Wednesday, May 27, 2015

6 MASALAH BIASA SEWAKTU HAMIL JANGAN DIBIARKAN


Mendapat perkhabaran bakal menjadi seorang ibu pasti membuatkan anda antara wanita yang paling bahagia. Dalam kegembiraan sudah pasti anda perlu bersedia berhadapan dengan perubahan2 yang bakal anda lalui sepanjang kehamilan. Apapun halangannya tiada yang dapat mengatasi kegembiraan menyambut ahli syurga anda bukan? Berhadapan dengan perubahan hormon, perubahan fizikal dan juga perubahan emosi adalah lumrah bagi seorang wanita hamil. Walaupun secara mentalnya ada mungkin kata "telah bersedia" dan memahaminya, percayalah, mempelajari dan terus mencari maklumat mungkin membantu anda mengurangkan permasalahan tersebut. Jom kita tengok apa masalah dan penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.

1. "Morning sickness" Mabuk dan loya

Ini masalah utama yang dihadapi oleh bakal ibu. Mungkin bukan semua akan "bernasib baik" berpeluang merasainya. Hanya 70% dari ibu2 hamil akan menghadapi morning sickness pada 12 minggu yang pertama kehamilan. Atau mungkin setiap kehamilan tidak sama. Kehamilan pertama hadapi morning sicknes, kehamilan ke dua tidak. Tapi jgn risau, itu adalah normal. Ada juga beberapa tips dan cara mengurangkan dan mengawal morning sickness anda yang mungkin membantu.

2. "Back pain" atau sakit belakang

Sakit belakang biasa menyerang ibu hamil. Ia berkaitan ligamen dan otot anda yang menegang akibat dari perubahan fizikal dan juga hormon. Biasanya kesakitan ini semakin berlarutan selaras dengan tumbesaran kandungan. Anda perlu tahu cara yang dapat melegakan kesakitan belakang badan anda supaya ia tidak membataskan pergerakan dan tugasan harian anda.

3. Cirit birit

Ketika hamil sistem penghadaman akan menjadi sedikit terganggu. kadang kala sistem penghadaman menjadi terlalu perlahan hingga menyebabkan sembelit dan kadang kala terjadinya cirit birit. Keadaan usus wanita hamil juga adalah sensetif dan perubahan atau penggantian cara makan dan jenis makanan juga boleh menyebabkan cirit birit. Perubahan yang dimaksudkan ialah, mengubah jenis makanan kepada yg lebih bernutrisi seperti susu, yogurt dan lain menjadikan perut lebih sensetif. Sekiranya berlalu cirit birit yang terlalu kerap dan menjadikan tubuh anda terhidrat, dapatkan rawatan dari doktor anda dengan segera kerana ia boleh membahayakan diri dan kandungan.

4. Kaki kejang atau "Cramp"

Isu yang paling biasa kita temui dikalangan wanita hamil ialah kejang kaki atau cramp. Kesakitan yang sering dialami ketika tidur malam atau diwaktu pagi. Bahagian betis akan terasa tegang dan keras. Ada beberapa tips untuk melegakan kekejangan ini, antaranya melalukan regangan ringan sebelum tidur, dan ambil makanan yang mengandungi potasium tinggi sebelum tidur seperti pisang. Selain itu, ibu hamil juga seharusnya menambah jumlah pengambilan kalsium seharian mereka. Fungsi kalsium sangat bagus untuk anda dan bayi anda.
 

5. Panas badan

Ini juga masalah biasa yang akan dilalui oleh ibu2 hamil. Perubahan hormon sewaktu hamil menjadikan suhu badan anda maningkat dan sekaligus anda berasa panas badan. Anda hanya perlu memastikan kebersihan dan juga suhu sekililing anda supaya anda berasa selesa. Menjaga kebersihan adalah sgt penting untuk mengelakkan anda mendapat jangkitan kulit seperti ruam akibat dari kekerapan berpeluh. Ibu hamil juga dinasihatkan agar minum byk air supaya tidak berlaku penghidratan. Panas badan juga berkemungkinan menyebabkan anda mudah beremosi. Dapatkan suplemen yang boleh mengurangkan ketegangan atau stress anda seperti B Complex yang kaya dengan asid folik.

6. Yis atau keputihan.

Jika semasa kehamilan terdapat discaj yang keluar berketul2, gatal dan menyebabkan ketidakselesaan, kemungkinan anda menghadapi masalah Yis atau keputihan. Anda digalakkan menggunakan pakaian dalam yang sedikit longgar dan juga menggunakan pantiliner bagi mengelakkan jangkitan terhadap faraj. Sekiranya masalah berterusan dan semakin teruk sehingga mengakibatkan bau dan kegatalan, anda seharusnya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Tingkatkan kebersihan diri sekiranya anda menghadapi masalah ini.


Semua masalah2 diatas adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Tapi, jangan sesekali anda biarkan ianya berlarutan. Cara terbaik anda ingin menangani masalah2 ini ialah dengan meningkatkan pengambilan nutrisi lengkap untuk badan anda dan bayi yang anda kandung. Set Prenatal atau set ibu hamil membekalkan kesemua khasiat yang anda dan kandungan anda perlukan. masalah diatas ini mungkin nampak kecil dimata anda, tapi jika dibiarkan terus kemungkinan masalah akan menjadi lebih serius. Semoga anda melalui saat2 kehamilan dengan ceria dan sihat.


Saya Kongsi!

No comments:

Post a Comment