Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts
Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts

Monday, December 5, 2016

CARA BELI SENDIRI PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE

Assalamualaikum semua...

Bersawang dah...hahah...fokus kat blog baru jer...kesian blog kesayangan hamba ini...u all kalau nak info2 baru sila ke blog kak miah www.sweetmommystory.com tapi, insyaallah blog ni pun kak miah akan mula kemaskini semula.kemas sawang sawang...kasi wangi wangi skit. hehehe....

Ok, disebabkan beberapa hari ni dpt ramai customer dari blog ni, then ada yg tanya kak miah " macam mana nak buat belian produk melalui order online sendiri?" so kak miah terfikir la nak buat entry pasal tu kat sini. supaya next next time senang kat korang yg duduk jauh dari kak miah selalu pengedar Shaklee Masjid Tanah, Alor Gajah dan Sungai Udang Melaka ni.

So nanti korang follow step step yang kak miah bagi satu persatu ni ya.

1. Login ke website utk shopping produk.


Ok mula mula perlu la login ke website Shaklee2u. Jangan risau jika anda bukan Alhi Shaklee, anda masih boleh terus membuat belian. Website Shaklee anda boleh terus click di button Order online dibawah ni ya.

Klik untuk ke Website Shaklee

2. Paparan AGREEMENT, baca dan fahamkan


Langkah seterusnya ialah memastikan anda baca dan faham mengenai agreement dan terma yang shaklee tetapkan. Agreement ini berkenaan dengan penghantaran produk kepada anda. Penting untuk anda tahu jangkamasa penghantaran dan juga maklumat lain yang perlu.


Jika sudah baca, faham dan setuju ingin meneruskan pembelian, pilih "agree" dan click button NEXT.

3. Pilih Produk yang anda mahukan.


Langkah seterusnya ialah membuat pemilihan produk yang anda inginkan. Didalam Form terdapat senarai dan gambar setiap produk yang "tersedia" di tick di bahagian colum belah kiri. Anda perlu "remove" tick tersebut jika produk itu bukan pilihan anda. Biarkan tanda tick itu jika anda ingin membeli. Kemudian, masukkan kuantiti barang sekiranya anda ingin membeli.lebih dari 1 botol. Yang tersedia hanyalah berkuantiti 1.




4.  Semak jumlah dibahagian bawah senarai. 


Harga mungkin berbeza disebabkan jumlah kos penghantaran di semenanjung dan Sabah Sarawak adalah berlain. Walau bagaimana pun, anda boleh mendapatkan kos penghantaran secara PERCUMA jika anda membuat belian berjumlah RM 800.00 ke atas bagi semenanjung dan RM 1,000 ke atas untuk Sabah dan Sarawak. 

5. Semak jumlah pembelian dan Klik "CheckOut"


Sekiranya anda telah memastikan semua produk yang anda inginkan tersenarai didalam belian. Semak jumlah pembelian anda di bahagian bawah list barangan. Jika seperti yang anda kehendaki, click button "Checkout" untuk meneruskan ke fasa berikutnya.

6. Lengkapkan Maklumat diri dan Alamat Penghantaran.


Ok, ini adalah antara fasa penting yang perlu anda lengkapkan. Shaklee perlukan maklumat lengkap dan alamat lengkap anda bagi memastikan produk sampai dengan selamat ke tangan anda. Semua maklumat dia dalam kotak kosong dibawah perlu diisi sebelum ke step seterusnya. Anda tidak boleh proceed ke langkah seterusnya jika maklumat fibawah tidak langkap. Klick "Continue"

7.  Semak order dan details penghantaran.

Senarai pesanan anda akan dipaparkan sekali lagi untuk semakan. Begitu juga maklumat diri dan Alamat penghantaran. 


8. Klik "Proceed For Payment"


Apabila anda berpuas hati dengan senarai pesanan anda boleh la ke fasa pembayaran pula. Klik " Proceed For Payment"

9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran.


Pembayaran hanya boleh dilakukan melalui Credit Card ataupun Debit Card Sahaja. Jadi tuan puan boleh la mengisi lengkap maklumat kad credit atau debit. Bagi yang selalu membuat pembelian online sudah pasti mahir bab ni kan ?

Selepas lengkap mengisi form ini sila klik "confirm payment".

10. Msos Code langkah terakhir.


Ok, langlah terakhir ialah mengesahkan pembayaran melalui bank masing masing. Contoh dibawah ialah penggunaan kad debit Maybank. Jika kad credit atau debit anda dari bank yang berbeza kemungkinan sedikit berbeza. walau bagaimana pun pengesahan security ini masih pada konsep yang sama.

Sekiranya proses diatas berjalan lancar, anda sudah pun berjaya membuat pesanan produk shaklee secara online. Mudah sahaja kan? Sekiranya berjaya, paparan akhir yang akan muncul ialah Invoice dr pihak Shaklee. Anda diminta untuk Print dan simpan sebagai rujukan. Jika terdapat kesukaran atau pertanyaan boleh direct call or whatsapp saya di nombor 019 2423139.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, September 16, 2016

TURUN 15KG BERAT DENGAN DETOX DAN PRODUK SHAKLEE


#throwback

Salam Ramadhan....


Lama dah tak up gambarkan sendiri....hihi hari ni up utk declare tak tahulah utk kali yg keberapa dah....bahawa saya ialah Shaklee Independent Distributor anda...anda boleh dapatkan pelbagai rangkaian produk Shaklee dari saya dan downline2 saya diseluruh Malaysia...



Dan gambar hari ni adalah sempena saya berjaya menurunkan lebih 15kg dari berat asal saya...proud of myself ðŸ˜‰...Berat asal saya ialah 95kg, dan hari ini turun kepada 80kg. kalau anda mahu ikuti apa yg saya buat..jom sama2 kita belajar...yg paling penting kita belajar utk hidup sihat...pilih makanan yg lebih sihat...saya tak turun dengan serta merta, tapi saya target every weeks berapa yg perlu saya buang, bagaimana cara saya buat? apa2 boleh pm tepi ya....



So..org Masjid Tanah, Alor Gajah dan Melaka boleh dtg terus ke premis saya di Pekan Masjid Tanah utk dptkan produk Detox dan slimming yg sedang hot....dan insyaallah panduan dan bimbingan akan diberikan oleh saya....



Set Detox dan Slimming yang saya amalkan.


Diet bukan bererti sekat makan....Diet perlu dengan ilmu....diet untuk kehidupan yang lebih sihat. insyaallah


CLICK UNTUK TERUS ORDER

wsp 0103223139

PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN VIVIX

#throwback


Salam 11 Ramadhan buat semua muslim....


Alhamdulillah kejap je rasa ramadhan sudah hampir ke separuh bulan....semoga segala ibadah dan puasa kita diterimaNya..


Misi loss weight saya masih dalam perjalanan....bulan puasa merupakan satu bonus bagi misi saya ni...semoga byk angka angka yg akan berkurangan ðŸ˜…


Saya nak share...dalam misi loss weight saya ni...saya tetap dan tak pernah miss ambil supplement untuk detox dan loss weight...sangat2 membantu tau...tapi jgn salah faham...kalau ambil supplement utk loss weight tapi tak jaga makan dan bersenam pun tak guna juga... janganlah salahkan supplement....salahkan diri sendiri...supplement utk memastikan badan kita bernutrisi dan tidak lesu...dan membantu proses penurunan berat badan....

Antara supplement yg paling saya suka ialah Vivix, kerana vivix meningkatkan metabolisma badan saya...sehari tak minum vivix rasa macam tak lengkap hariku..hehehee...selain tu vivix bagus utk kecantikan kulit, kestabilan hormon dan pencegahan ketumbuhan yg selalu terjadi pada wanita....tu sebab saya sgtlah sayang vivix...tak boleh missed atau putus stok....agak2 dah separuh botol tinggal...saya siap2 akan order baru ðŸ˜†

Dulu parut jerawat mmg meriah dimuka dan juga kulit muka mmg tak sekata...alhamdulillah skrg dirawat dari dalam dengan vivix dan supplement kulit yg lain...mmg puas hati dah...ramai dah tegur parut semakin hilang dan kulit makin cerah. Oh ya, saya ni mmg jenis tak suka ber"make up", even nak pakai compact powder pun saya tak gemar. Jadi saya memang jaga kulit melalui supplement dan juga Skincare semulajadi shj dan semestinya dari Shaklee.



Kalau ada yg nak cuba vivix atau lain2 produk boleh la pm saya yer...dah rasa baru boleh cerita...


love's supplement,

Sunday, January 10, 2016

4 TUMBUHAN HEBAT KANDUNGAN VIVIX SHAKLEE


Sempena Promosi besar2an bulan ni ialah ViVix....so kita cerita tentang vivix yer...mesti ramai yg nak tahu vivix ni diperbuat dari apa...apa yg best sgt vivix ni kan? 

Ok, vivix diperbuat dr 4 jenis botanical plant yg sgt tinggi khasiatnya. Shaklee sudah melaburkan berbillion dollar utk kajian supplemen terulung ini. 4 jenis tumbuhan tersebut ialah :

1. Muscadine Grapes (Anggur Muscadine)


Ini bukan anggur biasa yg kita boleh beli dipasaraya. Ia dikategorikan dengan "anggur super" kerana ia satu2nya anggur yang mempunya lebih dari satu kromosom. Ia tumbuh secara semulajadi dan dikatakan berasal dari timur selatan United states.

Saiz anggur ini boleh mencapai saiz sebesar bola golf. Ia sangat tinggi kandungan polyphenol dan juga kepekatan resveratrol. Warna pekat ungu kehitaman menunjukkan ketinggian kandungan polyphenol.

Oleh kerana muscadine grapes ini tumbuh secara semulajadi, dia dikatakan mempunyai daya tahan penyakit yg tinggi untuk menentang kulat. Kulitnya yg agak keras dan tebal kerana polyphenol yg tinggi mampu bertahan dari pancaran uv dan kerosakan.

vivix shaklee, vivix diabetes, masalah stroke, vivix utk stroke, kandungan vivix, muscadine grapes, elderbery, polygonum cuspidatum, purple carrot, khasiat vivix, kelebihan vivix, anti kanser, keistimewaan vivix, awet muda, vivix awet muda


Muscadine Grapes

2. Purple carrot


Tumbuhan ini ditemui di Afghanistan. Dianggarkan wujud sejak 5000 tahun dahulu. Ia tumbuh dikawasan yg agak lembap. 

Purple carrot dikatakan mengandungi 50% lebih tinggi beta-kerotin berbanding lobak biasa. Ia juga mengandungi banyak antioksida dan Vitamin A.

Purple carrot juga dikatakan mampu mencegah penyumbatan pembuluh darah (Artersklerosis) yg mengakibatkan penyakit seperti stroke dan penyakit jantung. Selain itu khasiat anti karsinogen yg dimiliki oleh purple carrot juga sgt membantu untuk tubuh kita melawan kewujudan sel kanser.

Antiviral, antimikrobial, antikarsinogen dan kandungan vitamin A, B, C dan E yg terdapat pada purple carrot menjadikan ia antara botanikal yg sgt tinggi nilainya dalam bidang kesihatan.


vivix shaklee, vivix diabetes, masalah stroke, vivix utk stroke, kandungan vivix, muscadine grapes, elderbery, polygonum cuspidatum, purple carrot, khasiat vivix, kelebihan vivix, anti kanser, keistimewaan vivix, awet muda, vivix awet muda
Purple carrot

3. European Elderberry (Sambucus Niagra)


Satu lagi tumbuhan hebat yg terkandung dalam Vivix ialah European Elderberry. Gugusan buah berry yg berwarga gelap kehitaman ini kaya dengan vitamin A, B, C asid amino, karatenoid dan flavanoid.

Bila dilihat apa yg terkandung dalam elderberry ini sudah pasti kita faham bahawa vitamin dan nutrisi tersebut adalah sgt baik utk sistem imun, kesihatan kardiovaskular dan juga sangat bagus utk merendahkan paras kolesterol dlm darah.


vivix shaklee, vivix diabetes, masalah stroke, vivix utk stroke, kandungan vivix, muscadine grapes, elderbery, polygonum cuspidatum, purple carrot, khasiat vivix, kelebihan vivix, anti kanser, keistimewaan vivix, awet muda, vivix awet muda
European Elderberry


4. Polyganum Cuspidatum



vivix shaklee, vivix diabetes, masalah stroke, vivix utk stroke, kandungan vivix, muscadine grapes, elderbery, polygonum cuspidatum, purple carrot, khasiat vivix, kelebihan vivix, anti kanser, keistimewaan vivix, awet muda, vivix awet muda
Polygonum Cuspidatum

Polygonun cuspidatum juga dikenali sebagai Japanese knotweed. Tumbuhan ini juga kaya dengan resveratrol. Resveratrol adalah antioksidan tinggi yg sgt bermanfaat utk menetang radikal bebas sekaligus sebagai anti viral, anti radang, anti bakteria dan antikulat juga. Kelebihan ini lah yg menjadikan vivix sgt hebat sebagai anti penuaan kerana bertindak melindungi sel dari rosak dan diserang oleh radikal bebas. 

Selain itu polygonum cuspidatum juga adalah yg memberikan warna hitam kepada ramuan vivix. Pekat dan gelap itulah yg memberikan keistimewaan yg tiada pada supplemen lain. 

Hebatnya ramuan2 dalam vivix ini sehinggakan jika disimpan dibawah suhu beku sekalipun vivix takkan pernah beku. Tak percaya? Cubalah dulu...


muda 25tahun dengan vivix jom!

Thursday, May 28, 2015

DIABETES KETIKA HAMIL, APA ITU GDM? MERBAHAYAKAH GDM?

OK, dah byk entry blog saya ni cover tentang diabetes, rating tinggi utk entry tentang bacaan kencing manis which is tapi kebanyakkannya diabetes Jenis I dan diabetes jenis II, kali ni saya nak beralih sedikit, nak bercerita tentang diabetes ketika hamil. Ramai rasanya ibu2 hamil yang menghadapi masalah seperti ini kan? Jom kita kenali dulu...


GDM, kencing manis ketika hamil, diabetes waktu hamil, GDM semasa hamil, GDM itu apa, apa itu GDM, Risiko kencing manis, bahayakah diabetes, punca GDM, sebab GDM, Gestitional Diabetes, hormon hamil, MGTT, 

Apa itu GDM?

GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.

Berapa bacaan paras gula untuk GDM?

Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.

Bagaimana GDM boleh berlaku?

Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.

Adakah GDM merbahaya dan membawa kesan buruk?

Ya, Terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Perlu diketahui bahawa wanita yang hamil dan menghidapi diabetes gestasi atau GDM adalah merupakan kehamilan berisiko tinggi. Jelas, diabetes adalah sgt merbahaya kepada semua terutamanya ibu hamil. 

Tentang risiko dan kesan2 buruk GDM akan saya kongsikan di entry akan datang. Terima kasih kerana membaca.


Saya kongsi apa yg saya tahu :)

Wednesday, April 1, 2015

PETUA MERAWAT BAYI KEMBUNG PERUT

Seronoknya bila mencium bau bayi baru lahir. Orang kata bau syurga. Yerlah dilahirkan suci bersih tanpa secalit dosa tentunya bauan syurga masih bersama mereka. cium iesya yang masyam baru lepas bangun tido pagi2 tu pun nikmatnya....hahaha...dah 5 bulan tu...kalau yg baby2 kecil lagi tu lagi best kan?

Ermm...biasanya bayi kecil ni masalah yang selalu mereka hadapi ialah kembung perut. Pening kadang2 mak ayah tak dapat tidur malam sbb bayi mereka merengek tidak selesa. Sekali rasa perut, mak aih tegang dan bulat gitu. Kembung! kalau orang dewasa "ubat" nya mudah shj, telan 3 biji Peppermint Ginger keluarlah anginnya, kalau bayi?

Jangan tak tahu yer, kembung perut yang berlarutan boleh membahayakan dan juga boleh menyebabkan masalah penghadaman, seperti sembelit. Itu salah satu sebab juga mengapa bayi yang berumur bawah 6 bulan dilarang untuk diberikan makan lain selain susu. Sewaktu berumur bawah 6 bulan, sistem penghadaman mereka masih belum matang sepenuhnya.

Kembung perut akan buat bayi meragam

Eisya pun pernah menghadapi masalah kembung perut, tapi sekejap jer...masa tu dia belum sebulan lagi usia. Memang tak tidur malam la saya dan suami, macam2 jenis minyak kami beli dan sapu, tapi tak juga lega. Fikir semula apa silap, almaklumlah iesya masa tu campur minum susu ibu dan juga susu formula.

Alhamdulillah duduk dengan Mak, adalah beberapa petua yang mak berikan. Dan yang paling bersyukur petua petua mak kongsikan serasi dengan Eisya. Lelap la tidur malam kami suami isteri. hehehe...Jom saya kongsikan dengan anda semua

Daun Pokok Mengkudu Menghilangkan kembung bayi.

Kalau duduk dikampung, daun mengkudu ni mmg senang la nak jumpa. Kadang kala pokok mengkudu boleh ditemui tumbuh meliar disemak dan tepi2 hutan. Ada juga yang tanam pokok mengkudu kerana kegunaan pokok ini serbaguna dalam bidang perubatan traditional. Kenal tak daun pokok mengkudu? Kalau tak kenal jom tengok gambar ihsan dari pakcik google ni.

daun mengkudu, noni, kembung bayi, masalah kembung, kembung perut, petua kembung bayi, bayi selalu kembung, tips hilangkan kembung bayi, buang angin kembung, daun mengkudu untuk angin, bayi kembung,
Daun dan buah mengkudu

Cara menggunakannya daun mengkudu :

1. Layur diatas api kecil sehelai daun mengkudu sehingga lembut.
2. Tuam ke atas perut bayi yang kembung. Hati2 jangan daun terlalu panas.
3. Buat urutan mengikut arah jam sewaktu menuam
4. Anda juga boleh biarkan daun mengkudu di atas perut bayi (bahagian atas pusat) sebelum memakaikan barut.

Petua Junjung Bayi


Selain dari petua daun mengkudu ini, Mak saya juga ada ajar supaya "junjung perut bayi" sebanyak 7 kali sambil membaca selawat ke atas nabi junjungan kita. Caranya ialah dengan mengangkat bayi dan kenakan perut bayi ke bahagian umbun2 kepala kits sambil selawat.

Insyaallah kedua2 petua ini saya lakukan dan selepas itu bayi akan keluar angin (kentut) dan sudah tentu melegakan perut yang kembung tadi. Selain itu antara tips2 yang anda perlu tahu untuk mengelakkan dari bayi anda kembung ialah :

1. Dinasihatkan juga sekiranya anda memberi susu formula kepada bayi anda, air yang digunakan perlulah dimasak hingga mendidih sebelum digunakan. Jangan sesekali digunakan air langsung dari tapisan. Perut bayi sgt sensetif.

2. Sekiranya bayi anda menyusu badan, ibu haruslah menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan2 yang berangin dan sejuk.

3. Elakkan bayi berada dalam keadaan sejuk, kurangkan kipas angin atau air cond. Jika tiada keperluan untu berjalan waktu malam, elakkan.

4. Mandikan bayi dengan air suam sekurang2nya untuk 6 bulan pertama. Jika bayi anda sememangnya mudah untuk kembung perut, amalan ini perlu diteruskan sehingga ia serasi atau boleh menerima air sejuk.

Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah sebegini.

Saya kongsi!

Wednesday, March 11, 2015

PUNCA SEMBELIT IBU BERPANTANG YANG PERLU DITANGANI

Hati gusar, gundah gulana bila pertama kali nak ke tandas untuk menunaikan "hajat besar" selepas kelahiran? Rasa ngeri makin terasa apabila melalui proses bersalin secara normal terutama jika proses kelahiran menyebabkan anda menerima beberapa jahitan dibahagian vagina. Lagi parah jika segelintir ibu2 berpantang ini mengalami sembelit selepas melahirkan. Seperti ibu di dalam video ini...sengsara tau...dan jangan pandang remeh tau masalah ini, kalau tak ditangani dengan segera masalah lain pula akan timbul, kesian diaaa.....



Sembelit! Satu perasaan gelisah pasti wujud. Sebenarnya perasaan ini memainkan peranan penting. Semakin ada rasa takut untuk menghadapi keadaan ini, semakin tidak selesa anda rasa. Perasaan takut ini juga boleh menyukarkan lagi keadaan. Ia boleh meyebabkan pengecutan otot disekeliling bahagian rectum dan anus atau dubur iaitu bahagian paling hujung didalam sistem penghadaman manusia. Usus juga berkemungkinan akan memberi implikasi yang sama. Jom kita lihat apa punca sebenar yang memungkinkan terjadinya sembelit ketika berpantang.

rectum, anus, sembelit, berpantang, sembeli semasa pantang, punca sembelit, ibu hamil sembelit, ibu bersalin sembelit, sistem pencernaan,


PUNCA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

  • Sistem pencernaan menjadi perlahan.

Seorang ibu yang baru melahirkan akan mengalami proses pencernaan yang lebih perlahan berbanding biasa. Ini kerana tindak balas dari organ dan hormon ibu itu sendiri. Ini juga mungkin disebabkan hormon kehamilan masih bersisa walaupun selepas kelahiran.
rectum, anus, sembelit, berpantang, sembeli semasa pantang, punca sembelit, ibu hamil sembelit, ibu bersalin sembelit, sistem pencernaan,

  • Jahitan selepas bersalin normal.

Perasaan ngeri dan takut menyebabkan anda menangguh untuk menunaikan "hajat besar" anda yang mana keadaan ini sgtlah tidak diboleh diamalkan. Jika anda asyik bertangguh untuk ketandas, kemungkinan najis akan menjadi lebih keras dan menyukarkan sewaktu pembuangan. Pengumpulan direktum akan menyebabkan bermacam implikasi lagi.

  • Ubat penahan sakit seperti pethidine dan diamorfin.

Ubat penahan sakit juga menjadi punca sembelit selepas bersalin. Ubat2 ini biasanya diberi ketika proses kelahiran berlangsung. Sebenarnya ubat ubatan ini menyebabkan usus lambat utk menghuraikan makanan sekaligus menyebabkan sembelit. 

  • Diet yang tidak seimbang ketika berpantang.

Ini punca paling selalu kenapa ramai ibu berpantang selalu sembelit. Tidak dinafikan byk pantang larang yg perlu dipatuhi oleh ibu2 berpantang terutama bab pengambilan air. Jika anda menyusukan bayi, pengambilan air sebenarnya sgt penting untuk sistem pencernaan anda. Makanan yang berserat tinggi juga sgt penting. Pengambilan sayur sayuran dan juga buah buahan semasa berpantang juga selalu disekat kepada ibu2 berpantang. Inilah antara faktor2 penyebab mengapa ibu2 sering sembelit semasa berpantang.


ok sekarang anda tahu dah kan punca2 yang meyebabkan sembelit selepas berpantang. so tolong ambil kira dan hati2 dengan faktor2 penyebab ni yer...insyaallah entry akan datang saya akan berikan tips menangani masalah sembelit semasa berpantang ni pula...stay tuned!


Saya kongsi, saya prihatin

Wednesday, October 22, 2014

SUMBANGAN KEPADA PONDOK REMAJA TAPAH, PERAK

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini, 20hb Oktober 2014, hari terakhir jelajah untuk projek Gerak Gempur Supermom (GEGEMASU 2014). Kami, diketuai oleh Master Kamarul Bahrin dan Master Hadhatina founder "Supermom Academy" mengakhiri lawatan kami ke sebuah sekolah tahfiz di Tapah iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Wal-Qiraat ADDIN-4 (MTQ4). Alhamdulillah kami disambut mesra oleh ustaz-ustaz dan juga anak didik Maahad Tahfiz tersebut dan dijamu dengan hidangan tengahari.

Tujuan lawatan kami ini ialah bagi menyampaikan sumbangan Master Kamarul, Master Hadhatina dan juga sumbangan mereka yang bernaung dibawah Supermom Academy. Alhamdulillah, semoga sumbangan tersebut dapat menokok tambah tabungan MTQ4 untuk merialisasikan impian membina " Pondok Remaja"

pondok remaja tapah, pondok remaja,maahad tahfiz tapah, MTQ4, sumbangan pelajar tahfiz, sekolah pondok, aktiviti supermom, shaklee bisnes, perniagaan shaklee

Apa itu "Pondok Remaja"?

Pondok remaja adalah hasil kerjasama antara Pusat Pengajian dan Perniagaan Pondok Remaja (IP 0407064-D) dengan Pertubuhan Usahawan Muslim Malaysia (PPM-001-28122013) dan Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat Addin-4 (MTQ4). Tujuan penubuhan Pondok Remaja ini ialah untuk memberi peluang pengajian agama dan keusahawanan kepada remaja atau pelajar lepasan SPM yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka keperingkat lebih tinggi. Ia bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berwibawa dan mampu menyumbangkan kepada pembangunan negara dan agama.

Lokasi Pondok Remaja

Lokasi untuk operasi Pondok Remaja ini ialah diatas tanah wakaf berkeluasan 1.6 ekar no lot 136 yang beralamat di Kampung Raya (Mukim Batang Padang) 35000 Tapah Perak. Di atas tanah inilah perancangan untuk membina beberapa bangunan untuk keperluan remaja2 yang akan dididik menjadi seorang da'i yang kuat ilmu agamanya, hafiz dan usahawan muslim yang bijak.

Agenda Pendidikan Pondok Remaja

Agenda utama sistem pendidikan di sekolah ini sangat unik dan pada pandangan saya sangat bagus. Memang jarang atau mungkin tidak pernah saya temui sebuah institusi pengajian yang sebegini. Apa agendanya?
1- Hafazan Al Quran dan matapelajaran agama aliran pondok
2- Matapelajaran perniagaan dan keusahawanan
3- Kemahiran hidup dan jatidiri.

saya yakin dan percaya, Pondok Remaja akan melahirkan ramai da'i yang bijak dalam perniagaan juga disamping memartabatkan semula sistem perniagaan islam terutama menjauhi riba'.

Berapa Kos Cadangan Pembangunan Pondok Remaja?

Di atas tanah yang telah diwakafkan oleh seseorang, kos pembangunan yang dibentangkan  beranggaran RM500k. Pembangunan melibatkan Satu Blok Kelas, Satu blok Asrama, Surau, Tandas, Kantin, Rumah kakitangan, pagar, wakaf, dan kelengkapan bangunan yang lain. 

pondok remaja tapah, pondok remaja,maahad tahfiz tapah, MTQ4, sumbangan pelajar tahfiz, sekolah pondok, aktiviti supermom, shaklee bisnes, perniagaan shaklee
Bersama pelajar Tahfiz MTQ4 yang mungkin juga akan diserap ke Pondok Remaja selepas SPM atau 18tahun.

Bagaimana ingin membuat sumbangan?

Anda boleh menyumbang kepada Pondok Remaja melalui:

Pejabat Urusan
No. 30, Persiaran Damai II,
Taman Damai, 35000
Tapah, Perak

AJK Jemaah pentadbiran :
Pengerusi - Ustaz Wan Termizi Bin Abdul Aziz 019-5101772
Tim Pengerusi - Ustaz Apawani bin Abdul Wahab 019-4499241
Setiausaha - Ustaz Mohd Fazali bin Abdul Manas 013-5305228
Bendahari - Ustaz Ismail bin Ibrahim 019-5028604

Akaun Bank
Maybank : 5581 2750 3907 (Pusat Pengajian dan Perniagaan Pondok Remaja)


Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan sumbangan murni anda. Oh ya, saya bukan salah seorang AJK Pondok Remaja. Saya cuma menyampaikan hasrat mereka melalui penulisan entry blog ini melalui pengalaman saya.

Hubungi saya hanya sekiranya anda ingin mendapatkan PRODUK SHAKLEE atau ingin menyertai PERNIAGAAN SHAKLEE bersama saya. Insyaallah setiap pembelian anda hasilnya sedikit sebanyak dpt juga saya sumbangkan kepada mereka.


Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet

Monday, July 21, 2014

PENGEDAR SHAKLEE MASJID TANAH, ALOR GAJAH, SG. UDANG, MELAKA

Assalamualaikum....

Baru perasan...saya tak declare dalam blog ni yg saya dan suami ialah Shaklee Independent Distributor (SID)...Pengedar Sah Shaklee dan boleh C.O.D untuk kawasan Masjid Tanah, Alor gajah  dan juga sekitar Sungai Udang Melaka. Aish...camner benda Basic nih boleh lupa...asyik  update kat Facebook jer kan...

Ok, nak beritahu bahawa kami adalah SID yang terlatih dan telah mengikuti Seminar dan Bengkel Kesihatan yg dianjurkan oleh Shaklee sendiri melalui Pakar-pakar Nutrisi mereka. Ini sijil terbaru kami untuk tahun 2014. Saya dan suami insyaallah boleh mencadangkan dan memberi tips2 kesihatan kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan konsultasi.


 Sijil Suami Huzair Bin Bahrin

 Sijil saya, Noor Azmiah Mohamad

Jadi, jika anda berada berhampiran dengan kami, jangan malu2, segan2 untuk mendapatkan kesemua jenis Produk Shaklee melalui kami yang sudah tentu sentiasa "ready stock".  Jika anda berada di kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah, dan Sungai Udang, insyaallah produk boleh dihantar terus ke depan pintu rumah anda (*mengikut terma dan syarat). Call/whats Apps saya di talian 010-3223139, 0192423139 (no baru) atau 010-3223137 untuk temujanji dan juga konsultasi. Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan kami shj.

Kepada yang berada jauh dari kami, jangan khuatir kerana kami menyediakan penghantaran melalui POSLAJU ataupun Courier service yang efisyen  untuk menjamin produk yang anda order sampai segera kepangkuan anda. Anda juga akan mendapat konsultasi dari kami secara percuma secara Online.

poslaju pun bolehhhh...

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Ahli Shaklee, sila hubungi saya di no yang tertera di bawah dan dapatkan maklumat kebaikan sekiranya mendaftar sebagai ahli DISINI.Insyaallah disamping menjana pendapatan, byk lagi keistimewaan yang anda perolehi. OK, jgn salah faham, sekiranya anda tidak berminat untuk berniaga, tidak mengapa, jadi ahli untuk mendapat kemudahan di website dan semestinya dapat harga ahli untuk setiap produk, itu lebih pentingkan?.



Ok, tu sahaja untuk entry kali ini...jangan lupa er...SAYA IALAH PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN MASJID TANAH, ALOR GAJAH, SG UDANG MELAKA. Jom hubungi saya!

Facebook : NoorAzmiah Mohamad
Hp/Wsp : 0192423139
Email : azszua03@yahoo.com


Your trusted SID,

Friday, April 4, 2014

CARA MOHON VISA KE CHINA

Salam jumaat semua....

Walaupun semua sedia maklum bahawa hubungan Malaysia China semakin tegang, tapi rakyat Malaysia tidak putus2 berminat untuk mengunjungi negara terbabit. dan seperti saya, China adalah lubuk rezeki perniagaan saya. selain dari menjadi Shaklee Independent Distributor, saya juga adalah peniaga pakaian kanak2. Jadi, sekurang2nya 2 kali setahun saya akak pegi memborong di China. Guangzhou khususnya.

so bila ramai yg tahu saya selalu ulang alik ke sana, ada beberapa org kenalan Facebook yang PM  dan tanya tentang bagaimana nak buat Visa China. OK, meh saya explain kat sini...sebagai rujukan korang la yer...mana tahu nanti teringin nak ke China...Sebelum tu, meh tengok video ni dulu..mana tahu ada "hantu Travel" kat sini kan...


from iReach HD on Vimeo.


Borang Permohonan


Mula2, dapatkan secara percuma borang Permohonan Visa ke China dulu. Boleh walk in terus ke  

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm).

atau anda boleh juga download BORANG PERMOHONAN VISA KE CHINA di website

Ok, sebelum mengisi borang, pastikan anda menyediakan semua dokumen yg dikehendaki


  1. Sediakan sekeping gambar berukuran Gambar Pasport berlatar cerah
  2. Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput.
  3. Salinan Muka depan Pasport pemohon.
  4. Salinan tiket penerbangan anda ke China yg telah dibooking.
  5. Jika ada tempahan hotel, boleh sertakan satu salinan. Jika tiada pastikan anda tahu alamat tempat anda menginap
  6. Jika yg menyertai lawatan ramai, boleh menggunakan wakil untuk uruskan, tak perlu semua hadir.
  7. Anda perlu memilih dan isikan diborang permohonan anda memerlukan single entry atau double entry. (maksudnya dalam masa 6 bulan jika anda ingin buat 2 kali lawatan, tak perlu mohon visa sekali lagi, pilih double entry)


contoh borang V.2013

jika dokumen yg anda bawa lengkap, anda boleh isi di center shj, tak perlu berulang alik. selesai mengisi borang dan memastikan semuanya lengkap, boleh la beratur untuk mengambil nombor. Urusan submission sekejap shj...selepas pegawai yg bertugas membuat pemeriksaan, anda akan diberi Slip untuk pungutan.

Waktu pungutan adalah 4 hari waktu bekerja, anda juga boleh membuat pungutan dihari yang sama melalui Ekspress Visa, tapi harganya sudah tentu mahal. Selepas 4 hari, anda boleh datang membuat pungutan dikaunter dengan membawa bayaran dan slip pungutan. 

BAYARAN untuk Single Entry ialah RM85....tahun lepas RM 58 (dah naik harga) sementara untuk double entry ialah RM 105 dulu RM 75 shj. so sediakanlah wang mencukupi.
    

 
contoh visa ke China (dah digunakan) 

ok itu shj utk setakat ini, jika ada sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen anda yer...jgn lupa bekalan supplement jika mahu ke China!

boleh bincang dengan saya apa supplement yg patut anda bawa....

kalau nak baca mengenai pengalaman2 kami di Guangzhou, bolehlah klik DISINI