OK, dah byk entry blog saya ni cover tentang diabetes, rating tinggi utk entry tentang bacaan kencing manis which is tapi kebanyakkannya diabetes Jenis I dan diabetes jenis II, kali ni saya nak beralih sedikit, nak bercerita tentang diabetes ketika hamil. Ramai rasanya ibu2 hamil yang menghadapi masalah seperti ini kan? Jom kita kenali dulu...
Apa itu GDM?
GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.
Berapa bacaan paras gula untuk GDM?
Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.
Bagaimana GDM boleh berlaku?
Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.
Adakah GDM merbahaya dan membawa kesan buruk?
Ya, Terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Perlu diketahui bahawa wanita yang hamil dan menghidapi diabetes gestasi atau GDM adalah merupakan kehamilan berisiko tinggi. Jelas, diabetes adalah sgt merbahaya kepada semua terutamanya ibu hamil.
Tentang risiko dan kesan2 buruk GDM akan saya kongsikan di entry akan datang. Terima kasih kerana membaca.
Tentang risiko dan kesan2 buruk GDM akan saya kongsikan di entry akan datang. Terima kasih kerana membaca.
Saya kongsi apa yg saya tahu :)
No comments:
Post a Comment