Sunday, June 3, 2018

MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH PENGHIDAP CYST

Bismillahirahmanirahim....

Setelah hampir 3 tahun tidak menulis di blog ini, kerana fokus pada blog satu lagi iaitu sweetmommystory.com hari ini saya menulis semula bagi memberi input baru kepada pembaca blog ini. Insyaallah sesekali saya akan berkongsi penulisan disini bagi memastikan blog ini tidak terus tenggelam...

Tajuk saya hari ini berpandukan entry paling TOP di blog ini iaitu entry tentang CYST. So, apa yang ingin saya kongsikan hari ini ialah satu persoalan yang sering ditanya oleh customer vitamin saya iaitu " apa makanan larangan dan pantang larang untuk penghidap cyst? " Senyum dulu bila saya dengar persoalan ini. 

Sebenarnya, makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap cyst atau bagi mereka yang ingin mencegah kehadiran cyst adalah semua jenis makanan yang tidak sihat. Faktor pemakanan tidak sihat adalah faktor utama penyumbangan peningkatan bilangan penghidap cyst.

Benar, peningkatan peratusan gadis dan wanita yang menghidap cyst semakin meningkat dari hari kehari. saya boleh anggarkan berpandu pada aduan dan konsultasi yang saya buat untuk golongan ini. Ha, melalui entry saya Apa itu Cyst? Bahayakah Cyst? sudah dapat saya anggarkan bilangan yg semakin meningkat.

walaubagaimana pun, saya cuba untuk ringkaskan soal pemakanan ini. Ada beberapa makanan yang menjadi penyebab utama kepada tumbesaran cyst. Jom saya kongsikan dengan anda semampu saya.

1. Daging merah

Daging adalah makanan yang paling lambat untuk dihadamkan oleh sistem pencernaan manusia.  Dinasihatkan agar pengambilan daging dihadkan atau dielakkan.  Daging adalah sumber protien yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel sel cyst menjadi semakin aktif. 

Daging merah


2. Gula Ringkas

Gula adalah musuh utama yang perlu dititik beratkan dalam pemakanan harian.  Jika dilihat zaman ini,  pengambilan gula dalam makanan sangat membimbangkan. Pelbagai makan viral yang muncul seperti ais milo kepal,  teh tarik melimpah,  eh macam macam lagi la... Seram melihatnya. Itu tak cerita tentang pewarna lagi tu... 

Gula ini bukan sahaja kepada penghidap cyst,  semua dari kita pun harus berjaga jaga.  Gula ringkas merupakan makanan kepada sel sel abnormal. Semakin banyak kandungan gula dalam badan,  sebakin bertambahlah tumbesaran cyst. 


3. Kentang goreng atau cips

Kentang goreng dan chips juga adalah makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap cyst.  Makanan ini sangat tidak sihat disebabkan kandungan garam yang tinggi dan juga sangat menyerap minyak. 

Kentang goreng

Kentang adalah sumber karbohidrat yang tinggi dan menyebabkan ia menjadi gula dalam darah apabila insulin tidak dapat menukarnya menjadi sumber tenaga.  Peningkatan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan sel cyst semakin aktif dan membesar. 

4. Jeruk

Satu lagi makanan tidak sihat yang sedap tapi amat merbahaya.  Jeruk adalah makanan yang diawet dengan gula yang sangat tinggi.  Pengalaman saya zaman anak dara dulu inilah makanan yang sering menjadi peneman saya. Lepas dinasihatkan oleh doktor sewaktu didiagnos memiliki cyst,  saya terus berhenti makan jeruk. 


5. Makanan dalam tin

Satu lagi makanan yang boleh menyebabkan tumbesaran cyst menjadi aktif ialah makanan yang ditinkan. Sebagaimana semua tahu,  makanan tin telahpun diawetkan bagi menjaga qualiti makanan tersebut,  tetapi ramai yang tidak tahu bahawa bahan pengawet tersebut adalah merbahaya jika diambil berterusan dalam tempoh yang lama. 

6. Daging proses

Apa itu daging diproses?  Ha... Daging diproses adalah seperti hot dog atau sosej,  nugget,  ataupun daging burger.  Produk produk ini juga mengandunginbahan pengawet yang tinggi dan sangat menyebabkan sel sel cyst menjadi aktif. Jadi,  jika anda penghidap cyst atau pun ingin mencegah cysst elakkan pengambilan daging diproses. 

7. Air berkarbonat


Air karbonat

Air karbonat adalah tidak memberi apa apa khasiat langsung kepada tubuh kita kecuali menyebabkan gula yang tinggi dalam badan seseorang. Sebagaimana yang saya beritahu sebelum ini, gula adalah makanan kepada sel sel abnormal seperti cyst dan kanser. 

Klik Sekarang!

Jadi,  itu tadi 7 jenis makanan yang boleh menyebabkan cyst anda semakin membesar dan juga cyst anda tidak mengecut walaupun anda sedang menerima rawatan. Jaga pemakanan adalah keutamaan dalam merawat cyst atau simptom simptom cyst. 

Semoga artikel ini bermanfaat... Sekian.  Terima kasih. 

Jom lihat testimoni pengguna Vivix untuk Cyst :





hubungi saya untuk order Vivix anda sekarang!

link whatsapp saya

No comments:

Post a Comment