Saturday, February 28, 2015

5 TIPS RANGSANG PENGHASILAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua...

Entry kali ni juga saya nak share tentang beberapa tips penghasilan Susu Ibu. Oleh kerana saya sebagai seorang SID yang banyak berhadapan dengan ibu2 muda...saya selalu menerima soalan tentang penghasilan susu ibu. Majoriti mengharapkan dapat membekalkan keperluan yang cukup kepada bayi mereka sehingga bayi berusia 2 tahun. Alhamdulillah...mmg sgt saya galakkan mereka menambah ilmu dan juga sentiasa mempelajari kaedah yg betul dalam pengurusan susu ibu. Sebab utamanya ialah saya yakin, susu ibu adalah makan terbaik untuk bayi dan saya sendiri adalah bayi yang dulu minum susu ibu hingga berumur 3tahun. Kalau bab sistem imun, insyaallah sayalah antara yg paling "kebal" berbanding adik beradik lain. Alhamdulillah...setahun sekali pun kadang susah untuk saya demam.

Ok, hari ni saya nak kongsikan 5 tips untuk rangsang penghasilan susu ibu. Mungkin ada yang telah anda ketahui...tapi, takper untuk saya peringatkan sekali lagi.

1. KERAPKAN MENYUSU DAN MENGEPAM

Anda seharusnya menyusukan bayi anda setidak2nya 3 jam sekali. Begitu juga rutin sekiranya anda perlu mengepam susu (jika tidak bersama bayi) perlu dilakukan sekurang2nya 3 jam sekali.

2. PAM PADA WAKTU MALAM

Tahukah anda hormon prolaktin dihasilkan lebih banyak diwaktu malam antara jam 12malam hingga 6 pagi? Jadi, Pam susu untuk simpanan atau ransang penghasilan susu diwaktu ini. Jadikan ia rutin.

3. JANGAN TUNGGU PENUH

Anda perlu yakin dan percaya pada diri anda bahawa payu dara anda sentiasa menghasilkan susu. JANGAN jadikan tabiat untuk menunggu payu dara penuh baru ingin menyusukan atau mengepam. Tapi twist fikiran anda supaya ingin mengosongkan payu dara anda. Bila payu dara kosong, badan akan memberi signal untuk merangsang penghasilan susu.

breast pump, susu ibu, tips bayakkan susu, tips tambah susu badan, susu badan terbaik, rangsang susu, rangsang penghasilan susu ibu, tips megepam susu, tips utama susu ibu

4. MINUM BANYAK AIR

Anda digalakkan minum 3 liter air sehari terutama sekiranya anda menyusukan bayi. Air sgt diperlukan untuk merangsang penghasilan susu ibu.

5. LEBIH MASA UTK MENYUSU ATAU MENGEPAM.

Jangan menyusukan atau mengepam dalam keadaan tergesa2 atau jgn limitkan masa anda. Susukan bayi anda sepuas2nya sebelum beralih ke payu dara sebelah lagi. Begitu juga ketika mengepam, peruntukkan masa 15-20minit untuk sebelah payu dara. Pastikan payu dara benar2 kosong selepas penyusuan atau mengepam.

semoga tips2 pada entry kali ini memberikan manfaat pada pada ibu ibu semua

1 comment:

  1. Alangkah baiknya jika ibu di rumah menyususi masih bisa menjalankan bisnis sampingan tanpa mengganggu aktivitas utamanya.

    ReplyDelete