Showing posts with label BICARA HATI. Show all posts
Showing posts with label BICARA HATI. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

PENGEDAR SHAKLEE PALING SPORTING DI MELAKA

Hahahaha....sajer gatal nak buat entry ni...nak update entry "Pengedar Shaklee Masjid Tanah, Alor Gajah, Sungai Udang, Melaka " yang dulu..kepada entry baru yang lebih happening orang kata...hihihi.... entry bertajuk "Pengedar Shaklee Paling Sporting di Melaka"

Mmg ramai Pengedar Shaklee di Melaka, tapi saya special...hahaha...kenapa saya kata saya sporting? sbb customer yg ckp....bukan saya...hihi...saya jenis yang easy deal punya olang...no fussy2...orang kata senang bertolak ansur....dan setakat nih customer saya semua pun jenis yg sporting gak...bila sama2 sporting maka semua urusan mudah jer... win2 situation... best kan saya? hahaha (masuk bakul angkat sendiri)

Saya kalau COD barang mmg tak pernah minta caj duit minyak ke...extra upah ker...saya tahu ada juga SID yang buat gitu...pada saya, cukuplah jika customer bayar mengikut harga yang ditetapkan secara tunai...bayar waktu saya serahkan barang, atau ada juga yang bayar dulu dan cod barang kemudian....yang pasti bukan hutang yer...makanan tak baik hutang2...hihi...tak kiralah jarak dari tempat saya 5km ke...3km ker...kat Durian Daun ker, UITM Alor Gajah ker, Ramuan China ker, Kolej Komuniti Masjid Tanah ker,....Kuala Sungai Baru ker.... Kolej Matrikulasi Londang ke...insyaallah saya hantarkan...TAPI....kenalah ikut jadual saya dan dibincang bersama waktu yg sebaiknya dan brg yg diorder perlulah berbaloi dengan kos penghantaran saya...jangan lah nak order Zinc Complex sebotol (yang harga tak sampai RM50) saya nak pi hantar kat Sungai Udang semata2 tu sebotol jer kan...so biarlah relevan...win2 situation mcm saya cakap tadi...hihi...

Jom kenal dengan pengedar Shaklee paling sporting di Melaka nih...hihihi....

Pengedar Shaklee Melaka, Pengedar Shaklee Masjid Tanah, Pengedar Shaklee Sungai Udang, Pengedar Shaklee Alor Gajah, Pengedar Shaklee paling best, Pengedar Shaklee sporting, produk shaklee ready stok

ni gambar masa kat San Fransisco Carlifornia, kat Golden Gate mercu tanda San Fransisco. Trip ni sponsored by Shaklee ar....kalau tak tak merasa la de...hahaha...tu yang kacak (dimata ai la kacaknyer) ialah suami saya...ha yang selalu teman saya pi COD barang, merangkap pak supir dan juga papa Aleesya...tolong jaga Aleesya masa mama Aleesya busy...hihihi...

Oklah 2nd entry ni tak nak bebel byk2...u olls kalau nak barang Shaklee boleh la contact2 ahkah yer...insyaallah consultation terbaik ahkak akan beri....hubungi jer akak melalui

Hp : 019-2423139
Whatsapp : +6010-3223139
Facebook : NoorAzmiah Mohamad
Instagram : NurqasehOutlet
Shoplot : SU 916, Jalan Bandar Baru 6, Masjid Tanah,
78300 Melaka
(depan Maybank M.Tanah)



Selain saya, ada beberapa lagi Pengedar Shaklee di Melaka yang boleh anda hubungi... insyaallah, anak didik saya ni akan melayan anda sebaik mungkin...


En. Mohamad Nasir Bin Husin
Hp : 019-6556061
Kawasan : Telok Mas, Semabok, Bandar Melaka

Puan Suhaila Abdul
Hp : 010-8798077
Kawasan : Masjid Tanah, Kuala Sg Baru



Pengedar Shaklee Melaka

Tuesday, September 23, 2014

SENANG "BER SHAKLEE" BILA PERNAH RASA SUSAH BISNES KONVENSIONAL

Senang atau susahnyer sesuatu perkara itu sebenarnya boleh dilihat dengan apa perbandingan yang anda buat. Mcm pepatah mat saleh beritahu, "bandingkan epal dengan epal"....barulah adilkan? Tu sebab, bagi org yg cemerlang dan mempunyai matlamat, mereka akan bandingkan dengan perkara yg lebih sukar dan anggap halangan itu sebagai satu peluang! Mereka tidak akan lari dari masalah, tapi akan selesaikan dengan pendekatan yg lebih terbuka. Hari ni saya nak cerita tentang pengalaman saya menjalankan dua perniagaan sekaligus. Iaitu bisnes Shaklee dan juga bisnes baju kanak2. 

Sebelum bermula dengan bisnes sendiri, saya bekerja makan gaji lepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2001, 4 tahun jer keje makan gaji, 2003 saya dan suami mendirikan rumahtangga dan setahun lepas tu saya berhenti kerja. sebab utama berhenti, saya tak tahan kerja siang malam sebagai Pembantu Juru Ukur Bahan, dengan tender tak berhenti, kena stay up bagai kat office. Penat sgt satu hal, tapi saya mmg tak suka kerja yg menyekat kebebasan masa dan kewangan saya. Lagipun byk sumber2 kewangan masa tu yg "panas" dikiri kanan saya. Mmg masa kerja makan gaji dulu rasa mcm tak nampak pun hasil dari duit gaji. Bayar duit kereta, lepas tu sama2 baru nak bina hidup suami isteri, walaupun cukup makan pakai, tapi saya tak nak hidup cukup2 sahaja. 

nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah


Kemudian bermula saya dengan bisnes online pada tahun 2005, masa tu kami jual pakaian bundle kanak2, modal tak sampai rm500 jer masa tu utk mulakan bisnes, sehinggalah tahun 2007, saya stop buat bisnes bundle dan beralih kepada pakaian baru, tapi still pakaian bayi dan kanak2....Alhamdulillah, berkat kesabaran saya dan suami dapat kumpul modal hingga dapat buka sebuah kedai baju kanak2 di pekan Masjid Tanah, Melaka. Berkat bisnes yg tidak dimulakan dengan hutang. Sehingga sekarang, kami masih menjalankan perniagaan ini.

Oktober 2012, saya mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor. Terus terang saya katakan, saya nampak bisnes Shaklee ini jauh lebih mudah dari bisnes pakaian yg saya jalankan sebelum ini. Kenapa? Sebab saya dah lalui pahit getir berniaga pakaian sejak tahun 2005 lagi, beza sangat dengan berniaga Shaklee. Bila bisnes pakaian kanak2 dulu macam macam yg kami lalui, 
  • ditipu supplier dari China, 
  • order lain hantar lain, hantar baju dah rosak, 
  • kualiti baju tak seperti diharapkan, 
  • itu belum cerita tentang hal2 birokrasi lagi, 
  • belum cerita kisah ditimpa banjir...stok rosak kena banjir, 
  • kedai masuk pencuri, penyamun
Aishhh.... byk betullah dugaannya. Tapi saya tak pernah anggap semua itu sebagai halangan yg besar utk saya teruskan cita2 saya mencapai impian dan matlamat saya. Kalau saya lemah, putus asa dulu, mungkin tak wujud butik Nurqaseh Baby & Kids Store ini sekarang. Kita akan jadi hebat hanya setelah kita lalui dugaan dan ujian yg hebat juga. Kita takkan jadi hebat selagi asyik beririhati dengan mereka2 yg berjaya....asal mereka berjaya kita nak dengki kata mereka riak la...kuarkan ayat2 islamik konon tak baik menunjuk, tapi sebenarnya hati sendiri yang sakit tengok org lain lebih. No! saya tak pernah begitu, tapi saya akan take it positively, dengan cara itu sahaja saya akan cabar diri saya....saya akan rapat dengan orang yg berjaya sbb motivasi mereka berbeza, nak berjaya duduk sama dengan orang yg berjaya (mak saya selalu pesan tu)....nak pandai duduk dengan orang pandai pesan mak saya waktu sekolah dulu....mmg benar, pengaruh mereka sgt kuat.

nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah
Alhamdulillah...hasil dari usaha dan doa ibubapa

Bagi SID2 terutama anak cucu GMF, bersyukurlah kerana anda telahpun berada di jalan yg mudah, bisnes yang tepat. Shaklee jauh beza dengan bisnes konvensional...sebab :
  • Bisnes yg mmg takder siapa yg boleh tipu anda (group terbaik)
  • Juga tidak minta anda tipu sesiapa dlm bisnes ini, takyah paks org buat loan pun
  • Anda dapat produk terbaik untuk diniagakan, 
  • Anda tak perlu nak fikir anasir2 luar yg menghalang anda.
  • Anda ada dibawah syarikat yang tepat 



Apa yg kini menghalang anda hanyalah minda dan diri anda sendiri sahaja!

Wah macam ceramah motivasi la pulak....hahaha..tapi mmg benar, perkara pertama yg mesti anda kuasai ialah minda anda. Jika anda tanam difikiran anda perkara itu sukar, maka sukar la jadinya...begitulah sebaliknya. Apapun ini semua pengalaman saya mengendalikan dua bisnes serentak. Saya sayang dan setia dengan Shaklee sebagaimana saya sayangkan bisnes komersial saya juga. Cuma, bila saya pernah rasa susah dengan perniagaan terdahulu, apa halangan yg datang sekarang saya masih mampu tersenyum. Mohon Allah izinkan saya terus berbakti. Amin



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Thursday, September 11, 2014

TIADA SAMBUTAN HARI IBU BUAT SAYA



Nampak semua orang update pasal Hari Ibu, saya tak sambut hari ibu, sebab saya raikan Mak saya tak kira masa, hadiah pun tak tunggu Hari Ibu baru nak beri...insyaallah setakat ini setiap kali saya teragak nak beri sesuatu hadiah, saya beri jer....yg pasti selalunya lepas saya dapat bonus Shaklee la...hihihi...dan yg pasti setiap kali saya ke mana2, luar atau dalam negara mmg takkan lupa belikan hadiah untuk ibu saya...bermakna saya tak pernah lupakan beliau walau dimana saya berada.


 Ibu saya, saya panggil Mak...
Gambar di Masjid Nabawi sewaktu menunaikan umrah Febuari 2014


Semasa saya kanak-kanak

Mak saya, Hajah Aminah Binti Said adalah ibu kepada 8orang anak. Adik beradik saya 5 perempuan dan 3 lelaki. Yang masih ada 7orang sehingga kini. Alhamdulillah 6orang semuanya menjejakkan kaki ke Universiti dan seorang ke kolej swasta. Mak saya mmg seorang ibu yg gigih dan penyayang, sangat menitikberatkan pendidikan terhadap kami semua. saya anak yg ke 6, dan saya adalah satu2nya anak yang menyusu badan 100%. bukan setahun, bukan 2 tahun, tapi hampir 4 tahun saya masih menyusu badan. sebab itulah saya mmg rapat dengan mak saya.

Hubungan Sebelum Kahwin

Saya memang jenis "anak mak", masa zaman sekolah dulu saya terpaksa berpisah dengan mak dan keluarga ketika di Tingkatan 3, sebab masa tu saya perlu masuk Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu menjadi saksi betapa saya ni seorang yg "Homesick". he he he... Hampir setiap minggu saya pulang ke rumah, ada sahaja alasan untuk saya pulang. Yang biasa jadi mangsa ialah kak long dan abg ipar saya kerana terpaksa menjemput saya di asrama. sampai kawan2 di sekolah pun dah label saya anak mak. hahaha....takperlah...saya tak kisahpun..


Hubungan dengan Mak selepas saya Kahwin

semasa zaman bercinta dengan suami, saya dah beritahu awal2 tentang saya yang homesick dan tak boleh duduk jauh dengan Mak, jadi saya letakkan syarat bahawa selepas berkahwin saya nak menetap di Melaka dan berhampiran dengan mak saya. Alhamdulillah suami jenis tak kisah, so, dari sejak kahwin saya menetap di Melaka dan sekarang, saya duduk serumah dengan Mak. Insyaallah saya akan bina sebuah rumah sebelah rumah mak saya tak lama lagi. bayangkanlah bagaimana hubungan saya dan mak saya.....hihihi...bak kata suami saya, "mmg kalau lebih 2hari tak jumpa, boleh demam!"

apapun cintailah ibu anda semua, kita boleh cari ganti semua benda yg ada diatas dunia ini, tapi kita tak mungkin dapat ganti ibu dan ayah kita. Selagi Ibu masih ada, selagi itu banyak berkat dan doa yang kita perlukan dari mereka. Saya sayang mak saya.

Al- Fatihah buat ayah saya.


Wednesday, September 10, 2014

BIARKAN AKU TERUS TERBANG...

TINDAKAN SEIRING KEMAHUAN...

Sepuluh tahun dahulu, saya sering berangan-angan ingin menaiki kapal terbang, ingin mempunyai passport untuk keluar negara...Walaupun saya lahir di negeri Johor saya tidak pernah ke Singapura dan walaupun pernah menetap di Kelantan selama setahun setengah tidak pernah melintasi sepadan Siam...
Menaiki kapal terbang pertama pergi ke negeri Sabah di bawah bayu adalah pengalaman pertama...Ia menjadi titik tolak kemahuan untuk terbang lebih jauh...Terbang ke Sabah tiga kali dan sekali ke Langkawi sudah cukup hebat bagi saya...

Mengorak langkah lebih jauh apabila mula membuat passport untuk ke Guang Zhou China...Pengalaman pertama terbang ke luar negara...Biasa penerbangan ke sabah mengambil masa 2 jam tetapi untuk ke Guang Zhou mengambil masa 4 jam...Setelah 5 kali ke Guang Zhou saya memperolehi peluang lebih besar setelah menjadi ahli keluarga Shaklee...
Bulan dec 2013 menjadi tarikh pertama dalam hidup saya ke Singapura bersama keluarga supermoms Shaklee saya...

Selepas itu pada bulan jan 2014 saya terbang ke Jeddah untuk menunaikan Umrah pertama saya bersama isteri  dan ibu mertua...Penerbangan selama 8 jam begitu terasa panjang...Di dalam hati saya inilah penerbangan terpanjang saya seumur hidup...Saya tidak pernah menjangka akan terbang lebih jauh dari itu...

Bulan March saya sekali lagi bersama-sama keluarga supermoms Shaklee terbang ke Indonesia untuk ke YogYakarta dan Jakarta...mmg menyeronokkkan melihat negara orang...

Pada bulan Ogos 2014 saya dan isteri bersama-sama keluarga besar Shaklee seramai lebih 300 orang di terbangkan ke USA...Shaklee telah menaja seluruh perbelanjaan penerbangan dan penginapan 6 bintang selama 12 hari untuk kami...Kami semua terbang selama lebih 18 jam ...Penerbangan terjauh dan terlama setakat hari ini...Tahun hadapan Shaklee akan membawa ahli keluarga Shaklee untuk bercuti ke Italy dan Insyaallah saya akan pastikan saya ,isteri dan anak-anak GMF akan mendapatkan tajaan sepenuhnya...
Siapa sangka kalau dahulu saya sering berangan-angan kalaulah dapat ke Brunei ,Singapura dan Indonesia sudah memadai tapi jika anda selalu bertindak seiring kehendak anda mungkin akan mendapatkan lebih dari apa yang anda impikan....

Hidup tanpa impian,
umpama melihat filem hitam putih...
Angan-angan tanpa tindakan,
Umpama kisah mat jenin...
Bersama isteri di Golden Bridge San Francisco USA 

Friday, June 13, 2014

BUKAN "MASTER COORDINATOR SHAKLEE" PENGHUJUNG CERITA

Pejam celik pejam celik rupa rupanya dah setahun 8 bulan saya bergelar Shaklee Independent Distributor. Rasa macam baru semalam isi form daftar ahli.hehehe

Dah lepaspun National Conference buat kali kedua dlm hidup saya. Teringat lagi masa hadir NC 2012/2013....masa tu masih SR Supervisor....masih terpinga2 tengok org amik award..dan masa tu masih tak kenal lagi dengan sesiapa...adalah 2-3org yg saya kenal....tapi masih malu2 nak bertegur sapa. NC tahun tu saya dpt 1 award. Alhamdulillah...tapi byk yg saya belajar dari 1st NC yg saya hadiri tu. Banyak inspirasi dan motivasi yg saya temui. Dan saya dapat panduan untuk mendaki lebih tinggi lagi dlm bisnes saya. Azam yg saya tanam utk dpt 5 award...tapi Allah beri saya 8 award di NC kali ni...alhamdulillah...

ok tak nak citer pasal NC sbb citer pasal tu anda boleh baca kat Entry saya " Rusuhan di Sunway Convention Center". Saya nak cerita tentang apa harapan dan perancangan saya untuk masa depan dlm Shaklee. Nak tahu tak apa harapan saya dimasa depan? Harapan selain untuk diri saya dan keluarga, harapan selain untuk membina keselesaan saya dan suami. Saya yakin dengan izin Allah SWT, dengan adanya bisnes Shaklee ini saya boleh merealisasikan harapan dan impian saya. Insyaallah...


Takper kalau ada yg meluat atau mencebik dengan apa yg akan saya katakan ini...saya tetap senyum jer waktu menaip ni...hihihi...sbb dlm minda saya sekarang penuh dengan visual saya 1 tahun dari sekarang, 5 tahun dari sekarang, 10 tahun dari sekarang dan seterusnya... :) . Harapan saya nak....





1. Menjadi penyebar cas2 positif kepada semua manusia dan makhluk disekitar saya.

Saya tahu, tak perlu ada title Master Coordinator untuk menyebarkan aura positif pada rakan2 sekeliling saya. Tapi saya mahu aliran tenaga positif itu terus mengalir dari satu tubuh ke satu tubuh yg lain sekaligus menyebabkan dunia ini aman, bertenaga dan indah! saya mahu orang kenal saya sebagai seorg yg positif dan kental, bukan seorang yg mudah down, mudah menyalahkan org lain dan mudah mengaku kalah! No its not me...saya mahukan.. biar sepotong ayat yg saya katakan, memberi semangat dan harapan pada orang lain. Kerana, pada saya semua orang berhak untuk bahagia dan berhak untuk hidup positif!





2. Membimbing ramai lagi peniaga2 melayu khususnya, dan peniaga islam khasnya dalam menjana pendapatan melalui Shaklee.

Shaklee, satu2nya syarikat jualan langsung yg saya temui mengikut ciri2 yang saya inginkan, group yg bagus  dan mengikut syariat. Keberkatan menjadi keutamaan. Produk yang berkualiti dan halal menjadi tunggak utama perniagaan ini. kami tidak diajar untuk berhutang, stock front loading kemudian simpan brg bawah katil...tidak...tidak...kami diajar supaya menjual, berlaku jujur dengan customer dan ada transaksi jual beli yang nyata. Bukan jual air liur atau menjadikan kereta mewah dan banglo hutang sebagai umpan. Tidak sama sekali. Saya ingin buka peluang agar lebih ramai lagi saudara sebangsa dan seagama saya hidup selesa, bebas hutang bukan buat hutang...dan punya lebih masa bersama keluarga...jadi Work At Home Mom (WAHM) yang menjana pendapatan hanya dari rumah. Insyaallah.

  

ok, cukup dulu 2 impian besar saya untuk masyarakat sekeliling saya (bukan untuk saya, tapi datang dari saya) harap rakan2 sama2 mendoakan...sama2 fikir secara positif apa yg saya sampaikan...insyaallah, doa2 kalian juga akan menjadikan impian saya satu kenyataan...destinasi saya bukan Master Coordinator, tapi lebih jauh dari itu...impian saya bukan pada title...sbb title itu saya pasti akan dapat suatu hari nanti sama ada cepat atau lambat...tapi apa yg saya impikan adalah lebih besar dari itu. Master Coordinator bukanlah penghujung cerita perjalanan hidup saya...


YOU ARE WHAT U THINK!

Tuesday, March 25, 2014

MH370 : HUBUNGAN MALAYSIA - CHINA SEMAKIN TEGANG

Walaupun ramai yang tanya saya tips mcm mana nak memborong di China...tapi saya sedikit risau sekarang ni kerana hubungan Malaysia China agak tegang kelansungan dari isu MH370...as "orang berniaga" sedikit sebanyak ia mengganggu emosi dan keselesaan yg dikecapi selama ini ketika kami disana. Kalau sebelum ini peniaga-peniaga Malaysia berbangga apabila ditanya..."where are you from?" terus jawab..."from Malaysia..." tapi komunkasi sedikit berbeza semasa trip kami ke Guangzhou, China pada 18hb-23hb Mac lalu. 

Ada sedikit keluh kesah bila kami menyatakan kami dari Malaysia dan yang paling menyakitkan hati kami ialah, ada pemborong disana yang menggelar kami "orang kampung"....org Malaysia semua "org kampung" dan pastinya ia terjadi disebabkan tersebarnya ritual yg dilakukan oleh Sang Bomoh VVIP yg bijak pandai tu....habis satu Malaysia dimalukan...habis satu Malaysia digelar "Orang kampung"... hati kami sakit dan rasa dimalukan....tapi bukanlah semua pemborong disana bekelakuan seperti itu...mungkin segelintir shj....ya, kami faham... ramai dikalangan penumpang MH370 adalah sebangsa dan seagama mereka. Walaupun kemungkinan tiada kaitan kekeluargaan antara mereka, tapi sama juga mcm kita, dianugerahkan rasa sayang dan kasih sesama manusia....cuma bezanya kita dan mereka ialah IMAN. Tiada siapa diantara kita atau mereka yg inginkan ini semua terjadi....tapi kita masih boleh redha dan menerima semua suratan takdir ini...tapi mungkin mereka memerlukan masa untuk menenangkan emosi. Dan ditika dan saat ini saya pasti masih ramai yg mengharapkan keajaiban...termasuk saya...keajaiban itu saya hanya mohon pada Allah...kerana dia lah yg berkuasa atas segalanya...

Takziah buat semua yg terlibat, Takziah buat ahli keluarga krew dan penumpang MH370...semoga mereka tenang dan aman disana...


insyaallah...Tips memborong akan saya kongsikan di entry akan datang...