagian tetapi perlu "save" utk memastikan maklumat yg anda isi tidak hilang. Dan borang online ini auto unactive jika tiada aktiviti selama 20minit. Jangan risau, anda boleh menyambung pengisian dengan login sekali lagi.


tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA
Selepas mengisi dan menyemak maklumat semua betul dan diisi dengan sempurna. Boleh la anda terus "Sign and Submit". selepas submit form anda, anda akan dapat "confrmation". Print out dan simpan.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA


Bayaran Permohonan Visa USA


okey...baru 1 part jer settle tau...byk lagi yg perlu nak hadap. Lepas ni nak buat apa? Jom saya tunjukkan lagi....dah siap isi borang dan dah submit, kena buat bayaran pula tau. Bayaran untuk Visa USA hanya boleh dibuat melalui Bank Standard Chartered sama ada Cash deposit ataupun online. Sebelum ke Bank pastikan anda bawa salinan slip seperti dibawah ini. Mana nak dpt slip ini? ambil kat link ini yer... http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-paymentinfo.asp dan pilih Deposit Slip - USD160 MRV FEE


tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Sebelum ke bank pastikan anda membawa sekali Salinan Pasport dan juga RM512/visa. Slip pembayaran juga pastikan anda simpan sebaiknya. Selepas selesai pembayaran, anda akan terima slip begini pula...ok, slip ni penting untuk menerus kebahagian seterusnya itu bahagian Temujanji untuk Interview. Sebelum itu, ada tidak boleh terus memilih tarikh dan masa interview. Perlu tunggu sekurang2nya 4 jam (mungkin lebih dr 10jam) sebelum id unik anda diaktifkan dan anda dpt meneruskan ke bahagian seterusnya.


tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA


Temujanji untuk Interview Permohonan Visa USA


Bahagian seterusnya ialah untuk tetapkan tarikh dan masa temujanji anda. Anda boleh memilih masa dan sesuai mengikut kehendak anda.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA


selepas anda tetapkan tarikh dan masa temujanji,  dan menjawab beberapa lagi soalan....anda akan mendapat "confirmation" begini. Print out untuk dibawa bersama bersama2 dokumen lain semasa interview nanti.


tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Demikianlah penerangan secara ringkas bagaimana untuk anda membuat permohonan Visa ke USA. Agak complicated, tapi jika dibuat mengikut langkah2 satu persatu insyaallah mudah sebenarnya. Doakan interview saya dipermudahkan yer!

sambungan tentang proses interview dan juga langkah seterusnya boleh click DISINI

US, tunggu aku datang!

18 comments:

  1. As'salam Kak, mcm mane kita nk loggin blk utk visa application form DS-160?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm shazwan...semasa mula2 login utk register...kita dpt satu id permohonan....boleh rujuk gambar atas sekali dlm entry ni...id tu yang kita guna utk login utk kali kedua dan seterusnya supaya kita tetap dlm akaun kita....thats y akak ada pesan kat atas tu, kena print out page tu

      Delete
  2. Askm nak Tanya.Lepas dh interview,berapa lama proses utk dpt Visa yg dh approved ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap jer...dlm 2-3hr bekerja...ada yg dpt keesokannya lepas interview...bergatung pada kedutaan...

      Delete
    2. brape lama pula dia akan pggl utk ke interview ?

      Delete
    3. interview kita yg pilih date...lepas settle bauaran dan isi form visa tu kita akan diberikan pilihan date utk interview...sobergantung pada emma nak bila, lagi cepat interview, lagi cepat la dpt visa

      Delete
    4. oic .. so nak tetapkan interview perlu log in dkat website tu yea ?

      Delete
    5. yup....kena login selepas kita dapat unique id tu

      Delete
    6. ASALAM KAK
      UNIQUE ID TU KITA DPT SELEPAS BUAT PEMBAYARAN KE
      SAYA KURG FAHAM LA

      Delete
    7. Maaf zurina xperasan komen awak...haah uniqe id dtg lepas buat bayaran di bank...

      Delete
  3. Assalam, kak.
    tq so much. Really helpful with the steps given! I apply for my bos since he dont have much time to complete this. Barakallahu Fik.. atas ilmu yg dikongsikan.

    Tq so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 nurul....thanks sbb singgah blog akak... :)

      Delete
  4. salam , visa akak sah utk berapa tahun ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm....dpt visa utk 10 tahun alhamdulillah....insyaallah 2 tahun sekali kesana

      Delete
  5. as salam kak, visa tu mmg untuk 10 tahun ker? Rm 512.00
    kalau kurang daripada tu ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg dpt kurag dr 10years....5yrs tak silap akak, tapi semua tu bukan kita yg minta, ditentukan sendiri oleh kedutaan AS. bayaran rm512 tu mmg fixed....kalau dpt kurag dr 10yrs pun sama bayarannya...

      Delete
  6. Tumpang tanya. Pada Appointment Confirmation tu (gambar akhir) tercatat 'Number of Applicants: 2'. Adakah ini bermakna Puan dan suami hanya mohon untuk 1 interview sahaja? Adakah hanya seorang sahaja yang perlu isi borang temu janji?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Hello.. nak tanya.. bahagian yang dia minta nombor buku pasport tu perlu ke letak? sebab macam pasport malaysia takde number tu.. harap kakak dapat membantu..

    ReplyDelete