Showing posts with label TIPS PERNIAGAAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PERNIAGAAN. Show all posts

Saturday, September 17, 2016

FAMILY BUSINES : SHAKLEE BISNES TERBAIK


THIS IS A FAMILY BUSSINES AND I LOVE IT!
----------------------------------------------------------

Orang kata " berdua lebih baik"...Ya kalau buat apa2 baiklah buat secara berjemaah...apa lagi kalau buat bersama suami dan keluarga...tentu lagi seronok dan barokah wal karomah kan? hahaha...buat sesutu yang mmg kita suka lebih seronok dari buat sesuatu yg kita terpksa buat. Contohnya saya dan bisnes shaklee saya nih...tak kira masa, mmg saya sentiasa jer seronok melakukannya, buka setakat buat sales, coaching, learniing semualah...mmg tak pernah tak seronok...


Dalam bisnes Shaklee ni kami suami isteri boleh berganding bersama..seronok tau bila kita buat sama2...share idea sama2...almaklumlah org pompuan nih mmg perlukan support dan bantuan suami  dalam segala hal....terutama bab2 mengangkat barang mcm gambar bawah ni (hehehehe)

Nilah my hero yg gagah perkasa...dia kalau nak angkat stok mmg xnak ulang 2-3 kali angkut...nak angkat sekali je (hero la katakan)..ni masa amik stok kat hq Shaklee Pinaccle Bandar Sunway...we all suka pegi hq nih...best tau...




Oh sambung citer pasal bisnes patner saya nih...dia bukan tolong angkat stok jer tau...dia pun pandai closed deal dengan customer...ha masa 2 minggu saya gi Italy tahun lepas..dialah yg jaga bisnes...beribu RM dia closed sales..hebat tau..mulut manis nih....😄

Bab2 packing dan postage pun my hero nilah yg buatkan...order dan byr hari ni...esok barang sampai....siapa pernah beli produk Shaklee ngan kami pasti tahu kan? Hehehe...kepuasan pelanggan keutamaan kami...

Saya buat apa? Haah eh..semua pun dia buat...tu lom citer kehulu kehilir drive pegi kelas, event atau pi COD...semua pun dia buat....kesian dia...mekasih en suami ku...tugas saya lebih pada marketing dan consultation....task yg agak rumit dlm sesebuah bisnes....ha..mcm tulis blog ni keje sayalah...walaupun kenkadang ada gak dia menulis dlm ni...90% saya yg tulis...termasuk blog saya satu lagi tu... sweetmommystory.com saya yang kendalikan. Urusan konsultasi dan follow up customer pun saya yang uruskan... alhamdulillah, perjalanan bisnes nampak lebih teratur bila sama2 bahagi tugas. tu belum cerita bab mengedalikan Empayar GMF...hahaha...next time saya citer.

Nampak susah ke bisnes shaklee ni? Kalau suami tak sokong susah ke? Taklah, boleh jer buat, tapi dapatkanlah restu suami dulu....tapi mcm saya beritahu tadi...kalau buat berdua...bisnes pun akan jadi seronok...tak stress...boleh macam2 kita teroka dan bincangkan...alhamdulillah...



Korang kalau dok fikir nak buat bisnes apa utk tambah pendapatan...fikir2lah tentang bisnes Shaklee....worth it! Family tak terabai....bisnes jalan...duit pun dapat...buat betul2, jalan2 oversea pun boleh bw family...alhamdulillah...

So pada semua penduduk Melaka....terutama Masjid Tanah, Sg Udang, Alor Gajah kalau nak dapatkan produk Shaklee boleh la PM atau wasap 0103223139...saya sedia membantu anda

YOUR TRUSTED SID


Wednesday, March 18, 2015

LAWATAN DARI WAKIL PUSAT ZAKAT MELAKA

Assalamualaikum rakan2...

Semalam,16hb Mac 2015 kami menerima kunjungan dari wakil Pusat Zakat Melaka. Temujanji sudah dibuat sejak 13hb Mac lagi. Dengan lapang dada kami terima kunjungan kerana pihak PZM menyatakan tujuan kunjungan untuk merapatkan ukhuwah dan juga mendekati individu yang membayar zakat secara konsistan. Mula2 debar juga, yelah tiba2 jerkan dapat call dari PZM kata nak dtg melawat. Biasanya kita yang mencuri masa untuk kesana menunaikan tanggungjawab.

Kenapa Bayar Zakat?

Personally, saya rasa itu mmg tanggungjawab kami sebagai muslim. Dan saya percaya setiap rezeki yang saya terima ada bahagian untuk orang lain yang layak. Tak kira rezeki yang saya dapat tu banyak atau sedikit, tetap ada bahagian untuk orang lain. saya mula konsistant membayar zakat semenjak buat bisnes Shaklee, tiap kali dapat bonus tu, Pusat zakatlah yang akan kami tuju dulu. Dan bapa mertua saya sering pesan untuk menjaga harta dengan berzakat. Alhamdulillah...biarpun RM100 sebulan sewaktu mula2 berzakat dulu,saya tetap akan bayar,biar terlebih asal jgn terkurang. Cita2 saya untuk tetap konsistant membayar zakat dan juga impian besar saya untuk selalu menambah jumlah zakat saya setiap bulan.

Oklah tu sahaja saya ingin kongsikan dengan anda semua....semoga kita semua menjaga hak asnaf zakat dan insyaallah, Allah SWT akan jaga juga keluarga dan harta kita sementara di dunia ini. Tunaikan zakat jika berkemampuan.



saya kongsi,

Wednesday, January 28, 2015

KENAPA SAYA BENCI PERNIAGAAN MLM?

Bangun suboh tadi terbaca satu status di FB, cerita pasal bisnes MLM....intai2 komen yg berderet....fuhhh...ramai rupanya yang tak puas hati ngan bisnes MLM ni termasuklah si penulis status tersebut....simpati saya pada mereka2....tu jer yag mampu saya kataka sambil tersenyum2 membaca komen berunsur kemarahan tersebut....so, terus terfikir nak tulis entry nih...taklah harapkan pengomen2 tersebut membaca pun....tapi sesiapa la yg sudi nak membaca supaya terbuka sedikit minda mengenai bisnes MLM. Dan syaratnya bukalah hati dan berlapang dada kalau nak teruskan pembacaan entry nih....

KENAPA SAYA BENCI MLM?


Dulu saya pun pernah benci pada MLM....dengar jer org sebut MLM terus rasa meluat.... sebabnya saya pernah join juga satu MLM nih...kiranya join membuta tuli...sbb nak jaga hati kawan la nih, dan termakan janji2 manis dia...so join la...sanggup keluarkan beratus2 hengget sbb nak join...last2 duit burn camtu jer....sbbnya MLM yang nih mmg betul2 jual air liur...pastu konsep dia mmg kalau dah kena tipu, nak duit modal ko balik, ko kena tipu org pulak....ko janjilah apa sekali pun...bulan dan bintang asalkan org tu sanggup keluarkan duit...tapi saya nih jenis tak sampai hati dan tak tergamak nak menipu duit orang...was2 dengan hasilnya...confirm la tak berkat kan?

So, bertitik tolak dari situ, dengan tak pernah dpt apa2 hasil, satu sen pun duit modal tak kembali, saya tanam dalam minda dan hati bahawa "MLM NI PENIPU JER"...thats why masa baca komen2 kat FB tadi saya senyum jer sbb saya pun pernah melalui semua tu... ditipu dan diminta utk menipu adalah istilah saya utk bisnes MLM....

BISNES MLM YANG SAYA PASTI AKAN HINDARI

  • MLM yang tunjangnya menunjuk kemewahan dan gaya hidup umpama "Raja".   
Jenis yang ini mmg bersepah kat media2 sosial kan? Tunjuk duit kat tangan berkepok2, tunjuk kereta mewah berderet2, tunjuk barang emas berutas2, tunjuk cek besau2...yang ratus2 ribu....adoi, lemas mak! masalahnya yang ditunjuk tu bukan dia punya pon....yang sibuk dok tunjuk2 tu mereka2 yang baru jer join MLM tu...yang baru jer register ahli 2-3jam lepas, pastu langkah pertama mesti tunjuk kemewahan "org"....atau mungkin kemewahan upline diaorg. Annoying betul la...bukan dengki tau...tak dengki pun dengan mereka2 yg "mungkin" betul hidup mewah tu, tapi annoying dengan sikap org kita yang nak cepat kaya...sanggup jaja kemewahan orang sbb nak soh orang join dia buat bisnes tu. Weird sungguh dengan orang yang sikap gini....

mlm haramjadah, mlm networking, benci mlm, mlm penipu, boikot mlm, mlm yang bagus, tak suka mlm, jual produk, jual air liur, janji manis, duit lesap, menunjuk kemewahan
Duit mampu menambat hati ramai orang


Persoalannya.....perlu ker tunjuk kekayaan org utk kita jadi kaya? BIG NO here!


  • MLM yang berasaskan "JUAL AIR LIUR"
ok bab yg nih mmg nampak nau menipunyer...rasanya orang kita paling byk terpengaruh dengan MLM cam nih la kan....sbb orang kita nih mmg terkenal nak kerja senang, tapi nak duit banyak....kalau nak kenal MLM jenis mcm ni ayat pengikat kasihnya mesti bunyi camnih...

"Tak perlu susah2 jual produk....tak perlu buat kerja...dok goyang kaki jer..nanti duit berkepuk2 masuk akaun anda". 

Tapi yang peliknya, ada jugak yang percaya tuuuuu.....hadoi ai...kesian sungguh, pastu bila dah tahu kena klentong mula la boikot semua MLM...asal MLM jer penipu...padahal kaki tipu nya dr MLM haramjadah ni jer.....MLM jenis ni takyah penat2 pun angkut produk atau buat susah payah nak fikir nak jual produk. Modalnya cuma "Air liur" dan kalau ada bawa la fail sekeping. Cakap mau manis. Janji mau bintang dan bulan, kalau tak nanti orang tak percaya. Haramjadah betul kan? hahaha....



  • MLM yang menjadikan produk hanya sebagai "wayang"
Ha, jangan tak tahu...yang jenis nih lagi la saya boikot habis2an....sebabnya, jual produk yang kualiti entah apa2 tapi harga ribu2...puloh ribu pun ada....yang jadi mangsanya orang2 yg baru nak join, kena modal puloh2 ribu...pastu produk tak terjual...upline dah lepas diri sbb dia dah dpt apa yg dia nak...last2 produk yg puloh ribu tu dok bawah katil...nak lelong murah2 pun fikir beratus kali sbb modal dah terbenam puluh ribu, takkan dpt pulangan dua tiga ratus jer yer tak?

saya tulis nih berdasarkan pengalaman kawan2...ramai rupanya kawan2 saya yang kena...mereka ni dulu seolah2 "dipaksa" dan terpaksa memaksa ahli2 baru jika ingin berndapatkan modal semula. ada yang sampai ke hari ni masih membayar hutang bank akibat dari penjaman utk berniaga MLM. Tapi ramai juga yang tak serik....tabik spring dengan mereka yg tak serik nih sbb tak menyalahkan MLM seumur hidup mereka...kalau tak saya tak jumpalah mereka2 ini....



  • Bisnes MLM yang menjual nama agama
Yang ini saya takde pengalaman sendiri, tapi dari ceramah2 agama saya ada dengar, dan pernah juga terbaca dari tulisan2 mereka yang pakar bab agama tentang perniagaan yang menjual nama agama. Nasihat saya yang ini kalau boleh avoid la...tak kisah kita nak berniaga apa pun, tapi jangan jadikan agama sebagai penarik kepada penjualan produk atau syarikat2 tertentu. dan jangan sampai memburukkan produk lain hanya kerana produk yang anda jual mengandungi sesuatu yang disebut di dalam Al Quran. Apa lagi dengan mengunakan duta2 produk yang terdiri dari golongan agamawan untuk melariskan perniagaan anda. Saya menyokong dan mengamalkan produk2 tempatan, dan gembira sekiranya banyak produk2 tempatan dapat diketengahkan agar setanding dengan kualiti produk antarabangsa. Tapi jika diselewengkan dengan menggunakan agama mmg saya tak setuju. BIG No here too.

oklah, tu jer yang saya nak share dengan kawan disini. Hati2 bila memilih perniagaan MLM, dan perlu anda tahu juga tak semua MLM tu sama. MLM cuma salah satu jenis perniagaan sahaja, sama juga mcm jenis perniagaan Peruncitan, dibawah peruncitan ada pelbagai jenis perniagaan dalam kategori Runcit. Begitu juga dengan MLM, mmg pelbagai jenis, cuma kaji dan selidiki dulu MLM yang anda ingin sertai....tak semuanya buruk dan menipu, walaupun tak banyak yang begitu. Semoga anda semua dilindungi dan dipermudahkan urusan oleh nya

Nak tahu MLM apa yang saya sertai boleh klik disini...alhamdulillah dah lebih 2 setengah tahun saya masih setia...dan dah byk muka2 gembira bersama saya....


Buat apa pun kena USAHA, takde istilah GOYANG KAKI dek non.....

Friday, October 24, 2014

BAGAIMANA NAK JADI AHLI SHAKLEE?

Masih ramai rupanya yg tak tahu bagaimana cara untuk jadi ahli Shaklee ataupun menjadi Shaklee Independent Distributor kerana rata2 bila saya jumpa customer, saya akan offer untuk menjadi ahli...dan majoriti tak tahupun yang Shaklee ni bukan sahaja menyediakan makanan kesihatan tapi juga menawarkan peluang perniagaan yang sangat berbaloi...thats why, saya tak pernah lupa nak offer customer untuk jadi ahli.

Bagaimana untuk mendaftar ahli? Ok...sebelum saya jawab persoalan ini...saya rasa ada satu lagi soalan yang perlu anda bakal2 SID tahu....iaitu "Pentingkah siapa bakal Upline saya?" Jom kita teliti baik2....sbb soalan yang ini sgt penting jika anda ingin menjana pendapatan dengan Shaklee.


Pentingkah siapa bakal Upline saya?

jadi ahli shaklee, bisnes shaklee, perniagaan shaklee, bagaimana nak jadi ahli shaklee, best ke shaklee?, upline shaklee, pilih upline

Sangat penting! kerana upline adalah "mak" anda dalam Shaklee. Zaman kecil, mak kita yang suap kita makan, yang pimpin tangan kita masa berjalan, yang mengajar kita semasa dirumah, yang mengajar kita bercakap...menyebut satu2 perkataan. Begitu juga dalam bisnes Shaklee...sewaktu kita didaftarkan sebagai seorang SID, kita umpama bayi yang baru dilahirkan. Tidak tahu apa2 tentang Shaklee, apatah lagi tentang perniagaan Shaklee. Disinilah tugas Upline atau Mak Shaklee anda memainkan peranannya. 

Bezanya dengan realiti kehidupan, kita tak boleh memilih untuk lahir dari mak yang mana. Tapi dalam Shaklee kita boleh! Kita boleh pilih kita nak upline Shaklee kita yang mana. Hanya sebelum kita daftarkan diri. Jika selepas didaftar, maaf....anda tiada pilihan lain. Anda perlu tahu, daftar sebagai seorg SID membuka peluang untuk anda menjana pendapatan, tetapi apa yang anda perlu lakukan untuk menjana pendapatan itu perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee. Dan dalam Shaklee sendiri mempunyai banyak group2 perniagaan yang mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza. Tak kurang juga ada SID yang daftar hanya untuk mendapatkan harga ahli produk2 yang dia gunakan, bukan untuk berniaga. Jadi, jika anda silap memilih siapa Upline anda, kemungkinan besar anda akan hanyut dengan cita2 yang tidak kesampaian. Kecuali anda mmg berjiwa kental, rajin berusaha dan mampu berdikari tanpa tunjuk ajar dari Mak anda. Penting untuk anda memilih upline yang :-

  • Konsistant dengan niatnya untuk membantu, bukan macam lalang, sekejap kata ok, bila ada isu melanda anda ditinggalkan terkontang kanting. Ini anda boleh lihat dari cara dia menangani isu2 yang mahu menjatuhkan Shaklee itu sendiri. Adakah dia sendiri melatah bila menghadapi isu itu atau pun dia tetap dengan pendiriannya.
  • Mempunyai networking dengan downline @ "anak-anak" Shaklee secara terus. Maksudnya, anda boleh lihat dia meluangkan masa menemui anak2 Shaklee, buat perjumpaan, touching melalui media social, memantau segala aktiviti bisnes anak-anak shaklee, menjadi pendengar setia masalah anak anak.
  • Tegur jika salah. Ok, yang ini mungkin anda tak boleh nak lihat, kalau anda lihat pun, mungkin dari Upline yang tak menjaga etika. Seorang mak Shaklee yang bagus, takkan marah atau tegur di wall Facebook, marah depan2 tapi akan tegur secara belakang tabir. Sebab aib seseorang kena jaga. mungkin kesalahan yang dibuat diluar pengetahuannya.
  • Tak pernah berputus asa dengan anak Shaklee nya. Mak mana yang tak nak lihat anaknya berjaya kan? pilihlah upline yang sentiasa memberi semangat kepada anak2 buahnya walaupun anak buahnya berkali2 mengecewakannya. Sebab pada saya, kegagalan seorang leader ialah apabila dia tak mampu membuat anak2 buahnya berjaya sepertinya. Jadi, biar apapun yang jadi, selagi anak shaklee itu belum berputus asa, upline jangan pernah sekali patah hati.

Ok, harap tips2 diatas boleh anda gunakan sebagai panduan memilih Upline yang anda. Jom ke soalan yang kedua pula.

Bagaimana nak jadi ahli Shaklee?

saya ada menulis secara ringkas bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dalam entry sebelum ini. Nak mendaftarnya mudah sahaja, anda perlu ada seseorang yang juga ahli Shaklee atau Shaklee Independent Distributor kerana tanpa sorg SID, anda tidak ada sponsor/penaja. Hanya dengan adanya Sponsor/penaja atau upline sahaja anda boleh mendaftarkan diri. Tapi jika anda benar ingin menjadikan Shaklee perniagaan anda, ciri2 upline yang anda pilih haruslah yang boleh membantu anda merealisasikan impian tersebut sebagaimana saya sebutkan diatas.

Cara pertama yang boleh melayakkan diri anda untuk menjadi ahli ialah dengan membuat bayaran RM65 sebagai pendaftaran. Pendaftaran dibuat oleh Sponsor/penaja yang anda pilih tadi. Pendaftaran dibuat secara online. Setelah pendaftaran dibuat, dan akaun anda diaktifkan, anda akan menerima satu SMS dari Shaklee (Malaysia) Sdn Bhd menandakan anda sah sebagai SID dan di berikan No.ID.

Cara kedua ialah dengan pendaftaran Percuma. Ha, PERCUMA tau, tapi ada syaratnya. Kenalah buat belian produk berjumpah RM650 atau 200uv.  Ini cara yang paling untung kepada mereka2 yang berminat nak jadi ahli, sbb selain pedaftaran percuma, anda akan layak dapat bonus pertama bernilai lebih kurang RM35.00 pada bulan berikutnya. Dah la dpt harga ahli untuk belian produk, dpt pendaftaran percuma, siap dapat bonus lagi....tak ke untung berganda2 tu?


ok, tak mau citer banyak...sekarang ni kalau korang rasa nak buat bisnes, Shaklee lah bisnes yang paling selamat dan mudah. Sebab apa saya kata selamat dan mudah? sbb modalnya paling rendah...register cuma RM65 sahaja (tak termasuk kos pos memberkit rm10)...selain modal USAHA yang kuat dan HATI yang kental....tak perlu modal ribu2...ratus2 pun tak perlu...ha selamat kan duit anda? Mudah sebab....ok skill nih rahsia la, untuk group saya jer....hehehe... kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat entry2 Tips-tips perniagaan sebelum2 ni.

jadi ahli shaklee, bisnes shaklee, perniagaan shaklee, bagaimana nak jadi ahli shaklee, best ke shaklee?, upline shaklee, pilih upline



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet





Wednesday, October 15, 2014

9 TIPS MENGURUSKAN PERNIAGAAN ONLINE

Saya berniaga online sejak tahun 2005 lagi. Saya berniaga semasa masih bekerja makan gaji dulu lagi, yang mana "kedai" saya adalah melalui blog, balik kerja update blog...masa tu belum kenal Facebook lagi. Tapi blog masa tu pun just guna untuk upload bahan jualan jer...bukan nak bercerita macam blog sekarang nih...hihihi...tapi rasa sayang pulak sbb blog yg lama tu tak boleh nak login lagi, lupa password dah...tapi pada zaman ni, berniaga online belum glamer sgt lagi, tapi alhamdulillah, mmg pembeli sgt ramai. Saya jual baju kanak2 terpakai (bundle) masa tu. Memang macam goreng pisang panas...saya belum Upload lagi org dah tunggu dan asyik tekan button "refresh", dengan beberapa minit sahaja bahan jualan akan habis terjual. Tapi saya tak tahan lama walaupun hasil agak lumayan kerana rasa penat sgt sbb terpaksa berhadapan dengan supplier bundle yg kaki klentong. Saya berhenti jual pakaian kanak2 bundle dan hasil dari bisnes bundle tu saya start jual pakaian kanak2 berjenama juga secara online sehingga hujung tahun 2012. Alhamdulillah bermodalkan RM500 sejak berniaga bundle dulu kini saya sudah mampu memiliki sebuah butik pakaian kanak-kanak. Semuanya dari Bisnes Online!

Dulu ramai juga yg PM tanya saya tips, yang minta pendapat dan nasihat, sebelum mereka memulakan perniagaan online, saya harap perniagaan mereka juga semakin berkembang dan berjaya. Selepas tahun 2012, saya menjadikan bisnes pakaian kanak2 kepada bisnes konvensional, dan menjadikan bisnes Shaklee saya pula sebagai bisnes online yang baru. Nampak berbezakan? tapi konsepnya tetap sama...tak kiralah walaupun zaman ni ada pelbagai media sosial yang boleh anda gunakan untuk bisnes online....blog, facebook, twiter, instagram, youtube....tapi konsepnya tetap sama.


Jom saya share ilmu serba sedikit yang saya ada. Ilmu untuk kekal bertahan dalam bisnes online. Ilmu yang saya dapat dari pengalaman saya sendiri (saya tak pernah belajar dari mana2 seminar atau orang perseorangan) modalnya cuma SAYA! Aplikasikan dlm bisnes anda!

1. Ucapan dan bahasa yang sopan dan mesra.

Benar! 1st impression sgt penting. Ucapkan salam dan selamat setiap kali anda memulakan perbualan dengan pelanggan anda. Layan pelanggan online anda dengan sopan dan mesra tapi bukan mengada2! walaupun pelanggan anda tidak nampak, tapi melalui perkataan2 yang anda taip di keyboard boleh dizahirkan diskrin komputer mereka. Jika anda menaip sambil senyum dan ikhlas....ia akan sampai ke  pelanggan online anda. Begitu juga di media sosial anda...pastikan and menggunakan bahasa yang sopan dan positif!

2. Jawap respond secepat mungkin.

Ha, jika anda berniaga online, anda perlu alert dengan reponds dari pelanggan. Jika pelanggan meminta anda untuk Pm ke inbox beliau, lakukan segera. Sebab pelanggan akan tertunggu2 Pm anda selepas mereka komen (jika di facebook) atau di media sosial yg lain. Jika anda lambat menjawab kemungkinan besar pelanggan akan mencari seller yang lain atau mungkin juga "hilang keterujaan" untuk membeli. o take noted perkara penting ni ye...

3. Boleh bertolak ansur.

Perkara penting untuk menjadi peniaga ialah, boleh bertolak ansur, maksud bertolak ansur ini ialah jangan terlalu rigid, contohnya, harga barang yang dijual RM 59.50, tambah postage RM6.00 menjadikan jumlah RM 65.50. Pelanggan minta kurang RM0.50 pun tak boleh dan tolak mentah2 permintaan pelanggan. Mungkin pelanggan akan membeli, tapi itu yang pertama dan kali terakhirlah dia berurusan dengan anda. Sayangkan kerana RM0.50 anda hilang pelanggan setia.

4. Harga berpatutan dan berkualiti seperti gambar.

Harga berpatutan disini bermaksud, harga mampu milik, jangan jual harga untuk dptkan keuntungan berganda sedangkan harga barangan di pasaran jauh lebih murah. Mungkin pelanggan akan merasa tertipu sekiranya dia tahu harga sebenar barangan tersebut dipasaran jauh lagi murah. Begitu juga jika anda menjual dengn menggunakan gambar, pastikan gambar adalah gambar sebenar produk dan tidk di edit berlebihan sehingga jauh dari keadaan asal. Jika ada sebarang defect sila beritahu pelanggan anda. dalam erti kata lain. JUJUR ketika berurusniaga.


5. Minta Maaf biarpun kesilapan kecil.

Lazimkan mengalah dengan pelanggan anda biarpun anda tahu anda benar (untuk kes2 kecil yg tidak mengunungkan jika anda bertengan urat). Mengalah tak bererti anda kalah dan minta maaf bukan semestinya anda salah. tapi untuk menjaga ukhuwah antara anda dan pelanggan anda. Jadi jika berlaku perselisihan faham, selesaikannya dibelakang tabir, jangan jejeaskan reputasi anda di Wall FB atau media sosial lain.

6. Memberi penjelasan sehingga difahami.

sudah penjadi tugas seorang peniaga, memberi kefahaman kepada pelanggan tentang produk yang dijual. Walau pun kadang kala ada pelanggan yang bertanya 3-4 kali perkara yang sama, anda perlu yakinkan dia! Penjelasan anda akan membuatkan dia lebih jelas dengan barangan tersebut dan juga akan menimbulkan satu kepercayaan kepada anda sebagai penjual. Kepercayaan yang anda perlukan untuk bertahan dlm perniagaan online ini.

7. Pantas membuat pengeposan barang jualan. 

Jangan biarkan pelanggan anda tertunggu2. Lagi pantas anda membuat penghantaran barang, lagi suka pelanggan anda terhadap anda. Percayalah, perkhidmatan yang cekap dan pantas adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan. Jika anda 'terpaksa' terlewat menghantar. Maklumkan kepada pelanggan anda secepat mungkin dan jelaskan padanya. Kelewatan boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan setia.

8. Jangan salah hantar barang!

wokey...saya pernah mengalami situasi ini, jika waktu post terlalu byk brg, tak mustahil perkara ini terjadi. Tapi anda perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikannya, bukan memaksa pelanggan menerima sahaja apa yg sampai kepadanya. Tapi berusahalah untuk memuaskan hati mereka. Jadi peniaga yang bertanggungjawab!

9. Follow Up selepas penghantaran. 

Ok tips terakhir ini perlu anda lakukan sekiranya anda inginkan pelanggan setia...bukan pelanggan yang hanya membeli hanya sekali kemudian hilang. Macam mana nak follow up? 1step ialah tanyakan perihal barangan sama ada sudah diterima atau belum. Bagaimana keadaan barang yg diterima atau apa sahaja yg boleh anda follow up bagi membina kepercayaan pelanggan.

ok, itu sahaja buat kali ini, insyaallah nanti ada entry untuk ELAK MENJADI MANGSA PENIPUAN PELANGGAN ONLINE pula....


h



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet

Saturday, October 4, 2014

RAHSIA KEJAYAAN HJH FAIZA "BERSAMAMU"

Siapa Hajjah Faiza Bawumi?

Pada hari sabtu 10 Ogos 2014 bersamaan hari raya ketiga, saya dan keluarga berkunjung ke rumah Hajjah Faiza Bawumi sayed Ahmad yang terletak di Batu Pahat Johor. Sudah menjadi rutin setiap kali lebaran, kami akan berkunjung ke rumah beliau. Tapi berlainan kali ini saya berkesempatan menemubual beliau dan Alhamdulillah, sudi bercerita  tentang asal usul perniagaannya bermula...

faizah bersamamu, faiza beras, faiza basmathi, kisah kejayaan, zakat, kisah tauladan, usaha utk berjaya, faiza herbapony

Nama sebenar Faiza Bayumi Sayed Ahmad tetapi ditulis "Faiza Bawumi"  di Jabatan Pendaftaran. Lahir pada 09/03/1942 bererti umur beliau kini mencecah 72 tahun. Berasal dari Mesir dan mengikut suami menetap di Batu Pahat...

Penghijrahan beliau dari Mesir ke Malaysia selepas melangsungkan pernikahan adalah satu pengorbanan yang besar. Mula-mula di negara orang, walaupun beliau diterima gembira oleh keluarga di Malaysia dan sangat senang dengan budaya Melayu. Hari2 berlalu...beliau sebagai suri rumah mula merasa bosan kerana tidak berbuat apa-apa. Apabila terpandang anak-anak jiran yang hampir sebaya dengan anaknya bermain, Beliau terfikir "saya ada diploma jahitan mengapa tidak saya manfaatkan". Beliau memulakan langkah pertama dengan membeli kain dan menjahit  baju gaun kanak kanak sementelah abang iparnya menghadiahkan sebuah mesin jahit. Bermula berniaga di sekitar kediamannya dan mengumpul modal sendiri, sehingga cukup modal, beliau membeli mesin jahit yang lebih baik dan boleh membuat sulaman. Membuat sarung bantal dan alas meja adalah misi seterusnya. Kain "saprah" kecil di jual dengan harga RM4.50 dan kain saprah besar dengan harga RM6.00. Manakala 4 sarung bantal, 2 sarung bantal peluk berserta cadar bersulam dijual dengan harga RM 35.00...

Selepas dari itu beliau menceburkan diri dalam perniagaan pinggan mangkuk pula. Semua dibeli mengikut kiraan dozen dan dijual mengikut hidang. Dimasa ini beliau telah menetap di Mersing semasa menjalankan perniagaan ini beliau sgt sibuk dengan aktiviti perniagaan hingga mengganggu masa bersama keluarga dan juga ganggu waktu makan. Beliau juga ada membuat  perniagaan "direct selling" menjual buku Ensiklopedia sehingga mendapat pingat emas sebagai team manager terbaik seluruh negeri Johor. Pernah mendapat pakej perlancongan keluar negara keana kecemerlangan beliau terbabit, tetapi terpaksa beliau tolak kerana memikirkan anak2 yang masih kecil. Oleh kerana waktu kerja yang tak menentu dan sering meninggalkan waktu makan,  beliau menghidap penyakit gastrik ulser. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berehat panjang dari bisness MLM dan pinggan mangkuk...

Setelah berehat panjang dari perniagaan MLM, beliau yang memang jenis tidak boleh duduk diam, memulakan perniagaan baru menjual cili mesin buatan sendiri di kedai-kedai mara. Mula membuat cap sendiri untuk cili mesin. Dibungkus dengan cap bunga raya dan bila mendaftarkan ia tak sah kerana bunga raya adalah lambang khas untuk negara kita dan setiap rakyat berhak menggunaakannya. Setelah berfikir panjang, akhirnya beliau menggunakan nama sendiri untuk membuat cap pada semua bungkusan produknya. Setelah agak lama menjual cili mesin beliau berkata kepada suami " Kalau kita buat kari sedap agaknya". Kerana niat hendak menjual kari dan rempah, beliau memanggil seorang tua (dirahsiakan) yang sangat pandai untuk memasak kari. Barang-barangnya di beli oleh beliau sendiri dengan maksud ingin melihat apakah rahsia orang tua ini masak. Bila melihat orang tua ini masak, rasanya mudah saja kerana main cekut-cekut tanpa sukatan dan hasilnya memang sedap. Bila beliau masak sendiri dan main cekut-cekut atau agak2 rasanya tidak sedap. Akhirnya beliau mula menyukat satu-satu bahan dan mencuba masak dan di jamu kepada kawan-kawan untuk meminta pandangan. Kadangkala kurang pedas, ditambah pedas kurang seri pula warnanya. Beliau terus mencuba sehingga 6 bulan, barulah mendapat sukatan yang tepat untuk ramuan yang mantap...


Gambar di atas adalah keratan akhbar antara kisah suka duka ketika membangunkan perniagaan.


 Di bawah ini adalah gambar-gambar bungkusan rempah ratus pada masa ini..


Pada tahun 70an, beliau tinggal di Kluang kerana mengikut suami yang bertugas di sana...Di sana beliau mula berniaga barang-barang runcit. Di sinilah beliau mula mengenal jenis-jenis beras. Pada masa itu beras cuma ada tiga jenis sahaja. Beras A1, beras wangi dan Basmathi. Perniagaan2 sebelum ini tiada lesen perniagaan kerana beliau berniaga di rumah tempat beliau menetap dan rumahnya ialah rumah pegawai kerajaan, sudah tentu tiada lesen yang akan diluluskan. Akan tetapi walaupun beliau berniaga tanpa lesen dan tidak di ketahui pihak penguasa, beliau tidak pernah sekalipun lupa untuk membayar zakat dan cukai pendapatan pada kerajaan dan dibayar menggunakan nama suami. Sebelum ini semasa jual baju gaun secara kecil-kecilan pun beliau tetap membayar zakat...Pesannya kepada saya "paling mustahak, zakat. Jangan tak bayar"...


Ingin tahu kisah selanjutnya? Antaranya ialah

  1. Beli kedai no 13 ? kebakaran?
  2. Cerita sedih dari diari
  3. Rahsia besar orang cina berniaga
  4. Hamba Allah membawa rezeki besar & Kisah Lesen esklusif bernas
  5. Program bersamamu
  6. Impian besar Dan Rahsia kejayaan
Nantikan sambungan akan datang dengan petualangan dan liku yang penuh pancaroba. Jumpa lagi.....

Tuesday, September 23, 2014

SENANG "BER SHAKLEE" BILA PERNAH RASA SUSAH BISNES KONVENSIONAL

Senang atau susahnyer sesuatu perkara itu sebenarnya boleh dilihat dengan apa perbandingan yang anda buat. Mcm pepatah mat saleh beritahu, "bandingkan epal dengan epal"....barulah adilkan? Tu sebab, bagi org yg cemerlang dan mempunyai matlamat, mereka akan bandingkan dengan perkara yg lebih sukar dan anggap halangan itu sebagai satu peluang! Mereka tidak akan lari dari masalah, tapi akan selesaikan dengan pendekatan yg lebih terbuka. Hari ni saya nak cerita tentang pengalaman saya menjalankan dua perniagaan sekaligus. Iaitu bisnes Shaklee dan juga bisnes baju kanak2. 

Sebelum bermula dengan bisnes sendiri, saya bekerja makan gaji lepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2001, 4 tahun jer keje makan gaji, 2003 saya dan suami mendirikan rumahtangga dan setahun lepas tu saya berhenti kerja. sebab utama berhenti, saya tak tahan kerja siang malam sebagai Pembantu Juru Ukur Bahan, dengan tender tak berhenti, kena stay up bagai kat office. Penat sgt satu hal, tapi saya mmg tak suka kerja yg menyekat kebebasan masa dan kewangan saya. Lagipun byk sumber2 kewangan masa tu yg "panas" dikiri kanan saya. Mmg masa kerja makan gaji dulu rasa mcm tak nampak pun hasil dari duit gaji. Bayar duit kereta, lepas tu sama2 baru nak bina hidup suami isteri, walaupun cukup makan pakai, tapi saya tak nak hidup cukup2 sahaja. 

nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah


Kemudian bermula saya dengan bisnes online pada tahun 2005, masa tu kami jual pakaian bundle kanak2, modal tak sampai rm500 jer masa tu utk mulakan bisnes, sehinggalah tahun 2007, saya stop buat bisnes bundle dan beralih kepada pakaian baru, tapi still pakaian bayi dan kanak2....Alhamdulillah, berkat kesabaran saya dan suami dapat kumpul modal hingga dapat buka sebuah kedai baju kanak2 di pekan Masjid Tanah, Melaka. Berkat bisnes yg tidak dimulakan dengan hutang. Sehingga sekarang, kami masih menjalankan perniagaan ini.

Oktober 2012, saya mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor. Terus terang saya katakan, saya nampak bisnes Shaklee ini jauh lebih mudah dari bisnes pakaian yg saya jalankan sebelum ini. Kenapa? Sebab saya dah lalui pahit getir berniaga pakaian sejak tahun 2005 lagi, beza sangat dengan berniaga Shaklee. Bila bisnes pakaian kanak2 dulu macam macam yg kami lalui, 
  • ditipu supplier dari China, 
  • order lain hantar lain, hantar baju dah rosak, 
  • kualiti baju tak seperti diharapkan, 
  • itu belum cerita tentang hal2 birokrasi lagi, 
  • belum cerita kisah ditimpa banjir...stok rosak kena banjir, 
  • kedai masuk pencuri, penyamun
Aishhh.... byk betullah dugaannya. Tapi saya tak pernah anggap semua itu sebagai halangan yg besar utk saya teruskan cita2 saya mencapai impian dan matlamat saya. Kalau saya lemah, putus asa dulu, mungkin tak wujud butik Nurqaseh Baby & Kids Store ini sekarang. Kita akan jadi hebat hanya setelah kita lalui dugaan dan ujian yg hebat juga. Kita takkan jadi hebat selagi asyik beririhati dengan mereka2 yg berjaya....asal mereka berjaya kita nak dengki kata mereka riak la...kuarkan ayat2 islamik konon tak baik menunjuk, tapi sebenarnya hati sendiri yang sakit tengok org lain lebih. No! saya tak pernah begitu, tapi saya akan take it positively, dengan cara itu sahaja saya akan cabar diri saya....saya akan rapat dengan orang yg berjaya sbb motivasi mereka berbeza, nak berjaya duduk sama dengan orang yg berjaya (mak saya selalu pesan tu)....nak pandai duduk dengan orang pandai pesan mak saya waktu sekolah dulu....mmg benar, pengaruh mereka sgt kuat.

nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah
Alhamdulillah...hasil dari usaha dan doa ibubapa

Bagi SID2 terutama anak cucu GMF, bersyukurlah kerana anda telahpun berada di jalan yg mudah, bisnes yang tepat. Shaklee jauh beza dengan bisnes konvensional...sebab :
  • Bisnes yg mmg takder siapa yg boleh tipu anda (group terbaik)
  • Juga tidak minta anda tipu sesiapa dlm bisnes ini, takyah paks org buat loan pun
  • Anda dapat produk terbaik untuk diniagakan, 
  • Anda tak perlu nak fikir anasir2 luar yg menghalang anda.
  • Anda ada dibawah syarikat yang tepat 



Apa yg kini menghalang anda hanyalah minda dan diri anda sendiri sahaja!

Wah macam ceramah motivasi la pulak....hahaha..tapi mmg benar, perkara pertama yg mesti anda kuasai ialah minda anda. Jika anda tanam difikiran anda perkara itu sukar, maka sukar la jadinya...begitulah sebaliknya. Apapun ini semua pengalaman saya mengendalikan dua bisnes serentak. Saya sayang dan setia dengan Shaklee sebagaimana saya sayangkan bisnes komersial saya juga. Cuma, bila saya pernah rasa susah dengan perniagaan terdahulu, apa halangan yg datang sekarang saya masih mampu tersenyum. Mohon Allah izinkan saya terus berbakti. Amin



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Thursday, September 18, 2014

SHAKLEE BUKAN UNTUK BUAT DUIT !!



Hurmmmm....zaman sekarang nih bila sebut SHAKLEE jer org akan terus buat conclusion "Shaklee MLM bisnes cari org, pastu jadi kaya" dan ada juga sesetengah insan, yg dulu sama2 kawan ngan saya buat bisnes peruncitan sekarang takut dengan saya, takut saya ajak join Shaklee kot...nak balas msg saya pun mcm nak tak nak, apa lagi nak tegur kat FB, pastu perli la bisnes MLM ni negetif ajer pada dia... Dia rasa asalkan namanya MLM mesti keje tipu org...sedih mmg sedih la...tapi saya tak boleh senang2 nak ubah mindset org yg negetif mcm tu...mungkin dia ada sejarah hitam dengan syarikat MLM sebelum2 ni kot....tak boleh la kita berfikiran negetif mcm dia juga kan

Shaklee MLM Bisnes Cari Orang?

Cuma nak betulkan, Tiada bisnes yg tak cari orang, semua bisnes atas muka bumi Allah ini pasti ada networking sesama manusia, bukan dengan monyet, dengan gajah mahupun dengan harimau. Sbb segala produk yg kita niagakan mestilah kepada manusia yg mempunyai kuasa membeli. Adakah monyet, gajah dan harimau mempunyai kuasa membeli? Alahai pelik benar rasanya....dan rasanya sehingga ke hari ni, belum pernah lagi saya memaksa sesiapa membeli produk saya. Lom ada lagi yg pengsan kena tumbuk dengan saya sbb tak beli Alfalfa sebotol....dan belum ada lagi rasanya yg saya jentik sbb tak jadi beli walaupun dah order brg dengan saya. 

Orang semua kan?

Sama juga masa saya jual baju kanak-kanak dulu (eh sekarang pun jual juga)...saya tetap berurusniaga dengan makhluk Allah bernama manusia. Tiada paksaan, itulah akad yg dipersetujui sekiranya kita berurusniaga. So, normal la kan kalau bisnes mana2 pun cari org, cari manusia... yg bezanya, org yg dicari itu mahu atau tidak jer dengan produk yg ditawarkan. As simple as that! So, kesimpulannya Shaklee bukan bisnes cari duit sahaja, tapi bisnes cari kawan juga!

Tawarkan kesihatan, bukan kemewahan

Satu lagi yang saya nak betulkan. Dalam Shaklee, terutamanya group kami, tidak sekali2 menawarkan atau menjanjikan anda akan hidup mewah, ada banglo mewah, ada kereta mewah...no..no..no...apa perkara pertama yg kami tawarkan ialah taraf kesihatan yg lebih baik sekiranya anda konsistant dengan consume produk Shaklee, itupun dengan izin Allah sekiranya di izinkan. Cuma jika anda ingin mendapatkan pendapatan sampingan dengan hanya mendaftar sebagai SID, insyaallah ada hasilnya itupun dengan usaha, kegigihan dan doa. Bukan duduk goyang kaki kak mah oii.....dan usahanya pun bukan yang bukan2...bukan suruh pi tarik org buat loan secara paksarela. Tidak sama sekali!.... anda hanya usaha untuk menjual produk yg mmg dah hot dan terbaik ni jer.....banyak anda jual, byklah bonus yg anda terima...takde org join ahli bawah anda pun, anda still boleh dpt duit sampingan buat belanja dapur. So, jgn daftar2 jer sebagai SID fikir buat Shaklee sbb nak kaya...Shaklee tak tawarkan kekayaan tapi tawarkan kesihatan utk anda semua...itu yg utama. Nak kaya lain cerita...yg penting sihat dulu!...Shaklee bukan peluang utk buat duit sahaja, tapi Shaklee peluang untuk meningkatkan taraf kesihatan anda asasnya.

 Bukan kerana wang semata...

Bisnes Shaklee bukan untuk mereka yang Malas

Ok, saya pernah jumpa seseorang yg bertanya pada saya, adakah apa yg saya buat sekarang, sama dengan waktu saya mula2 register sebagai SID dulu? nak tahu saya jawab apa? saya jawab "sekarang lebih byk yang saya perlu korbankan berbanding dulu...masa, wang ringgit, perasaan, tidur juga...hahaha" katanya, "ohh...saya ingat makin lama makin senang...tgu duit masuk jer"... ok sekali lagi saya tergelak besar. Rasanya mesti ramai yg rasa mcm tu kan? makin tinggi rank makin senang kerja, sebenarnya anda silap! tak semudah itu utk kami goyang kaki....sebab apa? sbb matlamat kami bukan utk senang sorang2, bukan untuk fikir periuk nasi sendiri sahaja...niat asal kami ingin membantu lebih ramai lagi rasa apa yg kami rasa. Jadi, mana mungkin kami boleh duduk diam. Jadi, satu jer kesimpulannya, sejak dari daftar ahli hingga kesaat ini saya tak pernah sia2kan waktu yg saya ada. Apa sahaja yg boleh dilakukan untuk improve bisnes dan kehidupan saya akan lakukan, hadiri class, coaching, COD, meeting, ulang alik restok barang semua saya dan suami buat. Senang cerita, Bisnes Shaklee bukan untuk sesiapa yg nak goyang kaki, bukan untuk orang malas!


Sekian, terima kasih :)


JOM SERTAI KAMI DI SHAKLEE





Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Wednesday, September 17, 2014

RESEPI MENJADI SID YG HEBAT

Salam dan selamat pagi u olls.....(patut post pagi 17hb sept)

saya tak pandai nak beri resepi masakan...sbb saya jenis jarang sgtlah memasak...apalagi sejak duduk ngan mak...waktu kerja yg membataskan utk saya memasak...kalau nak tgu saya yg masak, bakal kebuluran lah mereka2 yg kat rumah nih...hehehe

so, apa yg saya nak share ialah resepi menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) yang hebat dan berjaya. Ok, saya tahu ramai SID yg berdaftar sekarang ni...kalau ikut angka dr no ID pun dah lebih 1 juta yg mendaftar. But, its not the point. Anda kena tahu dari lebih 1juta yg mendaftar tu, maybe xsampai 20% yg betul2 nak berniaga kebanyakannya daftar untuk mendapat keistimewaan sebagai SID. Terutamanya untuk mendapatkan harga SID. Satu tindakan yg bijak wokey...so jgn perkecilkan mereka ini. Tapi yg jadi kurang bijak tu bila dah daftar sebagai SID tapi pi beli kat SID lain pulak. Ada yg mengambil kesempatan disitu, tapi senyap2 jer walhal boleh jer beritahu kat customer yg SID tu kan...takper..bukan nak cerita tentang itu disini.

ok, saya nak kasi resepi bagaimana nak jadi SID yang hebat dan berjaya. Bukanlah bermakna saya ni hebat sgt...berjaya sgt daripada org lain, kang ada kata saya ujub dan riak pulak....just nak share apa yg saya dan kawan2 lain buat utk jadi lebih hebat dari sebelumnya...sbb walaupun kita berubah sedikit jer kepada kebaikan dr sebelum ni, kita jer tahu kita hebat dr semalam. Hebat tu biar kita yg puas rasa...dan org2 sekeliling dpt tempiasnya...tempias dari kebaikan itu...jgn semua kita ckp org riak...positif sikit eh kalau nak jadi SID yg hebat...


Jom tengok apa resepinya :

10 kolam rasa cinta pada produk.

Konsep shaklee ialah "Sharing"...bukan tekan button share kat wall fb yer sampaikan yg fitnahpun kita nak share. No..no..no...share benda2 positif. Share apa yg kita rasa bila kita sebagai consumer makan produk yg kita jual. Rasa kesannya sebelum boleh share kan? Kita jatuh cinta dengan produk dulu...kita rasa dulu keberkesanan produk kita. Dari situlah baru akan lahir kejujuran kita utk berkongsi apa yg kita rasa...share dengan jujur...

4 gunung keterujaan untuk hadiri  kelas yg dianjurkan oleh upline atau syarikat.

tang nih saya tahu mmg ramai yg liat...anak2 GMF pun sama jer, balik2 muka yg sama gak nak pegi kelas..yg lain tetap bagi alasan...ada jerlah yg dia sibuk (mcm org lain tak sibuk). Tapi kalau nak jadi SID yg hebat mmg kena tepis semua alasan tu...kalau tak mmg takuk tu jelah pemahaman dan tahap motivasi pun turun naik...nak duplicate mcm mana kalau belajar pun tak mahu kan? So siapa yg terasa pedas tu...ubah2lah diri tu kalau nak berjaya...kalau org lain boleh korbankan masa bersenang lenang tgk tv, kenapa kau masih nak terbaring baca novel?
 
mereka yg sanggup korbankan hari ahad mereka demi ilmu

 

20 naskah buku a.k.a banyakkan membaca.

ok, takde spesifik utk membaca buku apa, tapi anda boleh relate kan dengan status anda sebagai SID. Yang pasti bukan baca novel cinta cintun..."aku sebenarnya bini dia", "tapi sebenarnya dia laki aku" atau baca majalah hiburan Mangga, URTV (ada lagi ke majalah2 xde pekdah nih?). Bykkan baca buku ilmiah, majalah ilmiah...barulah minda tu berkembang...saya pun masih menjinak2kan diri supaya rajin membaca...dulu2 mmg tak rajin membaca...so tiada istilah terlewat..sejak dua menjak rajin membaca nih la saya rasa idea dan minda saya berkembang dan nak tulis blogpun lancar jer sbb byk idea!

5 juta keikhlasan berkawan dengan SID lain, anggap mereka pesaing yg sihat.

ok, bab nih pun ramai yang tak alert, kadang2 "anak" ngan "mak" pun tak ngam. Masing2 buat tak layan jer...for me mak kena grab anak cepat2...jgn biarkan hubungan renggang. kalau dah renggang nanti susah nak mesra semula. Bisnes nih family bisnes, so jaga silaturahim antara mak dan anak2, dengan sideline dengan mentor2. baik dengan semua org, insyaallah mereka2 takkan penah lokek ilmu, kitapun janganlah lokek, asyik nak ilmu org sampai ilmu kita tak nak share kan?....mmg ada gak jenis mcm tu. so sama2 kita muhasabah diri....baiki apa yg perlu dlm hubungan...

aktiviti bersama supermom sisters....juga sideline yg tak pernah saya anggap sebagai pesaing

 

3 tasik berfikiran POSITIF

SID yg hebat dan berilmu takkan mudah melatah, bila berhadapan masalah, isu2 yg menjatuhkan, hati mereka takkan pernah terpeleot. Dalam erti kata lain, sentiasa positif, cari kebenaran, yakin dengan apa yg kita tahu dan belajar. Jangan jadi lalang. Biar org mencemuh, jgn pernah kita goyah. Pada saya, biarlah org nak ckp apapun pasal saya, kat depan ke, kat belakang ker, i will take it positively.... takyah nak sentap2, biarpun org ckp "muka kau menakutkan org" take it positively....sbb ramai lagi yg sayang kita, yg suka tgk kita...org yg rasa takut ngan muka kita tu yg tak berfikiran jauh...dok takuk tu je...dia tak suka, kita jauhkan diri, takut nanti dia termimpi2 kita lak kan...hahaha...pastu kita rapatlah ngan org yg suka kita, sayang kita....ha...Allah suka bila kita sayang org lain kan...rezeki pun luas kalau kita ramai kawan...jaga hubungan...

6 lautan komited dengan Amalan Rohani

Bab ini rasanya semua mentor anda dah beritahu, dan ingatkan kan? buat tak? cek balik semuanya...yang paling utama, jaga solat...kemudian Dhuha, 100ayat sehari...and so on (sila lihat master checklist) tanpa amalan ini semua, anda SID yang KOSONG! percayalah cakap saya. Mmg boleh nampak semua nih...even kita tak pergi cek sorang2 anak2 kat rumah memasing kan...Jaga hubungan dengan "CEO syarikat" kita iaitu Allah SWT....insyaallah, Dia akan jaga kita.

Ok, itu antara ramuan dlm resepi saya, anda boleh tambah mcm2 bahan lagi utk resepi ini, tapi kalau yg 6 bahan utama ini anda gaul sebati hingga sanubari...insyaallah anda insan yg Cemerlang bukan sahaja sebagai SID juga dalam kehidupan harian anda. Selamat mencuba resepi ini!

JOM SERTAI KAMI DI SHAKLEE
 


Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Wednesday, September 10, 2014

KAU TAK YAKIN, KAU TAKKAN KEMANA....

Yakin dan pasti. Lagi 1 bulan cukuplah 2 tahun perjalanan saya di dalam bisnes Shaklee ni. Alhamdulillah...sgt2 bersyukur kerana Allah lorongkan perjalanan saya disini dan benarlah..Dia sebaik2 penolong... 

Mengimbau kenangan sewaktu sebelum saya dan suami mendaftarkan diri di dalam dunia Shaklee...menginsafkan...dengan bisnes pakaian yg belum stabil, hutang2 bank yg memeritkan, bil2 bulanan yg perlu dilangsaikan....fuhh mmg menjadikan kami "cari duit utk bayar hutang semata." Sadis...

Tapi itu cerita lama...saya yg dulu bukanlah yg sekarang...Allahmdulillah berkat doa ibu, doa suami...dan juga berkat perjalanan usaha kami dlm Shaklee menjadikan kami kini sudah mampu tersenyum...bukan kerana saya ingin hidup mewah...tapi kerana jika dulu saya hanya memikirkan "periuk nasi" sendiri....kini beberapa periuk nasi makin terisi....kepuasan yg tiada dlm mana2 kerjayaku sebelum ini.

Kenapa saya begitu yakin dan setia dengan Shaklee? 


Banyak sebab sebenarnya menjadikan saya sayang dan yakin dengan bisnes Shaklee ini. Banyak liku2 yang saya lalui sepanjang 2 tahun ini....tapi semua liku2 itu telah menjadi kenangan yg sgt manis buat saya dan insyaallah akan tetap meneruskannya. Tak sama kenangan waktu kerjaya saya sebagai kakitangan syarikat swasta dulu, mahupun kenangan waktu saya menguruskan bisnes sendiri. Percayalah saya jatuh cinta dengan perniagaan Shaklee disebabkansemua ini....

1. Produk yg Selamat, Semulajadi dan Berkesan.

Ini bukan slogan atau tagline semata. Tapi realti yg semua org perlu akui. Buktinya, sales produk kami melebih 300% tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya dan kami bukan menjual kepada pelanggan2 baru shj, hampir kesemua pelanggan yg telah mencuba akan mengulangi pesanan produk mereka ataupun mencuba set2 produk Shaklee yg lain. Satu lagi bukti ialah, 99% mereka yg menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) hari ini adalah mereka yg sudah mencuba produk Shaklee dan jatuh cinta dengan keberkesanannya termasuklah saya dan suami. Baca entry set pertama yg kami consume.

Satu lagi kalau anda masih belum tahu, atau nak consume produk Shaklee tapi masih ragu2, anda harus tahu bahawa produk Shaklee sgt mengutamakan keselamatan pengguna, Tiada syarikat pengeluar supplement yang lebih menitikberatkan keselamatan pengguna sebagaimana yg dilakukan oleh pihak Shaklee Corporation. Kenapa saya kata begini? Cuba anda namakan satu syarikat pengeluar supplement yang menggunakan khidmat Saintis-saintis dan pakar2 untuk Research and Development (R&D). Barisan saintis2 ini pula bukan sebarangan yer...contohnya Dr Blackburn adalah pemegang anugerah nobel! 



Antara barisan saintis dan penyelidik yang menyambut kedatangan kami di Pleasanton, California


Selain itu, Shaklee sudah berada dipasaran sejak lebih 60 tahun dulu, pengguna yg mengamalkannya sejak muda ada yg kini sudah berusia lebih 80 tahun. Kalau produknya tidak berkesan dan memudaratkan mana mungkin dapat bertahan sebegini lama dlm industri. Oh ya, produk shaklee juga jika ingin memasuki pasaran Malaysia perlu memenuhi syarat yg telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan syarat produk import tidak semudah produk yg dibuat di Malaysia tau...Jadi fikir2kanlah yer...mana lebih bagus, mana lebih terjamin dan mana lebih berkualiti.

2. Marketing Plan yg adil 

Ok, semua tahu bahawa Shaklee adalah perniagaan Jualan Langsung, atau MLM. Bukan sistem piramid yer. Tapi MLM yang sgt adil dan mudah tapi bersyarat. Syaratnya usaha yg tinggi dalam menjual produk. Kalau takder usaha takder lah hasilnya. Networking mmg penting dalam sistem MLM, so mmg rangkaian perlu dibina untuk memastikan empayar yg kukuh, cuma, setiap pendaftaran ahli baru bukanlah bermakna membawa keuntungan kepada org yg mendaftarkan kerana modal RM65 hanya untuk pendaftaran semata2, tidak memberi apa2 imbuhan kepada upline.

Dalam shaklee juga, tak kira anda daftar awal atau pun anda daftar lewat dari sesiapa, peluang untuk berjaya dan mencapai segala insentif dan bonus yg ditawarkan oleh syarikat adalah sama. Peluang tetap sama, cuma yg membezakan ialah usaha kita. Anda daftar lewat, bukan bermakna sudah ketinggalan, tidak!. JIka anda berusaha kemungkinan untuk berada pada pangkat lebih tinggi dari upline juga adalah mudah. Kes ini mmg banyak berlaku. Tiada istilah org bawah ditindas. Masing2 mempunyai peluang yg sama. Itulah adilnya sistem MLM Shaklee. Dan yg paling best marketing Shaklee pun dipuji dan diakui oleh Internet Marketer sendiri. Bertambahlah keyakinan saya ini.

Salah satu komentar dari Internet Marketer

3. Perniagaan yang mengajar saya menambahbaik amalan rohani

Alhamdulillah, dalam Shaklee, ada mentor2 yang sentiasa mengingatkan tentang pendekatan diri kepada Yg Esa. Back to Basic, biar apapun yg kita lakukan dimuka bumi ini, hanya Dia yang menentukan sama ada akan terjadi atau sebaliknya. Benar, buka sesuatu yg mudah untuk mendidik hati, tapi jika tidak dimulakan yg sedikit...bagaimana nak dapat yang banyak? lagi pula bisne sini dibuat secara berkumpulan, menjadi satu kebiasaan untuk kami sama2 saling ingat mengingati. Semoga bisnes ini terus diberkati Oleh Allah SWT. Amin....

4. Membina Ukhuwah dan Silaturahim

This is one of the best reason why i'm doing Shaklee. Yer...dulu saya bukanlah yg jenis banyak kawan, adalah kawan2 zaman U, zaman kerja dulu....tapi berapa kerat sgtlah yg still keep in touch, dan dah bertahun2 pun tak jumpa. Yerlah masing2 sibuk dengan urusan masing2 kan. Tapi, dalam Shaklee....saya dapat ramaiiii sahabat dan kami seperti adik beradik! kami kongsi ilmu, pengalaman, even personal problem...kami ketawa bersama, menangis pun bersama....holiday sama2, buat class sama2...alahai indahnyer...




5. Bonus dan Insentif yang berbaloi2

ok tang nih mmg lah tak dinafikan, siapa yg berniaga tak nak untung kan? siapa yg berniaga nak rugi? dan siapa yg berniaga tak nak kaya kan? Dalam Shaklee, bonus dikira secara bulanan....time dpt bonus lak ditengah2 bulan, jadi bagi yg makan gaji adalah satu kelegaan bila tengah2 bulan dpt bonus, setiap bulan lak tu. Selain tu Shaklee juga ada bonus kereta dan Global trip. tu lom kira insentif2 sampingan yg biasanya Shaklee buat suprise!...hehehe...ok kalau nak tahu details tentang ini kenalah contact saya k...

Ada byk lagi perkara dan sebab utk saya setia bersama Shaklee...tak larat saya nak taip panjang2 disini, apa kata anda rasainya sendiri? Macam mana? meh sama2 join group saya..insyaallah ada mentor2 yg power2 boleh guide...



HUBUNGI SAYA DI WHATSAPP : 010-3223139



YOUR TRUSTED SID

Friday, May 9, 2014

BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN

Salam semua....

hai.... lama saya tak membebel kat blog nih, jadual pack sgt sampai nak menaip pun takde masa (alasan...jgn tiru alasan xcukup masa nih, tipu je), ok2.... last week byk buat aktiviti bertemu anak2 shaklee saya, buat coaching, class dan sebagainya dan mcm2 karenah la yg saya temui....memang seronok jumpa budak2 GMF saya ni, saling bertukar pengalaman, mendalami permasalah mereka, beri idea, beri semangat....semua mereka berkobar2 nak berjaya.

Coaching untuk small group GMF 

Cakap pasal BERJAYA, saya tahu semua org pun nak berjaya, semua orang pun tak mahu hidup susah kan? dan semua org nak jadi kaya kan?....TAPI....berapa ramai yg sanggup BERUBAH??

Ramai orang takut untuk melakukan perubahan...
TAKUT sebab yg masa depan lom tentu...
TAKUT nak lepaskan apa yg ada sekarang....

Salah satu ciri org berjaya ialah BERANI untuk berubah, BERANI tanggung risiko, So, kalau belum capai tahap BERANI utk berubah....anda jangan mimpi nak berjaya. Berubah apa? Banyakkk....pertama sekali ubah MENTALITI....ubah atau pertingkatkan AMALAN ROHANI...biar kaya jiwa dan raga...


UBAH MENTALITI (CARA BERFIKIR)

ini perkara pertama sekali bagi mereka yg ingin berjaya. kena mulakan dengan berfikiran positif. biasakan, dengar orang cakap...."fikir yg baik2...nanti yg baik2 je akan datang pada kita"....Ya! itulah kuasa fikiran. bila kita fikirkan perkara baik2, sebenarnya minda separa sedar kita "memaksa" kita melakukannya....secara halus, mmg kita tak perasan pun...tapi ia sangat2 diperlukan. Jadi mulakan berfikiran secara positif, kawan dengan orang2 yg positif juga....ia sangat membantu. dan tahu tak? orang yang tinggi motivasi dan sentiasa positif ni mempunyai kesihatan yg lebih baik berbanding mereka yg berfikiran negatif...

AMALAN ROHANI

Tingkatkan amalan rohani jika kita ingin kejayaan yg sebenar, berbalik kepada Pencipta kita yang menguasai sekalian alam. Dialah sebaik2 perancang. Mintalah kejayaan dunia dan akhirat padaNya. Sebagai umat Islam, kita mmg diajar dan diterapkan nilai2 positif, cuba lihat didalam doa2 kita seharian, apa yg kita mohon pada Allah SWT semua yang baik2 sahaja kan? itu bukti Islam itu sendiri mengajar kita menjadi insan yang positif. Jangan lupa juga bersyukur, kerana syukur itu membuat hati kita semakin tunduk kepadaNya, semakin tunduk hati kita semakin dekat diri kita padaNya. Zikir, istighfar, dhuha, tahajud.....amalkan semuanya....insyaallah, Allah mendengar doa2 hambaNya.

BELAJAR UNTUK MENGAJAR

Ilmu itu untuk dikongsi, apa yg kita belajar dulu dan hari ini adalah ilmu2 yang perlu kita kongsi dan ajarkan kepada orang lain pula. Ilmu yang berkat itu ialah ilmu yang bermanfaat pada orang lain. Jadi, jangan rasa ilmu yg kita dapat hari ni, tidak berfaedah...mungkin pada orang lain ilmu itu sangat bermanfaat. Tanamkan dalam minda dan hati segala ilmu yg kita pelajari adalah untuk kita kongsikan dengan yg lain...terutama untuk anak2 cucu2 Shaklee kita. Jadi orang yg luar biasa, yg belajar untuk mengajar. Insyaallah selain mendapatkan ilmu yg berkat....insyaallah pengetahuan kita akan lebih berkembang. dan orang yg berjaya itu ilmunya banyak dan berkembang.

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

ha, yg ini sgt penting. Keyakinan diri yang tinggi perlu ada pada anda yang ingin berjaya. Percaya apa yang anda lakukan. Percaya keputusan yang anda buat telah dipertimbangkan sebaik mungkin. Yakin anda adalah yang terbaik. Hidup dengan prinsip, bukan dengan kata2 orang sekeliling. orang akan terus melemahkan semangat anda, jadi anda harus yakin dengan diri anda. Bina keyakinan diri agar anda dipandang sebagai seorang yang berprinsip. Jangan lemah hanya kerana kata2 orang.

KELUAR DARI KESELESAAN

ok...yg ini yang saya cakap kat atas tu....TAKUT...takut pada masa depan....sedangkan masa depan tu mungkin jauh lebih baik dari sekarang. kadang2, zone yg diduduki sekarang ni taklah selesa mana pun...tapi tak nak berganjak, sebab....takut untuk melepaskannya. Hello, takde siapa pun tahu masa depan kita macam mana, tapi kita kenalah corakkan dari sekarang, kalau selesa dengan tak buat apa2 perubahan, jgn la pulak berangan masa depan yg gilang gemilang. mereka yg sekarang ni dah merasa kejayaan dan kegemilangan, dulupun bermula dengan kepayahan dan berani utk keluar dari kepompong itu. Mereka juga tidak tahu masa depan bagaimana dulu, tapi mereka merancang untuk masa depan yang lebih baik. itu caranya jika mahu berjaya.

Istilah BERJAYA sebenarnya adalah subjektif. Tapi cara dan peraturannya sama sahaja. rasanya itu sahaja utk hari ni, sebab saya nak bersiap2 packing barang pula..kejap lagi nak gerak ke JB, nak ikuti kelas Blog esok, kemudian selasa nanti ada class bersama anak2 GMF J.B....