Friday, October 9, 2015

CARA MEMBUAT PILIHAN "CAR SEAT" UNTUK ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sering saya dengar tentang ibu2 yang mengeluh kerana bayi atau anak kecil mereka tidak mahu duduk di car seat yang mereka sediakan. Sudahlah beli car seat mahal2...branded dah boleh buat deposit kancil sebijik...hahaha...yang tu kita cerita lain nanti k...sekarang kita cerita pasal cara nak pilih Car seat bayi dan kanak2


Perlukah Car seat mahal?

Sebenarnya harga bukan jaminan untuk keselamatan, tetapi setakat ini yang saya lihat car seat bayi yg branded dan mahal ni mmg mementingkan faktor keselesaan lebih berbanding yg berharga murah. Juga faktor design dan warna yg lebih mengancam. Tapi itu bukan penentu bayi atau anak anda ingin duduk di car seat tersebut.

So, perlu atau tidak car seat yg mahal dan branded bergantung pada poket masing2 yer....jika kurang mampu, beli sahaja yang harga murah dipasaraya tetapi masih mementingkan ciri ciri keselamatan bayi dan anak anda. Mahal atau murah bukan faktor utama. Yang paling penting bayi dan anak anda mesti menggunakannya.

Bagaimana memilih Car seat bayi dan anak anda?

Terdapat dua faktor utama yang perlu anda lihat semasa membuat pemilihan untuk memilih car seat yang sesuai.

1. Memilih car seat yang bersesuaian dengan usia dan berat bayi dan anak anda.

Car seat bayi dan Car seat kanak2 adalah berbeza. Pemilihan car seat perlu mengikut peringkat umur dan juga kesesuaian anak anda. Kebiasaannya peringkat umur penggunaan sesebuah car seat itu dibahagikan seperti berikut:

Step 1 - Newborn hingga 1 tahun atau berat maksima 10kg
Untuk kategori ini kebiasaanya car seat boleh menjadi carier baby juga. Bahagian tapak car seat step 1 ini boleh ditanggalkan bagi memudahkan ibu bapa bayi mengangkat dan membawa bayi mereka. Yang mana ianya 100% untuk bayi yang belum boleh lama duduk ataupun tulang bayi belum bersedia untuk position lain selain berbaring.
contoh car seat cum carrier

Step 2 - 1 tahun hingga 5/6 tahun atau berat maksima 18kg
Di peringkat ini atau Step ke2 ini, penggunaan carrier ataupun car seat step 1 mmg sudah tidak sesuai lagi. Jadi car seat perlu di tukar kepada jenis yg lebih sesuai dengan tumbesaran anak dimana biasanya kategori ini car seat tersebut boleh dilaras mengikut keperluan bayi atau kanak2 tersebut. Boleh dilaras bermaksud, kebiasaanya ada position untuk baring dan juga duduk.


Contoh Car seat untuk Step 2

Step 3 - 5/6 tahun hingga 9/10 tahun atau berat 18kg hingga 30kg.
Untuk Step 3 hanya menggunakan seat yang dipanggil "Booster" yang mana tali pinggang keselamatan utk step ini dengan menggunakan tali pinggang keselamatan sedia ada pada kenderaan anda, cuma booster tersebut memberi keselesaan dan kedudukan yang sedikit tinggi dari biasa. Step 3 ini adalah persediaan untuk kanak kanak meninggalkan car seat.
Contoh booster seat

Step 4 -  10 tahun ke atas 
Step ini kanak kanak sudah boleh menggunakan tali pinggang keselamatan yang sedia ada pada kenderaan seperti orang dewasa.


2. Melihat pada ciri2 tali pinggang keselamatan dan buckel pada car seat.

Tali pinggang dan pengikat diri anak anda perlulah selamat dan juga boleh diselaraskan mengikut keselesaan anak anda. Perkara ini penting terutama sekiranya anda akan melalui perjalanan jarak jauh. Dan juga penting tali buckel car seat yang boleh diselaraskan mengikut saiz dan ketinggian anak anda terutama sekiranya memilih car seat di Step 2.

  
Contoh Buckles dan Tali keselamatan pada Car seat


Ok, setakat ini dulu perkongsian dari saya, yang mementingkan keselamatan anak apabila berada didalam kereta. Bagi anda yang baru berfikir2 untuk membeli car seat untuk anak anda, semoga entry ini memberi manfaat. Saya akan sambung nanti cerita bagaimana saya melatih my Iesya duduk di car seat sepanjang perjalanan. Terima kasih

Saya Kongsi!



No comments:

Post a Comment