Saturday, September 13, 2014

TIPS DAN PETUA SALUR DARAH SIHAT DAN NYAHTOKSIN

Hari Rabu lepas, dpt panggilan kecemasan dari mak. Masa tu saya baru jer habis sesi coaching bersama PM cery mamafaiz. Mak kata abg ipar saya dikejarkan ke hospital Pantai Kuala Lumpur kerana sakit dada dan dikhuatiri serangan jantung. Hurmmm...terkejut juga saya dan suami sebab jumpa dia sebelum ni sihat jer nampaknyer. Tapi nama pun serangan jantung, no signal...2 saluran darah ke jantung block katanya. Jadi kami pun dari Bandar Baru Bangi teruslah ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Sampai sana lebih kurang jam 5.30ptg. Mak dan juga kakak ku belum lagi sampai kerana mereka dari Masjid Tanah Melaka. Pesakit sedang menerima tetamu dan ward CCU tidak boleh dilawati secara beramai2. Kenalah bergilir dengan kawan2 abg iparku yg juga dtg melawat. 

Ok, sambil bergilir tu aku borak2 la ngan salah sorang kawan abg iparku ni. Aku panggil dia kakak...kak diba nama dia. Dia bagi satu petua menggunakan nature remedis utk nyahtoksin (detox) dlm badan atau digunakan utk melancarkan salur2 darah dan juga sebagai penambah tenaga. Jus ini juga boleh melegakan batuk dan selsema. Boleh la cuba bagi sesiapa yg memerlukan. Jom tengok apa bahan2nya.

Bahan :
1 cawan bawang putih (kupas)
1 cawan halia muda (kupas)
1 cawan perahan lemon
1 cawan Apple cider
2-3 cawan madu asli


Bawang putih dan halia muda

Madu asli dan lemon

Apple cider (cuka apple)

Cara membuatnya :

Blend bawang putih dan halia muda secara berasingan dengan sedikit air. 
Apabila siap boleh la dicampurkan dan ditambah 1cawan apple cider beserta 1 cawan perahan lemon tadi. 
Masak dan kacau di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Sejukkan lebih kurang 30minit.

Apabila sejuk masukkan 2 atau 3 cawan madu asli 
(jgn masuk waktu panas kerana khasiat madu akan terjejas) dan kacau sebati. 
Masukkan didalam bekas kaca atau plastik bertutup dan simpan dalam petik sejuk (bukan freezer). Bancuhan di atas boleh digunakan sehingga 1 bulan.

Amalkan minum 3 sudu kecil setiap hari. Insyaallah anda akan rasa perbezaannya pada tubuh badan anda. Tapi jika anda rasa leceh atau agak sukar membuat ramuan diatas, saya ada produk yg lebih baik dan terbukti berkesan yg boleh anda amalkan. Produk Apa? Click sini JANTUNG SIHAT


Berminat menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan kami? sila hubungi kami :
KEAHLIAN SHAKLEE


Your Trusted SID

No comments:

Post a Comment