Showing posts with label MASALAH : KOLESTEROL. Show all posts
Showing posts with label MASALAH : KOLESTEROL. Show all posts

Friday, June 20, 2014

MEMAHAMI BACAAN PARAS KOLESTEROL DAN UJIAN DARAH


Assalamualaikum....

semalam, saya dapat satu soalan dari sorang customer saya. Soalan dia berbunyi begini....

" Bagaimana kita nak tahu bacaan kolesterol kita tinggi atau rendah yer?"

Ok, thats means, masih ada sesetengah dari kita tak tahu bacaan paras normal kolesterol yg sepatutnya berapa dan juga mcam mana nak dapatkan bacaan tersebut. Mari saya terangkan agar anda mudah memahami.

Kolestrol sebenarnya mmg sgt diperlukan oleh badan kita. Tetapi kita harus mengawal paras kolestrol tersebut agar tidak memudaratkan badan kita. Tinggi rendah paras kolesterol pada badan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya Pemakanan, Merokok, Minuman keras, Tekanan dan Penyakit hati.

kolesterol, fitosterol, phytocol, pengedar shaklee melaka, HDL, LDL triglyceride, paras kolesterol


Anda perlu membuat pemeriksaan setiap 3 bulan sekali sekiranya berumur 30 tahun untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Terutamanya jika anda cenderung dengan faktor-faktor yg mempengaruhi peningkatan kolestrol seperti diatas. Bacaan kolestrol boleh dibuat melalui ujian darah. Maksudnya darah anda perlu diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian. Anda boleh terus ke klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta ataupun terus ke makmal seperti Pathlab untuk membuat pemeriksaan. Kebiasaanya 3 bacaan asas akan di berikan oleh doktor (jika di KKM) iaitu bacaan paras kolesterol, bacaan ALT (liver function test) dan bacaan Triglyceride.

Bacaan paras kolesterol ialah untuk mengetahui sama ada paras kolesterol dalam darah anda berada di paras selamat atau tinggi, bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan low-density lipoprotein cholesterol (LHL). Normal bacaan untuk Paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.

Bacaan ALT pula adalah untuk mengetahui ketoksidan hati ataupun tahap kerosakan pada hati anda. Jika bacaan kolesterol anda tinggi, melebihi 5.2mg/dl, bacaan ALT juga akan turut naik kerana ia berkait langsung dengan hati anda yang membekalkan LDL dan HDL. Bacaan Normal untuk ALT ialah 40 IU/L

Di dalam darah terdapat 3 jenis lemak utama iaitu Kolesterol, Triglyceride dan fosfolipid. Oleh kerana darah kita komponen utamanya ialah air, maka 3 jenis lemak ini memerlukan sejenis protien untuk menjadikan ia larut dan dipanggil Apoprotien. 3 jenis lemak dan Apoprotien ini dipanggil Lipoprotien dan bergerak didalam salur darah kita bersama2 dengan darah. Walau bagaimanapun Triglyceride adalah jenis lemak yg melekat pada bawah sel kulit dan mudah teroksida hingga menyebabkan kerosakan pada LDL dan HDL kemudian membebankan dnding salur darah. Makanya, jika bacaan Triglyceride tinggi, juga sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah. Bacaan normal Triglyceride mestilah tidak melebihi 2.0md/dl.

kolesterol, fitosterol, phytocol, pengedar shaklee melaka, HDL, LDL triglyceride, paras kolesterol
 Berhati hati dengan paras kolesterol anda!


ok sekarang anda boleh la memantau paras kolesterol anda yer...jika paras kolesterol baik, insyaallah ALT dan Triglycerides juga akan normal. dan jangan lupa ambil Phytocol-st, dan omega untuk memastikan kolesterol anda berada di paras normal! atau cuba juga Tips2 untuk menurunkan paras kolesterol anda ye.

Anda boleh menghubungi saya terus untuk konsultasi dan pembelian set kolesterol sebagaimana suami saya amalkan untuk turunkan bacaan kolesterol beliau dari 13 hingga 6.2 dalam masa satu bulan sahaja!

019-2423139 atau klik link http://setkolesterol.wasap.my

Jaga kesihatan anda!

Tuesday, June 17, 2014

5 TIPS TURUNKAN PARAS KOLESTROL

ok, nak share nak semua 5 Tips pemakanan untuk turunkan paras kolesterol anda. Anda boleh praktiskan didalam jadual pemakanan harian anda.

1. Lebihkan makan sayuran dan buah-buahan tinggi Likopen.

Makan sebanyak mungkin sayur-sayuran atau buah-buahan seperti cili merah, tomato, epal, lobak merah, buah delima, aprikot, tembikai, anggur dan berry. Buah-buahan dan sayuran jenis ini mengandungi Likopen. Apa itu likopen? baca di entry saya disini LIKOPEN. Buah atau sayuran yg mengandungi likopen adalah yg tinggi antioksidannya sekaligus bagus untuk menyingkirkan plaque kolestrol yg melekat pada salur darah.

turun kolesterol, phytocol-st, oemega guard, garlic, kolesterol, fitosterol, tips, makanan, likopen, lychopene, fitosterol

2. Banyakkan makan kekacang berbanding kentang.

turun kolesterol, phytocol-st, oemega guard, garlic, kolesterol, fitosterol, tips, makanan, kekcang
Makanan jenis kekacang juga sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol. Pilih kacang soya, kacang tanah, badam,dan kekacang lain kerana kekacang ini mengandungi Vitamin E dan minyak lemak sihat yg mampu menurunkan paras kolesterol anda. Tapi hindari makanan berasaskan kentang yg mana karbohidrat tinggi. Apatah lagi sekiranya kentang yg diproses menjadi makanan segera dan dicampur bersama perasa.

3. Makan bahagian ikan seperti salomon, tuna dan sardin.


Ikan mempunyai lemak sihat yang tinggi, Kajian telah membuktikan lemak ikan amat kaya dengan asid lemak ‘Omega 3’ yang telah terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari. Omega 3 ini terbukti dapat menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Sediakan hidangan ikan 3-4kali seminggu bagus untuk menurunkan paras kolesterol anda. Yang pasti masakan anda bukanlah bergoreng yer!


turun kolesterol, phytocol-st, oemega guard, garlic, kolesterol, fitosterol, tips, makanan, salomon

4. Makan bawang putih 

turun kolesterol, phytocol-st, oemega guard, garlic, kolesterol, fitosterol, tips, makanan
Bawang putih telah digunakan sejak zaman dulu lagi sebagai antibodi semulajadi. Bawang putih juga digunakan untuk menurunkan kadar kolesterol. Bawang putih mengandungi bahan aktif s-allyl cysteine, serta suatu komponen thioallyl yang mempunyai khasiat hipolipidemik dan antitrombotik. Kajian di Munich University, Jerman, menunjukkan bahwa bawang putih jika ditambahkan ke dalam diet akan menurunkan kolesterol jahat sekitar 10%  dalam 4 bulan pemakanan.



5. Supplement sebagai cara terbaik

ok ni tips yg paling mudah untuk mereka yg masih berkira2 untuk menyediakan jadual pemakanan seperti diatas yer...Jika anda mmg "telah mendapat" bacaan yg tinggi utk paras kolestrol anda, anda dinasihatkan mengambil Omega Guard a.k.a minyak ikan terbaik untuk menurunkan paras kolestrol sedia ada kerana Omega Guard mengandungi Omega 3 yang bertindak memberi arahan kepada hati anda untuk membina lebih byk high-density lipoprotein cholesterol (HDL) dan mengurangkan low-density lipoprotein cholesterol (LHL). Selain itu anda juga perlu mengambil  Phytocol-ST sebagai penghalang masalah kolestrol terbaru terjadi. baca sini kenapa anda perlukan Phytocol-st.
turun kolesterol, phytocol-st, oemega guard, garlic, kolesterol, fitosterol, tips, makanan
SET BASIC


FULL SET

selamat mencuba! :)
hubungi no 019-2423139 atau click lick terus ke wasasp saya http://setkolesterol.wasap.my



Monday, June 16, 2014

KENAPA RAKYAT MALAYSIA PERLUKAN PHYTOCOL-ST ?


Entry sebelum ini berkenaan Fitosterol dan fungsinya dalam badan kita. Sekarang ni nak citer pulak mengapa kita sebagai rakyat Malaysia ni sgt memerlukan fitosterol di dalam Phytocol-st keluaran Shaklee Corporation. Ha...sebelum tu buka minda dan mata luas2 yer....dan tanya diri sendiri, sebab hanya anda sahaja yg tahu bagaimana anda jalani hidup anda.

Fakta yg perlu anda tahu. Lebih 6 Juta dari golongan dewasa di Malaysia ini menghidapi masalah kolesterol tinggi. Tahukah anda mengapa dan bagaimana rakyat Malaysia mendapat masalah kolestrol tinggi ini? dan tahukah anda bagawa masalah kolestrol tinggi ini adalah penyebab kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, hypertension, stroke dan kerosakan hati.

Anda tahu bahawa fitosterol adalah kandungan utama yg terdapat di dalam Phytocol-st dan anda tahu, sehari tubuh manusia memerlukan 2000mg fitosterol untuk menghalang penyerapan kolesterol. Tapi mampukah anda makan ini utk mendapatkan 2000mg fitosterol? 200 batang lobak merah, 70keping roti gandum dan 425biji tomato dalam sehari? mau pecah perut...hahaha...ok itu satu hal yg tak mungkin anda dpt lakukan....

phytocol-st, phytocol-st shaklee, phytocol shaklee, kolesterol, fitosterol, kolestrol melaysia, penyakit jantung, hypertension

Bagaimana pula dengan ini? 3 hidangan sehari, mampukah anda hanya mengambil 300mg kalori? ni menu utama, tidak termasuk kudap-kudapan, supper, tea break lagi tau. kerana untuk menjaga paras kolesterol seorang dewasa sihat, hanya disarankan 300mg kalori sehari, jika ada masalah kesihatan terutamanya jantung, hanya 200mg kalori sehari. nak makan ape jer tu? Dahlah kat Malaysia ni makanan sedap2, macam2 jenis, manis, masin, masam semua pun sedap je kan?

phytocol-st, phytocol-st shaklee, phytocol shaklee, kolesterol, fitosterol, kolestrol melaysia, penyakit jantung, hypertension

Jadi, cuba anda berfikir semula....dengan jumlah kalori yg lebih 1000mg sehari (ini minima ye), tanpa pengambilan fitosterol 2000mg sehari, bagaimana anda nak kawal paras kolesterol anda? mungkin boleh turunkan kalori melalui senaman, tetapi berapa ramai yang konsistan senaman setiap hari? berapa lama anda melakukan senaman untuk kurangkan kalori yg banyak tu? Fikir dan anda sendiri tahu jawapanya.

Jawapan saya? Apa yang saya dan keluarga buat untuk mencegah masalah kolestrol ini? Saya ambil Phytocol-ST Shaklee 2 biji 2 kali sehari. Ini kerana saya tak mahu sehingga perlu makan ubat dari KKM yg sudah tentu ubat sentetik yg berisiko merosakkan hati, buah pinggang dan menjadi pelupa jika diambil secara berpanjangan. Lebih baik saya bertindak dari sekarang, makan Phytocol yg larut pantas didalam air (lebih pantas larut daripada B complex tau) dan mudah diserap oleh badan tanpa meninggalkan sebarng kesan kepada organ. Eh ni bukan main cakap kosong jer tau...Shaklee buat 340 kali ujian terhadap setiap produk dan juga ujian dari pihak ketiga.


phytocol-st, phytocol-st shaklee, phytocol shaklee, kolesterol, fitosterol



so semua rakyat Malaysia, jangan abaikan mesej saya ini....kawal paras kolestrol anda, hidup lebih sihat dan jika susah untuk kawal kadar kalori anda...ambillah Phytocol-ST sebagai "bodyguard" anda. 

Dapatkan konsultasi istimewa dari saya jika anda membuat pembelian dari kami. ikuti langkah2 membuat pesanan disini

Your trusted SID

Sunday, June 15, 2014

APA ITU FITOSTEROL?


Jom kita berkenalan dahulu dengan Fitosterol....

Fitosterol adalah sterol yang hanya terdapat pada tumbuh-tumbuhan sahaja. Secara semulajadi fitosterol ditemui di dalam sayur-sayuran, kekacang, buah buahan dan gandum. Fitosterol didalam Phytocol-st Shaklee adalah dari sumber semulajadi Minyak Tall. Badan seorang dewasa memerlukan 2000mg sehari fitosterol bagi menghalang penyerapan kolestrol kedalam salur darah.

fitosterol, kolesterol, phytocol-st, stroke, sakit jantung, darah tinggi, salur darah

Bagaimana Fitosterol bertindak?

Struktur molekul fitosterol adalah hampir mirip dengan struktur molekul kolesterol. Oleh yg demikian, fitosterol adalah sterol terbaik untuk berfungsi seperti kolesterol, yang mana mampu menembusi dinding salur darah walaupun saiznya agak besar sedikit berbanding molekul kolestrol. perbezaan size molekul fitosterol ini yang menyebabkan ia menjadi penghalang kepada penyerapan kolesterol terus ke salur darah. Sila lihat gambar dibawah.


fitosterol, kolesterol, phytocol-st, stroke, sakit jantung, darah tinggi, salur darah


Sebelum mengambil fitosterol, kolestrol dengan mudah melalui dinding salur darah. Sementara selepas pengambilan fitosterol yang terdapat di dalam kapsul Phytosterol-ST, diambil sebelum atau bersama sama makanan, fitosterol bertindak menghalang kolesterol dari terus menembus dinding salur darah. Penyekatan yg dibuat dianggarkan 80% dari penyerapan biasa. Hebatkan fitosterol?

Selain untuk menghalang penyerapan kolestrol, fitosterol juga membantu untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi mengurangkan jangkitan viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan, keradangan  dan penyakit auto imun seperti rheumatoid arthritis.

Bagaimana nak dapatkan Fitosterol?



Jika anda mampu makan seperti dalam carta ini, anda mampu mendapatakan keperluan sehari fitosterol anda. hehehe....mampu ker? Takkan? jadi, mudahnya dengan pengambilan Phytocol-st 2 biji 2 kali sehari, semasa atau sebelum makan mampu menyediakan fitosterol yg mencukupi untuk badan anda. Mudah kan? :)


SAYANGI DIRI ANDA!






Saturday, June 7, 2014

PHYTOCOL-ST DILANCARKAN SEMPENA NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE

Salam semua...

Oh teruja hari ni selain dari disebabkan hari ni adalah hari yg ditunggu2 oleh semua leader2 hebat Shaklee utk majlis penganugerahan yg diadakan julung2 kalinya...National Conference 2013/2014, selain hari ini kami akan bertemu dengan org paling "besar" dalam Shaklee iaitu Mr Roger Barnett....hari ni juga adalah hari pelancaran satu produk baru Shaklee yg sgt power... PHYTOCOL-ST..

PHYTOCOL-ST UNTUK MASALAH KOLESTEROL

ok...ramai yg tak tahu bahawa Phytocol ini utk apa? Untuk siapa? Dan apa fungsi sebenarnya?....mari saya terangkan secara ringkas...

Phytocol adalah produk yg diformulasi khas untuk masalah kolestrol yg sering dihadapi terutamanya di Malaysia ini. Dan semua org tahu bahawa kolestrol tinggi adalah punca kepada pelbagai penyakit terutamanya sakit jantung, hypertension dan stroke.



Promosi beli 6 botol percuma 1botol hanya berlansung selama 2hari...
7 dan 8hb Jun sempena National Conference Shaklee.


BAGAIMANA PHYTOCOL-ST BERTINDAK?

Ok, akibat dari gaya hidup dan cara pemakan yg tidak sihat plaque akan terhasil didalam salur darah manusia. Ini terjadi apabila sel darah teroksida dan berkumpul hingga menyempitkan salur darah. Salur darah yg sempit boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit sepeti hypertension, sakit jantung dan stroke.


Kandungan phytocol-st shaklee ialah terdiri dari 2000mg fitosterol. Fitosterol ini berfungsi sebagai agen penghalang penyerapan sel2 yg teroksida dari melekat atau menyerap kedinding salur darah manusia. Badan kita mmg tersangat memerlukan fitosterol setiap hari. Fitosterol ini banyak terdapat didalam sayur -sayuran dan buah buahan yg berwarna jingga dan kemerahan. 2000mg keperluan setiap hari menjadikan ianya terlalu sukar utk kita mengambil terus fitosterol dari makanan harian.


phytocol-st,launching phytocol, NC, National conference shaklee,kolestrol


Sebelum ini saya ada share dengan anda tentang Tips Mengelakkan Serangan Stroke. Ada kena mengena dengan fitokimia kan iaitu lychopene? Fitosterol juga adalah fitokimia yg hanya dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terdapat pada mamalia.

Sekarang  tak perlu susah payah lagi kerana shaklee sudah sediakan Phytocol-st yg natural dan semulajadi. Dan yg paling penting ditanggung halal!...

PERBEZAAN PHYTOCOL-ST SHAKLEE

1. Natural dan 100% semulajadi
2. Tiada perasa dan pewarna tiruan
3. 2000mg fitostrerol sehari melengkapkan keperluan badan manusia
4. Disahkan halal tanpa was was



JOM CUBA PRODUK INI!!

Nc, phytocol-st, produk baru




your best SID,
noorazmiah/huzair
0103223139
your best SID

Wednesday, April 2, 2014

TIPS UNTUK ELAK STROK

Stroke atau org melayu panggil penyakit angin ahmar adalah penyakit yg paling ditakuti oleh kita semua. Saya pernah terbaca satu artikel tentang penyakit di beberapa bulan lepas. Dan sempat menulis beberapa tips buat panduan saya. Oleh kerana adanya blog ni boleh la saya kongsikan bersama anda semua. Tips untuk mengelakkan stroke....mungkin dapat membantu anda berhati2 dalam pemilihan pemakanan harian....ok tips nya ialah :-


Elak minuman ringan atau minuman karbonat. 

Kajian menunjukkan peningkatan 83% risiko strok kepada mereka yg mengamalkan pengambilan air manis setiap hari.

aduhhh...saya pun suka minum air manis....tapi bukanlah air berkarbonat. so lepas nih mmg kenalah kurangkan ye manis2 nih. Tak bagus untuk kesihatan. kalau boleh siapa yg suka air karbonat tu hentikanlah terus. nak tahu sebab apa? Sebab kalau kandungan gula dalam darah kita tinggi, akan menyebabkan komplikasi terhadap organ organ dalam badan dan mengganggu sirkulasi darah ke otak, hingga boleh megakibatkan strok. bahaya kan?


Makan lebih tomato setiap hari.

Pengambilan sayur sayuran dan buah buahan yg mengandungi likopen boleh mengurangkan risiko serangan strok sebanyak 55%. Dan tomato mempunyai tahap likopen yang tinggi.

Apa itu likopen? likopen atau Lycopene ialah sejenis pigmen karotenoid iaitu fitokimia yg terdapat didalam buah buahan atau sayur sayuaran. likopen ini byk terdapat pada sayur dan buah yg berwarna cerah seperti tomato, anggur dan betik. likopene ni bersifat antioksidan yang tinggi. Jadi mmg sgt bagus untuk menentang radikal bebas, sekaligus bagus untuk organ2 manusia yang mengandungi jutaan kapilari darah. Makanlah secara sihat.



sebelum tu nak beritahu, kalau anda jenis nak makan sayur sayuran atau buah buahan pun liat...anda boleh ambil supplement yer...untuk supplement yg membantu menjaga kesihatan organ dan darah anda....sekaligus mengelakkan penyakit berkaitan..seperti STROK, DARAH TINGGI, KOLESTROL dan SAKIT JANTUNG <----sila click="" p="">

Jadi, lihat semula menu makanan anda sehari yer jgn lupa add on supplement...berjaga2 dari sekarang...Amalkanlah tips tips ini....insyaallah mintalah dijauhkan dari sebarang penyakit...amin...

Saturday, March 29, 2014

KOLESTROL JAHAT!! TANGANI MASALAH ANDA

Petang petang time hujan2 nih mmg syioook kalau dpt tido, tapi mata taklah mengantuk...so tarik lappy and buat entry blog...hihihi....

Nak share pengalaman my hubby sendiri....kat bawah ni my hubby a.k.a Penjejak bayang punya result blood test....bacaan sebelum (October 2012) dan bacaan selepas (Januari 2013)... jarak lebih kurang 4 bulan...dan apa yang saya nak beritahu...dari start hari inilah saya PERCAYA, saya YAKIN bahawa Shaklee adalah produk yg bagus...walaupun saya register menjadi ahli bulan oktober 2012 selepas mendapat keputusan ujian darah suami yg sgt2 worst ni....hati masih antara percaya dan tidak sebenarnya...tapi atas dasar usaha...sayangkan cik abg saya nih, takmo dia sakit...saya cuba produk Shaklee...dan register terus as Member atau SID (Shaklee Indeendent Distributor)


testimoni kolestrol, testimoni shaklee, result kolestrol, shaklee masjid tanah

apa yang saya nak beritahu...saya nak kongsikan ialah, saya bukan temberang atau saje2 buat cerita. All testimoni dalam blog saya ini adalah melalui pengalaman saya, suami dan kawan2 terhampir dengan saya bukan dari org luar yer. Tak guna kalau saya gunakan testimoni dari org yang saya tak kena atau dr org yg saya tak interview sendiri...tak best!

Berbalik pada result di atas tu...result tu doktor di Klinik Kesihatan Masjid Tanah yang tuliskan...yg printed tak amik, so doktor tuliskan (pelik, sebab hubby boleh terlupa nak capture guna phone...hahaha). Maybe sebab excited sgt dengan result tu. dari result yg sgt teruk, boleh hampir kepada normal....saya yg dengar pun teruja. Kolestrol (HDL) dari bacaan 13 turun hampir separuh iaitu 6.2 youuu....ko hado? ALT yg paling worst..bacaan 100 kau....terperanjat doktor...maybe sebab hubby still smoking masa tu menambahkan lagi masalah bacaan toksin dihati yg tinggi tapi after hampir 4 bulan percubaan kami alhamdulillah...sgt berbaloi...dengan izin Allah jua...

ok tentu anda ingin tahu apa supplement yang cek abg saya ambil kan?  meh tengok set ini...dia makan 3 item iaitu Omega guard, Lechitin dan Garlic...yang CoqHealth tu masa tu lom launch lagi....tapi sekarang kesemua empat supplement dia makan....

kolestrol, jantung, darah tinggi, set kolestrol, shaklee masjid tanah
Set Kolesterol Yang mula mula diamalkan


Set Kolesterol yang diamalkan sekarang




Hebat...this product talk by it self!...no wonder sekarang shaklee adalah satu fenomena...percaya tau tidak...cuba sebut perkataan Shaklee dengan sesiapa yg anda jumpa...9/10 akan kata mereka tahu atau kenal...hebat kan? so, kalau anda memerlukan konsultasi untuk set kolestrol ini boleh lah hubungi saya terus...insyaallah saya cuba share kebaikan bersama anda....

nak tanya lebih lanjut atau nak cuba set kolestrol? hubungi saya di 019-2423139 atau click link ini
http://setkolesterol.wasap.my