Showing posts with label MASALAH : MEROKOK. Show all posts
Showing posts with label MASALAH : MEROKOK. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

KRONOLOGI BAGAIMANA P.B BERHENTI MEROKOK


Assalamualaikum semua.....

Disebabkan video yang diviralkan oleh rakan2 beberapa minggu sebelum ni, ramai pulak yang bertanyakan tentang bagaimana En Penjejak Bayang (P.B) kita berhenti merokok. Ok, saya buat entry khas ini untuk jawab soalan2 anda semua yer....ada yang tak percaya PB boleh lupakan rokok sekelip mata...yelah...dah 20 tahun kot dok bersahabat baik degan rokok..Dunhill lak tu...so, maybe ada yang tak percaya dan anggap mustahil sbb P.B berhenti tanpa sebab....tapi entry ni bukan untuk anda percaya apa yang saya katakan....tapi untuk and fikir2kan...tak perlu sebab untuk berhenti merokok....cukup dengan kesedaran diri sendiri...

oh ada lagi ke yang belum tonton video tu? sebab kalau anda belum tonton susah sikit nak faham kronologi dan input2 yang akan saya terangkan dibawah nanti. Anda tonton dulu yer pengakuan En P.B dalam video ini....


ok, terima kasih jika anda sudah menonton. sekarang saya akan terangkan perjalanan sewaktu mula suami saya "kenal" rokok sehinggalah dia berhenti secara rasminya.

Umur 10-13 tahun :
Kenal rokok dan curi2 mencuba rokok daun pakcik beliau. Nakal dulu ni kecik2, suka nak cuba macam2. Kecik2 perasan mcm dah bujang.

Umur 14-19 tahun :
Sekolah jauh dari keluarga, lagilah semakin berleluasa merokok. waktu nih dah cuba mcm2 jenis rokok. Kawan2 pun masing2 merokok sama, so makin menjadi2lah. Family tahu dan marah. Mak mertua saya cakap " membazir jer merokok nih, buang duit, lain la kalau kau tu dah kerja..." En. PB pegang kata2 tu sebagai lesen besar.

Umur 19-23tahun :
Mula bekerja, dan kata2 emak beliau dijadikan lesen besar untuk bebas merokok. Depan keluarga pun selamba jer. Umur 23 ni kami bertunang, dia janji nak berhenti merokok. walau camner cinta sekalipun...cinta lagi dia kat Dunhill tu....takde maknanya boleh berhenti....percubaan untuk berhenti merokok cuma bertahan selama 3bulan jer....pastu heavy semula...

Umur 24 tahun :
Kami kahwin dan sekali lagi cuba berhenti merokok sbb nak masuk dalam keluarga saya yang semuanya tak merokok, tapi tak menjadi gak...mungkin sbb "paksaan" dari saya bukan degan rela hati....

Umur 32 tahun :
Masa ni mula ada kesedaran sedikit tentang kesihatan. Mungkin mula rasa diri "dah tua". hihihi....dan masa antara umur 24 hingga 32 tahun tu pun telah cuba beberapa kali untuk berhenti, tapi xpernah berjaya...paling lama tahan 2-3 bulan je. Umur 32 nilah en. PB cuba berhenti dengan menghadiri Kauseling di Klinik Berhenti Merokok, ganti rokok biasa kepada e-cigarette dan macam2 lagi ler....gagal...gagal...tetap gagal utk berhenti merokok...

Umur 33 tahun :
Masa ni  mmg dah kenal Suplemen Shaklee dan dah makan pun beberapa jenis supplemen seperti Vitamin C dan juga Omega Guard. Makan pun sbb tahu orang merokok nih byk radikal bebas dalam badan dan pembinaan sel2 sihat sgtlah tidak normal. Kemudian saya cuba beri beliau Vivix sebagai supplemen tambahan. Amazing!, lepas beberapa hari En. PB mengadu rasa tak sedap bila merokok. Dari situ selepas beberapa minggu beliau terus dapat melupakan rokok secara perlahan2...Alhamdulillah...

Umur 35 tahun :
Tahun ni, sudah 2 tahun secara rasminya en PB 100% bebas dari tabiat merokok. Lansung tak terpengaruh dengan asap rokok kawan2. Penangan konsistan 2 botol Vivix sebagai permulaan dan kesedaran untuk berhenti merokok. Sekarang dia pulak marah kalau orang merokok kat dalam kedai makan...hehehe...apa lagi kalau ada baby atau anak kecil (sbb dia waktu merokok dulu tak buat gitu)



tips berhenti merokok, stop merokok, kronologi berhenti merokok, vivix shaklee, hentikan ketagihan, hidup sihat, kesedaran


So menjawab dah segala persoalan kawan2 semua kan...so, selagi ada kemahuan dan keinginan untuk berhenti merokok, cubalah, jgn pernah putus asa. Boleh cuba tips tips berhenti merokok yang saya sharekan di entry terdahulu. Selamat berjaya!


Isteri bahagia :)

Thursday, April 10, 2014

VIVIX KURANGKAN KETAGIHAN NIKOTIN?

Anda selalu dengarkan Tips berhenti merokok salah satunya, banyakkan makan buah-buahan. Makan buah buahan lepas sarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Tahu tak kenapa? Sebenarnya dalam setiap buah-buahan itu terkandung sejenis enzim yg kuat kepada deria rasa kita. dan ia dapat mengurangkan keenakkak rasa kepada si perokok terhadap rokok. 

Ada kajian yg ditulis dlm Jurnal Kajian Nikotin dan Tembakau menyatakan penghisap rokok yg makan empat atau lima hidangan buah-buahan sehari dan setiap hari berpotensi untuk meninggalkan tembakau dalam tempoh 1 tahun. hebatkan? 

ok kalau korang rasa susah nak sediakan, nak susun jadual utk makan buah buahan selalu...jgn risau...u all boleh jer makan supplement yg berunsur buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi dari Shaklee ini...iaitu VIVIX. yg ini insyaallah kesannya xperlu tunggu sampai setahun...silap2 sebulan dua pun boleh hilangkan ketagihan terhadap nikotin dan tembakau. selain tu apa yg bagus tentang VIVIX ni ialah, ia mempertahankan DNA dari radikal bebas, memulih DNA yg rosak dan sekaligus memberi tenaga pada DNA dan meningkatkan performance DNA kita.

jom tengok testimonial lain selain dari pengalaman suami saya makan VIVIX selama 2bulan sebelum stop smoking....tapi kena usaha2 lain juga tau, bukan semata harap pada supplement. yg paling utama azam dr diri sendiri.


 vivix shaklee, testimoni stop smoking, testimoni rokok, vivix dan rokok, stop smoking, rokok, berhenti merokok, vivix 


saya juga ada kongsikan TIPS-TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK di entry sebelum ini..semoga bermanfaat kepada semua.

semoga usaha anda berjaya. sayangi diri anda dan keluarga anda. Selain dari rokok merbahayakan kesihatan, rokok juga hukumnya HARAM seperti yg telah ditetapkan oleh fatwa kebangsaan. Anda masih belum terlambat.

jika berminat untuk dapatkan VIVIX, sila hubungi saya

NOOR AZMIAH
0103223139 (whatsapp pun boleh)

Wednesday, April 9, 2014

AKU BEBAS DARI KETAGIHAN ROKOK!!

Adehhh...Lamanya tak menaip...Ape chegite nak kongsi nih...Pasal rokok buleh...Rokok ini bukan masalah boleh berhenti ke idak yang menjadi persoalan utama, tapi nak berhenti ke tidak...sebolum tu meh tengok video saya nih....saya share apa yang saya dah lalui....





Kebanyakkan perokok tegar ni sayang untuk meninggalkan tabiat mereka...Ye lah selagi belum sakit kronik, mana nak timbul kesedaran tu...Kalau dah doktor kata anda menghidap kanser bla3... baru nak menyesal...Antara alasan  yang selalu kita dengar perokok yg sayang sgt nak berhenti beritahu :

"Kalau nak mati, tak isap rokok pun mati gak..."
"Orang kampung aku isap rokok sampai umur 70 tahun ok jer..."
"Alah ade jer aku tengok orang tak merokok kena kanser..."
"Biarlah...Isap rokok jer pun bukan isap ganja ke dadah ker..."
"Isap rokok buleh dapat idea...Hilangkan stress..."
"Biarlah ...Duit aku, bukan mintak kat kau pun ..."


Alasan di atas merupakan antara alasan yang selalu di gunakan oleh perokok tegar termasuk saya satu ketika dahulu...hihihi...Saya mula kenal rokok sejak umur 5 ke 6 tahun...Selalu curi curi rokok pakcik saya...Port selalu ialah bawah tangga...Masa tu rokok daun tanpa tembakau...Tak pandai tarik pun...

rokok daun



Berusia 9 tahun dah advance sikit...Dah kenal gudang garam balak merah , suria , Djarum, White horse , benson & hedges , lucky strikes , camel , 555 dan bla-bla-bla...Masa tu dah pandai tarik dalam-dalam...Perkhhhh asap keluar kat hidung....Gempak ahhh...Port mandi sungai lepak bawah jembatan....

rokok dulu-dulu



Tingkatan 1 dah pandai pilih jenama yang bujang sket, Marlboro...Masa tu rokok 20 batang baru berharga rm 3 hengget lebih sket...Tingkatan 3 bersekolah di Ulu Tiram dah merokok berjenama dunhill...

dunhill pelbagai saiz
(gambar di atas dunhill 7,10,14,20,40 )...
    Mak selalu marah dan cakap masih sekolah dah pandai isap rokok...Kalau dah kerja dah pandai cari duit sendiri lainlah...Saya anggap itu satu cabaran dan lesen besar...Start berkerja saya terus merokok di rumah dan di hadapan mak sambil berkata dalam hati sekarang saya dah berkerja...Pastu mak cakap kalau tak merokok lebih baik...Sia-sia jer bakar duit...

    Pantang jumper rokok yang pelik-pelik saya mesti beli...Kalau pergi Langkawi benda utama yang saya cari ialah jenama rokok yang ada di negara-negara lain yang tak ada di Malaysia...Antara yang saya ingat ialah red devil dan black devil...

    rokok langkawi



    Pantang ade duit lebih saya suka mencuba pelbagai cerut...Dari harga sebatang rm 3.90 beli di 7 eleven hingga Rm 50++sebatang  di kedai khas menjual curut...

    cerut, cerutu, seven eleven




    Kalau dunhill pantang ada keluaran baru atau limited saya mesti beli...Tak kira fine cut ker, green leaf ke tok nenek ape ker...mesti beli...kadang- kadang tu ade gift lighter...



    rokok sedap ,dji sam soe, dji sam soe emas

    Dan macam-macam jenis rokok yang saya hisap...Ada yang power dan ada yang power giler pastu susah nak cari antaranya dji sam soe emas...Kesedapan masih terasa di rongga tekak hingga kini...

    Lepas kahwin biasalah puan isteri asyik membebel jer...Bilalah nak berhenti, tak puas-puas ke isap rokok dah bertahun-tahun...Rasanya janji ngan bini nak berhenti dah berapa kali tapi mesti gagal gak...kadang-kadang tahan sebulan, kadang-kadang tahan 2 minggu dan kadang-kadang berhenti depan dia jer blakang isap macam biasa...Kantoi dah berapa kali dah sampai dia selalu cakap ni janji munafik ni...Huhuhu sentap gak dengor...saya sampai pegi klinik berhenti merokok dengan kemahuan saya sendiri...Alhamdulillah... tahan 2 bulan ,pastu isap balik...Arghhhh


    Akhirnya saya mencuba cara terbaru untuk menggunakan e-cigarette...Mula-mula saya beli ngan member yang paling kecil sepasang...Ada tiga perasa, layan gak...Asap tak berbau, tiada puntung dan habuk bertaburan ,badan dan mulut pun tak bau rokok...best kan...

    e-cigarette

    Rokok ini dikatakan kurang merbahaya kerana tidak mengandungi tar...Tapi bila di periksa kandungan nikotinnya agak tinggi berbanding rokok biasa...Rokok ini tidak dapat lekang dari tangan dan di hisap terus menerus menyebabkan puan isteri membebel lagi..."negara pencipta menatang ni, China pun mengharamkan penggunaan benda nih"...yelah, kalau kitaorg gi china, takde sorangpun yg kami jumpa pakai benda nih...kalau kat sini melambak2...

    Masalah saya ialah rokok ini terlalu kecil dan asapnya tidak terlalu banyak. Maka misi pencarian e-cigarette baru bermula...walaupun masih kena bebel ngan puan isteri....hihi..
    e-cigarette
    Lebih kurang cengginila ghopenya e-cigarette yang di beli...
    Perkhhh memang power ranger la...


    liquid e-cigarette
    Pastu ada masalah juga bila pakai e-cigarette ni, ingat dah oklah. Inilah masalah utama saya sebagai pengguna e-cigarette... Pantang jumpe liquid mesti nak beli pelbagai jenama dan perasa hingga stok sampai sebeban banyaknya (coffee, mocha, cappucinno, vanila, tiramisu, chocolate, espresso, peanut, butter, ice cream, chocolate mint, rasa buah durian, pisang, laici segala jenis tuk nenek berry dan tak hapa-hapa lagi perasanya)...Rasa sket kalau tak berkenan memang terbiar le jawabnya...

    Mula-mula terpaksa mengambil kandungan yang ada nikotin untuk menampung keperluan nikotin dalam badan...Tapi lama kelamaan saya tukar kepada yang non nikotin...Memang tak umphh pasal rasa kosong jer tapi terpaksa isap juga pasal dah jadi tabiat menghisap walaupun dalam hati rase macam menyampah gak isap bende nih lama-lama sebab ada asap tapi rasa kosong pasal non nikotin...

    Nak dijadikan cerita apabila saya ,isteri dan rakan group shaklee saya Supermoms & superdad berkunjung ke USS, Singapore (Universal Studio Singapore) tiba-tiba saya ditahan oleh kastam kerana membawa e-cigarette nih...Singapore melarang penggunaan e-cigarette...Diberi pilihan antara patah balik johor dan tinggalkan e-cigarette ni dan masuk balik atau terus masuk dan membiarkan e-cigarette ini dirampas...Tanpa berfikir panjang saya membuat keputusan biarlah ia dirampas walau sakit  hati pasal benda ni boleh tahan mahal gak...

    Selepas kejadian itu saya terus tak nak melihat  apa saja yang berkaitan e-cigarette kerana bengang... Semua liquid yang bertimbun-timbun, filter dan pelbagai tank saya beri pada orang ....

    Alhamdulillah semenjak dari peristiwa itu saya terus bebas dari aktiviti merokok...Mungkin itulah hikmahnya yang saya dapat ...Kawan baik saya yang sebelum ini kerjenya mengondem saya kalau nak berhenti merokok, sekarang pun dah bebas dari merokok itu pun sebab ada masalah jantung...baru nak berhenti, tapi Alhamdulillah boleh pun berhenti...Cuma lebih baik berhenti sebelum anda di sahkan berpenyakit kronik...Alhamdulillah juga sebab kami diperkenalkan dengan supplement shaklee yg mana pada saya banyak membantu dalam proses berhenti merokok saya dan kawan baik saya tersebut. anda boleh baca supplement yg saya dan kawan saya ambil di sini.

    Tepuk dada tanyalah hati...Sampai bila harus meneruskan benda yang sia-sia...Bertahun-tahun membakar duit...Bertahun-tahun meracuni tubuh badan sendiri dan keluarga...Rokok memberi idea??? Bertahun-tahun anda dapat idea tak jadikan anda seorang yang kaya pun...Malah anda lebih kaya bila tidak merokok then boleh la beli supplement untuk diri dan keluarga dari beli rokok kan?...Tiada lagi bermuka tebal meminta rokok sebatang atau meminjam lighter...

    Apabila anda berhenti merokok, secara sendirinya anda benci perokok, anda akan rasa rokok itu sangat busuk, anda akan marah orang merokok di kedai-kedai makan atau tempat awam kerana tidak prihatin kepada orang lain, anda akan mula mencari kawan2 yang tidak merokok dan anda akan rasa lebih sihat tentunya...alhamdulillah....aminnnn

    Mula cuba-cuba merokok umur 5 tahun 
    Mula merokok umur 9 tahun
    Mula aktif umur 13 tahun
    kahwin umur 23 tahun
    Berhenti umur 33 tahun

    jumlah tahun merokok = 25 tahun
    jumlah tahun kena bebel pn isteri = 10 tahun

    SAYA PILIH UNTUK HIDUP SIHAT!!

    korang, jomlah sama2 hentikan tabiat buruk merokok nih....sudah2lah tu...
    Jom baca tips berhenti merokok

    Tuesday, April 8, 2014

    10 TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

    Sekarang ni, zaman millineum ni... merokok dah mcm satu trend. Terutama kat bandar2 besar, perempuan pun dah tak serupa perempuan bila masing2 nak ikut trend tu. Tapi dimata mereka kalau tak merokok, takder style lah kan...kalau lelaki mmg takyah cakap lah...kononnya tak macho la kalau tak berasap...erksss, hello...yg macho tu lelaki yg tak hisap rokok okey, yg pandai jaga kesihatan, yg pandai jaga kesihatan orang orang sekeliling mereka...itu barulah Macho! ok tak nak citer tentang mereka2 yang masih anggap rokok teman setia mereka.

    sekarang ni nak citer tentang hepinyer saya bila encik suami dah berhenti merokok.... Alhamdulillah...lepas 2 tahun mencuba... perlahan2 tinggalkan tabiat merokok akhirnya hampir setahun (waktu entry ni ditulis) dah dia stop smoking 100%. yerlah, isteri mana yg tak bahagia bila suaminya berjaya berhenti merokok kan...dulu suami saya start merokok dari zaman sekolah lagi, dari rasa ingin mencuba...konon macho la kalau hisap rokok....last2 nak berhenti susah...ha kan...dah umur 30an barulah berjaya...apapun masih tak terlalu lewat untuk berhenti....sebelum lebih buruk lagi kesihatan baiklah fikir2kan...so rasanya, ramai insan2 diluar sana yg ada hajat nak berhenti merokok kan? Firstly, TAHNIAH sebab anda sudah memulakan langkah pertama dengan membaca artikel yg ingin saya kongsikan! Don't GIVE UP!!

    meh saya sharekan antara tips tips yg cek abang saya gunakan semasa proses nak berhenti merokok....mana tahu boleh dijadikan panduan untuk anda semua....

    1. Azam dan keinginan untuk berhenti. Tetapkan target waktu. 

    Ok, saya percaya mereka yang membaca hingga keperenggan ini telahpun mempunyai azam untuk stop smoking kan? tak kiralah sedikit ataupun kuat azam kamu tu sekurang2nya anda telah tanam sesuatu diminda anda, dihati anda. Tapi, azam juga perlu ada tujuan dan target. anda tulis azam anda besar dan tampal ditempat anda sering lihat. Jangan lupa tetapkan jangka waktu dimana anda telah berjaya mencapai azam anda itu. Penting untuk anda letak target waktu tau! setahun, 6 bulan, 3bulan...tapi MESTI ada.

    tak nak, stop smoking, berhenti merokok, tips berhenti merokok, tentukan masa, target masa

    2. Kuatkan iman, merokok dalam islam adalah haram.

    semasa suami saya mula mahu berhenti merokok, saya selalu ingatkan (pada dia saya membebel la..hihi) tentang hukum2 agama terhadap perkara2 yg merosakkan badan sendiri seperti merokok. Rasanya semua orang pun tahu hukum memudaratkan diri sendiri...cuma bagi perokok mereka tidak mengambil serius...rasa sayang pada rokok lebih menebal. Satu lagi yg selalu saya buat ialah share fakta2 dan nasihat2 tentang rokok di wall fb suami..hehehe

    3. Tetapkan pendirian. Kurangkan kuantiti dari sehari ke sehari.

    ok, kalau nak stop terus mmg agak mustahil dan payah lahkan...tapi cuba kurangkan kuantiti berapa batang sehari...kalau biasa 10batang sehari...hari ni kurangkan ke 9 batang...esok 8 batang...dan seterusnya. Memang akan mengambil masa tapi sekurang2nya anda cuba utk mengawal ketagihan nikotin anda.

    4. Ikuti Klinik berhenti merokok di Klinik-klinik kesihatan terdekat.

    Kerajaan juga menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat. Oleh itu byk Klinik2 berhenti merokok dilancarkan bagi membantu perokok2 tegar. Apapun sebelum join program ini anda perlulah mempunyai keazaman yg kuat untuk berhenti merokok. Klinik ini menyediakan kaunselor dan pakar pemakanan yg akan memantau anda...suami saya sempat join program ini 2bulan shj...lepas tu dia malas...gagal utk menghadirkan diri. Bagi mereka yag sungguh2, dan punya jadual yang lebih flexible boleh cuba kaunseling ni

    5. Beritahu keluarga dan rakan rakan sekeliling matlamat anda.

    Yang ini penting...kenapa anda perlu beritahu keluarga dan rakan2? Sebab anda sgt perlukan sokongan mereka semasa proses anda berhenti merokok. Percayalah...merokok ni lebih seronok kalau berkawan kan? Lepas sebatang, sebatang ditarik dr kotak pun tak sedar. Jika ada rakan2 yg tidak menyokong hasrat anda, jauhkan diri sementara dengan mereka. Berkawanlah dengan mereka yang positive dan sebaiknya berkawanlah dengan org yg tidak merokok. Bykkan masa bersama keluarga kerana keluargalah org yg paling akan menyokong anda.

    tak nak, stop smoking, berhenti merokok, tips berhenti merokok

    6. Sibukkan diri dan jari jemari anda.

    ok...biasanya org merokok nih diwaktu senggang kan? lepas makan, waktu borak2 ngan kengkawan...so, hindari aktiviti2 yg boleh menyebabkan anda teringat akan ketagihan tu. spare gula2 angin jika perlu. yg dah terbiasa rokok kat hujung jari jer tu boleh la sibuk2kan jadi anda dengan aktiviti lain...contoh...tulis blog, atau anda boleh juga join Group berhenti merokok untuk lebih info2 dan sharing pengalaman dari bekas perokok lain. Yang penting, penuhi aktiviti anda dengan aktiviti2 yang lebih sihat.

    7. Jangan jatuh kedalam perangkap "hanya sebatang jer" atau " se pump jer".

    Bila anda sudah dapat menghentikan atau mengurangkan tabiat merokok, peringkat awal tu mmg saat paling getir, banyak godaan dan juga hasutan. Tetapkan pendirian anda. jgn pernah anda terasa ingin mencuba, atau saje2 nak teman kawan hisap rokok. Nescaya apa yang anda usahakan selama ini akan menjadi sia2. Godaan dari kawan2 antara yg paling kuat. Sebab itu saya katakan, kurangkan aktiviti bercampur dengan mereka. cari kawan2 yang tidak merokok dan habiskan masa bersama mereka lebih kerap.

    8. Minum air masak lebih banyak.

    Tips yg ini mmg berkesan...semasa dlm proses melawan ketagihan, anda perlu lebihkan minum air masak. Air akan membawa keluar toksin dari tubuh anda dan membersihkan sistem tubuh badan anda secara perlahan2. selain itu air juga akan mencuci septor2 rasa disekitar mulut anda yg menyebabkan anda rasa ketagihan. Jadi, sediakan botol 1 liter di meja kerja anda dan refill 3-4 kali sewaktu anda dipejabat atau dirumah

    9. Dapatkan Supplement yang sesuai untuk anda

    Part ni mmg special, sebab bagi mereka yg betul2 inginkan kejayaan dlm misi berhenti merokok ini seharusnya sedar, semasa atau selama anda merokok, anda telah kehilangan banyak  vitamin dan zat dari tubuh badan anda dan badan anda telah pun di masuki terlalu banyak radikal2 bebas. jadi, lompong2 keperluan zat dan vitamin itu perlu diisi semula dengan yg sepatutnya. Supplement antioksidan seharusnya diambil lebih berbanding mereka yang tidak merokok. Disini saya syorkan pengambilan beberapa vitamin yg bagus untuk anda dan dapat membantu memulihkan ketagihan anda terhadap rokok. Antara yg terbaik ialah VIVIX, ada beberapa testimonial yg berjaya mengawal rasa ketagihan dengan vivix ni, nanti akan saya ceritakan di entry akan datang. Selain itu supplement anti oksidan seperti Vitamin E complex, Vitamin C Sustained Released dan juga B complex sangat diperlukan oleh anda. Semua vitamin dan supplement ini saya beri pada suami sehingga sekarang. alhamdulillah....

    10. Jangan bertangguh, mulakan dari sekarang.

    Jika anda mampu membaca artikel ini sehingga ke tips ke 10, bermakna anda sudah bersedia untuk berhenti merokok. Jangan toleh ke belakang lagi, jangan tangguh2 lagi. Mulakan sekarang! anda berhak hidup sihat, orang sekeliling anda berhak terhadap udara bersih. Lakukan sekarang!
     


    Jom tonton video pengalaman suami saya berhenti merokok