Selalu sgt baca kat news feed FB ibu2 mengeluh dan update status anak kecil mereka sering demam, batuk dan selsema. Kadang kala berbalik2, kejap demam, kebah kemudian demam semula. Mana ibu yang tak risaukan kesihatan anak mereka kan? saya nak share sikit tips utk ibu2 yang menghadapi masalah begini.
bawang putih yang terkenal dengan khasiatnya
Rasanya ramai yg tahu khasiat Bawang putih kan? Bawang putih adalah antibakteria dan antiviral semula jadi selain boleh digunakan di dalam masakan. Selain itu bawang putih mampu meningkatkan tahap imun seseorg jika diambil secara konsistant.
Ok berbalik pada kes anak kecil selalu demam, batuk dan selsema tadi, mengikut petua org lama, ibu boleh menggunakan bawang putih sebagai anti bakteria. Caranya,
1. Ambil 2 ulas bawang putih dan bakar/panggang bersama2 kulitnya sehingga masak.
2. Kemudian tumbuk atau lenyekkan bawang tersebut kedalam 3-4 sudu minyak kelapa (guna minyak urut pun boleh)
3. Sapukan minyak bawang putih tersebut di dada, belakang badan dan tapak kaki anak anda. Insyaallah
Itu jika anak kecil....jika org dewasa apa kata amalkan makan Garlic Complex kapsul terus secara konsistant, jimat masa dan juga tenaga. lagipun taklah mahal pun.
ok, selain itu anda juga boleh mencuba petua hirisan bawang merah untuk menpercepatkan penyembuhan demam dan batuk anak anda. Caranya sgt mudah. hiris bawang besar, letakkan didalam bilik anak anda. Dipercayai hirisan bawang merah mampu menyerap bateria dan virus yg berada diruang diudara sekeliling.
hirisan bawang merah mampu menyerap virus dan bakteria di udara.
ok, itu sahaja tips utk hari ni....semoga bermanfaat untuk semua ibu2 diluar sana. Jika anda inginkan cara moden dan lebih efisyen, pemakanan supplement untuk anak2 sgt berkesan dan mudah. Nak tahu apa yg anak anda perlukan? yg terbaik ialah Minyak ikan yg telah dikapsulkan iaitu Omega Guard ataupun Meal shakes yg lebih sedap dan berkhasiat.
NOTA KAKI :
Penting! bawang yg telah dihiris dan dibiarkan tidak boleh digunakan semula kerana dikhuatiri akan memudaratkan. begitu juga jika anda menghiris bawang utk masakan. Jangan dibiarkan terdedah lama.
Saya kongsi!
No comments:
Post a Comment