Showing posts with label MERAPU. Show all posts
Showing posts with label MERAPU. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

KOPI BERDASARKAN TEORI KONSPIRASI...

 Kopi oh kopi

Orang melayu dahulu sekalipun tidak moden, tetapi mereka faham benar kopi adalah sebagai sosial drink...Mereka  faham kopi bukan sekadar menghilangkan rasa haus tetapi dalam bentuk lain juga...Haus ingin berbicara,haus ingin mendengar dan ingin didengar...Kerana itu orang melayu membuat kopi dengan air yang panas mendidih, tujuannya agar dapat bersembang lama kerana sebelum kopi menjadi hangat dan dapat diminum...Ada sesetengah orang merasakan kopi sama seperti rokok sehingga kaum perempuan yang meminum kopi dianggap tidak wajar...



KOPI SEBUAH KISAH DI DALAM GELAS...

Kehidupan orang melayu dahulu kebanyakkan adalah dari golongan bawahan...Mereka memilih warung-warung kopi sebagai tempat hiburan mereka setelah penat seharian memerah keringat...Player adalah gelaran peminum kopi dan pemain catur...Ada antara peminum kopi yang disebut safety player ...Mereka ini peminum kopi sejak mula berkerja sehinggalah waktu pencen duduk di penjuru meja memesan kopi yang sama selama bertahun-tahun sambil menghitung hari yang telah berlalu tanpa pernah berbuat apa-apa...Peminum kopi yang disebut semi player pula bercirikan seperti berikut...
  1. 4 senduk kopi yang sangat pekat ditambah gula setengah senduk sahaja orang ini merupakan ahli pada bidangnya...Mereka bertangan dingin dan penuh perhitungan...Adakalanya mereka adalah pencinta yang romantis...Sukatan kopi semacam itu membuat mereka merasa pahit di tekak namun terasa sedikit manis di hujung lidah dan mereka rasakan hal itu adalah sexy...
  2. Mereka yang meminta sedikit gula,lalu apabila meminum menyatakan terlalu manis atau kurang manis mereka jenis orang yang senang dihasut dan tidak tetap pendirian...Merekalah pengacau sistem politik kerana kebanyakkan mereka terdiri dari ahli politik dan menteri-menteri kabinet...
  3. Mereka yang memerlukan susu lebih banyak umumnya bermasalah dengan kehidupan berumahtangga...
Orang yang meminum air panas dan susu sahaja tanpa kopi dan gula  orang ini sering mengelamun di warung kopi.Tidak tahu apa yang berkecamuk di dalam kepala mereka...Mereka ini adalah dari golongan ex-player...
 

Namun ada pula yang suka minum air dengan gula sahaja tanpa susu dan kopi.Mereka adalah burung serindit yang tergantung dalam sangkar di alang warung kopi...

Kopi pahit para player diaduk 36 putaran...Setelah diminum hirupan pertama, senyumannya tersimpul-simpul,dan seluruh elemen dirinya dirinya polos,humoris dan bersahabat berpadu menjadi satu...  
Dan mereka yang meminta kopi sahaja tanpa air dan memakan kopi itu seperti memakan sagon, adalah penderita sakit gila nombor 29...Adapun mereka sama sekali tidak meminum kopi dan mensia-siakan hidup ini...  


BUKU BESAR PEMINUM KOPI TEORI ANDREA HIRATA 
  1. Orang yang memesan kopi dan teh sekaligus adalah orang yang baru gaji...
  2. Orang yang memesan kopi tapi takut untuk menyentuh gelas kopi,duit di saku tak sampai seringgit...
  3. Orang yang tak menyentuh gelas kopi tapi menyentuh tangan gadis pelayan warung adalah pemain piano...
  4. Orang yang minum dari gelas kosong , seolah-olah ada kopi di dalamnya ialah sakit gila nombor 27...
  5. Orang yang tidak meminum kopi tapi memakan gelasnya ialah pemain kuda lumping (kuda kepang)...
  6. Orang yang mahu ke warung kopi tapi bergaya ialah wakil rakyat...
  7. Orang yang hanya memandang orang minum kopi adalah pemandunya wakil rakyat...
  8. Orang yang tidak membayar kopinya polis mereka bukan kawan polis...
  9. Orang yang suka kopinya dingin mereka tidak punya bulu hidung...
  10. Orang yang meminum kopi dengan hirupan yang kuat mereka bukan kekasih artis...
  11. Mereka yang menjual kopi lebih dari 10 ringgit adalah pemuja setan...
  12. Anak yang disuruh ibunya membeli kopi tapi pulang dengan membeli tepung, waktu kecil pernah kena sawan...
  13. Orang yang mencuri gelas di warung kopi pernah bersalaman dengan perdana menteri...
  14. Orang yang mengembalikan gelas yang dicuri di warung kopi adalah bodoh sekali...
  15. Orang yang minum lima gelas kopi adalah orang yang ragu-ragu...
  16. Orang yang minum tujuh gelas kopi adalah pemalu...
  17. Orang yang pura-pura suka kopi adalah penerbit buku...
  18. Orang yang minum kopi tak habis-habis adalah penterjemah novel ke bahasa inggeris...
  19. Lelaki usia  30an bujang minum kopi tersenyum simpul adalah bujang lapok kerana sengaja...
  20. Lelaki usia 30an bujang minum kopi dengan was-was adalah bujang lapok kerana tak laku-laku...
  21. Orang yang minum kopi dan duitnya bertukar menjadi daun adalah hantu...
  22. Orang yang minum kopi sambil marah-marah adalah orang yang membakar rokoknya terbalik...
  23. Orang yang meminum kopi sambil menyingsingkan lengan baju adalah orang yang memakai jam tangan baru...
  24. Orang yang meminum kopi sebelum bermain pingpong  adalah orang akan kembung perut...
  25. Orang yang minum kopi setelah main pingpong adalah orang yang kalah bermain pingpong...
  26. Orang yang meminum kopi sentiasa berwaspada adalah orang yang memiliki bini muda...
  27. Orang yang meminum kopi secara gembira di pelihara bini muda...
  28. Orang yang meminum kopi habis sekali teguk adalah orang yang memlihara toyol...
  29. Perempuan yang minum kopi bersama perempuan adalah perempuan yang banyak tanggungan(hutang).
  30. Orang yang minum kopi sambil menulis adalah juling...
  31. Orang yang mandi pagi tak pakai sabun adalah orang yang tak hafal rukun negara..
KOPI,BERDASARKAN TEORI KONSPIRASI...

Moralnya bagi orang melayu, mereka yang beruntung adalah mereka yang ikut berkonspirasi, yang tidak pasti rugi...Kerana itu orang melayu sentiasa ada alasan jika dipanggil bergotong royong atau apa saja aktiviti kemasyarakatan...Tetapi kalau diajak berhibur,menonton pertandingan menyanyi atau bersetongkol memburuk-burukkan pemerintah semua ikut serta...

Mula-mula melihat dua orang peminum kopi tampak santai sahaja,masuk gelas keempat mereka mula merapat tanda bermulanya konspirasi...

Jika orang Tionghoa minum kopi lebih dari tiga gelas mereka berhajat mahu membuka warung kopi...
Jika orang udik(pesisir) minum kopi lebih dari tiga gelas,mereka haus...Tidak  hairan kerana mereka tidak bersekolah...Tapi kalau melayu minum lebih dari tiga gelas,siap-siaplah buku hutang...

Orang melayu minum kopi bercerita politik sambil menyalakan rokoknya.Pada gelas  yang pertama,habis perdana menteri dijelek-jelekkannya...Tak adillah,rasuahlah,tak pandai mentadbir negara....Gelas kedua timbalan perdana menteri yang kena...Pada gelas ketiga,semua menteri kabinet di hamunnya dan pada gelas keempat mereka akan berbisik...Gelas pertama hingga ketiga semua cerita politik.Gelas ke empat adalah gelas setongkol dan bermulalah  sebuah konspirasi...







Tuesday, March 11, 2014

GEMUK DAN BUNCIT : ANUGERAH ATAU PILIHAN?

ASSALAMUALAIKUM

Menulis pada larut malam sebegini mungkin lebih banyak yang  merapu..Yang menjadi topik malam ini adalah lelaki  kurus, sederhana, sasa, buncit atau gemuk.Mana satu pilihan anda.??Persoalan ini ditujukan bagi kaum lelaki yang sudah bergelar suami atau kepada para isteri....



Adakah anda selalu berharap tubuh anda sama seperti anda masih bujang ???
( Rasanya saiz kepala macam tak balance dengan badan )




Atau anda selalu berfantasi tubuh anda boleh seperti ini dengan hanya berbaring-baring di hadapan tv..
( perkhh macam ahlil gusti..kalau ghope inile,melekatlah bini teman gamoknya 24 jam )



Walau hakikatnya anda seperti ini atau sedang menuju ke arah ini....
(soalan yang paling stress nak jawap dan rasa nak lempang je muka yang bertanya ialah "Ni dah berapa bulan ni" )



sebenarnya, apa yg menjadi faktor perubahan size badan dan perut kita? yup..semua tahukan....faktor genetik, faktor cara hidup dan juga cara pemakanan kita. Jika faktor genetik, kebanyakannya  tumbesaran berlaku sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Tetapi tidak semestinya ibubapa bertubuh besar akan melahirkan anak yg bertubuh besar juga.

Faktor cara hidup dan pemakanan pula, ha yg ni mmg ramai rakyat Malaysia"Failed" termasuklah saya...hihihi...secara kasarnya kita mmg malas utk melakukan aktiviti aktiviti yg mengeluarkan peluh, tak kiralah dengan berkebun ke, bersenam ke...sbb kita sayang sgt kat lemak lemak kita...hahahaha (sayalah tu). Bila ditanya kenapa tak buat, ramai yg ckp tak sempatlah...takde masa lah...alasan je semua tu...sebenarnya MALAS...betul tak? Tapi, bila sebut bab makan, semua jadi rajin...keluar kul 12 tengahmalam pun rajin jer kalau ajak makan. sebut je kat mana restoran terkenal, yg sedap, sure semua tahu. betul tak apa yg saya ckp ni? saya tahu dah jawapannya...sebab sayapun mcm anda2 semua...hahaha...




salah satu makanan kegemaran saya, nasi mandy kambing
( isteri saya paling boring kalau saya ajak makan kat sini..yelah orang melayu mana serasi makanan arab lainlah saya ade sikit-sikt keturun arab walaupun bila bertutur dengung jawa yang kedengaran.)


Selalu orang tanya tak bahayakan kesihatan ke makan selalu nasi mandy ni?..Saya jawab ia lebih membahayakan dompet anda kerana satu pinggan dekat 60 hengget...punyalah suker, sampai kalau boleh tak nak dengar org ckp buruk2 pasal makanan kegemaran saya walaupun sebenarnya saya sedar dan tahu mmg tak bagus utk kesihatan makanan berminyak nih...kolestrol tinggi...hahaha

 Tapi, yang ni saya rajin...hihihi
Biasanya selepas makan saya mengambil supplement shaklee Lecithin untuk menguraikan lemak dan alfalfa utk detox selain itu saya mengambil Omega Guard dan COQhealth...dan tentulah pilihan saya Shaklee Supplement. Walaupun sebenarnya supplement mmg tak mencukupi untuk badan menjadi sihat dan mendapat BMI yg sepatutnya, sekurang kurangnya saya menjaga kadar kolestrol dlm badan saya dengan supplement....ini bukan cakap kosong yer...saya ada buktinya..nanti akan saya kongsikan di entry akan datang...

Jadi para isteri janganlan bersedih jika suami anda mempunyai aset seperti saya kerana kata orang tua-tua lelaki buncit setia dan sayang bini. Apa yang perlu pastikan suami anda mengambil supplement sebagai sokongan kesihatan atau utk menurunkan berat badan, supaya supaya suami anda terus sihat di samping anda....

ok kita sambung dilain masa

#prayforMH370

di tulis oleh Penjejak Bayang