Tuesday, June 2, 2015

KESAN BURUK GDM KEPADA IBU DAN BAYI

Diabetes adalah salah satu penyakit yang memberi komplikasi yang teruk kepada organ dan anggota badan manusia. Kerana itu diabetes diberi gelaran pembunuh secara senyap. Diabetes semasa hamil atau GDM juga meninggalkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang dikandung sekiranya gula dalam darah tidak dikawal. Jom saya kongsikankan apakah kesan kesan buruk yang kemungkinan terjadi kepada mereka yang tidak mengawal GDM semasa hamil.

diabetes semasa hamil GDM, gestesi diabetes, MGTT, hipoglisemia, hyperglisemia, retinopati, dystocia, keputihan,risiko keguguran, polyhydraminos, ketuban berlebihan, preklampsia, komplikasi ibu hamil, komplikasi diabetes, makrosomia, jaundis, kesan buruk diabetes, kesan kehamila GDM

Kesan Buruk GDM kepada Ibu

1. Hiperglisemia

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.
 

2. Hipoglisemia

Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.

3. Keputihan

Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj. 

4. Risiko keguguran

Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM

5. Polihydraminos

Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan. 

6. Preeklampsia

Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.

7. Retinopati

Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.

8. Kegagalan buah pinggang.

Antara komplikasi uatam bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. bagi ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama.

9. Kelahiran melalui pembedahan

Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.



Kesan Buruk GDM kepada Bayi

1. Makrosomia

Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan.Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.

2. Intra uterine death

Kematian didalam kandungan.

3. Hipoglisemia

Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.

4. Lemas semasa kelahiran

Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.

5. Dystocia 

keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.

6. Bayi Jaundis

Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.


Bagi ibu dan bayi yang melalui kehamilan GDM, risiko untuk ibu dan bayi mengidapi diabetes selepas kelahiran juga akan menjadi tinggi. 12 minggu pertama, ibu akan diberikan ujian untuk memastikan diabetes gentesi atau GDM sudah benar benar hilang. Sekiranya ada masih mahu berikhtiar dengan memberikan nutrisi yg hebat dan lengkap untuk anda dan bayi anda, juga sebagai langkah bagi mengelakkan GDM, konsistanlah menggunakan set prenatal yang disediakan khas untuk ibu ibu hamil.


Saya Kongsi!


No comments:

Post a Comment