Tuesday, January 19, 2016

TIPS MINUM 3 LITER AIR SEHARI UNTUK KEPERLUAN BADAN


Komponen terbesar didalam badan manusia ialah Air. Seorang individu dewasa mempunyai 60-70% air dari berat badannya. Air sangat penting dalan 
kehidupan harian manusia. Manusia mampu hidup 92 hari tanpa makanan, tetapi tidak mampu bertahan lebih dari 72 jam tanpa air.

tips minum air cukup, cara minum cukup air, berapa liter sehari, kenapa perlu air, air dalam badan, komposisi air dalam badan, minum air, jumlah liter sehari  

Kenapa Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk tubuh manusia?

1. Air penting untuk sistem pencernaan dan metabolisma manusia

Proses pencernaan memerlukan air, jika kekurangan air banyak masalah akan timbul seperti sembelit dan buasir. Bayangkan sekiranya tiada air? tentu dasyat kesengsaraannya kan? hehehe....metabolisme juga memerlukan air, tiada proses pembakaran menggantikan tenaga sekiranya tiada air dalam badan.

2. Pembentukan sel sel baru, memelihara dan mengganti sel yang rosak

Sel2 yang membina sistem tubuh manusia juga memerlukan air untuk bekerja. Pembentukan sel sel sehari melebihi 300 billion dan kira kira 20 juta sel dibentuk dalam seminit. proses ini memerlukan air.

3. Menjaga kestabilan tubuh dan memelihara suhu badan
Ceceair dalam tubuh kita ini bertindak menstabilkan tubuh. Kita boleh berjalan, berlari mengimbangi badan semua kerana adanya air dalam badan kita. Cecair ini jugalah yg bertindak memelihara suhu badan manusia.

4. Melarut dan membawa semua nutrisi keseluruh tubuh

Pentingnya air dalam badan juga adalah menjadi menghantar segala nutrisi dan mineral yang kita ambil dari pemakanan, agar dapat diagihkan keseluruh badan.

5. Membantu peredaran darah

Air juga menjadi rakan kerja kepada sel sel darah. ia membantu sel darah untuk mengalir keseluruh sistem badan manusia. Tanpa air, pengaliran darah akan terhenti dan tersekat.

6. Memelihara kulit

Sebagaimana air membantu memelihara subu dalam badan manusia, secara luarannya juga ia membantu agar kulit tidak menjadi kering akibat faktor cuaca dan persekitaran. Pengambilan air yg cukup boleh dilihat dari kulit yang sihat.


tips minum air cukup, cara minum cukup air, berapa liter sehari, kenapa perlu air, air dalam badan, komposisi air dalam badan, minum air, jumlah liter sehari

Bagaimana pula nak memastikan pengambilan air seharian mencukupi?

Bagi menentukan jumlah pengambilan air yang cukup oleh tubuh kita dengan mengetahui bahawa setip 25kg berat badan, kita memerlukan 1liter air. Jadi, boleh la ikut pengiraan begini :

Jumlah berat badan (kg) / 25kg = ? liter

contoh : berat Aminah 75kg
78kg/25kg = 3.00

maka : Aminah memerlukan 3.00 liter air sehari utk keperluan yg mencukupi


TIPS MINUM AIR YANG MENCUKUPI KEPERLUAN HARIAN

tips minum air cukup, cara minum cukup air, berapa liter sehari, kenapa perlu air, air dalam badan, komposisi air dalam badan, minum air, jumlah liter sehari

1. Bahagikan jumlah Liter (setelah kira ikut jumlah berat) kepada 5 Bahagian. 

Contoh 3.00 liter/ 5 bahagian = 600 mililiter

2.  Bagi Muslim, anda boleh bahagikan mengikut waktu solat Fardhu. 5 Waktu solat, bermakna 5 kali minum. setiap kali solat 600m1 air pelu diminum.

3. Saya biasanya bahagi kepada 6 bahagian, 6 waktu solat (5 solat fardhu + 1 solat sunat Dhuha) kerana jarak antara solat Suboh dan Zohor lebih 6 jam, jadi diantaranya boleh tambah 1 slot.

4. Jika tidak mampu habiskan 600ml sekali gus, buat 2 kali minum....300ml sebelum solat, 300ml lagi selepas solat.

5. Jangan gunakan botol besar. Gunakan botol kecil seperti botol mineral 500ml, atau gunakan gelas ketika minum. segelas penuh boleh mencapai 300ml. Tipu minda melalui penglihatan. Jika botol besar, kita akan rasa byk nak habiskan.


Selamat Mencuba!

9 comments:

  1. Terima kasih atas pengetahuan di atas

    ReplyDelete
  2. Sy boleh abis kn 1.5l dlm satu satu masa lbih kurang kurang 30minit. Sy ini sbb ad event. HAHAHA aci x.? Ke bahaya minum byk trus.? TQ

    ReplyDelete
  3. Hi berat badan saya 52kg berat liter air harus saya minum ia

    ReplyDelete
  4. Hi..berat badan sy 70 kg... Brpa liter air diperlukan sehari

    ReplyDelete
  5. Berat saya 69kg brapa little air yg saya perlukan

    ReplyDelete