Thursday, September 11, 2014

TIADA SAMBUTAN HARI IBU BUAT SAYA



Nampak semua orang update pasal Hari Ibu, saya tak sambut hari ibu, sebab saya raikan Mak saya tak kira masa, hadiah pun tak tunggu Hari Ibu baru nak beri...insyaallah setakat ini setiap kali saya teragak nak beri sesuatu hadiah, saya beri jer....yg pasti selalunya lepas saya dapat bonus Shaklee la...hihihi...dan yg pasti setiap kali saya ke mana2, luar atau dalam negara mmg takkan lupa belikan hadiah untuk ibu saya...bermakna saya tak pernah lupakan beliau walau dimana saya berada.


 Ibu saya, saya panggil Mak...
Gambar di Masjid Nabawi sewaktu menunaikan umrah Febuari 2014


Semasa saya kanak-kanak

Mak saya, Hajah Aminah Binti Said adalah ibu kepada 8orang anak. Adik beradik saya 5 perempuan dan 3 lelaki. Yang masih ada 7orang sehingga kini. Alhamdulillah 6orang semuanya menjejakkan kaki ke Universiti dan seorang ke kolej swasta. Mak saya mmg seorang ibu yg gigih dan penyayang, sangat menitikberatkan pendidikan terhadap kami semua. saya anak yg ke 6, dan saya adalah satu2nya anak yang menyusu badan 100%. bukan setahun, bukan 2 tahun, tapi hampir 4 tahun saya masih menyusu badan. sebab itulah saya mmg rapat dengan mak saya.

Hubungan Sebelum Kahwin

Saya memang jenis "anak mak", masa zaman sekolah dulu saya terpaksa berpisah dengan mak dan keluarga ketika di Tingkatan 3, sebab masa tu saya perlu masuk Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu menjadi saksi betapa saya ni seorang yg "Homesick". he he he... Hampir setiap minggu saya pulang ke rumah, ada sahaja alasan untuk saya pulang. Yang biasa jadi mangsa ialah kak long dan abg ipar saya kerana terpaksa menjemput saya di asrama. sampai kawan2 di sekolah pun dah label saya anak mak. hahaha....takperlah...saya tak kisahpun..


Hubungan dengan Mak selepas saya Kahwin

semasa zaman bercinta dengan suami, saya dah beritahu awal2 tentang saya yang homesick dan tak boleh duduk jauh dengan Mak, jadi saya letakkan syarat bahawa selepas berkahwin saya nak menetap di Melaka dan berhampiran dengan mak saya. Alhamdulillah suami jenis tak kisah, so, dari sejak kahwin saya menetap di Melaka dan sekarang, saya duduk serumah dengan Mak. Insyaallah saya akan bina sebuah rumah sebelah rumah mak saya tak lama lagi. bayangkanlah bagaimana hubungan saya dan mak saya.....hihihi...bak kata suami saya, "mmg kalau lebih 2hari tak jumpa, boleh demam!"

apapun cintailah ibu anda semua, kita boleh cari ganti semua benda yg ada diatas dunia ini, tapi kita tak mungkin dapat ganti ibu dan ayah kita. Selagi Ibu masih ada, selagi itu banyak berkat dan doa yang kita perlukan dari mereka. Saya sayang mak saya.

Al- Fatihah buat ayah saya.


2 comments:

  1. Saya terkedu kak, Al-Fatihah buat arwah mak akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih...ainul silap baca kot...yg arwah dah ialah ayah akak...mak akak alhamdulillah sihat lagi ainul

      Delete