Showing posts with label KEAHLIAN SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label KEAHLIAN SHAKLEE. Show all posts

Monday, December 5, 2016

PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAMBAI, BERTAM DAN TANJUNG MINYAK

Assalamualaikum sahabat....

Kini saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa, Saya juga kini adalah Pengedar Sah Shaklee kawasan Bukit Rambai, Bertam dan Tanjung Minyak Melaka. Meluaskan kawasan jajahan setelah ramai pula pelanggan dari Bukit Rambai, Bertam dan Tanjung Minyak.

Tapi jgn risau bagi pelanggan pelanggan Shaklee di Masjid Tanah, Sg Udang dan Alor Gajah sbb akak tetap Agen Shaklee Masjid Tanah, Agen Shaklee Sg Udang dan Agen Shaklee Alor Gajah. 

Insyaallah konsultasi terbaik dan selaku pemegang sijil Shaklee Certified Product Trainer adalah salah satu keistimewaan yg saya miliki. Dan untuk pengetahuan anda, tidak ramai SID yang memiliki sijil ini, yg dianugerahkan oleh Shaklee kepada pemimpin berkelayakan shj. Insyaallah Anda tidak salah memilih.


Saya, NoorAzmiah adalah Pengedar Shaklee anda! Call or whatsapp 019 2423139


Menyediakan Produk Shaklee "ready stok" di kawasan Melaka. Juga perkhidmatan pos keseluruh Malaysia


Antara perkhidmatan yg disediakan oleh saya.


So, kawan kawan dan teman teman yang ingin mendapatkan produk Shaklee boleh terus menghubungi saya. Anda juga boleh terus mendapatkan prouk secara online tanpa perlu mendaftar sebagai ahli. Sila ikuti Panduan Membuat Order Online jika anda berminat untuk membuat pesanan segera.


Sekiranya ingin mendapatkan peluang berniaga dan membina kerjaya bersama Shaklee, anda juga boleh mendapatkan bimbingan saya dibawah Group GMF yg saya tubuhkan sejak 4 tahun lalu.Bimbingan secara Online dan Offline yg saya sediakan insyaallah akan membentuk bisnes Shaklee anda yg berjaya. Jika berminat mendapatkan pendapata  dari Shaklee boleh hubungi 0192423139 (azmiah) atau 0103223137 (huzair). 

Shaklee Bisnes terbaik!

Saturday, September 17, 2016

FAMILY BUSINES : SHAKLEE BISNES TERBAIK


THIS IS A FAMILY BUSSINES AND I LOVE IT!
----------------------------------------------------------

Orang kata " berdua lebih baik"...Ya kalau buat apa2 baiklah buat secara berjemaah...apa lagi kalau buat bersama suami dan keluarga...tentu lagi seronok dan barokah wal karomah kan? hahaha...buat sesutu yang mmg kita suka lebih seronok dari buat sesuatu yg kita terpksa buat. Contohnya saya dan bisnes shaklee saya nih...tak kira masa, mmg saya sentiasa jer seronok melakukannya, buka setakat buat sales, coaching, learniing semualah...mmg tak pernah tak seronok...


Dalam bisnes Shaklee ni kami suami isteri boleh berganding bersama..seronok tau bila kita buat sama2...share idea sama2...almaklumlah org pompuan nih mmg perlukan support dan bantuan suami  dalam segala hal....terutama bab2 mengangkat barang mcm gambar bawah ni (hehehehe)

Nilah my hero yg gagah perkasa...dia kalau nak angkat stok mmg xnak ulang 2-3 kali angkut...nak angkat sekali je (hero la katakan)..ni masa amik stok kat hq Shaklee Pinaccle Bandar Sunway...we all suka pegi hq nih...best tau...




Oh sambung citer pasal bisnes patner saya nih...dia bukan tolong angkat stok jer tau...dia pun pandai closed deal dengan customer...ha masa 2 minggu saya gi Italy tahun lepas..dialah yg jaga bisnes...beribu RM dia closed sales..hebat tau..mulut manis nih....😄

Bab2 packing dan postage pun my hero nilah yg buatkan...order dan byr hari ni...esok barang sampai....siapa pernah beli produk Shaklee ngan kami pasti tahu kan? Hehehe...kepuasan pelanggan keutamaan kami...

Saya buat apa? Haah eh..semua pun dia buat...tu lom citer kehulu kehilir drive pegi kelas, event atau pi COD...semua pun dia buat....kesian dia...mekasih en suami ku...tugas saya lebih pada marketing dan consultation....task yg agak rumit dlm sesebuah bisnes....ha..mcm tulis blog ni keje sayalah...walaupun kenkadang ada gak dia menulis dlm ni...90% saya yg tulis...termasuk blog saya satu lagi tu... sweetmommystory.com saya yang kendalikan. Urusan konsultasi dan follow up customer pun saya yang uruskan... alhamdulillah, perjalanan bisnes nampak lebih teratur bila sama2 bahagi tugas. tu belum cerita bab mengedalikan Empayar GMF...hahaha...next time saya citer.

Nampak susah ke bisnes shaklee ni? Kalau suami tak sokong susah ke? Taklah, boleh jer buat, tapi dapatkanlah restu suami dulu....tapi mcm saya beritahu tadi...kalau buat berdua...bisnes pun akan jadi seronok...tak stress...boleh macam2 kita teroka dan bincangkan...alhamdulillah...



Korang kalau dok fikir nak buat bisnes apa utk tambah pendapatan...fikir2lah tentang bisnes Shaklee....worth it! Family tak terabai....bisnes jalan...duit pun dapat...buat betul2, jalan2 oversea pun boleh bw family...alhamdulillah...

So pada semua penduduk Melaka....terutama Masjid Tanah, Sg Udang, Alor Gajah kalau nak dapatkan produk Shaklee boleh la PM atau wasap 0103223139...saya sedia membantu anda

YOUR TRUSTED SID


Friday, February 20, 2015

AINUL MALIK YANG SAYA KENAL.

Pada hari Selasa lepas, 17hb Febuari 2015, Saya bersama2 geng Shaklee mengikuti perjumpaan 1-10 bersama upline Lyna Noh (neni) dan Zainul Anuar (atok). Walaupun 10 org shj yg terpilih utk perjumpaan ini, tapi, ada muka2 yang masih tidak aku kenali lebih rapat lagi. Jadi, neni Lyna telah mengaturkan program ice breaking antara kami. 

Apa yang perlu kami lakukan?. Mula2 kami diminta menyediakan sehelai kertas dan tulis 3 perkara iaitu :

1. Car -kereta impian 
2. Country -negara yg paling dihajati utk melawat
3. Character - watak yg menjadi idola

Kemudian kertas yg tertulis maklumat2 tersebut dipungut. Diakhir perjumpaan, kami diminta memilih secara random satu daripada kertas2 tadi. Saya dpt maklumat Ainul Malik! Jom kenal siapa Ainul Malik!

Ha, ini orangnya...kecil molek jer orangnya...Ibu kepada 2 orang anak ini seorang yang sangat dedikasi dan tegas tau. Memiliki seorang putera, Aiman dan seorang puteri, Amni menjadikan Ainul seorang ibu dan SID yang sangat sibuk.
class shaklee, ireach, shaklee group, ilmu shaklee, ainul malik
Bersama Ainul Malik


Ainul Malik seorang Graduate dalam bidang Bioteknologi dari Universiti Malaya kini adalah bekas seorang Pensyarah di sebuah IPTS. Juga pernah melanjutkan pelajaran Master Degree di Falkulti Farmasi Uitm Shah Alam dimana disanalah beliau mengkaji pelbagai jenis supplemen dari luar dan dalam negara sehingga beliau kenal vitamin semulajadi yang terbaik. Kini Ainul adalah seorang WAHM (Work At Home Mom) dan lebih fokus pada bisnes Shaklee nya.

Saya mula kenal Ainul melalui Group besar Shaklee kami iaitu iReach. Mengetahui bahawa beliau dan suaminya, Qusairy adalah antara leader hebat, sedikit sebanyak mengagumkan saya. Sebagai seorang isteri, ibu, dan juga seorang leader dalam organisasi beliau, Ainul tidak pernah mejadikan alasan "tidak cukup masa" untuk berShaklee. Kebanyakan majlis ilmu yang dibuat oleh Shaklee mahupun Upline pasti beliau hadir.

 class shaklee, ireach, shaklee group, ilmu shaklee,

Pstt....Tentang 3 perkara yang ainul impikan dalam hidup beliau, yang dinyatakan dalam kertas yang ditulis tu, saya doakan sungguh2 bahawa beliau akan mendapatkanya. Nanti saya kongsikan apa impian beliau atau biar sahaja saya simpan sebagai pemegang amanah...hehehe..

Love,







Monday, January 5, 2015

FANTASTIC MARKETING 2015 DI FAIZWORLD TRAINING CENTRE BANDAR BARU BANGI

Semalam, 4hb Januari 2015, seperti yang dirancang sejak sebulan yang lalu, berlangsunglah Majlis ilmu gabungan 4 orang Shaklee leaders termasuk saya. Sesuai dengan semangat tahun baru 2015, Fantastic Marketing 2015 diadakan secara meriah dan penuh kegembiraan....ermmm...rasanya lama dah tak enjoy macam ni kan kawan2 fantastic4 ku? Gembira bila tengok anak2 Shaklee kita gelak ketawa hilang stress...

Oklah, mesti ramai nak tahu siapakah kawan2 fantastic4 saya tu kan? Bukan orang lain pun...yang biasa2 berkepit ngan saya kesana kemari tu....hahaha...mereka ialah Mak Rama2 iaitu Chrycalis Nurul, Mak RMC iaitu Ainul Fadzilah Mustafa dan juga Mak YMG Zainora Yahya. so termasuk saya Mak GMF jadilah kami berempat dan terbinalah FANTASTIC4! geng2 satu kepala yang boleh dibawa berbincang dan penuh dengan semangat...

Berbalik pada cerita tentang Majlis ilmu yang kami anjurkan, mmg khas kami buat untuk anak2 cucu kami sebagai "kick-start 2015". The best part is masing2 excited nak mulakan tahun 2015 dengan semangat baru dan open seat 42 peserta utk 4 hari jer...FULL! Bertempat di Faizworld Training Centre, Bandar Baru Bangi, Majlis bermula seawal jam 9.30 pagi. Walaupun hari Ahad, ada yang sanggup korbankan masa cuti di rumah dan ada yang datang dari jauh okey...dari Perak, Melaka, Negeri Sembilan....Terima kasih kepada semua yang hadir. Walaupun tak dpt rehat2 dirumah, dan datang ke kelas, mereka tetap bersama kerluarga, bawa anak2 dan pasangan masing2. Hebat kan mereka?

kelas shaklee, kelas marketing, group GMF, faizland, faizworld, pusat training, training centre, fantastic4, fantastic marketing 2015,

 Poster Fantastic Marketing 2015


Ok, ini kali pertama kami mengadakan kelas di Training Centre ni, tengok nama pun sure ramai yang dah tahu siapa pemilik pusat ni kan? siapa lagi kalau bukan Pengasas group Jutawan Muslimah iaitu Puan Shareeza Hashim atau kalau dikalangan ahli2 shaklee dikenali sebagai Cery Mamafaiz. Best sgt Training centre ni tau...penuh dengan kemudahan, antara kemudahan yg disediakan :
-meja, kerusi, 
-PC (1 unit) 
-projector, 
-wifi,
-PA System (3 mic)
-flipchart,
-writing materials,
-air mineral
-surau, 
-kids/nursery room, 
-toilet,
-pantry, 
-waiting lounge,

Psssttt : ada free Tester produk Shaklee juga tau....

Thanks kepada Puan Shareeza yang menyediakan Training Centre yang sgt selesa dan canggih! Kami pasti akan repeat nanti! (masa tu sure kena rebut2 sbb ramai yg nak sewa kan?) Jom tengok2 gambar sekitar Kelas Fantastic Marketing 2015 berlangsung di Faizworld Training Centre!

 Sebelum kelas bermula...boleh memuatkan 42 peserta

PC, projector, wifi, PA system semua disediakan

 Masa ni speaker ajar marketing Instagram, tu yang semua tunak melihat smartphone

Kids Playroom, bersepah dikerjakan oleh kanak2 cargas! 
eh yg 2org belakang tu tengah cari toys gak ke?


Apalah yg aku bebelkan tu...hihihi



 Notebook dan pen cenderamata dari Faizland

Bersama anak cucu GMF yang havoc!

Antara mereka yang hadir Fantastic Marketing 2015


Serius! siapa yang mencari pusat training nak sewa...mmg takkan menyesal punyalah...sebab selain selesa dan friendly kids, sewanya pun murah, apalagi dengan diskaun yang diberikan kepada kami sebagai susur galur Jutawan Muslimah dibawah naungan Cery Mamafaiz. Kadar sewa sebagaimana berikut :

Yuran Sewaan (harga promosi untuk 3 bulan pertama)

Untuk group Jutawan

8jam= RM50 (Isnin - Jumaat)

4jam= RM150 (Sabtu, Ahad dan Public Holiday)

8jam= RM200 (Sabtu, Ahad dan Public Holiday)



Untuk orang awam (bukan group Jutawan)

4jam= RM150(Isnin- Jumaat)

8jam= RM180 (Isnin- Jumaat) 4jam= RM450 (Sabtu, Ahad dan Public Holiday)

8jam= RM480 (Sabtu, Ahad dan Public Holiday)



Untuk Malam juga disediakan jika mahu, sila contact emel dibawah



Untuk maklumat lanjut, email ke training_course@faizworld.com atau SMS/Whatsapp 0163224122. Anda akan hubungi dengan segera


Your Trusted SID

Friday, October 24, 2014

BAGAIMANA NAK JADI AHLI SHAKLEE?

Masih ramai rupanya yg tak tahu bagaimana cara untuk jadi ahli Shaklee ataupun menjadi Shaklee Independent Distributor kerana rata2 bila saya jumpa customer, saya akan offer untuk menjadi ahli...dan majoriti tak tahupun yang Shaklee ni bukan sahaja menyediakan makanan kesihatan tapi juga menawarkan peluang perniagaan yang sangat berbaloi...thats why, saya tak pernah lupa nak offer customer untuk jadi ahli.

Bagaimana untuk mendaftar ahli? Ok...sebelum saya jawab persoalan ini...saya rasa ada satu lagi soalan yang perlu anda bakal2 SID tahu....iaitu "Pentingkah siapa bakal Upline saya?" Jom kita teliti baik2....sbb soalan yang ini sgt penting jika anda ingin menjana pendapatan dengan Shaklee.


Pentingkah siapa bakal Upline saya?

jadi ahli shaklee, bisnes shaklee, perniagaan shaklee, bagaimana nak jadi ahli shaklee, best ke shaklee?, upline shaklee, pilih upline

Sangat penting! kerana upline adalah "mak" anda dalam Shaklee. Zaman kecil, mak kita yang suap kita makan, yang pimpin tangan kita masa berjalan, yang mengajar kita semasa dirumah, yang mengajar kita bercakap...menyebut satu2 perkataan. Begitu juga dalam bisnes Shaklee...sewaktu kita didaftarkan sebagai seorang SID, kita umpama bayi yang baru dilahirkan. Tidak tahu apa2 tentang Shaklee, apatah lagi tentang perniagaan Shaklee. Disinilah tugas Upline atau Mak Shaklee anda memainkan peranannya. 

Bezanya dengan realiti kehidupan, kita tak boleh memilih untuk lahir dari mak yang mana. Tapi dalam Shaklee kita boleh! Kita boleh pilih kita nak upline Shaklee kita yang mana. Hanya sebelum kita daftarkan diri. Jika selepas didaftar, maaf....anda tiada pilihan lain. Anda perlu tahu, daftar sebagai seorg SID membuka peluang untuk anda menjana pendapatan, tetapi apa yang anda perlu lakukan untuk menjana pendapatan itu perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee. Dan dalam Shaklee sendiri mempunyai banyak group2 perniagaan yang mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza. Tak kurang juga ada SID yang daftar hanya untuk mendapatkan harga ahli produk2 yang dia gunakan, bukan untuk berniaga. Jadi, jika anda silap memilih siapa Upline anda, kemungkinan besar anda akan hanyut dengan cita2 yang tidak kesampaian. Kecuali anda mmg berjiwa kental, rajin berusaha dan mampu berdikari tanpa tunjuk ajar dari Mak anda. Penting untuk anda memilih upline yang :-

  • Konsistant dengan niatnya untuk membantu, bukan macam lalang, sekejap kata ok, bila ada isu melanda anda ditinggalkan terkontang kanting. Ini anda boleh lihat dari cara dia menangani isu2 yang mahu menjatuhkan Shaklee itu sendiri. Adakah dia sendiri melatah bila menghadapi isu itu atau pun dia tetap dengan pendiriannya.
  • Mempunyai networking dengan downline @ "anak-anak" Shaklee secara terus. Maksudnya, anda boleh lihat dia meluangkan masa menemui anak2 Shaklee, buat perjumpaan, touching melalui media social, memantau segala aktiviti bisnes anak-anak shaklee, menjadi pendengar setia masalah anak anak.
  • Tegur jika salah. Ok, yang ini mungkin anda tak boleh nak lihat, kalau anda lihat pun, mungkin dari Upline yang tak menjaga etika. Seorang mak Shaklee yang bagus, takkan marah atau tegur di wall Facebook, marah depan2 tapi akan tegur secara belakang tabir. Sebab aib seseorang kena jaga. mungkin kesalahan yang dibuat diluar pengetahuannya.
  • Tak pernah berputus asa dengan anak Shaklee nya. Mak mana yang tak nak lihat anaknya berjaya kan? pilihlah upline yang sentiasa memberi semangat kepada anak2 buahnya walaupun anak buahnya berkali2 mengecewakannya. Sebab pada saya, kegagalan seorang leader ialah apabila dia tak mampu membuat anak2 buahnya berjaya sepertinya. Jadi, biar apapun yang jadi, selagi anak shaklee itu belum berputus asa, upline jangan pernah sekali patah hati.

Ok, harap tips2 diatas boleh anda gunakan sebagai panduan memilih Upline yang anda. Jom ke soalan yang kedua pula.

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee?

saya ada menulis secara ringkas bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dalam entry sebelum ini. Nak mendaftarnya mudah sahaja, anda perlu ada seseorang yang juga ahli Shaklee atau Shaklee Independent Distributor kerana tanpa sorg SID, anda tidak ada sponsor/penaja. Hanya dengan adanya Sponsor/penaja atau upline sahaja anda boleh mendaftarkan diri. Tapi jika anda benar ingin menjadikan Shaklee perniagaan anda, ciri2 upline yang anda pilih haruslah yang boleh membantu anda merealisasikan impian tersebut sebagaimana saya sebutkan diatas.

Cara pertama yang boleh melayakkan diri anda untuk menjadi ahli ialah dengan membuat bayaran RM65 sebagai pendaftaran. Pendaftaran dibuat oleh Sponsor/penaja yang anda pilih tadi. Pendaftaran dibuat secara online. Setelah pendaftaran dibuat, dan akaun anda diaktifkan, anda akan menerima satu SMS dari Shaklee (Malaysia) Sdn Bhd menandakan anda sah sebagai SID dan di berikan No.ID.

Cara kedua ialah dengan pendaftaran Percuma. Ha, PERCUMA tau, tapi ada syaratnya. Kenalah buat belian produk berjumpah RM650 atau 200uv.  Ini cara yang paling untung kepada mereka2 yang berminat nak jadi ahli, sbb selain pedaftaran percuma, anda akan layak dapat bonus pertama bernilai lebih kurang RM35.00 pada bulan berikutnya. Dah la dpt harga ahli untuk belian produk, dpt pendaftaran percuma, siap dapat bonus lagi....tak ke untung berganda2 tu?


ok, tak mau citer banyak...sekarang ni kalau korang rasa nak buat bisnes, Shaklee lah bisnes yang paling selamat dan mudah. Sebab apa saya kata selamat dan mudah? sbb modalnya paling rendah...register cuma RM65 sahaja (tak termasuk kos pos memberkit rm10)...selain modal USAHA yang kuat dan HATI yang kental....tak perlu modal ribu2...ratus2 pun tak perlu...ha selamat kan duit anda? Mudah sebab....ok skill nih rahsia la, untuk group saya jer....hehehe... kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat entry2 Tips-tips perniagaan sebelum2 ni.

jadi ahli shaklee, bisnes shaklee, perniagaan shaklee, bagaimana nak jadi ahli shaklee, best ke shaklee?, upline shaklee, pilih upline



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet





Thursday, September 18, 2014

SHAKLEE BUKAN UNTUK BUAT DUIT !!



Hurmmmm....zaman sekarang nih bila sebut SHAKLEE jer org akan terus buat conclusion "Shaklee MLM bisnes cari org, pastu jadi kaya" dan ada juga sesetengah insan, yg dulu sama2 kawan ngan saya buat bisnes peruncitan sekarang takut dengan saya, takut saya ajak join Shaklee kot...nak balas msg saya pun mcm nak tak nak, apa lagi nak tegur kat FB, pastu perli la bisnes MLM ni negetif ajer pada dia... Dia rasa asalkan namanya MLM mesti keje tipu org...sedih mmg sedih la...tapi saya tak boleh senang2 nak ubah mindset org yg negetif mcm tu...mungkin dia ada sejarah hitam dengan syarikat MLM sebelum2 ni kot....tak boleh la kita berfikiran negetif mcm dia juga kan

Shaklee MLM Bisnes Cari Orang?

Cuma nak betulkan, Tiada bisnes yg tak cari orang, semua bisnes atas muka bumi Allah ini pasti ada networking sesama manusia, bukan dengan monyet, dengan gajah mahupun dengan harimau. Sbb segala produk yg kita niagakan mestilah kepada manusia yg mempunyai kuasa membeli. Adakah monyet, gajah dan harimau mempunyai kuasa membeli? Alahai pelik benar rasanya....dan rasanya sehingga ke hari ni, belum pernah lagi saya memaksa sesiapa membeli produk saya. Lom ada lagi yg pengsan kena tumbuk dengan saya sbb tak beli Alfalfa sebotol....dan belum ada lagi rasanya yg saya jentik sbb tak jadi beli walaupun dah order brg dengan saya. 

Orang semua kan?

Sama juga masa saya jual baju kanak-kanak dulu (eh sekarang pun jual juga)...saya tetap berurusniaga dengan makhluk Allah bernama manusia. Tiada paksaan, itulah akad yg dipersetujui sekiranya kita berurusniaga. So, normal la kan kalau bisnes mana2 pun cari org, cari manusia... yg bezanya, org yg dicari itu mahu atau tidak jer dengan produk yg ditawarkan. As simple as that! So, kesimpulannya Shaklee bukan bisnes cari duit sahaja, tapi bisnes cari kawan juga!

Tawarkan kesihatan, bukan kemewahan

Satu lagi yang saya nak betulkan. Dalam Shaklee, terutamanya group kami, tidak sekali2 menawarkan atau menjanjikan anda akan hidup mewah, ada banglo mewah, ada kereta mewah...no..no..no...apa perkara pertama yg kami tawarkan ialah taraf kesihatan yg lebih baik sekiranya anda konsistant dengan consume produk Shaklee, itupun dengan izin Allah sekiranya di izinkan. Cuma jika anda ingin mendapatkan pendapatan sampingan dengan hanya mendaftar sebagai SID, insyaallah ada hasilnya itupun dengan usaha, kegigihan dan doa. Bukan duduk goyang kaki kak mah oii.....dan usahanya pun bukan yang bukan2...bukan suruh pi tarik org buat loan secara paksarela. Tidak sama sekali!.... anda hanya usaha untuk menjual produk yg mmg dah hot dan terbaik ni jer.....banyak anda jual, byklah bonus yg anda terima...takde org join ahli bawah anda pun, anda still boleh dpt duit sampingan buat belanja dapur. So, jgn daftar2 jer sebagai SID fikir buat Shaklee sbb nak kaya...Shaklee tak tawarkan kekayaan tapi tawarkan kesihatan utk anda semua...itu yg utama. Nak kaya lain cerita...yg penting sihat dulu!...Shaklee bukan peluang utk buat duit sahaja, tapi Shaklee peluang untuk meningkatkan taraf kesihatan anda asasnya.

 Bukan kerana wang semata...

Bisnes Shaklee bukan untuk mereka yang Malas

Ok, saya pernah jumpa seseorang yg bertanya pada saya, adakah apa yg saya buat sekarang, sama dengan waktu saya mula2 register sebagai SID dulu? nak tahu saya jawab apa? saya jawab "sekarang lebih byk yang saya perlu korbankan berbanding dulu...masa, wang ringgit, perasaan, tidur juga...hahaha" katanya, "ohh...saya ingat makin lama makin senang...tgu duit masuk jer"... ok sekali lagi saya tergelak besar. Rasanya mesti ramai yg rasa mcm tu kan? makin tinggi rank makin senang kerja, sebenarnya anda silap! tak semudah itu utk kami goyang kaki....sebab apa? sbb matlamat kami bukan utk senang sorang2, bukan untuk fikir periuk nasi sendiri sahaja...niat asal kami ingin membantu lebih ramai lagi rasa apa yg kami rasa. Jadi, mana mungkin kami boleh duduk diam. Jadi, satu jer kesimpulannya, sejak dari daftar ahli hingga kesaat ini saya tak pernah sia2kan waktu yg saya ada. Apa sahaja yg boleh dilakukan untuk improve bisnes dan kehidupan saya akan lakukan, hadiri class, coaching, COD, meeting, ulang alik restok barang semua saya dan suami buat. Senang cerita, Bisnes Shaklee bukan untuk sesiapa yg nak goyang kaki, bukan untuk orang malas!


Sekian, terima kasih :)


JOM SERTAI KAMI DI SHAKLEE





Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Wednesday, September 10, 2014

KAU TAK YAKIN, KAU TAKKAN KEMANA....

Yakin dan pasti. Lagi 1 bulan cukuplah 2 tahun perjalanan saya di dalam bisnes Shaklee ni. Alhamdulillah...sgt2 bersyukur kerana Allah lorongkan perjalanan saya disini dan benarlah..Dia sebaik2 penolong... 

Mengimbau kenangan sewaktu sebelum saya dan suami mendaftarkan diri di dalam dunia Shaklee...menginsafkan...dengan bisnes pakaian yg belum stabil, hutang2 bank yg memeritkan, bil2 bulanan yg perlu dilangsaikan....fuhh mmg menjadikan kami "cari duit utk bayar hutang semata." Sadis...

Tapi itu cerita lama...saya yg dulu bukanlah yg sekarang...Allahmdulillah berkat doa ibu, doa suami...dan juga berkat perjalanan usaha kami dlm Shaklee menjadikan kami kini sudah mampu tersenyum...bukan kerana saya ingin hidup mewah...tapi kerana jika dulu saya hanya memikirkan "periuk nasi" sendiri....kini beberapa periuk nasi makin terisi....kepuasan yg tiada dlm mana2 kerjayaku sebelum ini.

Kenapa saya begitu yakin dan setia dengan Shaklee? 


Banyak sebab sebenarnya menjadikan saya sayang dan yakin dengan bisnes Shaklee ini. Banyak liku2 yang saya lalui sepanjang 2 tahun ini....tapi semua liku2 itu telah menjadi kenangan yg sgt manis buat saya dan insyaallah akan tetap meneruskannya. Tak sama kenangan waktu kerjaya saya sebagai kakitangan syarikat swasta dulu, mahupun kenangan waktu saya menguruskan bisnes sendiri. Percayalah saya jatuh cinta dengan perniagaan Shaklee disebabkansemua ini....

1. Produk yg Selamat, Semulajadi dan Berkesan.

Ini bukan slogan atau tagline semata. Tapi realti yg semua org perlu akui. Buktinya, sales produk kami melebih 300% tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya dan kami bukan menjual kepada pelanggan2 baru shj, hampir kesemua pelanggan yg telah mencuba akan mengulangi pesanan produk mereka ataupun mencuba set2 produk Shaklee yg lain. Satu lagi bukti ialah, 99% mereka yg menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) hari ini adalah mereka yg sudah mencuba produk Shaklee dan jatuh cinta dengan keberkesanannya termasuklah saya dan suami. Baca entry set pertama yg kami consume.

Satu lagi kalau anda masih belum tahu, atau nak consume produk Shaklee tapi masih ragu2, anda harus tahu bahawa produk Shaklee sgt mengutamakan keselamatan pengguna, Tiada syarikat pengeluar supplement yang lebih menitikberatkan keselamatan pengguna sebagaimana yg dilakukan oleh pihak Shaklee Corporation. Kenapa saya kata begini? Cuba anda namakan satu syarikat pengeluar supplement yang menggunakan khidmat Saintis-saintis dan pakar2 untuk Research and Development (R&D). Barisan saintis2 ini pula bukan sebarangan yer...contohnya Dr Blackburn adalah pemegang anugerah nobel! 



Antara barisan saintis dan penyelidik yang menyambut kedatangan kami di Pleasanton, California


Selain itu, Shaklee sudah berada dipasaran sejak lebih 60 tahun dulu, pengguna yg mengamalkannya sejak muda ada yg kini sudah berusia lebih 80 tahun. Kalau produknya tidak berkesan dan memudaratkan mana mungkin dapat bertahan sebegini lama dlm industri. Oh ya, produk shaklee juga jika ingin memasuki pasaran Malaysia perlu memenuhi syarat yg telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan syarat produk import tidak semudah produk yg dibuat di Malaysia tau...Jadi fikir2kanlah yer...mana lebih bagus, mana lebih terjamin dan mana lebih berkualiti.

2. Marketing Plan yg adil 

Ok, semua tahu bahawa Shaklee adalah perniagaan Jualan Langsung, atau MLM. Bukan sistem piramid yer. Tapi MLM yang sgt adil dan mudah tapi bersyarat. Syaratnya usaha yg tinggi dalam menjual produk. Kalau takder usaha takder lah hasilnya. Networking mmg penting dalam sistem MLM, so mmg rangkaian perlu dibina untuk memastikan empayar yg kukuh, cuma, setiap pendaftaran ahli baru bukanlah bermakna membawa keuntungan kepada org yg mendaftarkan kerana modal RM65 hanya untuk pendaftaran semata2, tidak memberi apa2 imbuhan kepada upline.

Dalam shaklee juga, tak kira anda daftar awal atau pun anda daftar lewat dari sesiapa, peluang untuk berjaya dan mencapai segala insentif dan bonus yg ditawarkan oleh syarikat adalah sama. Peluang tetap sama, cuma yg membezakan ialah usaha kita. Anda daftar lewat, bukan bermakna sudah ketinggalan, tidak!. JIka anda berusaha kemungkinan untuk berada pada pangkat lebih tinggi dari upline juga adalah mudah. Kes ini mmg banyak berlaku. Tiada istilah org bawah ditindas. Masing2 mempunyai peluang yg sama. Itulah adilnya sistem MLM Shaklee. Dan yg paling best marketing Shaklee pun dipuji dan diakui oleh Internet Marketer sendiri. Bertambahlah keyakinan saya ini.

Salah satu komentar dari Internet Marketer

3. Perniagaan yang mengajar saya menambahbaik amalan rohani

Alhamdulillah, dalam Shaklee, ada mentor2 yang sentiasa mengingatkan tentang pendekatan diri kepada Yg Esa. Back to Basic, biar apapun yg kita lakukan dimuka bumi ini, hanya Dia yang menentukan sama ada akan terjadi atau sebaliknya. Benar, buka sesuatu yg mudah untuk mendidik hati, tapi jika tidak dimulakan yg sedikit...bagaimana nak dapat yang banyak? lagi pula bisne sini dibuat secara berkumpulan, menjadi satu kebiasaan untuk kami sama2 saling ingat mengingati. Semoga bisnes ini terus diberkati Oleh Allah SWT. Amin....

4. Membina Ukhuwah dan Silaturahim

This is one of the best reason why i'm doing Shaklee. Yer...dulu saya bukanlah yg jenis banyak kawan, adalah kawan2 zaman U, zaman kerja dulu....tapi berapa kerat sgtlah yg still keep in touch, dan dah bertahun2 pun tak jumpa. Yerlah masing2 sibuk dengan urusan masing2 kan. Tapi, dalam Shaklee....saya dapat ramaiiii sahabat dan kami seperti adik beradik! kami kongsi ilmu, pengalaman, even personal problem...kami ketawa bersama, menangis pun bersama....holiday sama2, buat class sama2...alahai indahnyer...




5. Bonus dan Insentif yang berbaloi2

ok tang nih mmg lah tak dinafikan, siapa yg berniaga tak nak untung kan? siapa yg berniaga nak rugi? dan siapa yg berniaga tak nak kaya kan? Dalam Shaklee, bonus dikira secara bulanan....time dpt bonus lak ditengah2 bulan, jadi bagi yg makan gaji adalah satu kelegaan bila tengah2 bulan dpt bonus, setiap bulan lak tu. Selain tu Shaklee juga ada bonus kereta dan Global trip. tu lom kira insentif2 sampingan yg biasanya Shaklee buat suprise!...hehehe...ok kalau nak tahu details tentang ini kenalah contact saya k...

Ada byk lagi perkara dan sebab utk saya setia bersama Shaklee...tak larat saya nak taip panjang2 disini, apa kata anda rasainya sendiri? Macam mana? meh sama2 join group saya..insyaallah ada mentor2 yg power2 boleh guide...



HUBUNGI SAYA DI WHATSAPP : 010-3223139



YOUR TRUSTED SID

Monday, September 8, 2014

PROGRAM "GEGEMASU" DI MELAKA

Semalam, 7hb September 2014, group besar PM Hadhatina dan Kamarul meluangkan masa untuk menjenguk dan beramah mesra bersama2 anak cucu GMF di Negeri Melaka. Perjumpaan kali ini berbeza dengan perjumpaan sebelum2 ini, kerana ia adalah salah satu program yg telah di rancang untuk kami di bawah naugan Supermom yg di beri nama Gerak Gempur Supermom #gegemasu

sgt bertuah wokey mereka2 (saya panggil anak2 GMF) kerana dpt berbincang dan menyerap ilmu dari otai2 Supermom. Sgt berterima kasih kepada Mami Hadhatina dan Dedi Kamarul, serta top2 leader Supermom yg sama2 sudi berkongsi ilmu, Ainul dan Faiz, Sarah dan Mijie, dan Jiha bersama Yus. Walaupun mereka bukan dari susur galur saya, tapi kami sgt2 suka berkongsi sebarang ilmu yang masing2 ada. itulah hebatnya bisnes Shaklee ni.

Rumah Pertama di Telok Emas, Melaka


Rumah pertama ialah rumah Nasir dan Akma, anak GMF ni juga adalah teman persekolahku di Ma'had Al Ehya El Karim dulu....Alhamdulillah terbuka hati dia nak sama2 join buat Shaklee. Mmg seorg yg positif dan mempunyai push factor yang kuat. 


kami dihidangkan dengan jamuan mee sup, alhamdulillah, sedap hingga habis licin...hahaha. kemudian dibekalkan sorang sebotol cencalok. Tak sah kalau datang melaka tak bawa balik cencalok kan? Apapun, ilmu dan perbincangan yg menjadi agenda utama pertemuan ini.

gegemasu, supermom, gmf


Sesi pertemuan berlangsung lebih kurang 3 jam, walaupun budget asal 2jam sahaja.hehehe..nampaknya Nasir semakin jelas dengan matlamatnya. Kami semua mendoakan yg terbaik buat beliau dan keluarga.

Rumah kedua Di Masjid Tanah, Melaka


Ok, rumah kedua sepatutnya start lebih awal...tapi oleh kerana tersekat dek kesesakan lalu lintas di Hutan Simpan Terendak, ada kemalangan, kami sampai di rumah Kak Suhaila dan abg zally jam 4.30 petang. Juga dijamu dengan mee/mihun tom yam dan pelbagai juadah lain. Oh ya, sorang lagi anak GMF selain kak su menunggu di sini...iaitu Norizah, a.k.a Che Ta....eh bukan, Che zah...hihihi...

Sesi perbincangan dan makan2 juga mengambil masa 3jam....tepat azan Maghrib kami habis berbincang dan menunaikan solat sebelum semua beredar pulang. Alhamdulillah, sama macam Nasir, kak su dan Che zah juga sgt terinspirasi dan nampak hala tuju. As mak, i'm so proud of them....sanggup belajar...sanggup meluangkan masa...

gegemasu, supermom, gmf
Che za meluahkan perasaan...heheheh

gegemasu, supermom, gmf
khusyuk dengar mami dan dedi sharing


Untuk anak2 di JB, di N.9 dan di Utara, tunggu kami dtg gegar yer....tak sabar rasanya nak sambung perjalann program. Yang pasti, perjumpaan yg dibuat demi mengertkan ukhuwah begini sangat2 memberikan aura positif kepada sesiapa yg menghadirinya....berkongsi ilmu itulah kami....


Ada yg nak join Group kami? sila klik sini.... utk ketahui cara sertai kami atau hubungi saya terus di Facebook NURQASEH OUTLET atau whatsapp 010-3223139


Your trusted Shaklee Distributor

Friday, June 13, 2014

BUKAN "MASTER COORDINATOR SHAKLEE" PENGHUJUNG CERITA

Pejam celik pejam celik rupa rupanya dah setahun 8 bulan saya bergelar Shaklee Independent Distributor. Rasa macam baru semalam isi form daftar ahli.hehehe

Dah lepaspun National Conference buat kali kedua dlm hidup saya. Teringat lagi masa hadir NC 2012/2013....masa tu masih SR Supervisor....masih terpinga2 tengok org amik award..dan masa tu masih tak kenal lagi dengan sesiapa...adalah 2-3org yg saya kenal....tapi masih malu2 nak bertegur sapa. NC tahun tu saya dpt 1 award. Alhamdulillah...tapi byk yg saya belajar dari 1st NC yg saya hadiri tu. Banyak inspirasi dan motivasi yg saya temui. Dan saya dapat panduan untuk mendaki lebih tinggi lagi dlm bisnes saya. Azam yg saya tanam utk dpt 5 award...tapi Allah beri saya 8 award di NC kali ni...alhamdulillah...

ok tak nak citer pasal NC sbb citer pasal tu anda boleh baca kat Entry saya " Rusuhan di Sunway Convention Center". Saya nak cerita tentang apa harapan dan perancangan saya untuk masa depan dlm Shaklee. Nak tahu tak apa harapan saya dimasa depan? Harapan selain untuk diri saya dan keluarga, harapan selain untuk membina keselesaan saya dan suami. Saya yakin dengan izin Allah SWT, dengan adanya bisnes Shaklee ini saya boleh merealisasikan harapan dan impian saya. Insyaallah...


Takper kalau ada yg meluat atau mencebik dengan apa yg akan saya katakan ini...saya tetap senyum jer waktu menaip ni...hihihi...sbb dlm minda saya sekarang penuh dengan visual saya 1 tahun dari sekarang, 5 tahun dari sekarang, 10 tahun dari sekarang dan seterusnya... :) . Harapan saya nak....





1. Menjadi penyebar cas2 positif kepada semua manusia dan makhluk disekitar saya.

Saya tahu, tak perlu ada title Master Coordinator untuk menyebarkan aura positif pada rakan2 sekeliling saya. Tapi saya mahu aliran tenaga positif itu terus mengalir dari satu tubuh ke satu tubuh yg lain sekaligus menyebabkan dunia ini aman, bertenaga dan indah! saya mahu orang kenal saya sebagai seorg yg positif dan kental, bukan seorang yg mudah down, mudah menyalahkan org lain dan mudah mengaku kalah! No its not me...saya mahukan.. biar sepotong ayat yg saya katakan, memberi semangat dan harapan pada orang lain. Kerana, pada saya semua orang berhak untuk bahagia dan berhak untuk hidup positif!





2. Membimbing ramai lagi peniaga2 melayu khususnya, dan peniaga islam khasnya dalam menjana pendapatan melalui Shaklee.

Shaklee, satu2nya syarikat jualan langsung yg saya temui mengikut ciri2 yang saya inginkan, group yg bagus  dan mengikut syariat. Keberkatan menjadi keutamaan. Produk yang berkualiti dan halal menjadi tunggak utama perniagaan ini. kami tidak diajar untuk berhutang, stock front loading kemudian simpan brg bawah katil...tidak...tidak...kami diajar supaya menjual, berlaku jujur dengan customer dan ada transaksi jual beli yang nyata. Bukan jual air liur atau menjadikan kereta mewah dan banglo hutang sebagai umpan. Tidak sama sekali. Saya ingin buka peluang agar lebih ramai lagi saudara sebangsa dan seagama saya hidup selesa, bebas hutang bukan buat hutang...dan punya lebih masa bersama keluarga...jadi Work At Home Mom (WAHM) yang menjana pendapatan hanya dari rumah. Insyaallah.

  

ok, cukup dulu 2 impian besar saya untuk masyarakat sekeliling saya (bukan untuk saya, tapi datang dari saya) harap rakan2 sama2 mendoakan...sama2 fikir secara positif apa yg saya sampaikan...insyaallah, doa2 kalian juga akan menjadikan impian saya satu kenyataan...destinasi saya bukan Master Coordinator, tapi lebih jauh dari itu...impian saya bukan pada title...sbb title itu saya pasti akan dapat suatu hari nanti sama ada cepat atau lambat...tapi apa yg saya impikan adalah lebih besar dari itu. Master Coordinator bukanlah penghujung cerita perjalanan hidup saya...


YOU ARE WHAT U THINK!

Monday, May 19, 2014

JATUH CINTA DI PENANG

Assalamualikum semua....

sekarang Jam 4.40 pagi, 19/5/2014 saya masih berada di Pulau Pinang. Insyaallah hari ni akan bergerak balik ke Melaka semula. Selesai sudah misi Coaching anak cucu utara. Harap mereka semua mendapat ilmu yg bermanfaat dan boleh mempraktikkannya.

Coaching kali ini banyak dikelolakan oleh suami saya, antara topik topik yg disentuh ialah Tips marketing diFB, Do and Don't, Target, Motivasi dan juga Impian. Semasa bab menceritakan impian masing masing, ada antara mereka yg menitiskan air mata, memberikan keinsafan pada saya, mungkin tak semua orang mempunyai nasib yang sama. Tapi sebenarnya kita ada peluang yg terbuka luas untuk menjadi seseorang yg berjaya. saya harap, saya dapat membimbing dan menjadikan mereka bersemangat untuk mengejar impian masing masing. Kejayaan saya sepenuhnya bergantung kepada apa yang berjaya saya buat untuk kehidupan mereka.




saya sgt suka dengan quotes :

" bukan kesalahan kita lahir sebagai seorang yang miskin, tetapi tua dan mati sebagai seorang yang kaya dan berjaya itu adalah tanggungjawab kita".

Jadi, saya selalu pesan dengan anak2 GMF, jika saya sanggup berkorban dan sgt2 ingin mereka berjaya...sangat ingin membantu mereka kenapa mereka tidak punya rasa yg sama? Insyaallah mereka faham apa maksud saya,

Apa2pun, biar bebuih mulut berleter, biar berbakul2 semangat dibekalkan, biar berjuta nasihat diberikan...pokok pangkal masih pada diri sendiri. kerana halangan paling besar ialah diri sendiri. Yang biasa mencipta halangan itu 90% adalah  diri sendiri. berbeza bagi orang yg positif pula, menjadikan halangan sebagai satu peluang dan bukan semua orang mampu menjadikan diri mereka positif.


 coaching, penang, pulau pinang, GMF group,
  
mereka ini adalah antara yg ingin merubah hidup mereka menjadi luarbiasa....mereka inilah yang punya impian besar....mereka inilah sumber kekuatan saya...dan mereka inilah bakal membina empayar Shaklee yang hebat! 


jika anda ingin menyertai kami, boleh la hubungi saya di FB :
 Nurqaseh Outlet Full atau Whats app 0103223139

i'm the best