Saturday, June 9, 2018

BAGAIMANA RAWAT CYST DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT TANPA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum....

Sebelum ini saya ada menulis tentang rawatan dan supplement yang boleh membantu masalah cyst.  Hari ini saya nak menulis tentang Cara merawat dan kecutkan cyst secara semulajadi pula. Mungkin ramai yang merasakan apabila cyst membesar di ovari mereka,  tiada cara lain untuk membuang cyst tersebut kecuali melalui pembedahan. Pengalaman saya 10 tahun lepas,  mmg saya tidak memikirkan cara lain terlebih dahulu. Blur dan lagipun masa tu belum terdedah dengan rawatan semulajadi dari supplemen dan pemakanan.

Pengalaman mengajar...


Bila sudah melalui pembedahan,  tanggunglah sakitnya bertahun. Seperti bersalin ceaser tau. Berhuhuhu sajalah masa tu. Ubat bius pun makan tahun rasanya nak hilang kat perut tempat luka pembedahan ni, Ngilu lagi. Gatalnya jangan cakap, rasa nak menggaru, tapi bila garu tak rasa...boleh faham tak perasaan tu macam mana? adoi...hahaha Ok,  lupakan kisah itu.

Ok, menyesal pun tiada gunakan? So, adik kakak sebelum buat keputusan tu baiklah cuba dulu alternatif yang ada. Kalau dah buat pembedahan sekali pun, ikutilah langkah langkah ini sepanjang kehidupan. Tak rugi pun, malah banyak faedah yang akan anda perolehi kelak. Jom saya terangkan satu satu kaedah alternatif yang boleh anda cuba. 

Berikut adalah langkah langkah yang perlu anda lakukan sekiranya mahu mengecutkan cyst secara semulajadi dan langkah penjagaan selepas rawatan cyst.

1. Jaga Pemakanan harian.

Perkara paling utama ialah jaga pemakanan anda.  Hentikan makanan yang boleh menyebabkan cyst anda semakin aktif. Makan makanan sihat yang sebaiknya disediakan sendiri oleh anda dirumah. Kurangkan bahan perasa dan makanan yang diawet atau ditinkan. Saya faham, makanan mentah zaman ini tak sama zatnya sebagaimana dahulu disebabkan zat galian dari tanah juga semakin berkurang, tetapi sekurang kurangnya ia jauh lebih baik dari makanan yang diproses dan diawet. Lebihkan sayur sayuran, dan buah buahan terutama yang tinggi antioksidan.

2. Elakkan estrogen berlebihan.


Estrogen sangat penting untuk sistem tubuh manusia, tetapi estrogen berlebihan boleh menyebabkan gangguan kesihatan seseorang. Salah satu punca keaktifan cyst pada seseorang wanita ialah disebabkan tingginya kandungan estrogen dalam tubuh. Ketidakseimbangan hormon ini banyak menyebabkan masalah kepada wanita seperti masalah kesuburan, haid tidak teratur, masalah fibroid, endomestriosis, PCOS dan sewaktu dengannya. Rambut gugur juga tanda tanda estrogen berlebihan.

Estrogen dihasilkan melalui lemak didalam badan seseorang dan juga dari sumber makanan. Jadi, bagi penghidap cyst kawalan estrogen ini adalah sangat penting dengan kawal makanan yang menyumbang estrogen bagi mengurangkan kewujudannnya. Makanan seperti kekacang seperti soya, sayuran seperti kacang buncis dan juga alfalfa boleh dielakkan sekiranya menghidap cyst. Selain itu, estrogen yang terhasil dari bahan kimia juga harus dielakkan. Ia dipanggil Xenoestrogen yang mana terdapat pada plastik dan polisterin.

3. Dapatkan berat badan ideal

Bersenam untuk berat badan ideal

Antara cara untuk mengecutkan cyst ialah dengan dapatkan berat badan ideal. macam yang saya katakan tadi, ia ada kena mengena dengan hormon estrogen yang terhasil dari sel sel lemak dalam badan. Jadi, dengan menurunkan kadar lemak, bermakna estrogen juga dapat dikurangkan. Semestinya senaman adalah aktiviti fizikal yang sangat bagus untuk pembakaran lemak. Jadi, bagi anda yang menghidap cyst adalah penting menurunkan berat badan dan mengamalkan cara hidup yng sihat.

4. Amalkan makanan antioksidan tinggi.


Ini adalah langkah paling penting bagi memastikan cyst yang anda hidapi benar benar memberi result positive dalam usaha untuk mengecut dan melenyapkannya. AntiOksidan tinggi adalah musuh utama kepada radikal bebas dan sel sel abnormal. Antioksidan adalah pemicu kepada pengecutan cyst atau fibroid. Lebih tinggi antioksidan yang anda ambil, insyaallah lebih mudah untuk cyst atau fibroid mengecut.

Antioksidan boleh di dapati dari pemakanan anda. makanan seperti anggur dan berries, brokoli, chia seed, durian belanda, avocado adalah antara yang mengandunggi antioksidan. Tapi ada satu makanan yang paling tinggi antioksidan dan telah banyak membantu wanita untuk mengecutkan cyst dan fibroid mereka. Vivix, adalah makanan yang direka khas dari sumber botanikal 100% yang sangat tinggi antioksidan. Banyak sudah terkumpul testimoni testimoni kejayaan vivix dalam menyelesaikan masalah kewanitaan.
Jom tonton video pendek ini sebentar sebagai panduan pemilihan makanan yang perlu anda pelajari sekiranya anda adalah penghidap cyst. PLAY NOW!





No comments:

Post a Comment