Sambungan cerita tentang GDM, dah tahukan apa itu GDM? Ha...bagus2...sekarang saya nak cerita pula simptom2 yang biasa kita lihat pada mereka yang menghidapi GDM. Simptom simptom ini kelihatan sama sahaja dengan simptom yg dilihat pada pesakit2 diabetes type I dan type II. Simptom adalah seperti...
1. Lesu dan Keletihan
Apabila gula dalam darah tidak ditukar menjadi tenaga sebab insulin tidak melaksanakan tanggungjawabnyanya, secara automatik badan akan mendapat kesan dari tiadanya tindak balas itu. Kesannya adalah keletihan dan kelesuan yang tanpa disedari sebenarnya merbahayakan kesihatan ibu dan bayi.
Letih dan lesu
2. Membuang air kecil dengan banyak dan kerap.
Semasa hamil, simptom kerap membuang air kecil adalah biasa. Tetapi, jika anda membuang air kecil secara banyak dan kerap, mungkin ada sesuatu, antaranya GDM. Kencing yang banyak akan mengurangkan air dalam badan dan menyebabkan badan terhidrat. Juga tidak bagus untuk anda dan bayi yang dikandung.3. Dahaga yang melampau
Sama seperti penghidap diabetes type I dan type II, rasa kerap dahaga dan "craving" utk minum manis adalah sgt nyata. Kadang kala, terbangun waktu malam tiba2 rasa tekak sangat dahaga. Simptom dahaga melampau ini berkait rapat dengan simptom kedua tadi.
Kerap dahaga
4. Penglihatan kabur
Penglihatan kabur ada kena mengena dengan saraf, saraf mata adalah sgt sensetif, jika kadar gula dalam darah tinggi, akan berlaku keradangan pada saraf2 terutamanya saraf mata. Jangan biarkan yer terutama ketika anda sedang hamil. Jika terus dibiarkan anda akan menjadi rabun atau hilang penglihatan.Jika anda menghadapi simptom2 sebegini ketika hamil, kemungkinan besar anda menghidapi GDM, dan akan dikesan melalui MGTT ketika rawatan rutin kehamilan. Elakkan GDM dengan menjaga pemakanan seawal kehamilan dan juga dengan mengamalkan pengambilan nutrisi berkhasiat sewaktu hamil, terutama sekiranya anda antara anda yang mempunyai risiko tinggi terhadap diabetes atau GDM.
Saya kongsi apa saya tahu!
No comments:
Post a Comment