Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

BESTNYER LAGU HANIE SORAYA NIH!

Sejak dua menjak nih...entah kenapa suka nau dengan lagu dr Hanie Soraya nih...ke ni semua sbb group #360 la nih...sebelum2 nih penah dengar lagu nih tapi nak cari xtahu tajuk pulak...tapi sbb kes "kena menyanyi" utk video Master Celebration Aya Chalo salah sorang "2-3 pupu" dalam Shaklee....baru ku tahu tajuknya..."HINGGA KE HUJUNG DUNIA"...Jom tengok liriks lagu ni...


HINGGA KE HUJUNG DUNIA
By : hanie soraya

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

#Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama 

(hingga ke hujung dunia) 

Hingga ke hujung dunia
Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu

Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna
Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

#Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini 

Lalalala lalalalala 

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama...


suka lagu ni sbb penuh dengan motivation. selain lagu Faizal Tahir "Gemuruh" lagi ni sangat santai, tapi berinspirasi.... membayangkan saya bersama kawan2 lain sama2 menghadapi cabaran dalam menuju kejayaan. ada suka, ada duka...tapi tidak pernah melunturkan semangat kami...semua kerana kami cintakan apa yang kami buat! Jom nyanyi sama2 dengan hanie pulak!


Selamat menghayati lirik lagu ini yer kawan2! 

 Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet

Saturday, October 4, 2014

RAHSIA KEJAYAAN HJH FAIZA "BERSAMAMU"

Siapa Hajjah Faiza Bawumi?

Pada hari sabtu 10 Ogos 2014 bersamaan hari raya ketiga, saya dan keluarga berkunjung ke rumah Hajjah Faiza Bawumi sayed Ahmad yang terletak di Batu Pahat Johor. Sudah menjadi rutin setiap kali lebaran, kami akan berkunjung ke rumah beliau. Tapi berlainan kali ini saya berkesempatan menemubual beliau dan Alhamdulillah, sudi bercerita  tentang asal usul perniagaannya bermula...

faizah bersamamu, faiza beras, faiza basmathi, kisah kejayaan, zakat, kisah tauladan, usaha utk berjaya, faiza herbapony

Nama sebenar Faiza Bayumi Sayed Ahmad tetapi ditulis "Faiza Bawumi"  di Jabatan Pendaftaran. Lahir pada 09/03/1942 bererti umur beliau kini mencecah 72 tahun. Berasal dari Mesir dan mengikut suami menetap di Batu Pahat...

Penghijrahan beliau dari Mesir ke Malaysia selepas melangsungkan pernikahan adalah satu pengorbanan yang besar. Mula-mula di negara orang, walaupun beliau diterima gembira oleh keluarga di Malaysia dan sangat senang dengan budaya Melayu. Hari2 berlalu...beliau sebagai suri rumah mula merasa bosan kerana tidak berbuat apa-apa. Apabila terpandang anak-anak jiran yang hampir sebaya dengan anaknya bermain, Beliau terfikir "saya ada diploma jahitan mengapa tidak saya manfaatkan". Beliau memulakan langkah pertama dengan membeli kain dan menjahit  baju gaun kanak kanak sementelah abang iparnya menghadiahkan sebuah mesin jahit. Bermula berniaga di sekitar kediamannya dan mengumpul modal sendiri, sehingga cukup modal, beliau membeli mesin jahit yang lebih baik dan boleh membuat sulaman. Membuat sarung bantal dan alas meja adalah misi seterusnya. Kain "saprah" kecil di jual dengan harga RM4.50 dan kain saprah besar dengan harga RM6.00. Manakala 4 sarung bantal, 2 sarung bantal peluk berserta cadar bersulam dijual dengan harga RM 35.00...

Selepas dari itu beliau menceburkan diri dalam perniagaan pinggan mangkuk pula. Semua dibeli mengikut kiraan dozen dan dijual mengikut hidang. Dimasa ini beliau telah menetap di Mersing semasa menjalankan perniagaan ini beliau sgt sibuk dengan aktiviti perniagaan hingga mengganggu masa bersama keluarga dan juga ganggu waktu makan. Beliau juga ada membuat  perniagaan "direct selling" menjual buku Ensiklopedia sehingga mendapat pingat emas sebagai team manager terbaik seluruh negeri Johor. Pernah mendapat pakej perlancongan keluar negara keana kecemerlangan beliau terbabit, tetapi terpaksa beliau tolak kerana memikirkan anak2 yang masih kecil. Oleh kerana waktu kerja yang tak menentu dan sering meninggalkan waktu makan,  beliau menghidap penyakit gastrik ulser. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berehat panjang dari bisness MLM dan pinggan mangkuk...

Setelah berehat panjang dari perniagaan MLM, beliau yang memang jenis tidak boleh duduk diam, memulakan perniagaan baru menjual cili mesin buatan sendiri di kedai-kedai mara. Mula membuat cap sendiri untuk cili mesin. Dibungkus dengan cap bunga raya dan bila mendaftarkan ia tak sah kerana bunga raya adalah lambang khas untuk negara kita dan setiap rakyat berhak menggunaakannya. Setelah berfikir panjang, akhirnya beliau menggunakan nama sendiri untuk membuat cap pada semua bungkusan produknya. Setelah agak lama menjual cili mesin beliau berkata kepada suami " Kalau kita buat kari sedap agaknya". Kerana niat hendak menjual kari dan rempah, beliau memanggil seorang tua (dirahsiakan) yang sangat pandai untuk memasak kari. Barang-barangnya di beli oleh beliau sendiri dengan maksud ingin melihat apakah rahsia orang tua ini masak. Bila melihat orang tua ini masak, rasanya mudah saja kerana main cekut-cekut tanpa sukatan dan hasilnya memang sedap. Bila beliau masak sendiri dan main cekut-cekut atau agak2 rasanya tidak sedap. Akhirnya beliau mula menyukat satu-satu bahan dan mencuba masak dan di jamu kepada kawan-kawan untuk meminta pandangan. Kadangkala kurang pedas, ditambah pedas kurang seri pula warnanya. Beliau terus mencuba sehingga 6 bulan, barulah mendapat sukatan yang tepat untuk ramuan yang mantap...


Gambar di atas adalah keratan akhbar antara kisah suka duka ketika membangunkan perniagaan.


 Di bawah ini adalah gambar-gambar bungkusan rempah ratus pada masa ini..


Pada tahun 70an, beliau tinggal di Kluang kerana mengikut suami yang bertugas di sana...Di sana beliau mula berniaga barang-barang runcit. Di sinilah beliau mula mengenal jenis-jenis beras. Pada masa itu beras cuma ada tiga jenis sahaja. Beras A1, beras wangi dan Basmathi. Perniagaan2 sebelum ini tiada lesen perniagaan kerana beliau berniaga di rumah tempat beliau menetap dan rumahnya ialah rumah pegawai kerajaan, sudah tentu tiada lesen yang akan diluluskan. Akan tetapi walaupun beliau berniaga tanpa lesen dan tidak di ketahui pihak penguasa, beliau tidak pernah sekalipun lupa untuk membayar zakat dan cukai pendapatan pada kerajaan dan dibayar menggunakan nama suami. Sebelum ini semasa jual baju gaun secara kecil-kecilan pun beliau tetap membayar zakat...Pesannya kepada saya "paling mustahak, zakat. Jangan tak bayar"...


Ingin tahu kisah selanjutnya? Antaranya ialah

  1. Beli kedai no 13 ? kebakaran?
  2. Cerita sedih dari diari
  3. Rahsia besar orang cina berniaga
  4. Hamba Allah membawa rezeki besar & Kisah Lesen esklusif bernas
  5. Program bersamamu
  6. Impian besar Dan Rahsia kejayaan
Nantikan sambungan akan datang dengan petualangan dan liku yang penuh pancaroba. Jumpa lagi.....

Tuesday, September 23, 2014

SENANG "BER SHAKLEE" BILA PERNAH RASA SUSAH BISNES KONVENSIONAL

Senang atau susahnyer sesuatu perkara itu sebenarnya boleh dilihat dengan apa perbandingan yang anda buat. Mcm pepatah mat saleh beritahu, "bandingkan epal dengan epal"....barulah adilkan? Tu sebab, bagi org yg cemerlang dan mempunyai matlamat, mereka akan bandingkan dengan perkara yg lebih sukar dan anggap halangan itu sebagai satu peluang! Mereka tidak akan lari dari masalah, tapi akan selesaikan dengan pendekatan yg lebih terbuka. Hari ni saya nak cerita tentang pengalaman saya menjalankan dua perniagaan sekaligus. Iaitu bisnes Shaklee dan juga bisnes baju kanak2. 

Sebelum bermula dengan bisnes sendiri, saya bekerja makan gaji lepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2001, 4 tahun jer keje makan gaji, 2003 saya dan suami mendirikan rumahtangga dan setahun lepas tu saya berhenti kerja. sebab utama berhenti, saya tak tahan kerja siang malam sebagai Pembantu Juru Ukur Bahan, dengan tender tak berhenti, kena stay up bagai kat office. Penat sgt satu hal, tapi saya mmg tak suka kerja yg menyekat kebebasan masa dan kewangan saya. Lagipun byk sumber2 kewangan masa tu yg "panas" dikiri kanan saya. Mmg masa kerja makan gaji dulu rasa mcm tak nampak pun hasil dari duit gaji. Bayar duit kereta, lepas tu sama2 baru nak bina hidup suami isteri, walaupun cukup makan pakai, tapi saya tak nak hidup cukup2 sahaja. 

nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah


Kemudian bermula saya dengan bisnes online pada tahun 2005, masa tu kami jual pakaian bundle kanak2, modal tak sampai rm500 jer masa tu utk mulakan bisnes, sehinggalah tahun 2007, saya stop buat bisnes bundle dan beralih kepada pakaian baru, tapi still pakaian bayi dan kanak2....Alhamdulillah, berkat kesabaran saya dan suami dapat kumpul modal hingga dapat buka sebuah kedai baju kanak2 di pekan Masjid Tanah, Melaka. Berkat bisnes yg tidak dimulakan dengan hutang. Sehingga sekarang, kami masih menjalankan perniagaan ini.

Oktober 2012, saya mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor. Terus terang saya katakan, saya nampak bisnes Shaklee ini jauh lebih mudah dari bisnes pakaian yg saya jalankan sebelum ini. Kenapa? Sebab saya dah lalui pahit getir berniaga pakaian sejak tahun 2005 lagi, beza sangat dengan berniaga Shaklee. Bila bisnes pakaian kanak2 dulu macam macam yg kami lalui, 
  • ditipu supplier dari China, 
  • order lain hantar lain, hantar baju dah rosak, 
  • kualiti baju tak seperti diharapkan, 
  • itu belum cerita tentang hal2 birokrasi lagi, 
  • belum cerita kisah ditimpa banjir...stok rosak kena banjir, 
  • kedai masuk pencuri, penyamun
Aishhh.... byk betullah dugaannya. Tapi saya tak pernah anggap semua itu sebagai halangan yg besar utk saya teruskan cita2 saya mencapai impian dan matlamat saya. Kalau saya lemah, putus asa dulu, mungkin tak wujud butik Nurqaseh Baby & Kids Store ini sekarang. Kita akan jadi hebat hanya setelah kita lalui dugaan dan ujian yg hebat juga. Kita takkan jadi hebat selagi asyik beririhati dengan mereka2 yg berjaya....asal mereka berjaya kita nak dengki kata mereka riak la...kuarkan ayat2 islamik konon tak baik menunjuk, tapi sebenarnya hati sendiri yang sakit tengok org lain lebih. No! saya tak pernah begitu, tapi saya akan take it positively, dengan cara itu sahaja saya akan cabar diri saya....saya akan rapat dengan orang yg berjaya sbb motivasi mereka berbeza, nak berjaya duduk sama dengan orang yg berjaya (mak saya selalu pesan tu)....nak pandai duduk dengan orang pandai pesan mak saya waktu sekolah dulu....mmg benar, pengaruh mereka sgt kuat.

nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah
Alhamdulillah...hasil dari usaha dan doa ibubapa

Bagi SID2 terutama anak cucu GMF, bersyukurlah kerana anda telahpun berada di jalan yg mudah, bisnes yang tepat. Shaklee jauh beza dengan bisnes konvensional...sebab :
  • Bisnes yg mmg takder siapa yg boleh tipu anda (group terbaik)
  • Juga tidak minta anda tipu sesiapa dlm bisnes ini, takyah paks org buat loan pun
  • Anda dapat produk terbaik untuk diniagakan, 
  • Anda tak perlu nak fikir anasir2 luar yg menghalang anda.
  • Anda ada dibawah syarikat yang tepat 



Apa yg kini menghalang anda hanyalah minda dan diri anda sendiri sahaja!

Wah macam ceramah motivasi la pulak....hahaha..tapi mmg benar, perkara pertama yg mesti anda kuasai ialah minda anda. Jika anda tanam difikiran anda perkara itu sukar, maka sukar la jadinya...begitulah sebaliknya. Apapun ini semua pengalaman saya mengendalikan dua bisnes serentak. Saya sayang dan setia dengan Shaklee sebagaimana saya sayangkan bisnes komersial saya juga. Cuma, bila saya pernah rasa susah dengan perniagaan terdahulu, apa halangan yg datang sekarang saya masih mampu tersenyum. Mohon Allah izinkan saya terus berbakti. Amin



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Wednesday, September 17, 2014

RESEPI MENJADI SID YG HEBAT

Salam dan selamat pagi u olls.....(patut post pagi 17hb sept)

saya tak pandai nak beri resepi masakan...sbb saya jenis jarang sgtlah memasak...apalagi sejak duduk ngan mak...waktu kerja yg membataskan utk saya memasak...kalau nak tgu saya yg masak, bakal kebuluran lah mereka2 yg kat rumah nih...hehehe

so, apa yg saya nak share ialah resepi menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) yang hebat dan berjaya. Ok, saya tahu ramai SID yg berdaftar sekarang ni...kalau ikut angka dr no ID pun dah lebih 1 juta yg mendaftar. But, its not the point. Anda kena tahu dari lebih 1juta yg mendaftar tu, maybe xsampai 20% yg betul2 nak berniaga kebanyakannya daftar untuk mendapat keistimewaan sebagai SID. Terutamanya untuk mendapatkan harga SID. Satu tindakan yg bijak wokey...so jgn perkecilkan mereka ini. Tapi yg jadi kurang bijak tu bila dah daftar sebagai SID tapi pi beli kat SID lain pulak. Ada yg mengambil kesempatan disitu, tapi senyap2 jer walhal boleh jer beritahu kat customer yg SID tu kan...takper..bukan nak cerita tentang itu disini.

ok, saya nak kasi resepi bagaimana nak jadi SID yang hebat dan berjaya. Bukanlah bermakna saya ni hebat sgt...berjaya sgt daripada org lain, kang ada kata saya ujub dan riak pulak....just nak share apa yg saya dan kawan2 lain buat utk jadi lebih hebat dari sebelumnya...sbb walaupun kita berubah sedikit jer kepada kebaikan dr sebelum ni, kita jer tahu kita hebat dr semalam. Hebat tu biar kita yg puas rasa...dan org2 sekeliling dpt tempiasnya...tempias dari kebaikan itu...jgn semua kita ckp org riak...positif sikit eh kalau nak jadi SID yg hebat...


Jom tengok apa resepinya :

10 kolam rasa cinta pada produk.

Konsep shaklee ialah "Sharing"...bukan tekan button share kat wall fb yer sampaikan yg fitnahpun kita nak share. No..no..no...share benda2 positif. Share apa yg kita rasa bila kita sebagai consumer makan produk yg kita jual. Rasa kesannya sebelum boleh share kan? Kita jatuh cinta dengan produk dulu...kita rasa dulu keberkesanan produk kita. Dari situlah baru akan lahir kejujuran kita utk berkongsi apa yg kita rasa...share dengan jujur...

4 gunung keterujaan untuk hadiri  kelas yg dianjurkan oleh upline atau syarikat.

tang nih saya tahu mmg ramai yg liat...anak2 GMF pun sama jer, balik2 muka yg sama gak nak pegi kelas..yg lain tetap bagi alasan...ada jerlah yg dia sibuk (mcm org lain tak sibuk). Tapi kalau nak jadi SID yg hebat mmg kena tepis semua alasan tu...kalau tak mmg takuk tu jelah pemahaman dan tahap motivasi pun turun naik...nak duplicate mcm mana kalau belajar pun tak mahu kan? So siapa yg terasa pedas tu...ubah2lah diri tu kalau nak berjaya...kalau org lain boleh korbankan masa bersenang lenang tgk tv, kenapa kau masih nak terbaring baca novel?
 
mereka yg sanggup korbankan hari ahad mereka demi ilmu

 

20 naskah buku a.k.a banyakkan membaca.

ok, takde spesifik utk membaca buku apa, tapi anda boleh relate kan dengan status anda sebagai SID. Yang pasti bukan baca novel cinta cintun..."aku sebenarnya bini dia", "tapi sebenarnya dia laki aku" atau baca majalah hiburan Mangga, URTV (ada lagi ke majalah2 xde pekdah nih?). Bykkan baca buku ilmiah, majalah ilmiah...barulah minda tu berkembang...saya pun masih menjinak2kan diri supaya rajin membaca...dulu2 mmg tak rajin membaca...so tiada istilah terlewat..sejak dua menjak rajin membaca nih la saya rasa idea dan minda saya berkembang dan nak tulis blogpun lancar jer sbb byk idea!

5 juta keikhlasan berkawan dengan SID lain, anggap mereka pesaing yg sihat.

ok, bab nih pun ramai yang tak alert, kadang2 "anak" ngan "mak" pun tak ngam. Masing2 buat tak layan jer...for me mak kena grab anak cepat2...jgn biarkan hubungan renggang. kalau dah renggang nanti susah nak mesra semula. Bisnes nih family bisnes, so jaga silaturahim antara mak dan anak2, dengan sideline dengan mentor2. baik dengan semua org, insyaallah mereka2 takkan penah lokek ilmu, kitapun janganlah lokek, asyik nak ilmu org sampai ilmu kita tak nak share kan?....mmg ada gak jenis mcm tu. so sama2 kita muhasabah diri....baiki apa yg perlu dlm hubungan...

aktiviti bersama supermom sisters....juga sideline yg tak pernah saya anggap sebagai pesaing

 

3 tasik berfikiran POSITIF

SID yg hebat dan berilmu takkan mudah melatah, bila berhadapan masalah, isu2 yg menjatuhkan, hati mereka takkan pernah terpeleot. Dalam erti kata lain, sentiasa positif, cari kebenaran, yakin dengan apa yg kita tahu dan belajar. Jangan jadi lalang. Biar org mencemuh, jgn pernah kita goyah. Pada saya, biarlah org nak ckp apapun pasal saya, kat depan ke, kat belakang ker, i will take it positively.... takyah nak sentap2, biarpun org ckp "muka kau menakutkan org" take it positively....sbb ramai lagi yg sayang kita, yg suka tgk kita...org yg rasa takut ngan muka kita tu yg tak berfikiran jauh...dok takuk tu je...dia tak suka, kita jauhkan diri, takut nanti dia termimpi2 kita lak kan...hahaha...pastu kita rapatlah ngan org yg suka kita, sayang kita....ha...Allah suka bila kita sayang org lain kan...rezeki pun luas kalau kita ramai kawan...jaga hubungan...

6 lautan komited dengan Amalan Rohani

Bab ini rasanya semua mentor anda dah beritahu, dan ingatkan kan? buat tak? cek balik semuanya...yang paling utama, jaga solat...kemudian Dhuha, 100ayat sehari...and so on (sila lihat master checklist) tanpa amalan ini semua, anda SID yang KOSONG! percayalah cakap saya. Mmg boleh nampak semua nih...even kita tak pergi cek sorang2 anak2 kat rumah memasing kan...Jaga hubungan dengan "CEO syarikat" kita iaitu Allah SWT....insyaallah, Dia akan jaga kita.

Ok, itu antara ramuan dlm resepi saya, anda boleh tambah mcm2 bahan lagi utk resepi ini, tapi kalau yg 6 bahan utama ini anda gaul sebati hingga sanubari...insyaallah anda insan yg Cemerlang bukan sahaja sebagai SID juga dalam kehidupan harian anda. Selamat mencuba resepi ini!

JOM SERTAI KAMI DI SHAKLEE
 


Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Thursday, September 11, 2014

KAU PELUKISNYA...

RONA SEJUTA WARNA BUAT LAKARAN ABSTRAK KEHIDUPAN...

Pernahkah anda melihat sesebuah karya-karya lukisan abstrak...Dengan ilustrasi yang bersahaja dan menggabungkan pelbagai warna, hasil lukisan ini terlihat sangat menakjubkan...Ada sesetengah pelukis dapat meluahkan perasaan yang terpendam di lubuk hatinya melalui lukisan dan ada juga mesej-mesej yang hendak disampai melalui lakarannya walau tak semua orang boleh menterjemahkannya...Tidak mustahil ada antara lukisan-lukisan abstrak ini nilainya melebihi jutaan ringgit...


Lukisan pemandangan

Kadangkala sesetengah lukisan ini tidak difahami oleh semua orang yang melihatnya...Mungkin hanya pelukis yang tahu apa maksud atau ceritanya...Adakalanya ia menceritakan emosi semasa ia melukisnya.Marah, sedih, gembira atau apa pun mungkin hanya dia yang tahu...Tetapi oleh kerana dengan beraninya dia menggarap pelbagai warna ia menjadikan karya itu memukau pandangan sesiapa yang melihatnya walau terkadang mereka binggung apa sebenarnya maksud karya tersebut...


Lukisan ini mungkin tak semua kita dapat memahaminya...


Sebenarnya ada juga lukisan abstrak hanya menggunakan warna hitam dan putih...Jika dilihat dari mata seorang penilai karya mungkin jika lukisan itu betul-betul baik ia sangat bernilai tetapi jika dinilai pada mata orang kebanyakkan yang mungkin tidak memahami mesejnya, rasanya kita tidak akan setertarik semasa melihat lukisan abstrak berwarna...


Lukisan abstrak hitam dan putih...

Motif mesej yang saya nak sampaikan adalah dalam kehidupan ini, kitalah yang mencorakkannya...Sama ada kamu ingin menggarap sejuta warna untuk meronai perjalanan kehidupanmu atau hanya ingin merwarnai kehidupanmu dengan rona hitam dan putih itu semua keputusanmu...Manusia perlu bermimpi...Mimpilah yang banyak dan garaplah mimpi-mimpimu seperti seorang pelukis abstrak kerana nescaya hidupmu akan dipenuhi cita-cita dan semangat ingin mengapainya...

"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."
"Kita tidak akan mendahului nasib!!!"

Ini adalah salah satu dari beribu lakaran abstrak kehidupanku 

bagaimana dengan lakaran abstrak anda?...

oleh Penjejak Bayang...

TIADA SAMBUTAN HARI IBU BUAT SAYA



Nampak semua orang update pasal Hari Ibu, saya tak sambut hari ibu, sebab saya raikan Mak saya tak kira masa, hadiah pun tak tunggu Hari Ibu baru nak beri...insyaallah setakat ini setiap kali saya teragak nak beri sesuatu hadiah, saya beri jer....yg pasti selalunya lepas saya dapat bonus Shaklee la...hihihi...dan yg pasti setiap kali saya ke mana2, luar atau dalam negara mmg takkan lupa belikan hadiah untuk ibu saya...bermakna saya tak pernah lupakan beliau walau dimana saya berada.


 Ibu saya, saya panggil Mak...
Gambar di Masjid Nabawi sewaktu menunaikan umrah Febuari 2014


Semasa saya kanak-kanak

Mak saya, Hajah Aminah Binti Said adalah ibu kepada 8orang anak. Adik beradik saya 5 perempuan dan 3 lelaki. Yang masih ada 7orang sehingga kini. Alhamdulillah 6orang semuanya menjejakkan kaki ke Universiti dan seorang ke kolej swasta. Mak saya mmg seorang ibu yg gigih dan penyayang, sangat menitikberatkan pendidikan terhadap kami semua. saya anak yg ke 6, dan saya adalah satu2nya anak yang menyusu badan 100%. bukan setahun, bukan 2 tahun, tapi hampir 4 tahun saya masih menyusu badan. sebab itulah saya mmg rapat dengan mak saya.

Hubungan Sebelum Kahwin

Saya memang jenis "anak mak", masa zaman sekolah dulu saya terpaksa berpisah dengan mak dan keluarga ketika di Tingkatan 3, sebab masa tu saya perlu masuk Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu menjadi saksi betapa saya ni seorang yg "Homesick". he he he... Hampir setiap minggu saya pulang ke rumah, ada sahaja alasan untuk saya pulang. Yang biasa jadi mangsa ialah kak long dan abg ipar saya kerana terpaksa menjemput saya di asrama. sampai kawan2 di sekolah pun dah label saya anak mak. hahaha....takperlah...saya tak kisahpun..


Hubungan dengan Mak selepas saya Kahwin

semasa zaman bercinta dengan suami, saya dah beritahu awal2 tentang saya yang homesick dan tak boleh duduk jauh dengan Mak, jadi saya letakkan syarat bahawa selepas berkahwin saya nak menetap di Melaka dan berhampiran dengan mak saya. Alhamdulillah suami jenis tak kisah, so, dari sejak kahwin saya menetap di Melaka dan sekarang, saya duduk serumah dengan Mak. Insyaallah saya akan bina sebuah rumah sebelah rumah mak saya tak lama lagi. bayangkanlah bagaimana hubungan saya dan mak saya.....hihihi...bak kata suami saya, "mmg kalau lebih 2hari tak jumpa, boleh demam!"

apapun cintailah ibu anda semua, kita boleh cari ganti semua benda yg ada diatas dunia ini, tapi kita tak mungkin dapat ganti ibu dan ayah kita. Selagi Ibu masih ada, selagi itu banyak berkat dan doa yang kita perlukan dari mereka. Saya sayang mak saya.

Al- Fatihah buat ayah saya.


Wednesday, September 10, 2014

KAU TAK YAKIN, KAU TAKKAN KEMANA....

Yakin dan pasti. Lagi 1 bulan cukuplah 2 tahun perjalanan saya di dalam bisnes Shaklee ni. Alhamdulillah...sgt2 bersyukur kerana Allah lorongkan perjalanan saya disini dan benarlah..Dia sebaik2 penolong... 

Mengimbau kenangan sewaktu sebelum saya dan suami mendaftarkan diri di dalam dunia Shaklee...menginsafkan...dengan bisnes pakaian yg belum stabil, hutang2 bank yg memeritkan, bil2 bulanan yg perlu dilangsaikan....fuhh mmg menjadikan kami "cari duit utk bayar hutang semata." Sadis...

Tapi itu cerita lama...saya yg dulu bukanlah yg sekarang...Allahmdulillah berkat doa ibu, doa suami...dan juga berkat perjalanan usaha kami dlm Shaklee menjadikan kami kini sudah mampu tersenyum...bukan kerana saya ingin hidup mewah...tapi kerana jika dulu saya hanya memikirkan "periuk nasi" sendiri....kini beberapa periuk nasi makin terisi....kepuasan yg tiada dlm mana2 kerjayaku sebelum ini.

Kenapa saya begitu yakin dan setia dengan Shaklee? 


Banyak sebab sebenarnya menjadikan saya sayang dan yakin dengan bisnes Shaklee ini. Banyak liku2 yang saya lalui sepanjang 2 tahun ini....tapi semua liku2 itu telah menjadi kenangan yg sgt manis buat saya dan insyaallah akan tetap meneruskannya. Tak sama kenangan waktu kerjaya saya sebagai kakitangan syarikat swasta dulu, mahupun kenangan waktu saya menguruskan bisnes sendiri. Percayalah saya jatuh cinta dengan perniagaan Shaklee disebabkansemua ini....

1. Produk yg Selamat, Semulajadi dan Berkesan.

Ini bukan slogan atau tagline semata. Tapi realti yg semua org perlu akui. Buktinya, sales produk kami melebih 300% tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya dan kami bukan menjual kepada pelanggan2 baru shj, hampir kesemua pelanggan yg telah mencuba akan mengulangi pesanan produk mereka ataupun mencuba set2 produk Shaklee yg lain. Satu lagi bukti ialah, 99% mereka yg menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) hari ini adalah mereka yg sudah mencuba produk Shaklee dan jatuh cinta dengan keberkesanannya termasuklah saya dan suami. Baca entry set pertama yg kami consume.

Satu lagi kalau anda masih belum tahu, atau nak consume produk Shaklee tapi masih ragu2, anda harus tahu bahawa produk Shaklee sgt mengutamakan keselamatan pengguna, Tiada syarikat pengeluar supplement yang lebih menitikberatkan keselamatan pengguna sebagaimana yg dilakukan oleh pihak Shaklee Corporation. Kenapa saya kata begini? Cuba anda namakan satu syarikat pengeluar supplement yang menggunakan khidmat Saintis-saintis dan pakar2 untuk Research and Development (R&D). Barisan saintis2 ini pula bukan sebarangan yer...contohnya Dr Blackburn adalah pemegang anugerah nobel! 



Antara barisan saintis dan penyelidik yang menyambut kedatangan kami di Pleasanton, California


Selain itu, Shaklee sudah berada dipasaran sejak lebih 60 tahun dulu, pengguna yg mengamalkannya sejak muda ada yg kini sudah berusia lebih 80 tahun. Kalau produknya tidak berkesan dan memudaratkan mana mungkin dapat bertahan sebegini lama dlm industri. Oh ya, produk shaklee juga jika ingin memasuki pasaran Malaysia perlu memenuhi syarat yg telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan syarat produk import tidak semudah produk yg dibuat di Malaysia tau...Jadi fikir2kanlah yer...mana lebih bagus, mana lebih terjamin dan mana lebih berkualiti.

2. Marketing Plan yg adil 

Ok, semua tahu bahawa Shaklee adalah perniagaan Jualan Langsung, atau MLM. Bukan sistem piramid yer. Tapi MLM yang sgt adil dan mudah tapi bersyarat. Syaratnya usaha yg tinggi dalam menjual produk. Kalau takder usaha takder lah hasilnya. Networking mmg penting dalam sistem MLM, so mmg rangkaian perlu dibina untuk memastikan empayar yg kukuh, cuma, setiap pendaftaran ahli baru bukanlah bermakna membawa keuntungan kepada org yg mendaftarkan kerana modal RM65 hanya untuk pendaftaran semata2, tidak memberi apa2 imbuhan kepada upline.

Dalam shaklee juga, tak kira anda daftar awal atau pun anda daftar lewat dari sesiapa, peluang untuk berjaya dan mencapai segala insentif dan bonus yg ditawarkan oleh syarikat adalah sama. Peluang tetap sama, cuma yg membezakan ialah usaha kita. Anda daftar lewat, bukan bermakna sudah ketinggalan, tidak!. JIka anda berusaha kemungkinan untuk berada pada pangkat lebih tinggi dari upline juga adalah mudah. Kes ini mmg banyak berlaku. Tiada istilah org bawah ditindas. Masing2 mempunyai peluang yg sama. Itulah adilnya sistem MLM Shaklee. Dan yg paling best marketing Shaklee pun dipuji dan diakui oleh Internet Marketer sendiri. Bertambahlah keyakinan saya ini.

Salah satu komentar dari Internet Marketer

3. Perniagaan yang mengajar saya menambahbaik amalan rohani

Alhamdulillah, dalam Shaklee, ada mentor2 yang sentiasa mengingatkan tentang pendekatan diri kepada Yg Esa. Back to Basic, biar apapun yg kita lakukan dimuka bumi ini, hanya Dia yang menentukan sama ada akan terjadi atau sebaliknya. Benar, buka sesuatu yg mudah untuk mendidik hati, tapi jika tidak dimulakan yg sedikit...bagaimana nak dapat yang banyak? lagi pula bisne sini dibuat secara berkumpulan, menjadi satu kebiasaan untuk kami sama2 saling ingat mengingati. Semoga bisnes ini terus diberkati Oleh Allah SWT. Amin....

4. Membina Ukhuwah dan Silaturahim

This is one of the best reason why i'm doing Shaklee. Yer...dulu saya bukanlah yg jenis banyak kawan, adalah kawan2 zaman U, zaman kerja dulu....tapi berapa kerat sgtlah yg still keep in touch, dan dah bertahun2 pun tak jumpa. Yerlah masing2 sibuk dengan urusan masing2 kan. Tapi, dalam Shaklee....saya dapat ramaiiii sahabat dan kami seperti adik beradik! kami kongsi ilmu, pengalaman, even personal problem...kami ketawa bersama, menangis pun bersama....holiday sama2, buat class sama2...alahai indahnyer...




5. Bonus dan Insentif yang berbaloi2

ok tang nih mmg lah tak dinafikan, siapa yg berniaga tak nak untung kan? siapa yg berniaga nak rugi? dan siapa yg berniaga tak nak kaya kan? Dalam Shaklee, bonus dikira secara bulanan....time dpt bonus lak ditengah2 bulan, jadi bagi yg makan gaji adalah satu kelegaan bila tengah2 bulan dpt bonus, setiap bulan lak tu. Selain tu Shaklee juga ada bonus kereta dan Global trip. tu lom kira insentif2 sampingan yg biasanya Shaklee buat suprise!...hehehe...ok kalau nak tahu details tentang ini kenalah contact saya k...

Ada byk lagi perkara dan sebab utk saya setia bersama Shaklee...tak larat saya nak taip panjang2 disini, apa kata anda rasainya sendiri? Macam mana? meh sama2 join group saya..insyaallah ada mentor2 yg power2 boleh guide...



HUBUNGI SAYA DI WHATSAPP : 010-3223139



YOUR TRUSTED SID

Monday, June 23, 2014

HIDUP KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

Alhamdulillah...diberikan kesihatan dan peluang sekali lagi menghadirkan diri ke majlis ilmu. Kali ini di Seminar Jom Hebat Selatan 2014 bertempat di IOI Palm Villa Golf & Country Resort, Kulaijaya, Johor. Anjuran sudah tentu dari iReach Family iaitu Presidential Master Lyna dan juga Zainul...kitaorg panggil "akacan" dan atok...hihihi...

Menarik kali ini...majlis dimulakan jam 9.30 pagi dengan bacaan doa dari hero kesayangan saya iaitu Abang P.B...atas permintaan Ajk JHS....kemudian majlis diteruskan dengan sesi sharing insan2 hebat. 

jom hebat selatan, ireach family, gmf group, johor,  
En. Abg PB baca doa pembukaan.
Acara seterusnya ialah sesi "bakar" dr atok Zainul dengan tajuk "mengelilingi dunia bersama Shaklee"...hati mmg panas...bukan panas sbb marah...tapi hati melonjak2 nak travel mengelilingi dunia seperti beliau sekeluarga juga....insyaallah satu hari nanti...tiada yg mustahil asal ada kemahuan dan usaha...selebihnya kita serah pada yg Maha berkuasa.

jom hebat selatan, ireach family, gmf group, johor,
Bersama anak cucu GMF

sesi bersama Master Lyna pula...kami menyanyi, kami menangis dan kami ketawa gembira...semua emosi ada...hanya yg datang JHS jer yg tahu kan...apapun its really open my eyes...biar kaya atau berjaya bagaimanapun...sentiasalah merendah diri...sentiasa berterima kasih pada insan yg xpernah ingin lihat kita gagal...iaitu mak ayah kita...insyaallah akan ku ingat selalu...

Macam biasa, Jom Hebat walau dimana pun tetap hebat...selalunya penceramah jemputan kita Tuan Amin Idris...tapi kali ni ialah Tuan Fadzli Yusof. Sama hebat dan terkenal orangnya. Kali ini banyak berkisar tentang kemantapan sistem dalam diri sendiri....belajar mengenal diri sendiri, mengawal diri sendiri dan menyungkil kehebatan diri sendiri...

Satu kepuasan....bertemu insan2 hebat...mendapat aura2 positif, ilmu2 yg bermanfaat...oh ya, dapat hadiah juga...benarlah kata mereka yg berjaya, Hidup kita, Tanggungjawab kita....kita nak ilmu kita yg kena usaha....

Jom jamu mata tgk foto2 sekitar majlis diadakan.

jom hebat selatan, ireach family, gmf group, johor,  
bersama salah sorang my sister's Chrysalis Nurul dan juga Master Lydzar

jom hebat selatan, ireach family, gmf group, johor,  
My hero, my hubby Penjejak Bayang

jom hebat selatan, ireach family, gmf group, johor,
Bersama barisan penceramah dan juga peserta


believe in yourself!







MIMPI-MIMPI BESARKU...

MIMPIKU 10 TAHUN LAGI...

10 tahun lagi,
Apa yang aku impi,
Pm C dah buka syarikat petroleum dan carigali,
Bukan setakat kerap ke oversea, 
Tapi punya aset dan hartanah di sana sini,
Jadi anak melayu yang dihormati disegani....

10 tahun lagi,
Apa yang aku impi,
Pm Z dan isteri,
Jadi Adun atau Menteri,
Bergelar Dato' atau Tan Sri,
Lebih rendah hati dari Yb Khairi,
Memasti rakyat tak susah lagi,
Minyak turun naikkan subsidi,
Setiap tahun naikan gaji....

10 tahun lagi,
Apa yang aku impi,
Pm H dan MKB,
Punya empayar telekomunikasi,
Dan stesen penyiaran tv sendiri,
Menjadi lambang dan bukti,
Bukan orang itu seorang saja yang memonopoli,
Anak melayu kita juga berpotensi,
Jika peluang dan kepercayaan sama diberi....

10 tahun lagi,
Apa yang aku impi,
Bisa bina yayasan sendiri,
Sering menghulur dan memberi,
Menjadi susuk yang sering menginspirasi,
Agar mereka lebih berintegriti,
Kehidupan pasti lebih harmoni,
Kerana hidup lebih diberkati...

10 tahun lagi,
Apa yang aku impi,
Ada anak cucu dari susur galurku ini,
Membuka kilang coklat pengganti cadbury,
Agar segala kemanisan dapat dinikmati,
Tanpa ada rasa ragu dan pasti,
Bersih,sihat ,halal dan berkualiti...

Orang Melayu kita kini sudah menguasai it dan teknologi,
Orang melayu bukan hanya sekadar bisa membuat roti,
Mari kita memberi bukti,
Orang kita bukan hanya seorang yang seperti, 
Syed Mokhtar Al Bukhari...

Oleh: Penjejak Bayang...

...........................................................................................

PERJUANGAN BARU BERMULA...


Perjuangan ini baru bermula,
Perjuangan ini perjuangan kita...

Walau senjata kau acu kepalaku,
Walau larasmu memuntahkan seribu peluru,
Kau hanya bisa mengoreskan pipiku, 
Terlalu jauh menembusi jantungku,
Terlalu sulit menghancur hatiku...

Perjuangan ini baru bermula,
Perjuangan ini perjuangan kita...

Racun bisa melebur salju,
Tercalar tidak di dalam kalbu,
Kerana cita melebihi semeru,
Semarak mentari hangat tekadku...

Perjuangan ini baru bermula,
Perjuangan ini perjuangan kita...

Medan perjuangan sudah terbuka,
Perjuangan kita baru bermula,
Bukan untuk mereka tetapi untuk kita,
Untuk penerus generasimu,
Dan martabat tanah leluhurmu...

Oleh : Penjejak Bayang...







 

Thursday, June 19, 2014

LAYANG-LAYANG KEHIDUPAN...

Layang-layang,
Terkadang aku merasa ,
Perjalanan hidup seakan layang-layang,
Jika tempat kau pilih tak menentu,
Layang-layangmu tersangkut diranting kayu.
Jika tiada angin membantu,
Layang-layangmu seakan tersipu malu,
Tapi jika angin kuat menderu,
Layang-layangmu terus menjulang laju,
Layang-layangmu yang indah dimata,
Kini kelihatan seperti titik hitam menjulang angkasa...

Layang-layang,
Apabila sudah lama di atas,
Jangan sampai alpa,
Tali harus di gulung bila sampai masa,
Bimbang layang-layangmu putus talinya,
Kelak jatuh layang-layangmu binasa...

Oleh: Penjejak Bayang...

SYUKUR

Sunyi
Sunyi dan sepi dikeheningin pagi,
Telah jauh meninggalkan hiruk pikuk kota,
Yang membingitkan halwa telinga,
Yang begitu menyesakkan dada dan meresahkan jiwa,
Cengkerik sudah lama beradu,
Yang kedengaran hanyalah,
Suara-suara dengkuran manusia,
Bulan pula perlahan-lahan seakan meninggalkannya pungguk yang masih merindukannya....

Aku,
Aku masih di sini,
Mata yang belum bisa tertutup,
Tatkala manusia sedang diulit mimpi indah,
Aku masih tak bisa terlena...

Ayuh,
Bangunlah,
Ceritakan pada penciptamu,
Cerita sedih pada siangmu,
Atau khabarkanlah,
Kisah gembira pada petang harimu...

Syukur,
Aku bersyukur,
Masih bernafas,
Masih bisa menghirup udara pagi ini,
Masih bisa mengecapi kurnia illahi.....


Oleh: Penjejak Bayang...

Monday, June 16, 2014

TERBELAKAH WARISAN KITA...

Bumi tuhan terbentang luasnya,
Memukau mata maha karya pencipta,
Lain bahasa lain budaya,
Berbeda warna berlainan paras rupa...

Jauh berjalan luas pemandangan,
Itu pepatah orang dahulu kala,
Merentas laut membelah samudera,
Berpandu bintang pembimbing arahnya,
Mengharap angin menghembus layarnya...

Buka mata buka minda,
Itu resmi orang berkelana,
Cara orang cara kita,
Harus kau lihat apa yang beda...

Apa lemahnya kita,
Apa hebatnya mereka,
Apa lebihnya kita,
Apa kurangnya mereka...

Kini kita penerus langkahnya,
Melayu sudah lama menjelajah dunia,
Lihatlah dengan mata helang,
Sentiasa peka menyambar peluang,
Ilmu dari berkelana jadi bekalan...

Wasiat ini untuk kita,
Supaya kita sedar sentiasa, 
Warisan  untuk kita jangan sampai hilang pusaka,
Bumi bertuah tinggalan leluhur harus terjaga dan terbela,
Sentiasa tersemat dihati nusa dan bangsa ,
Dimana langit di junjung di situ bumi dipijak jadi azimatnya...

Oleh : Penjejak Bayang...



 

Saturday, June 14, 2014

BELAJAR PRODUK SHAKLEE DI "BENGKEL NUTRISI" BAYVIEW HOTEL MELAKA

Assalamualaikum semua...hari ini, Sabtu 14hb June 2014 saya akan menghadiri satu Bengkel Nutrisi yg dianjurkan oleh pihak Shaklee khas buat SID seluruh Malaysia. Sebenarnya mmg sudah lama saya nak menyertai Nutrition workshop ini tapi setiap kali dibuat di Kuala Lumpur atau Melaka pelbagai halangan yg terjadi menyebabkan saya asyik menangguh. Tapi kali ini alhamdulillah...saya diberikan kesempatan masa dan kesihatan untuk menghadirinya. Dah sebulan dah saya tempah tiket ni...excited!

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee

Semua SID seharusnya menghadiri sekurang2nya sekali jika anda benar2 ingin menjalankan perniagaan Shaklee. Terutama SID baru dan masih terkapai2 mencari ilmu tentang produk. Bengkel kali ini saya dan suami hadir bersama 5 orang anak cucu GMF. Seronok lebih kalau dpt pergi dengan anak cucu yg mmg dahagakan ilmu.

Pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi. Tapi tadi kami sampai sudah jam 10.00 pagi. Kelam kabut, lepas daftar terus masuk kedalam bilik seminar yg telah disediakan. Tapi sebelum tu kita minum dulu!...Shaklee sediakan ESP, dan Performance Drink percuma untuk semua peserta. Minumlah berapa byk yg anda mahu...hihihi

Pakar Nutrisi Shaklee Malaysia

Hari ini...seminar akan dikendalikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee iaitu Charlotte Lok dan Puan Siti Sarah. Charlotte merupakan pakar nutrisi dari cawangan  Shaklee Johor Bahru sementara Sarah adalah Pakar Nutrisi yg berkhidmat di Home Office Subang Jaya. Cantik kedua2nya...yerlah tentulah menjaga pemakanan dan ambil supplement secara konsistan kan?....

Miss Charlotte Lok Pakar Nutrisi Shaklee (JB)

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee
 Puan Siti Sarah Pakar Nutrisi Shaklee (HQ)

Ok, sepanjang berada dalam bengkel ni, kami diajar tentang semua produk (kecuali produk Skincare dan kelengkapan pembersihan rumah). Mmg banyak ilmu yg kami dapat...terutama produk terbaru yg dilancarkan Phytocol-ST. Rasa tak sabar pulak nak share semua ilmu yang ada...insyaallah entry by entry k...

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee

oh ya...sebelum tamat Bengkel Nutrisi tadi kami dianugerahkan sijil penyertaan....ha ni bukti bahawa kami sudahpun mendalami ilmu setiap produk Shaklee. SID yang dah sertai Bengkel Nutrisi ni tentunya sudah mempunyai ilmu tentang produk. Jadi, sebagai pelanggan, anda harulah mencari SID yg bertauliah dan berilmu.

Bengkel Nutrisi, Wellness workshop, aktiviti shaklee, gmg group, produk shaklee
Sijil Wellness Workshop


Jumpa lagi di entry akan datang!