Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

9 CARA MUDAH UNTUK AWET MUDA

Lumrah wanita, takut pada angka yg bertambah setiap tahun. Hakikatnya yang bertambah tidak boleh ditahan tahan sesuka hati. Gerun bila menjejak angka 30an? Rasa sudah turun saham yer tak? Hahaha....bukan cakap sesiapa...cakap diri sendiri. Perkara normal, takde wanita yang suka jadi tua. Bila sebut perkataan tua, yg terbayang ialah muka kedut seribu, muka kusam dan tidak berseri, kulit hilang keanjalan dan juga terbayang badan yg mula sakit sakit dan lesu.

Nanti dulu!...jgn bayangkan yg bukan2 dulu. Biarlah angka bertambah setiap tahun...tapi ada cara untuk tahan supaya supaya kecantikan yang anda miliki sekarang tidak dimamah usia. Bagaimana ingin kekal awet muda? Jom cuba 9 cara ini.

awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,

1. Tidur awal dan masa yang konsistant.

Tips paling mudah bukan? tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Tidur awal waktu adalah penting, kerana rehat yang cukup membolehkan badan relax dan sel2 baru menggantikan sel2 yang rosak dan mati. Tidur yang cukup juga mengelakkan mata anda mempunyai lingkaran gelap yg menampakkan anda lebih tua dari usia.

2. Minum air masak dengan banyak.

Air adalah bendalir terbesar yg terkandung dalam badan manusia. Fungsi air dalam badan ialah membawa nutrien penting keseluruh badan sekaligus menjadikan kulit anda lembab dan lebih segar. Sel kulit lebih cepat di"permudakan" jika pengambilan air mencukupi. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit tegang, kering, mengelupas sekaligus menjadikan kulit kelihatan lebih tua. Selain pengambilan air masak, anda juga bole mengambil makanan yang tinggi kandungan air seperti buah tomato, mentimun dan sebagainya. Jika bimbang air terhidat dari badan, pengambilan air isotonik yang berkhasiat juga boleh dicuba.

3. Elak makan makanan segera.

Makanan segera atau yang diproses mengandungi garam, lemak dan gula yang tinggi sekaligus menyumbang kepada tahap kolestrol yang merbahaya. Kolestrol tinggi bermakna toksin berlebihan didalam badan. Faktor ini akan menyebabkan kesihatan dan fungsi badan menjadi lebih cepat tua dan kecenderungan masalah obesiti. Elakkan makanan yang diperoses dan makan, makanan semulajadi.

4. Jangan gosok mata

awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,
Mata yang sihat dan segar menampilkan keremajaan
Amalan menggosok mata dan lingkaranya hendaklah dihentikan serta merta. Habit ini sebenarnya merosakkan kolagen dan keanjalan kulit dikeliling mata anda sekaligus menyebabkan kedutan. Menggosok mata akan memecahkan kapilari darah yang halus disekeliling mata menyebabkan lingkaran mata menjadi sembab dan gelap. Gunakan krim pelembab yang mengandungi vitamin K dan D untuk penjagaan lingkaran mata serta pemakanan bernutrisi tinggi untuk mata yang cantik dan segar.

5. Kurangkan makanan manis

Kedut? takut bila nak sebut perkataan ini terutama bagi wanita yg berusia 30 tahun ke atas kan? kedutan pada kulit menyebabkan anda kelihatan tua dan tidak firm. Makanan manis yang berlebihan sebenarnya menggalakkan kewujudan kedut dikulit anda. Bukan sahaja kedut, gula yang tinggi juga mengundang masalah jerawat. Elakkan makan manisan berlebihan selepas anda makan.

6. Jangan merokok

awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,
Tinggalkan tabiat merokok secepat mungkin

Rokok adalah musuh utama awet muda. Sekarang, tidak kira lelaki mahupun wanita, rokok menjadi trend. Mengikut kajian yang tertulis didalam Jurnal Kesihatan Awam Amerika pada 2002, Perokok yang berhenti merokok sebelum usia 35 tahun mempunyai penambahan 8 tahun jangka hayat mereka berbanding mereka yang tidak berhenti. Nampakkan? Merokok menyebabkan badan anda tua sebelum waktunya. Radikal bebas menyebabkan banyak sel2 anda mati dan rosak selain risiko penyakit kronik yang tinggi seperti kanser, sakit jantung, hypertension dan sebagainya. Nak berhenti merokok seperti suami saya? Jom cuba 10 tips berhenti merokok.

7. Jangan berdendam

Hubungan antara kesihatan fizikal dan emosi sememangnya tidak boleh dinafikan. Kajian sebuah Jurnal pada tahun 2005 menunjukkan sikap tidak memaafkan orang atau berdendam akan meningkatkan simptom saraf dan mengurangkan kualiti tidur. Jadi jangan berdendam sekiranya anda ingin hidup lebih sihat dan juga awet muda. Badan yang sihat akan melihatkan anda sentiasa muda!

8. Atasi stres segera

Stres kronik boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kronik juga. Stres menyebabkan penambahan hormon kortisol yang menyumbang kepada masalah berkaitan kardiovaskular,  seperti penyakit jantung, darah tinggi, kenaikan paras gula dalam darah dan juga pertambahan berat badan. Anda perlukan rehat yang cukup, ketenangan fizikal dan mental untuk kelihatan awet muda. Jadi jika anda stres, cepat cepatlah atasinya.
awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,
Bebaskan diri dari Stres

9. Amalkan suplemen semulajadi

Ini adalah cara utama yang anda perlu cuba. Mengamalkan pemakanan semulajadi adalah sgt bagus untuk kekal sihat dan awet muda. Tapi tahukah anda, mengamalkan makanan yang mempunyai antioksidan tinggi sangat membantu menentang radikal bebas dan sekaligus menjadikan anda kelihatan muda. Suplemen yang mesti anda amalkan untuk awet muda ialah yang mesti mengandungi Protien, Vitamin A, Vitamin C dan juga Vitamin E. Tapi terbaru terdapat satu produk yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi khas buat awet muda, tagline nya "muda 25 tahun". Kalau nak tahu produk inilah yang artis artis malaysia seperti Ayu Raudah, Emma Maembong dan Rita Rudaini ambil untk kesihatan dan kecantikan. Vivix you olls....

KLIK UNTUK ORDER VITAMIN ANDA



Saya kongsi!

Wednesday, June 3, 2015

6 MAKANAN MENINGKATKAN KESUBURAN

Assalamualaikum kawan kawan....

Anda merancang untuk hamil? Kalau anda sudah merancang untuk hamil dalam masa terdekat ni, mula la untuk merancang pemakanan harian anda juga. Pemakanan yang sihat sgt mempengaruhi kesuburan dan juga pertumbuhan yang sihat. Jom kita lihat apa makanan yang boleh meningkatkan kesuburan sekaligus mencerahkan peluang anda menimang cahaya mata secepat mungkin.
kesuburan, masalah kesuburan, tingkat kesuburan, ingin hamil, cepat hamil, makanan utk kesuburan, makanan utk hamil, cepat mengandung, kesuburan segera, tiram sumber zink, produk tenusu utk hamil,

1. Produk tenusu rendah lemak

Produk tenusu bukan sahaja kaya dengan kalsium malah produk tenusu juga boleh menghasilkan hormon kesuburan seperti follicle-stimulating hormone (FSH) dan luteinizing hormone (LH). Untuk hamil, elakkan produk tenusu yang boleh menggemukkan, tetapi pastikan anda mengambil sekurang2nya 1000mg kalsium sehari dengan pengambilan snek ringkas seperti yoyurt rendah lemak, keju atau tauhu. Atau pengambilan sumber kalsium sangat membantu.

kesuburan, masalah kesuburan, tingkat kesuburan, ingin hamil, cepat hamil, makanan utk kesuburan, makanan utk hamil, cepat mengandung, kesuburan segera, tiram sumber zink, produk tenusu utk hamil,

2. Makanan kaya serat untuk usus

Menambah makanan kaya serat didalam menu harian juga membantu diet anda. Makanan kaya serat membantu usus bekerja dengan lebih mudah dan disamping itu mengangkut toksin keluar daripada badan anda. Badan yang tidak bertoksin akan lebih subur dan sihat.

3. Minyak zaitun lemak terbaik

Sejak berzaman, minyak zaitun dikenali sebagai sumber lemak yang paling bermutu. Minyak zaitun adalah lemak mono yang meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan keradangan seluruh badan. Keradangan menngganggu proses ovulasi, pensenyawaan dan perkembangan awal embrio. Jadi, minyak zaitun membantu meredakan keradangan tersebut.

4. Tiram sumber zink

kesuburan, masalah kesuburan, tingkat kesuburan, ingin hamil, cepat hamil, makanan utk kesuburan, makanan utk hamil, cepat mengandung, kesuburan segera, tiram sumber zink, produk tenusu utk hamil,

Zink adalah mineral penting untuk kesuburan. Oleh kerana tiram mengandungi sumber zink yng tinggi, maka ia merupakan salah satu makanan yang meningkatkan kesuburan. Namun, jika anda tidak menyukai tiram, anda boleh menggantikan dengan makanan yg mengandungi zink yg lain seperti kekacang, daging tanpa lemak dan ayam. Zinc juga tinggi didalam ikan seperti haruan.


5. Ikan Tinggi Omega 3

Tahukah anda bahawa makanan seperti ikan salmon, sardin dan ikan hering merupakan penyumbang terbanyak untuk anda meningkatkan kesuburan? ini kerana ikan ikan tersebut mempunyai kandungan asid lemak omega 3 yang tinggi. Asid lemak omega 3 bagus untuk melancarkan pengaliran darah termasuk kebahagian pembiakan manusia. Apa kata anda cuba cara yang lebih cepat dan pantas iaitu dengan pengambilan minyak ikan Omega Guard?

kesuburan, masalah kesuburan, tingkat kesuburan, ingin hamil, cepat hamil, makanan utk kesuburan, makanan utk hamil, cepat mengandung, kesuburan segera, tiram sumber zink, produk tenusu utk hamil,


6. Telur penuh khasiat

Kandungan telur tinggi dengan folik, vitamin D dan omega 3. Asid folik penting untuk pertumbuhan embrio dan mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi. Makanan lengkap bagi wanita yang merancang untuk hamil.

Skrg kawan2 dah tahukan 6 jenis makanan yg meningkatkan kesuburan. Dan kesemua makanan ini mempunyai sumber vitamin dan mineral yg mmg diperlukan bagi seorg bakal ibu. Kawan2 boleh juga mencuba mengambil makanan bernutrisi tinggi yang dijamin mempunyai kesemua mineral dan vitamin seperti yg terkandung di dalam 6 jenis makanan tadi. Lebih mudah dan lebih ringkas dan yg penting senang diserap oleh badan dan dijamin semulajadi. Saya doakan kawan2 yg sedang dalam percubaan dan ikhtiar untuk hamil berjaya dengan mengamalkan pemakanan sihat ini. Salam sayang...

ORDER TERUS SUPPLEMEN ANDA



Doakan saya juga!

Thursday, May 28, 2015

DIABETES KETIKA HAMIL, APA ITU GDM? MERBAHAYAKAH GDM?

OK, dah byk entry blog saya ni cover tentang diabetes, rating tinggi utk entry tentang bacaan kencing manis which is tapi kebanyakkannya diabetes Jenis I dan diabetes jenis II, kali ni saya nak beralih sedikit, nak bercerita tentang diabetes ketika hamil. Ramai rasanya ibu2 hamil yang menghadapi masalah seperti ini kan? Jom kita kenali dulu...


GDM, kencing manis ketika hamil, diabetes waktu hamil, GDM semasa hamil, GDM itu apa, apa itu GDM, Risiko kencing manis, bahayakah diabetes, punca GDM, sebab GDM, Gestitional Diabetes, hormon hamil, MGTT, 

Apa itu GDM?

GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.

Berapa bacaan paras gula untuk GDM?

Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.

Bagaimana GDM boleh berlaku?

Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.

Adakah GDM merbahaya dan membawa kesan buruk?

Ya, Terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Perlu diketahui bahawa wanita yang hamil dan menghidapi diabetes gestasi atau GDM adalah merupakan kehamilan berisiko tinggi. Jelas, diabetes adalah sgt merbahaya kepada semua terutamanya ibu hamil. 

Tentang risiko dan kesan2 buruk GDM akan saya kongsikan di entry akan datang. Terima kasih kerana membaca.


Saya kongsi apa yg saya tahu :)

Wednesday, May 27, 2015

6 MASALAH BIASA SEWAKTU HAMIL JANGAN DIBIARKAN


Mendapat perkhabaran bakal menjadi seorang ibu pasti membuatkan anda antara wanita yang paling bahagia. Dalam kegembiraan sudah pasti anda perlu bersedia berhadapan dengan perubahan2 yang bakal anda lalui sepanjang kehamilan. Apapun halangannya tiada yang dapat mengatasi kegembiraan menyambut ahli syurga anda bukan? Berhadapan dengan perubahan hormon, perubahan fizikal dan juga perubahan emosi adalah lumrah bagi seorang wanita hamil. Walaupun secara mentalnya ada mungkin kata "telah bersedia" dan memahaminya, percayalah, mempelajari dan terus mencari maklumat mungkin membantu anda mengurangkan permasalahan tersebut. Jom kita tengok apa masalah dan penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.

1. "Morning sickness" Mabuk dan loya

Ini masalah utama yang dihadapi oleh bakal ibu. Mungkin bukan semua akan "bernasib baik" berpeluang merasainya. Hanya 70% dari ibu2 hamil akan menghadapi morning sickness pada 12 minggu yang pertama kehamilan. Atau mungkin setiap kehamilan tidak sama. Kehamilan pertama hadapi morning sicknes, kehamilan ke dua tidak. Tapi jgn risau, itu adalah normal. Ada juga beberapa tips dan cara mengurangkan dan mengawal morning sickness anda yang mungkin membantu.

2. "Back pain" atau sakit belakang

Sakit belakang biasa menyerang ibu hamil. Ia berkaitan ligamen dan otot anda yang menegang akibat dari perubahan fizikal dan juga hormon. Biasanya kesakitan ini semakin berlarutan selaras dengan tumbesaran kandungan. Anda perlu tahu cara yang dapat melegakan kesakitan belakang badan anda supaya ia tidak membataskan pergerakan dan tugasan harian anda.

3. Cirit birit

Ketika hamil sistem penghadaman akan menjadi sedikit terganggu. kadang kala sistem penghadaman menjadi terlalu perlahan hingga menyebabkan sembelit dan kadang kala terjadinya cirit birit. Keadaan usus wanita hamil juga adalah sensetif dan perubahan atau penggantian cara makan dan jenis makanan juga boleh menyebabkan cirit birit. Perubahan yang dimaksudkan ialah, mengubah jenis makanan kepada yg lebih bernutrisi seperti susu, yogurt dan lain menjadikan perut lebih sensetif. Sekiranya berlalu cirit birit yang terlalu kerap dan menjadikan tubuh anda terhidrat, dapatkan rawatan dari doktor anda dengan segera kerana ia boleh membahayakan diri dan kandungan.

4. Kaki kejang atau "Cramp"

Isu yang paling biasa kita temui dikalangan wanita hamil ialah kejang kaki atau cramp. Kesakitan yang sering dialami ketika tidur malam atau diwaktu pagi. Bahagian betis akan terasa tegang dan keras. Ada beberapa tips untuk melegakan kekejangan ini, antaranya melalukan regangan ringan sebelum tidur, dan ambil makanan yang mengandungi potasium tinggi sebelum tidur seperti pisang. Selain itu, ibu hamil juga seharusnya menambah jumlah pengambilan kalsium seharian mereka. Fungsi kalsium sangat bagus untuk anda dan bayi anda.
 

5. Panas badan

Ini juga masalah biasa yang akan dilalui oleh ibu2 hamil. Perubahan hormon sewaktu hamil menjadikan suhu badan anda maningkat dan sekaligus anda berasa panas badan. Anda hanya perlu memastikan kebersihan dan juga suhu sekililing anda supaya anda berasa selesa. Menjaga kebersihan adalah sgt penting untuk mengelakkan anda mendapat jangkitan kulit seperti ruam akibat dari kekerapan berpeluh. Ibu hamil juga dinasihatkan agar minum byk air supaya tidak berlaku penghidratan. Panas badan juga berkemungkinan menyebabkan anda mudah beremosi. Dapatkan suplemen yang boleh mengurangkan ketegangan atau stress anda seperti B Complex yang kaya dengan asid folik.

6. Yis atau keputihan.

Jika semasa kehamilan terdapat discaj yang keluar berketul2, gatal dan menyebabkan ketidakselesaan, kemungkinan anda menghadapi masalah Yis atau keputihan. Anda digalakkan menggunakan pakaian dalam yang sedikit longgar dan juga menggunakan pantiliner bagi mengelakkan jangkitan terhadap faraj. Sekiranya masalah berterusan dan semakin teruk sehingga mengakibatkan bau dan kegatalan, anda seharusnya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Tingkatkan kebersihan diri sekiranya anda menghadapi masalah ini.


Semua masalah2 diatas adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Tapi, jangan sesekali anda biarkan ianya berlarutan. Cara terbaik anda ingin menangani masalah2 ini ialah dengan meningkatkan pengambilan nutrisi lengkap untuk badan anda dan bayi yang anda kandung. Set Prenatal atau set ibu hamil membekalkan kesemua khasiat yang anda dan kandungan anda perlukan. masalah diatas ini mungkin nampak kecil dimata anda, tapi jika dibiarkan terus kemungkinan masalah akan menjadi lebih serius. Semoga anda melalui saat2 kehamilan dengan ceria dan sihat.


Saya Kongsi!

Wednesday, May 20, 2015

CARA PILIH SUPLEMEN YANG BETUL OLEH KEVIN ZAHRI



Assalamualaikum....sajer nak share something yg patut pada korang semua...terlanjur mamat macho dan tough Kevin Zahri sebut pasal suplemen kannnn....so haruslah diambil pengajaran dari apa yg Kevin kongsikan...beliau kan pakar bab2 pemakanan dan penjagaan tubuh badan...jom kita tengok apa dia kata tentang cara untuk memilih suplemen.


Ingat:
1) jangan beli sebarang suplemen tanpa memahami cara ia berkesan
2) jangan beli sebarang suplemen tanpa mengenali isi kandungan
3) patuhi dan memahami dosage pengambilan
4) jangan guna mana2 weight loss suplemen TANPA mengawal cara pemakanan dan gaya hidup terlebih dahulu
5) elak beli produk atau jenama yang kurang dikenali. Stick to brands yg mempunyai track record yang positif dan lama
Ingat, there is no shortcut. There is no such thing as a MAGIC PILL

tips pilih suplemen, cara pilih suplement, kevin zahri, shaklee suplemen terbaik, shaklee produk terbaik, tips dari kevin zahri, kurus tanpa ubat, suplemen membantu kurus, saintis shaklee


tips pilih suplemen, cara pilih suplement, kevin zahri, shaklee suplemen terbaik, shaklee produk terbaik, tips dari kevin zahri, kurus tanpa ubat, suplemen membantu kurus, saintis shaklee

Bila scroll dibawah status Kevin, alhamdulillah kerana dihujani komen2 kebanyakkan membuat pilihan yg tepat dalam pengambilan suplemen mereka. Tak lain dan tak bukan tentulah produk dari Shaklee. Bukan sahaja memenuhi kelima lima kateria yang Kevin nyatakan diatas, Shaklee mempunyai banyak lagi alasan kukuh kenapa anda perlu memilih produk Shaklee. Antaranya....

~Shaklee telah melaburkan kira kira USD300juta dalam ujian klinikal setiap produk keluarannya dan disokong oleh lebih dari 100 kertas ujian secara saintifik. Penyelidikan saitifik dan klinikal inilah yang membezakan produk Shaklee dan juga produk yang kesihatan lain dipasaran.

~Shaklee mempunyai 65orang saintis yang berkhidmat dan menjalankan 100,000 ujian kualiti setiap produk dalam setahun. Thats why Shaklee tak perlu diragui keberkesanan dan keselamatannya.


tips pilih suplemen, cara pilih suplement, kevin zahri, shaklee suplemen terbaik, shaklee produk terbaik, tips dari kevin zahri, kurus tanpa ubat, suplemen membantu kurus, saintis shaklee

tips pilih suplemen, cara pilih suplement, kevin zahri, shaklee suplemen terbaik, shaklee produk terbaik, tips dari kevin zahri, kurus tanpa ubat, suplemen membantu kurus, saintis shaklee

Antara barisan saintis yang sempat kami kenali sewaktu trip perlancongan ke USA tahun lepas.





i trust what i choose

Wednesday, April 22, 2015

TIPS MENANGANI SAKIT BELAKANG BADAN KETIKA HAMIL

Sakit belakang badan sering menyerang ibu hamil terutama kita di trimester ke 2 dan ke 3. Keadaan ini menyebabkan si ibu tidak selesa dan tidak dpt menikmati hari2 dengan sempurna. Sakit belakang atau "back pain" disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah perubahan postur badan oleh kerana saiz kandungan yang semakin membesar. Selain itu perubahan hormon juga menyumbang kepada sakit belakang kerana perubahan hormon menyebabkan kekenduran kepada ligamen.

Punca dan penyebab kepada sakit belakang badan atau back pain ini mungkin boleh dikurangkan dan dirawat dengan beberapa cara, antaranya ialah :

1. Gunakan tilam dan bantal yg sesuai ketika tidur

Keselesaan sewaktu tidur sangat penting buat ibu mengandung. Pemilihan tilam dan bantal juga memainkan peranan penting, agar sakit belakang si ibu tidak berlarutan dan postur badan tetap terjaga biarpun kandungan semakin membesar. Jangan gunakan tilam yang terlalu lembut dan menyebabkan tulang belakang anda berbentuk curve. Posisi tidur secara mengiring adalah sangat selesa dan memberikan tidur yang berkualiti.

backpain, ostematrix, b complex, hamil, omega guard, sakit semasa hamil, sakit belakang ketika hamil, rawat sakit belakang, sakit pingga, set kehamilan, ligamen sakit, petua hamil, perubahan hormon, masalah semasa hamil
 Posisi tidur yang selesa buat ibu hamil

2. Lakukan sedikit senaman dan regangan

Senaman ringan dan juga regangan boleh melegakan kesakitan belakang badan anda secara beransur2. Cuba untuk konsistan dan anda pasti akan rasa perbezaannya.
backpain, ostematrix, b complex, hamil, omega guard, sakit semasa hamil, sakit belakang ketika hamil, rawat sakit belakang, sakit pingga, set kehamilan, ligamen sakit, petua hamil, perubahan hormon, masalah semasa hamil, senaman hamil


3. Elak menggunakan kasut bertumit tinggi dan berdiri lama.


Larangan khas buat ibu2 hamil yang begitu menitikberatkan penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja merbahayakan anda dan kandungan, tetapi akan menyebabkan postur badan anda tidak berada didalam keadaan relax dan lurus. Keadaan ini menyebabkan sakit belakang terutama apa bila kandungan anda semakin membesar. Gunakan kasut berbentuk sandal atau tapak flat yang selesa.

4. Urutan dapat memberikan keselesaan


Memerlukan pihak ketiga bagi menangani sakit belakang anda. Suami terutamanya haruslah berkongsi suka duka sewaktu proses kehamilan berlangsung. Fahami kemahuan isteri diwaktu sukarnya, ringankan tulang dan tawarkan pertolongan bukan hanya sewaktu diminta. Perhatian suami kepada isteri sewaktu hamil sgt memainkan peranan dalam perubahan fizikal emosi beliau. Urutan dan sentuhan suami mampu melegakan kesakitan belakang isteri dan juga menenang emosi isteri.

backpain, ostematrix, b complex, hamil, omega guard, sakit semasa hamil, sakit belakang ketika hamil, rawat sakit belakang, sakit pingga, set kehamilan, ligamen sakit, petua hamil, perubahan hormon, masalah semasa hamil, senaman hamil
Tenang....

5. Suplemen membantu meredakan kesakitan dan stress.


Sebelum hamil anda dinasihatkan agar mengambil nutrisi secukupnya dari makanan mahupun suplemen, apa lagi ketika hamil dimana anda memerlukan nutrisi untuk 2 orang. Anda perlu tahu kenapa anda perlu ambil setiap supplemen yang dicadangkan. Kenapa anda perlukan Kalsium ketika hamil?, Kenapa B complex sangat penting utk bakal ibu?, Kenapa Protien penting untuk tumbesaran bayi anda dan apa pentingnya kepada anda?, apa pula fungsi Vita C dan Omega yang terdapat dalam set kehamilan?, Apa fungsi Iron dalam Vitalea Iron Formula utk ibu hamil?

Secara ringkasnya, supplemen yang diambil dari set kehamilan juga membantu anda dalam menangani masalah sakit belakang. Antara suplemen yang sangat membantu ialah Ostematrix, B complex dan Omega. Jadi, konsistan mengamalkannya. Suplemen seperti Ostematrix membantu anda dari kekejangan otot dan membina tulang yg lebih kuat. B complex dan Omega pula mempunyai fungsi anti radang dan bagus untuk sistem saraf. ketiga2 ini amat bagus diamalkan oleh ibu hamil, apa lagi sekiranya anda mengalami kesakitan belakang badan.


Sebarang pertanyaan lanjut
whatsapp 0103223139

saya kongsi!

Sunday, April 19, 2015

5 CARA MENGAWAL DAN MENGURANGKAN "MORNING SICKNESS" UNTUK IBU HAMIL


Melihat "double line" di UPT pasti mengembirakan anda yang sudah bergelar isteri. Apa lagi jika yang dinanti sudah lama dihajati. Begitu juga jika anak kedua, ketiga dan seterusnya tetap mengukir senyuman tanda bahagia. Namun ketidakselesaan melanda 12 minggu yang pertama membuatkan sesetengah ibu berfikir untuk hamil lagi. Apapun, ia adalah perkara biasa yang berlaku kepada wanita hamil. Bukan anda sahaja, tapi dianggarkan 70% ibu hamil mengalaminya pada trimester pertama. Beruntung lah jika anda bukan tergolong diantara 70% tersebut, tapi belum tentu anda boleh elak pada kehamilan seterusnya. Peace!

elak morning sickness, mabuk ketika hamil, loya ketika hamil, pening ketika hamil, kurangkan morning sickness, kawal mabuk dan loya, supplemen utk morning sickness, dehidrasi ketika hamil, tangani morning sickness, petua kurangkan morning sickness, 5 petua morning sickness

Oklah takmo bebel2 panjang, disini saya nak kongsikan beberapa tips atau petua bagi anda mengawal dan melegakan sedikit mabuk dan loya akibat dari morning sickess tersebut. Antara tips nya ialah :

1. Kerap makan, tapi dalam kuantiti yang kecil

Jangan biarkan perut anda kosong! Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit tetapi teratur. Sentiasa sediakan makanan bagi mengalas perut supaya badan sentiasa bertenaga. Jika perut kosong, angin akan menyebabkan anda cepat mabuk dan loya selain dari disebabkan perubahan hormon. Jadi, harus menitikberatkan jadual pemakanan anda.

2. Elak makanan berangin, pedas dan berminyak

Kenal pasti terlebih dahulu makanan yang anda ambil. Jika makanan yang anda ambil boleh menyebabkan angin dalam badan, atau membuat anda tidak selesa perut, hentikan pengambilan. Al maklumlah tekak dan citarasa orang mengandung mmg macam2...tapi jangan sampai anda lupa tentang kesihatan diri dan bayi yang anda kandung, itu yang paling utama ok.

3. Makan makanan yang mudah hadam

Sistem penghadaman anda perlu berada dalam keadaan baik. Makanan yang mengganggu sistem penghadaman terutama makanan yang lambat dan susah untuk hadam akan menyebabkan sistem badan dan mood anda terganggu.

4. Minum air secukupnya

8 gelas air masak sehari melengkapkan keperluan harian anda. Muntah2 menyebabkan banyak air dalam badan akan dikeluarkan dan mungkin menyebabkan dehidrasi. Pengambilan air yang cukup adalah salah satu cara bagi memastikan anda tidak dehidrasi yang mana sekaligus mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku kepada ibu hamil. Selain morning sickness, ibu hamil juga menghadapi byk risiko lain jika kekurangan air dalam badan.

5. Ambil supplement yang sesuai

Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mengawal morning sickness ialah dengan mengambil suplemen yang sesuai. Saya suka untuk berikan pelanggan2 saya yang juga bakal2 ibu 2jenis suplemen ini.
  • Peppermint Ginger Plus - suplemen ini membantu melegakan perut dan ketidakhadaman ibu hamil. Ianya bagus untuk melegakan pening dan mabuk ibu hamil disebabkan angin dalam badan. Jika angin dpt dikeluarkan, insyaallah rasa loya juga dapat dikurangkan.

  • Vita C Chewable 100mg - ramai bakal2 ibu yg suka makan asam sewaktu morning sickness, tapi saya lebih suka jika mereka mengambil sesuatu yg lebih bermanfaat seperti vitamin C Chewable ini. Waktu morning sickness memang tekak dan mulut juga berasa tidak selesa. Jadi, dengan mengambil sesuatu yang masam dapat "menyedapkan mulut" tapi pastikan ianya berkhasiat. 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda langsung tidak boleh makan, asyik pening dan muntah yang serius, teruslah mendapatkan khidmat Doktor bagi memastikan anda tidak menghidapi hyperemesis gravidarum yang mana satu keadaan serius yang menyebabkan penyusutan berat badan, degupan jantung kencang dan tekanan darah rendah. Keadaan ini jika berterusan akan mengganggu perkembangan bayi bila mana nutrisi yang secukupnya tidak dapat disampaikan oleh si ibu. Jadi, jangan pandang remeh sekiranya morning sickness anda sudah diluar kawalan. 


Perkongsian hebat!

Wednesday, April 1, 2015

PETUA MERAWAT BAYI KEMBUNG PERUT

Seronoknya bila mencium bau bayi baru lahir. Orang kata bau syurga. Yerlah dilahirkan suci bersih tanpa secalit dosa tentunya bauan syurga masih bersama mereka. cium iesya yang masyam baru lepas bangun tido pagi2 tu pun nikmatnya....hahaha...dah 5 bulan tu...kalau yg baby2 kecil lagi tu lagi best kan?

Ermm...biasanya bayi kecil ni masalah yang selalu mereka hadapi ialah kembung perut. Pening kadang2 mak ayah tak dapat tidur malam sbb bayi mereka merengek tidak selesa. Sekali rasa perut, mak aih tegang dan bulat gitu. Kembung! kalau orang dewasa "ubat" nya mudah shj, telan 3 biji Peppermint Ginger keluarlah anginnya, kalau bayi?

Jangan tak tahu yer, kembung perut yang berlarutan boleh membahayakan dan juga boleh menyebabkan masalah penghadaman, seperti sembelit. Itu salah satu sebab juga mengapa bayi yang berumur bawah 6 bulan dilarang untuk diberikan makan lain selain susu. Sewaktu berumur bawah 6 bulan, sistem penghadaman mereka masih belum matang sepenuhnya.

Kembung perut akan buat bayi meragam

Eisya pun pernah menghadapi masalah kembung perut, tapi sekejap jer...masa tu dia belum sebulan lagi usia. Memang tak tidur malam la saya dan suami, macam2 jenis minyak kami beli dan sapu, tapi tak juga lega. Fikir semula apa silap, almaklumlah iesya masa tu campur minum susu ibu dan juga susu formula.

Alhamdulillah duduk dengan Mak, adalah beberapa petua yang mak berikan. Dan yang paling bersyukur petua petua mak kongsikan serasi dengan Eisya. Lelap la tidur malam kami suami isteri. hehehe...Jom saya kongsikan dengan anda semua

Daun Pokok Mengkudu Menghilangkan kembung bayi.

Kalau duduk dikampung, daun mengkudu ni mmg senang la nak jumpa. Kadang kala pokok mengkudu boleh ditemui tumbuh meliar disemak dan tepi2 hutan. Ada juga yang tanam pokok mengkudu kerana kegunaan pokok ini serbaguna dalam bidang perubatan traditional. Kenal tak daun pokok mengkudu? Kalau tak kenal jom tengok gambar ihsan dari pakcik google ni.

daun mengkudu, noni, kembung bayi, masalah kembung, kembung perut, petua kembung bayi, bayi selalu kembung, tips hilangkan kembung bayi, buang angin kembung, daun mengkudu untuk angin, bayi kembung,
Daun dan buah mengkudu

Cara menggunakannya daun mengkudu :

1. Layur diatas api kecil sehelai daun mengkudu sehingga lembut.
2. Tuam ke atas perut bayi yang kembung. Hati2 jangan daun terlalu panas.
3. Buat urutan mengikut arah jam sewaktu menuam
4. Anda juga boleh biarkan daun mengkudu di atas perut bayi (bahagian atas pusat) sebelum memakaikan barut.

Petua Junjung Bayi


Selain dari petua daun mengkudu ini, Mak saya juga ada ajar supaya "junjung perut bayi" sebanyak 7 kali sambil membaca selawat ke atas nabi junjungan kita. Caranya ialah dengan mengangkat bayi dan kenakan perut bayi ke bahagian umbun2 kepala kits sambil selawat.

Insyaallah kedua2 petua ini saya lakukan dan selepas itu bayi akan keluar angin (kentut) dan sudah tentu melegakan perut yang kembung tadi. Selain itu antara tips2 yang anda perlu tahu untuk mengelakkan dari bayi anda kembung ialah :

1. Dinasihatkan juga sekiranya anda memberi susu formula kepada bayi anda, air yang digunakan perlulah dimasak hingga mendidih sebelum digunakan. Jangan sesekali digunakan air langsung dari tapisan. Perut bayi sgt sensetif.

2. Sekiranya bayi anda menyusu badan, ibu haruslah menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan2 yang berangin dan sejuk.

3. Elakkan bayi berada dalam keadaan sejuk, kurangkan kipas angin atau air cond. Jika tiada keperluan untu berjalan waktu malam, elakkan.

4. Mandikan bayi dengan air suam sekurang2nya untuk 6 bulan pertama. Jika bayi anda sememangnya mudah untuk kembung perut, amalan ini perlu diteruskan sehingga ia serasi atau boleh menerima air sejuk.

Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah sebegini.

Saya kongsi!

Tuesday, March 17, 2015

6 TIPS UNTUK LEGAKAN SEMBELIT IBU BERPANTANG

Sembelit sangat ditakuti ketika si ibu berpantang. Dengar perkataan "sembelit" pun dah cukup ngeri, apa lagi kalau mereka yang menghadapinya kan?....entry sebelum ni saya ada kongsikan tentang Punca punca Sembelit ketika ibu berpantang sebagai rujukan bagi mengenali punca sebenar sembelit sekaligus dapat menanganinya.

hari ini pula, saya nak kongsikan dengan anda semua 6 Tips untuk melegakan sembelit bagi ibu berpantang. mana tahu ianya serasi dengan anda kan. Jom teruskan membaca...


  • Ambil makanan berserat tinggi.

Lumrah semasa berpantang, ibu ibu terlalu menjaga pemakanan kerana takut badan masuk angindan menyebabkan bayi kembung jika menyusukan bayi. Tapi waktu ini, ibu2 sering lupa bahawa makanan seimbang perlu untuk sistem penghadaman yang baik. Jika makanan yang diambil tidak seimbang, tidak mengandungi serat yang tinggi, masalah sembelit akan terjadi. lebihkan sayur sayuran dan buah buahan yang sesuai dengan anda dan ambil secara berjadual.

sembelit,berpantang, set bersalin shaklee, set berpantang shaklee, set sembelit, sembelit waktu berpantang, tips sembelit, atasi sembelit, punca sembelit, sakit sembelit

  • Segera ke tandas bila "terasa".

Ramai yang tak ambil endah tentang ini. Bila badan sudah ready untuk membuang segala toksindari badan dansudah mendapat signal, teruslah ketandas,jangan ditahan. jika anda menangguh untuk menyingkirkan lebihan dari badan anda, ia akan mengganggu sistem penghadaman. Rectum (tempat pengumpulan najis sebelum dikeluarkan) perlu sentiasa dikosongkanagar tidak berlaku kepadatan sekaligus menyukarkan pembuangan.

  • Minum air yang cukup.

Air adalah keperluan utama tubuh badan manusia.Tanpa air, bahan2 kumuhan akan pasti menjadi keras dan kering dan menyukarkan pembuangan. waktu berpantang, sesetengah ibu ditegah untuk mengambil air yang banyak atas sebab sebab tertentu.Tetapi harus diingat air perlu cukup dalam badan apatah lagi jika anda menyusukan bayi. Saranan pengambilan air yang sihat ialah 1liter bagi setiap 25kg berat badan anda, normalnya 3 liter sehari sudah mencukupi. Byk minum, insyaallah masalah sembelit akan berlalu.

sembelit,berpantang, set bersalin shaklee, set berpantang shaklee, set sembelit, sembelit waktu berpantang, tips sembelit, atasi sembelit, punca sembelit, sakit sembelit

  • Gunakan tandas cangkung.

Nampak seperti tiada beza menggunakan antara tandas cangkung dan tandas duduk. Tapi struktur tubuh sewaktu membuang air besar sebenarnya memainkan peranan penting. jika didalam keadaan mencangkung, lebih memudahkan anda membuang air besar berbanding keadaan relax duduk.


  •  Buat gerakan "menyangga dan membonjol"

Teknik ini menggalakkan pergerakan usus.Caranya ialah dengan menarik otot perut anda kedalam menggunakan tangan dan menarik nafas (menyangga) kemudian mengembungkan perut diikuti dengan menghembuskan nafas (membonjol). Lakukan secara perlahan2.  Ulangi sehingga 10 kali dalam satu masa. Pastikan kedudukan pelvis dalamkeadaan relaks.


  • Ambil supplemen 

selain utk kesihatan tubuh, supplemen juga penting bagi memastikan sistem penghadaman anda berfungsi dengan baik terutama selepas melahirkan. Jika anda mengambil Set Bersalin lengkap dari Shaklee insyaallah masalah sembelit bukanlah masalah yang akan menghantui anda kerana set lengkap tersebut mmg sgt sesuai dengan tubuh si ibu yang baru melahirkan. Selain set bersalin tersebut, anda boleh menambah kalsium dan alfalfa yang tinggi fibre sebagai supplemen melegakan masalah sembelit anda dan bagus untuk ibu yang menyusukan.




ok,itu antara 6 tips yang boleh saya kongsikan. tips2 ini saya temui melalui bacaan dan juga pengalaman dari beberapa ibu yang melalui saat sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, dengan mengamalkan tips2 ini dan juga pengambilan supplemen telah byk membantu menyelesaikan masalah mereka. Mesti cuba tau!


Saya kongsi,saya prihatin

Wednesday, March 11, 2015

PUNCA SEMBELIT IBU BERPANTANG YANG PERLU DITANGANI

Hati gusar, gundah gulana bila pertama kali nak ke tandas untuk menunaikan "hajat besar" selepas kelahiran? Rasa ngeri makin terasa apabila melalui proses bersalin secara normal terutama jika proses kelahiran menyebabkan anda menerima beberapa jahitan dibahagian vagina. Lagi parah jika segelintir ibu2 berpantang ini mengalami sembelit selepas melahirkan. Seperti ibu di dalam video ini...sengsara tau...dan jangan pandang remeh tau masalah ini, kalau tak ditangani dengan segera masalah lain pula akan timbul, kesian diaaa.....



Sembelit! Satu perasaan gelisah pasti wujud. Sebenarnya perasaan ini memainkan peranan penting. Semakin ada rasa takut untuk menghadapi keadaan ini, semakin tidak selesa anda rasa. Perasaan takut ini juga boleh menyukarkan lagi keadaan. Ia boleh meyebabkan pengecutan otot disekeliling bahagian rectum dan anus atau dubur iaitu bahagian paling hujung didalam sistem penghadaman manusia. Usus juga berkemungkinan akan memberi implikasi yang sama. Jom kita lihat apa punca sebenar yang memungkinkan terjadinya sembelit ketika berpantang.

rectum, anus, sembelit, berpantang, sembeli semasa pantang, punca sembelit, ibu hamil sembelit, ibu bersalin sembelit, sistem pencernaan,


PUNCA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

  • Sistem pencernaan menjadi perlahan.

Seorang ibu yang baru melahirkan akan mengalami proses pencernaan yang lebih perlahan berbanding biasa. Ini kerana tindak balas dari organ dan hormon ibu itu sendiri. Ini juga mungkin disebabkan hormon kehamilan masih bersisa walaupun selepas kelahiran.
rectum, anus, sembelit, berpantang, sembeli semasa pantang, punca sembelit, ibu hamil sembelit, ibu bersalin sembelit, sistem pencernaan,

  • Jahitan selepas bersalin normal.

Perasaan ngeri dan takut menyebabkan anda menangguh untuk menunaikan "hajat besar" anda yang mana keadaan ini sgtlah tidak diboleh diamalkan. Jika anda asyik bertangguh untuk ketandas, kemungkinan najis akan menjadi lebih keras dan menyukarkan sewaktu pembuangan. Pengumpulan direktum akan menyebabkan bermacam implikasi lagi.

  • Ubat penahan sakit seperti pethidine dan diamorfin.

Ubat penahan sakit juga menjadi punca sembelit selepas bersalin. Ubat2 ini biasanya diberi ketika proses kelahiran berlangsung. Sebenarnya ubat ubatan ini menyebabkan usus lambat utk menghuraikan makanan sekaligus menyebabkan sembelit. 

  • Diet yang tidak seimbang ketika berpantang.

Ini punca paling selalu kenapa ramai ibu berpantang selalu sembelit. Tidak dinafikan byk pantang larang yg perlu dipatuhi oleh ibu2 berpantang terutama bab pengambilan air. Jika anda menyusukan bayi, pengambilan air sebenarnya sgt penting untuk sistem pencernaan anda. Makanan yang berserat tinggi juga sgt penting. Pengambilan sayur sayuran dan juga buah buahan semasa berpantang juga selalu disekat kepada ibu2 berpantang. Inilah antara faktor2 penyebab mengapa ibu2 sering sembelit semasa berpantang.


ok sekarang anda tahu dah kan punca2 yang meyebabkan sembelit selepas berpantang. so tolong ambil kira dan hati2 dengan faktor2 penyebab ni yer...insyaallah entry akan datang saya akan berikan tips menangani masalah sembelit semasa berpantang ni pula...stay tuned!


Saya kongsi, saya prihatin

Saturday, February 28, 2015

5 TIPS RANGSANG PENGHASILAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua...

Entry kali ni juga saya nak share tentang beberapa tips penghasilan Susu Ibu. Oleh kerana saya sebagai seorang SID yang banyak berhadapan dengan ibu2 muda...saya selalu menerima soalan tentang penghasilan susu ibu. Majoriti mengharapkan dapat membekalkan keperluan yang cukup kepada bayi mereka sehingga bayi berusia 2 tahun. Alhamdulillah...mmg sgt saya galakkan mereka menambah ilmu dan juga sentiasa mempelajari kaedah yg betul dalam pengurusan susu ibu. Sebab utamanya ialah saya yakin, susu ibu adalah makan terbaik untuk bayi dan saya sendiri adalah bayi yang dulu minum susu ibu hingga berumur 3tahun. Kalau bab sistem imun, insyaallah sayalah antara yg paling "kebal" berbanding adik beradik lain. Alhamdulillah...setahun sekali pun kadang susah untuk saya demam.

Ok, hari ni saya nak kongsikan 5 tips untuk rangsang penghasilan susu ibu. Mungkin ada yang telah anda ketahui...tapi, takper untuk saya peringatkan sekali lagi.

1. KERAPKAN MENYUSU DAN MENGEPAM

Anda seharusnya menyusukan bayi anda setidak2nya 3 jam sekali. Begitu juga rutin sekiranya anda perlu mengepam susu (jika tidak bersama bayi) perlu dilakukan sekurang2nya 3 jam sekali.

2. PAM PADA WAKTU MALAM

Tahukah anda hormon prolaktin dihasilkan lebih banyak diwaktu malam antara jam 12malam hingga 6 pagi? Jadi, Pam susu untuk simpanan atau ransang penghasilan susu diwaktu ini. Jadikan ia rutin.

3. JANGAN TUNGGU PENUH

Anda perlu yakin dan percaya pada diri anda bahawa payu dara anda sentiasa menghasilkan susu. JANGAN jadikan tabiat untuk menunggu payu dara penuh baru ingin menyusukan atau mengepam. Tapi twist fikiran anda supaya ingin mengosongkan payu dara anda. Bila payu dara kosong, badan akan memberi signal untuk merangsang penghasilan susu.

breast pump, susu ibu, tips bayakkan susu, tips tambah susu badan, susu badan terbaik, rangsang susu, rangsang penghasilan susu ibu, tips megepam susu, tips utama susu ibu

4. MINUM BANYAK AIR

Anda digalakkan minum 3 liter air sehari terutama sekiranya anda menyusukan bayi. Air sgt diperlukan untuk merangsang penghasilan susu ibu.

5. LEBIH MASA UTK MENYUSU ATAU MENGEPAM.

Jangan menyusukan atau mengepam dalam keadaan tergesa2 atau jgn limitkan masa anda. Susukan bayi anda sepuas2nya sebelum beralih ke payu dara sebelah lagi. Begitu juga ketika mengepam, peruntukkan masa 15-20minit untuk sebelah payu dara. Pastikan payu dara benar2 kosong selepas penyusuan atau mengepam.

semoga tips2 pada entry kali ini memberikan manfaat pada pada ibu ibu semua

Friday, October 17, 2014

8 PETUA MILIKI RAMBUT SIHAT DAN CANTIK

Semua orang mahukan rambut yang sihat, hitam berkilat dan juga kuat kan? Tak kiralah yang berambut lurus, kerinting mahupun ikal, semua nak rambut yang sihat. Setelah anda tahu punca kerosakan dan keguguran rambut didalam entry yang lepas, kali ini saya nak kongsikan pula petua2 untuk memiliki rambut yang cantik dan sihat. Selain dari rawatan moden melalui produk penjagaan semulajadi Prosante dan juga amalan makan supplemen, mungkin petua petua mudah seperti dibawah memberikan manfaat untuk anda cuba.

1. Limau purut hilangkan kelemumur.

kulit kepala yang gatal mungkin disebabkan kelemumur. Untuk mengjilangkan kelemumur dan kegatalan anda boleh mengambil 2biji limau purut kemudia dibelah dua. Picit dan gosok limau tersebut dikulit kepala secara rata. Mungkin sedikit pedih terutama jika kulit kepala anda terluka akibat digaru. Selepas 5-10 minit, bilas bersih. Lakukan selang sehari sehingga kulit kepala rasa segar dan kelemumur hilang.

2. Santan Kelapa Hitamkan Rambut.

Rasanya petua yang satu ni ramai yang sedia maklum. Cara dia mudah sahaja, perah kelapa menjadi santan. Sapu rata santan pada seluruh rambut anda kemudia balut rambut dan kepala. Biarlan selama 15-20minit. Cuci hingga persih. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya jika kerap kali anda cuba petua ini. Santan bukan sahaja boleh menghitamkan rambut anda malah menyubur dan menyejukkan kulit kepala.

Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Santan kelapa menyihatkan rambut

3. Lidah Buaya Menguatkan rambut.

Pokok lidah buaya mmg terkenal dengan khasiatnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Salah satu khasiat lidah buaya ialah merawat masalah rambut gugur. Cara mudah petua ini ialah dapatkan lendir lidah buaya dan sapu dikeseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan dlm 15minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan sekerap mungkin insyaallah masalah rambut gugur dan rambut kering dapat diatasi. Selain itu juga ia mampu menyejukkan kulit kepala dan melegakan sakit kepala.
lidah buaya

4. Daun Bunga Raya Melebatkan Rambut.

ok, ramai tahu khasiat daun bunga raya kan? Antaranya ialah menurunkan suhu badan. Terutamanya bagi kanak2 yang kena demam panas. Tapi tahukah anda daun bunga raya juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Caranya...ambil beberapa tangkai daun pokok bunga raya bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bunga raya dalam sedikit air sehingga daun mengeluarkan lendir. Ambil dan lumurkan kerambut dan kulit kepala. Perapkan dalam 10-15minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua atau 3kali seminggu. 


Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Daun Bunga raya


5. Daun Rambutan Merawat Rambut Rosak.

Perghh..kalau tengok buah rambutan yang merah2 nih mmg keliur habis. siapa yang tak makan buah rambutan yang manis berjus ni kan? Semua orangpun suka. Tapi berapa ramai pula yang tahu selain buahnya yang sedap dimakan, daun dari pokok rambutan juga mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya. Daun pokok rambutan dikatakan mampu merawat rambut kerng dan bercabang. Caranya, ambil segenggam daun muda dari pokok rambutan, basuh bersih, ramas hingga daun mengeluarkan lendir, lumur pada rambut dan kulit kepala. Lakukan 3 kali seminggu, insyaallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.


Buahnya sedap, daunnya berkhasiat.


6. Kulit Tembikai Membersihkan Kulit Kepala.

Bahagian lapisan putih pada kulit tembikai dikatakan mampu membersihkan kulit kepala dari kotoran dan habuk. Hanya gosokkan bahagian putih itu kepada kulit kepala dan biarkan 20-30minit sebelum dibilas dengan air bersih. Insyaallah bila kulit kepala bersih, kelemumur tidak mudah mendekati dan rambut akan lebih sihat.



7. Air Rendaman Kacang Hijau Lebatkan Rambut.

Petua ini pula sgt mudah...ambil secawan kacang hijau basuh bersih dan kemudian rendam semalaman kacang hijau terbabit didalam bekas yang mana airnya lebih sedikit. Kemudian tapis dan asingkan kacang hijau terbabit dari air rendaman. Ambil air rendaman dan lumur keatas kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala dan perap dalam sehingga kering. Apabila kering bilas rambut dengan air bersih.

Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Air rendaman kacang hijau

8. Yogurt Melembab dan Mengilatkan Rambut.

Sedapnya yogurt!...ha, selain sedap dimakan, yogurt juga boleh dijadikan perapi rambut sekaligus merawat rambut rosak. Yogurt berfungsi melembabkan rambut. caranya, sapu yogurt pada rambut dan biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas. ulang sekerap mungkin bagi merawat rambut. insyaallah, rambut anda akan mudah diuruskan dan menjadi lebih sihat.



Jom kita tengok apa rahsia Puan Maria Alwi untuk mengatasi masalah Rambut Gugur Kronik yang lama menghantui beliau sampai malu dengan suami beliau sendiri. Malu sbb rambut tak lebat. Mana tahu cara beliau lebih mudah dan lebih berkesan kepada anda juga. Jom!



NUTRISI HEBAT UTK RAMBUT YANG SIHAT DAN LEBAT



Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa, PROSANTE, ESP, ZINC COMPLEX, B COMPLEX, SET RAMBUT SIHAT
KESIHATAN DARI DALAM



SET RAWATAN RAMBUT





Ok, selamat mencuba!



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet