Showing posts with label MASALAH : DIABETES. Show all posts
Showing posts with label MASALAH : DIABETES. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

TESTIMONI VIVIX PENGHIDAP DIABETES & DARAH TINGGI



Jom saya kongsikan kisah seorang konsumer produk Shaklee yg sgt percaya dan cintakan produk shaklee terutamanya vivix. Beliau ialah Puan  Nur Afizah Binti Shuib. Testimoni ini ditulis sendiri oleh beliau.

testimoni vivix, testimoni vivix utk diabetes, testimoni shaklee, testimoni kencing manis, testimoni vivix kencing manis, testimoni darah tinggi, testimoni vivix utk darah tinggi, testimoni shaklee darah tinggi

"Assalamualaikum W.B.T....

Saya Nur Afizah Binti Shuib, berumur 59 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan 4 orang cucu.

Daripada zaman saya muda-muda lagi, saya memang mementingkan kesihatan. Macam-macam suplemen yang saya cuba, yang murah yang mahal..Tapi kebanyakkan, tidak menunjukkan apa-apa kesan yang ketara. Saya amalkan produk Shaklee dah 3 tahun lebih. Saya kenal Shaklee daripada anak dan menantu saya.  Alhamdulillah, saya jatuh hati dengan produk Shaklee terutamanya VIVIX! 

Saya memang jaga pemakanan, saya kurangkan gula dalam minumam harian. Tapi disebabkan kencing manis dan darah tinggi ni penyakit 'keturunan’, memang tak boleh nak lari mana lah..Check-up di hospital baru-baru ni, menggunakan mesin penimbang elektronik yang baru tu. Apa ntah namanya mesin tu. Happy sangat bila doktor cakap bacaan b/p saya mcm 'anak dara', 120/80.

Tapi dari bacaan mesin tu, doktor inform yang umur dalam badan saya 51 tahun! Memang terkejut lah dengar, walhal umur saya tahun depan dah masuk 60 tahun. Alhamdulillah, awet muda..BMI saya pun normal. Bacaan kencing manis saya pun normal, 6.7 berbanding dengan bacaan 3 tahun dulu, 8.0..Doktor pun dah kurangkan dos ubat kencing manis yang perlu saya makan setiap hari. Lega rasa..

Pernah ada sahabat saya tanya, kat mana saya buat gigi palsu. Teratur cantik je..Hehe, saya kata ni gigi betul. Tak pernah lagi buat gigi palsu. Terkejutlah dia, di usia saya yang nak masuk 60 tahun ni, masih lagi ada gigi kekal yang masih elok. Bagi saya, penjagaan gigi sangatlah penting. Dari saya muda lagi, saya amalkan minum susu setiap hari.

Ini adalah antara vitamin yg saya konsisten ambil setiap hari dengan konsisten. Paling best, saya suka VIVIX. Rasanya dah 12 botol yang saya makan. (saya kongsi makan dengan suami tercinta). 

Kulit saya yang dahulunya kusam dan tak bermaya, rasa lebih ceria dan awet muda berbanding sebelum ambil vivix. Memang Best! Bg yang belum tahu, vivix ni bukan sahaja suplemen untuk kesihatan menyeluruh, tapi vivix jugak berfungsi sebagai anti-penuaan.

Produk yang hebat dan berkesan ni, saya kongsikan kebaikan dengan kawan-kawan sepejabat saya. VIVIX the best choice suplemen untuk di amalkan setiap hari. Di tambah dengan vitamin lain seperti Vita-Lea, Vita C Plus dan Omega, kesihatan saya bertambah baik. 

Bagi anak-anak yang tak tau nak bagi hadiah apa kat mak abah anda, boleh la hadiahkan sebotol VIVIX ni setiap bulan. "

~Puan Nur Afizah Binti  Shuib

Ha....hebatkan vivix Shaklee? so kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal vivix nih boleh selak2 page page lain....semua ada saya explain dlm blog ni, bagaimana vivix bertindak mengawal diabetes, ramuan2 dalam vivix, siapa yg perlukan vivix dan lain2 lagi. Dan jangan lupa juga rebut peluang sementara vivix promosi ni tau!

Kalau nak info lagi, boleh hubungi saya terus...insyaallah setiasa bersedia menjawab pertanyaan anda.

Jom Vivix!

Monday, January 11, 2016

3 CARA VIVIX BERTINDAK MENGAWAL KADAR GULA ATAU DIABETES

Diabetes memang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia.Diabetes dikatakan antara penyakit utama selain sakit jantung di Malaysia. Terdapat pelbagai sebab dan faktor yg menjadi Punca gula meningkat dalam darah hingga menyebabkan diabetes.

Pernahkah anda ketahui berapa bacaan normal kadar gula dalam darah dan berapa pula bacaan yg dikatakan tinggi gula? Keraplah membuat pemeriksaan jika anda sudah berusia 30 tahun dan ke atas. ia penting kerana jika diabetes dikesan lebih awal, langkah2 mengawal boleh dilakukan segera. Begitu juga jika pemeriksaan menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai diabetes, langkah2 pencegahan boleh dimulakan terutama dengan usia yg berisiko.

Shaklee mencipta satu produk terbaik untuk kesihatan badan yang dinamakan VIVIX. Salah satu fungsi vivix ialah membantu mengawal kadar gula dalam darah. Selain banyak lagi fungsi dan kehebatan vivix, hari ini saya ingin kongsikan bagaimana vivix bertindak untuk mengawal kadar gula dalam darah.

1. Memperlahankan Sindrom Resistansi Insulin atau Metabolik Sindrom

Secara normal, selepas makan, insulin dilepaskan dari pankreas dan memberi signal kepada jaringan sensetif pada tubuh untuk menyerap glukosa dan kadar glukosa akan menurun dalam darah. Tetapi bagi pesakit diabetes, sensitiviti terhadap insulin sgt rendah, kadar rembesan insulin tidak dapat merangkumi atau menyerap sepenuhnya glukosa yang terjadi didalam tubuh selepas pengambilan makanan, sekaligus menyebabkan kadar glukos meningkat dan terkumpul didalam darah. Ini dipanggil Sindrom Resistansi Insulin yang lazimnya mengakibatkan Diabetes Melitus type 2.

vivix rawat diabetes, vivix shaklee, vivik, cara vivix merawat diabetes, rawat diabetes, rawat kencing manis, resistaensi insulin, kencing manis

Disinilah Vivix menjalankan kewajipannya. Vivix yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi akan bertindak sehingga keperingkat sel dan memperbaiki sel yang rosak serta memberikan tenaga kepada sel selanjutnya meningkatkan sensetiviti sel utk bekerja dengan lebih sempurna untuk menyerap glukosa dan meningkatkan sensetiviti pankreas utk merembeskan insulin dengan jumlah yang lebih banyak. Ini bagi memastikan glukosa lebih mudah diserap dan ditukar menjadi tenaga oleh sel. 

2. Mengawal kepekatan Glukosa dalam darah.

Karbohidrat yang diambil sewaktu makan akan dicerna dan ditukar menjadi glukosa. Dari glukosa akan menjadi tenaga. Jika pengambilan karbohidrat berlebihan dlm satu masa, akan mengakibatkan glukosa berlebihan dilepaskan serentak dan tidak semua glukosa dapat ditukar menjadi tenaga. Hal ini menyebabkan glukosa akan terkumpul dalam darah dan sekaligus menyebabkan diabetes.

vivix rawat diabetes, vivix shaklee, vivik, cara vivix merawat diabetes, rawat diabetes, rawat kencing manis, resistaensi insulin, kencing manis
Di sini polyphenol dari Vivix bertindak dengan memperlahan pencernaan karbo kepada glukosa, yang mana glukosa akan dilepaskan secara perlahan dan berperingkat, dan insulin mampu untuk menyerap glukosa menjadi tenaga juga dengan lebih sempurna. Maka tiada berlakunya pengumpulan gula/glukosa dalam satu masa.
vivix rawat diabetes, vivix shaklee, vivik, cara vivix merawat diabetes, rawat diabetes, rawat kencing manis, resistensi insulin, kencing manis

3. Mencegah pembentukan protien AGE

Protien AGE (Advance Glycation End-product) adalah gabungan protien dan gula yg terjadi disebabkan gula dan lemak atau protien berlebihan didalam darah. Protien AGE ini sangat tidak bagus kerana mampu berhimpun dan menyaluti sel normal sehingga menjadikan sel2 ini rosak sekaligus tidak dapat berfungsi dengan baik dan membunuh sel2 tubuh kita.

Protien AGE ini sering terjadi kepada pesakit diabetes melitus type 2 disebabkan kandungan gula yg tinggi berkumpul dalam salur darah mereka. Protien AGE ini akan menyebabkan komplikasi terhadap penyakit2 berkaitan seperti stroke, jantung, hypertensi dan kolestrol juga lebih cepat terjadi. Kerosakan kerosakan organ atau saraf juga akan berlaku dengan lebih cepat.
vivix rawat diabetes, vivix shaklee, vivik, cara vivix merawat diabetes, rawat diabetes, rawat kencing manis, resistensi insulin, kencing manis

Disini Vivix dari Shaklee yg mempunyai gabungan resveratrol dan polyphenol bertindak mencegah dan melambatkan rangkaian ikatan gula dan protien yg membentuk protien AGE. Hebat kan? Kerana ia bertindak dari akar umbi, dari sel DNA ia mampu tembusi. 

Jadi tidak hairan sekiranya ramai pengguna yg berjaya mengawal gula dalam darah dengn konsistan vivix. Dari 3 cara ia bertindak ini sudah pasti ia byk membantu menyelesaikan permasalah tentang diabetes bagi mereka yg menghadapi. Nanti saya share beberapa testimoni lain pula ya!




CLICK UNTUK ORDER SEGERA

Wsp 0103223139 (kak miah)

Jom vivix!

Tuesday, June 2, 2015

KESAN BURUK GDM KEPADA IBU DAN BAYI

Diabetes adalah salah satu penyakit yang memberi komplikasi yang teruk kepada organ dan anggota badan manusia. Kerana itu diabetes diberi gelaran pembunuh secara senyap. Diabetes semasa hamil atau GDM juga meninggalkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang dikandung sekiranya gula dalam darah tidak dikawal. Jom saya kongsikankan apakah kesan kesan buruk yang kemungkinan terjadi kepada mereka yang tidak mengawal GDM semasa hamil.

diabetes semasa hamil GDM, gestesi diabetes, MGTT, hipoglisemia, hyperglisemia, retinopati, dystocia, keputihan,risiko keguguran, polyhydraminos, ketuban berlebihan, preklampsia, komplikasi ibu hamil, komplikasi diabetes, makrosomia, jaundis, kesan buruk diabetes, kesan kehamila GDM

Kesan Buruk GDM kepada Ibu

1. Hiperglisemia

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.
 

2. Hipoglisemia

Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.

3. Keputihan

Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj. 

4. Risiko keguguran

Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM

5. Polihydraminos

Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan. 

6. Preeklampsia

Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.

7. Retinopati

Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.

8. Kegagalan buah pinggang.

Antara komplikasi uatam bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. bagi ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama.

9. Kelahiran melalui pembedahan

Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.



Kesan Buruk GDM kepada Bayi

1. Makrosomia

Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan.Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.

2. Intra uterine death

Kematian didalam kandungan.

3. Hipoglisemia

Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.

4. Lemas semasa kelahiran

Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.

5. Dystocia 

keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.

6. Bayi Jaundis

Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.


Bagi ibu dan bayi yang melalui kehamilan GDM, risiko untuk ibu dan bayi mengidapi diabetes selepas kelahiran juga akan menjadi tinggi. 12 minggu pertama, ibu akan diberikan ujian untuk memastikan diabetes gentesi atau GDM sudah benar benar hilang. Sekiranya ada masih mahu berikhtiar dengan memberikan nutrisi yg hebat dan lengkap untuk anda dan bayi anda, juga sebagai langkah bagi mengelakkan GDM, konsistanlah menggunakan set prenatal yang disediakan khas untuk ibu ibu hamil.


Saya Kongsi!


TESTIMONI DIABETES BERKESAN DENGAN VIVIX

Yuhuuuu...syok..syok...alhamdulillah...berita gembira....

2hari lepas dapat wasap dari seseorang...fuhhhh... sangat teruja wokey... hihihi...

Puan N ni adalah pelanggan tetap Vivix...tapi belian bukan untuk dirinya, setiap bulan Puan N akan belikan Vivix untuk bapanya yang menghidap diabetes atau kencing manis. Bapanya penghidap diabetes tahap kronik sehingga perlu mendapatkan suntikan insulin setiap hari. Agak lama juga bapa Puan N menghidap diabetes sebelum bapanya mengamalkan tonik ajaib Vivix dari Shaklee ni untuk kawal kadar gula dalam darah beliau.

Kebetulan, 2 hari lepas Puan N whastapp saya untuk bertanyakan Vivix sbb beliau bercadang untuk membantu anak rakannya yang sedang ditimpa musibah kesihatan. Anak rakannya disahkan menghidap tumor diotak. Jadi, Puan N dan rakan2 mengumpul dana bagi menghadiahkan vivix kepada rakannya itu. Mulia sungguh hati beliau kan?

Ok, berbalik pada cerita tentang bapa Puan N, Kata Puan N,

"Bapak saya ambil Vivix, alhamdulillah x (tidak) makan ubat diabetes dan insulin lagi"

Wow! teruja saya dengar, rasa berbaloi dan puas hati sgt dengan berita itu. Gembira tak terkata. Lain rasa bila dapat bantu dan kongsi kebaikan produk dengan org lain. Tapi mmg tabik spring kat Puan N sbb konsistant berikan ayahnya Vivix, dan kagum dengan ayahnya yang tak culas amik vivix. Tahniah Pakcik! Akhirnya pakcik bebas dan tak terbelenggu lagi dengan ubat ubatan dan insulin. Pasti ada kelegaan disitu...

Oklah takmo citer panjang...saya doakan Puan N dan bapanya terus diberikan kesihatan yang baik, walaupun dengarnya, sedikit komplikasi pada buah pinggang akibat dari diabetes telah berlaku. semoga bapa Puan N terus konsistant melawan komplikasi terbabit. Insyaallah ikhtiar ini membawa berita gembira lagi.


kencing manis kronik, diabetes kronik, sembuh diabetes, diabetes dan vivix, konsistan vivix, sembuh dengan vivix, rawat diabetes dengan vivix, vivix sembuh kencing manis, tak perlu insulin lagi, ubat kencing manis, ubat diabetes, ikhtiar utk diabetes, tonik ajaib shaklee,
Kalau nak tahu bagaimana vivix bertinda membantu mengawal kadar glukose dalam darah....si klik di link ini : 3 cara vivix bertindak mengawal gula dlm darah

Nak ikhtiar dengan Vivix?
Call @ whatsapp saya 0103223139/0192423139

Saya gembira!

Friday, May 29, 2015

4 SIMPTOM GDM YANG PERLU ANDA KETAHUI


Sambungan cerita tentang GDM, dah tahukan apa itu GDM? Ha...bagus2...sekarang saya nak cerita pula simptom2 yang biasa kita lihat pada mereka yang menghidapi GDM. Simptom simptom ini kelihatan sama sahaja dengan simptom yg dilihat pada pesakit2 diabetes type I dan type II. Simptom adalah seperti...
GDM, simptom diabetes, simptom GDM. masalah ketika hamil, gula tinggi semasa hamil, diabetes ketika hamil, simptom simptom gula tinggi, kadar gula tinggi dalam darah, dabetes ketika hamil, mengandung dan diabetes, kerap haus, kerap kencing, letih dan lesu ketika hamil, keletihan semasa hamil, rabun semasa hamil, saraf rosak, GDM merosakkan saraf, komplikasi ketika hamil,

1. Lesu dan Keletihan

Apabila gula dalam darah tidak ditukar menjadi tenaga sebab insulin tidak melaksanakan tanggungjawabnyanya, secara automatik badan akan mendapat kesan dari tiadanya tindak balas itu. Kesannya adalah keletihan dan kelesuan yang tanpa disedari sebenarnya merbahayakan kesihatan ibu dan bayi.

GDM, simptom diabetes, simptom GDM. masalah ketika hamil, gula tinggi semasa hamil, diabetes ketika hamil, simptom simptom gula tinggi, kadar gula tinggi dalam darah, dabetes ketika hamil, mengandung dan diabetes, kerap haus, kerap kencing, letih dan lesu ketika hamil, keletihan semasa hamil, rabun semasa hamil, saraf rosak, GDM merosakkan saraf, komplikasi ketika hamil,
Letih dan lesu

2. Membuang air kecil dengan banyak dan kerap.

Semasa hamil, simptom kerap membuang air kecil adalah biasa. Tetapi, jika anda membuang air kecil secara banyak dan kerap, mungkin ada sesuatu, antaranya GDM. Kencing yang banyak akan mengurangkan air dalam badan dan menyebabkan badan terhidrat. Juga tidak bagus untuk anda dan bayi yang dikandung.

3. Dahaga yang melampau

Sama seperti penghidap diabetes type I dan type II, rasa kerap dahaga dan "craving" utk minum manis adalah sgt nyata. Kadang kala, terbangun waktu malam tiba2 rasa tekak sangat dahaga. Simptom dahaga melampau ini berkait rapat dengan simptom kedua tadi.
GDM, simptom diabetes, simptom GDM. masalah ketika hamil, gula tinggi semasa hamil, diabetes ketika hamil, simptom simptom gula tinggi, kadar gula tinggi dalam darah, dabetes ketika hamil, mengandung dan diabetes, kerap haus, kerap kencing, letih dan lesu ketika hamil, keletihan semasa hamil, rabun semasa hamil, saraf rosak, GDM merosakkan saraf, komplikasi ketika hamil,
Kerap dahaga

4. Penglihatan kabur

Penglihatan kabur ada kena mengena dengan saraf, saraf mata adalah sgt sensetif, jika kadar gula dalam darah tinggi, akan berlaku keradangan pada saraf2 terutamanya saraf mata. Jangan biarkan yer terutama ketika anda sedang hamil. Jika terus dibiarkan anda akan menjadi rabun atau hilang penglihatan.

Jika anda menghadapi simptom2 sebegini ketika hamil, kemungkinan besar anda menghidapi GDM, dan akan dikesan melalui MGTT ketika rawatan rutin kehamilan. Elakkan GDM dengan menjaga pemakanan seawal kehamilan dan juga dengan mengamalkan pengambilan nutrisi berkhasiat sewaktu hamil, terutama sekiranya anda antara anda yang mempunyai risiko tinggi terhadap diabetes atau GDM.



Saya kongsi apa saya tahu!

Thursday, May 28, 2015

4 PUNCA GULA DALAM DARAH MENINGKAT SELAIN PEMAKANAN

Assalamualaikum rakan2 sekalian...

Kita akan fokus kepada pemakanan jika bercakap mengenai punca penyakit kencing manis atau  diabetes. Memang benar makanan yang diambil yang tinggi dengan kandungan gula adalah penyebab utama kepada penyakit kencing manis ataupun diabetes. Jadi, sekiranya anda mmg penggemar makanan manis, dan juga manis manisan, segeralah membuat ujian kadar gula dalam darah dan ketahui paras gula yang normal sebagai panduan mencegah ataupun berjaga2 memilih makanan. Tapi sedarkah anda, selain makanan, ada penyebab lain yang berkemungkinan menyebabkan kadar gula dalam darah anda tinggi. Jom baca selanjutnya.

tidur kurang, kawal gula, diabetes, merokok, obesiti, kencing manis, merokok tinggi risiko, berat badan berlebihan, kawal kencing manis

4 Punca Gula Dalam Darah Meningkat


1. Makan tidak tetap masa.

Insulin dirembeskan leh pankreas manusia adalah mengikut keperuan tubuh dan kadar gula dalam darah. Tetapi badan akan memberi signal pada waktu2 tertentu bagi pankreas melepaskan insulin. Signal ini biasanya mengesan satu waktu yang selalu diperlukan. Jadi, jika anda biasa bersarapan pada jam 8 pagi....anda seharusnya mengekalkan waktu itu pada setiap hari. Menetapkan waktu makan juga memberi ruang masa kepada insulin untuk menukarkan  gula dalam darah kepada tenaga. Jika jarak waktu makan terlalu dekat, contohnya sarapan jam 10 pagi, makan tengahari jam 12 tengahari, hanya 2jam yang ada untuk insulin melakukan tugasnya. Jadi adalah mustahil gula didalam darah anda ditukarkan kepada tenaga dalam tempoh yang singkat itu. Gula akan kekal didalam darah dan menyebabkan diabetes.


2. Merokok.

Merokok menyebabkan banyak sel sel badan kita akan rosak dan mati. Ia juga akan menyebabkan byk radikal radikal bebas didalam badan kita sekaligus mengganggu sistem badan dan hormon. Radikal bebas ini akan menyebabkan salur darah menjadi terganggu dan sekaligus mengganggu insulin untuk melakukan kerjanya. Hentikan tabiat merokok sekiranya anda ingin bebas dari masalah kencing manis dan penyakit2 lain juga

tidur kurang, kawal gula, diabetes, merokok, obesiti, kencing manis, merokok tinggi risiko, berat badan berlebihan, kawal kencing manis


3. Kurang tidur.

Badan memerlukan rehat yang cukup untuk proses detoksifikasi, proses pertumbuhan dan juga  proses pembaharuan sel2.Jika waktu tidur tidak teratur dan cukup, semua proses ini akan terganggu dan mengelirukan tubuh badan dan organ organ kita. Sekaligus, hormon badan manusia juga akan terjejas dan tidak sihat. Insulin adalah salah satu hormon yang berfungsi penting dalam badan manusia. Jika berlaku kecelaruan, pelbagai masalah akan timbul terutamanya diabetes. Aktiviti makan di waktu malam yang sepatutnya digunakan untuk tidur juga mengundang masalah diabetes dengan lebih cepat.

4. Berat badan berlebihan.

Obesiti dan diabetes jenis 2 adalah sgt berkait rapat. Peningkatan berat badan menjejaskan kawalan gula dalam darah. Oleh itu mereka yg berisiko atau pun sudah mempunyai diabetes dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan sekurang2nya 5% dr berat asal utk membaiki kawalan gula dalam darah. Dengan penurunan ini, bukan sahaja dapat mengawal paras gula dlm darah, tetapi paras kolestrol juga mampu diturunkan. Badan juga akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

Saya sampaikan



Monday, May 25, 2015

KAWAL KADAR GULA DALAM DARAH ATAU DIABETES DENGAN VIVIX


Bilangan pengidap Diabetes di Malaysia semakin hari semakin bertambah. Banyak faktor yang mempengaruhinya. Jika anda adalahlah salah seorang darinya, bertindaklah segera dengan mengawal kadar gula dalam darah anda. Jangan berlengah kerana, kelewatan untuk anda bertindak akan mengakibatkan banyak komplikasi terhadap tubuh badan anda.

Salah satu langkah bijak yang perlu anda ambil ialah dengan mengamalkan suplemen Vivix® satu sudu sehari. Vivix® terbukti membantu ramai penghidap diabetes menjalani kehidupan lebih sihat dan mengawal gula dalam darah mereka dengan efektif. Ia juga dikenali sebagai tonik ajaib dikalangan penggemarnya. Customer customer saya sendiri juga sudah ramai yg berjaya mengawal kadar gula mereka. Ada yang bermula dengan bacan belasan kini sudah normal dan ada juga yang mendapat kebaikan kesihatan dati sudut lain juga.

Saya sangat cadangkan pengambilan Vivix sebagai supplemen harian kita semua kerana ia sangat efektif bertindak terutama kepada gula dalam darah. Testimoni terbaru akan saya dedahkan sedikit masa lagi. Vivix adalah makanan tambahan yang mampu memperbaiki sel dalam badan manusia. Cuba dan rasai perbezaannya.





Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. Beum ada satu pun yang setandingnya.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel. So bukan penyakit shj dikawal, anda juga boleh awet muda gitu! Banyak sudah testimoni vivix untuk diabetes ni.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
Anda boleh menghubungi saya terus untuk konsultasi di nombor 0192423139 atau whatsapp 0103223139.  Anda juga boleh membuat pesan terus ke Syarikat melalui link dibawah ini. Boleh ikuti langkah langkah Panduan membuat order secara online.                                                                                                                                                                                                                                                          
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
* Vivix® Serba asli. Sudah memiliki 5 Parten. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Sememangnya belum ada tandibgan. Eksklusif untuk Shaklee.


SIDPro

Saturday, May 23, 2015

APA ITU DIABETES DAN FUNGSI INSULIN

Pagi tadi saya mendapat mesej dari seorang kenalan di Facebook yang bertanyakan tentang supplement yang sesuai utk ibunya yang baru didiagnosis menghidapi penyakit diabetes atau kencing manis. Berbagai soalan yang ditanya, saya faham kerisauannya terhadap masalah kesihatan ibunya. Semak punya semak diblog kesayangan ini, mmg banyak entry tentang diabetes dan viewer pun ramai tapi rupanya masih ada yang saya tertinggal, saya lupa untuk membuat entry penjelasan tentang apa itu diabetes dan bagaimana ia terjadi. So, jom saya explain...

Apa itu Diabetes?

Diabetes atau penyakit kencing manis ialah satu masalah apabila tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilan insulin, atau insulin yang dihasilkan oleh tubuh tidak mencukupi atau juga insulin yg dihasilkan tidak bekerja dengan baik. Masalah2 ini menyebabkan kadar gula dalam darah yang diterima melalui pemakanan akan meningkat kerana masalah2 insulin seperti diatas tadi.

Apa itu Insulin?

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pancreas manusia. Insulin berfungsi dengan menukar glukos/gula yang terdapat didalam aliran darah menjadi tenaga. Jadi kehadiran insulin sangat penting bagi mengawal kadar gula dalam darah kita. Insulin ini boleh dianggap seperti sebuah kenderaan yang mengangkut glukos dan glukos akan ditukarkan kedalam bentuk tenaga. Jika glukos tidak ditukar kedalam bentuk tenaga ia akan terus berada didalam darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi.

diabetes, insulin, inject insulin, insulin haiwan, cek diabetes, kencing manis, mellitus diabetes, tips diabetes, apa itu diabetes, apa itu insulin


Pengidap diabetes yang mempunyai masalah insulin tidak mencukupi ataupun tidak boleh dihasilkan, mereka terpaksa mendapatkan insulin yang dihasilkan dari haiwan seperti lembu. Terdapat juga insulin yang diperbuat secara sentetik yang menyerupai insulin manusia. Insulin tambahan ini akan disuntik kebadan pesakit untuk meningkatkan insulin dalam darah pesakit. Tapi tidak semua pesakit memerlukan insulin tambahan ini. Keperluan bergantung kepada tahap dan jenis penyakit diabetes yang dihidapi.

Diabetes terdapat beberapa jenis dan yang utamanya ialah : 

Mellitus Jenis l : Insulin Dependent Diabetes Mellitus (IDDM)

Diabetes jenis ini memerlukan sokongan suntikan insulin sepenuhnya disebabkan tubuh badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin sendiri. Diabetes jenis ini terjadi dikalangan kanak kanak dan diawal remaja. 10% dari jumlah penghidap diabetes adalah dari Jenis 1 ini. Diabetes jenis ini sangat merbahaya jika tidak diberikan perhatian dan pesakit mudah mengalami hipoglasemia. Kebiasaannya insulin semulajadi tidak dapat dihasilkan oleh penghidap diabetes jenis 1 ini adalah kerana faktor genetik ataupun kerana penyakit autoimunne yang menyerang sel2 yang menghasilkan insulin. Diabetes jenis ini boleh membawa maut jika dibiarkan.

Mellitus Jenis ll :  None Insulin Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM)

Diabetes jenis ini merangkumi 90%-95% dari jumlah pesakit diabetes. Diabetes ini biasanya terjadi sejajar dengan peningkatan usia, penambahan berat badan atau obesiti, keturunan atau genetik dan juga gaya hidup yg kurang aktif. Biasanya diabetes jenis ini tidak memerlukan suntikan insulin tetapi perlu dikawal dan pemakanan perlulah dijaga. Untuk mengawal agar kadar gula tidak naik dan merbahayakan kesihatan, set sugar control dari Shaklee adalah sgt sesuai.


Gestational Diabetes ( Diabetes ketika hamil)


Diabetes jenis ini hanya terjadi kepada wanita hamil. Tidak semua wanita hamil akan melaluinya, hanya wanita yang mengalami alahan terhadap glukosa atau yang tidak menjaga pemakanan sewaktu hamil mempunyai risiko menghidapinya. Keturunan atau genetik juga mempengaruhi risiko menghidapi gestational diabetes. Ujian kadar gula dalam darah ke atas wanita hamil akan dilakukan bagi mengenal pasti wanita terbabit berisiko atau tidak. Diabetes ketika hamil membahayakan kedua ibu dan bayi yang dikandung. Saya akan buat entry khas untuk menerangkan diabetes gestational ini sikit masa lagi.

Apapun, jika anda berusia lebih 30 tahun, buatlah permeriksaan kesihatan terutama ujian kadar gula dalam darah. Ujian2 ini boleh dibuat diklinik2 kesihatan mahupun buat sendiri dirumah sekiranya mempunyai glucometer. Ketahui bacaan normal kadar gula dalam darah supaya anda dapat berhati2 dan menjaga pemakanan.



Certified Product Trainer,

Tuesday, February 24, 2015

KOMPLIKASI PENYAKIT DIABETES JIKA TIDAK DIKAWAL


Hari ni nak cerita lagi pasal penyakit yg popular kat Malaysia ni, Diabetes!. Tahukah anda 3.6 juta dari rakyat Malaysia dewasa menghidap Diabetes? Itu angka rasmi yang diumumkan. Tapi angka sebenar sudah tentu jauh lagi besar dari tu sbb ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kesedaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan selagi mereka belum menerima apa2 signal "penyakit" pada tubuh mereka. Betul tak? Minded rakyat Malaysia majoriti nya jumpa doktor, atau cek kesihatan bila sudah sakit! Oklah...tak mo bebel byk2 untuk memberi kesedaran tu...sbb rasanya semua org pun tahu dan "sedar" ianya penting kan? 


diabetes, komplikasi diabetes, kencing manis, pemeriksaan awal, lewat kesan, pemeriksaa diabetes, kencing manis tak terkawal, saraf rosak, masalah mata,


Anda perlu tahu akibat dari kelewatan membuat pemeriksaan dan pengesanan tahap diabetes boleh mengundang risiko dan kemudaratan yang lebih dasyat.

Anda fikir ya...ada tak penghidap diabetes yang meninggal dunia kerana diabetes? Tak de kan? Bahkan, adakah diabetes itu menyakitkan? Tidak! Kalau diabetes itu menyakitkan sudah tentu ramai yang boleh kesan lebih awal...

Kajian menunjukkan dua pertiga dari penghidap diabetes tidak menghiraukan nasihat doktor tentang gaya hidup dan pemakanan mereka. Jadi bagaimana pula jika mereka yang langsung tidak tahu pun mereka adalah penghidap diabetes kerana tidak membuat pemeriksaan? Dan selalunya, bila sudah mendapat komplikasi penyakit (yg menyakitkan) baru mereka tahu dan dikesan ada diabetes. 


diabetes, komplikasi diabetes, kencing manis, pemeriksaan awal, lewat kesan, pemeriksaa diabetes, kencing manis tak terkawal, saraf rosak, masalah mata,
 komplikasi diabetes


Komplikasi penghidap diabetes akibat tidak dikawal dan diambil berat.

1. Sakit Jantung.

Penyakit kardiovaskular adalah penyumbang utama kepada kematian penghidap diabetes. Dua pertiga dari penghidap diabetes menemui ajal disebabkan kegagalan jantung ataupun strok.

Penghidap diabetes adalah 2 kali ganda berisiko mendapat penyakit jantung, walaupun pada usia muda. Hiperglisemia atau glukos darah tinggi dan rintangan insulin menyempitkan arteri juga merosakkan saluran darah dan boleh menyebabkan bekalan darah terputus atau berkurangan sekaligus mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Tapi selalunya gejala penyakit jantung utk pesakit diabetes adalah terselindung dan tidak dikesan lebih awal walaupun dengan adanya teknologi moden. Ia umpama membunuh secara senyap.

2. Masalah mata

Mata meliputi beribu saraf. Dan penghidap diabetes memgalami keradangan saraf akibat dari kadar gula yg tinggi dalam darah. Terdapat 3 jenis komplikasi masalah mata yg dihadapi oleh penghidap diabetes iaitu katarak, glucoma dan retinopati diabetik.

Retinopati diabetik boleh menyebabkan pendarahan dalam mata dan mengakibatkan mata menjadi buta. Namun, jika masalah ini dpt dikesan lebih awal, rawatan VEGF injeksi atau pun kaedah fotokagulasi boleh menyelamatkan mata dari buta.

3. Kegagalan buah pinggang

Diabetes yang tidak dikawal atau dirawat boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang penghidap diabetes. Apabila buah pinggang gagal untuk berfungsi, pesakit perlu rawatan hemodialisis yang tinggi kos. Jika pemeriksaan awal dilakukan, kemungkinan penghidap diabetes dpt mengelakkan ia terjadi.

Mikroalbuminuria dan makroprotienuria adalah 2 pemeriksaan melalui air kencing untuk mengesan sebarang kerosakan dan keabnormalan pada buah pinggang. Pemeriksaan ini perlu dilakukan setiap tahun jika pesakit disahkan menghidap diabetes supaya buah pinggang tersebut dapat dipantau tahap kesihatannya untuk bertahan lebih lama seterusnya mengambil langkah2 sewajarnya.

Terdapat beberapa komplikasi lain juga seperti kerosakan sistem saraf terutama dibahagian kaki akibat dari diabetes. Kita biasa lihat penghidap diabetes terpaksa dipotong jari kaki, atau dipotong kaki apabila saraf dibahagian tersebut meradang dan rosak.

Jadi, sekarang anda tahu akibat2 yang dasyat sekiranya pemeriksaan diabetes tidak dibuat secara kerap dan lebih awal. Jangan tunggu hingga keadaan lebih buruk baru ingin bertindak. Jika anda tidak membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, setidak2nya anda boleh membuat pemeriksaan dirumah sekiranya mempunyai peralatan lengkap. Boleh baca entry sebelum ini tentang cara penggunaan Glucometer dan juga panduan bacaan diabetes jika anda memerlukan rujukan. Jangan biarkan risiko menular secara senyap dlm tubuh anda.


sharing is caring,

mama mia

Monday, February 2, 2015

BERAPA BACAAN NORMAL GULA DALAM DARAH ?



Assalamualaikum...bertemu lagi...hari in saya nak buat sambungan dari entry sebelum ni yang bertajuk Bagaimana Uji Kadar Gula Dalam Darah?....entry kali ni saya nak terangkan pula tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes.

Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?


ok, sebenarnya waktu untuk membuat ujian kadar gula dalam darah adalah bergantung kepada situasi dan keadaan seseorang individu. Biasanya terdapat 4 waktu atau situasi yang membolehkan seseorang doktor ataupun individu mendapatkan bacaan kadar gula dalam darah :

  • (FBS) Fasting Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan dimana individu tersebut telah berpuasa sekurang2nya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
  • (2HPP) 2-Hour Postprandial Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan terhadap individuan selepas 2jam individu terbabit mula makan. Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.
  • (RBS) Random Blood Sugar atau ujian kadar gula secara rawak ini dilakukan tanpa idividu terbabit berpuasa sebelum membuat ujian. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tiggi, kemungkinan besar megidap diabetes. walau bagaimanapun ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut. Perlu ujian selanjutnya.
  • (OGTT) Oral Glucose Tolarance Test yang ini ramai yag biasa dengar kan? Khas buat ibu2 hamil utk pemeriksaan samada mengidap diabetes atau sebaliknya. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk diuji sebelum dan selepas diberi minum air gula.Diabetes merbahaya untuk ibu hamil.

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?


Soalan ni selalu kita dengar kan? sebenarnya bacaan kadar gula dalam darah yang diambil boleh dikategorikan kepada 3 peringkat. Bacaan2 ini hanya diambil kira untuk situasi Fasting Blood Sugar (FBS), 2-Hour Postprandial Bload sugar (2HPP) dan Random Blood Sugar(RSB). Untuk OGTT perlu refer jadual lain. Jom cek anda berada ditahap yang mana.

  • ~ Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes.

  • ~ Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)

Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Tapi sekiranya anda membuat pemeriksaa pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP) bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.

  • ~ Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)

Jika anda mendapat bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), anda adalah penghidap diabetes. Sila dapatkan nasihat doktor segera.


kencing manis, ESP, produk shaklee, diabetes, glucometer, bacaan normal, bacaan diabetes, berapa bacaan diabetes, gula tinggi


Jika anda disahkan menghidapi Diabetes, Jangan panik, insyaallah ada pelbagai cara untuk menanganinya.


Your Trusted SID

Friday, January 30, 2015

BAGAIMANA UJI KADAR GULA DALAM DARAH?

Awal minggu ni aritu balik Kg Melayu Raya, Pontian Johor jenguk mak abah. Walaupun kepenatan sbb 2 hari ada aktiviti dengan Group Shaklee kami, gagahkan diri balik lepas aktiviti Ahad malam Isnin tu. Yerlah bila dapat tahu mak tak sihat dan abah pulak jatuh motor, tak senang hati kalau tak jenguk, apa lagi en Abg PB kita tu...mestilah meronta2 hatinya nak jenguk mak abah dia kan (walaupun dia tak cakap). Mak demam, sejak balik umrah haritu batuknya tak reda2. Abah pulak, jatuh motor masa nak gi solat Suboh di Masjid, risaunya sbb jatuh motor yang haritu pun lukanya belum pulih sepenuhnya, ni dah jatuh lagi....uzur dah mereka berdua tu...

Kami sampai kampung dah tengah malam...Mak pun dah tidur depan TV masa kami sampai. Sib baik abah lom tido...baru nak baring katanya. Terhenjut2 jalannya aku lihat. Hurmmm kesian abah...kesian mak...tapi nampak mereka happy anak menantu balik tanya khabar.

Ok, nak ceritanya pasal kencing manis atau diabetes. Abah adalah pesakit diabetes dan kalau luka mmg sgt2 susah nak sembuh. kalau sembuh parut yang tinggal punyalah berbekas2 kat kaki dia. walaupun parut sbb gatal dan garu, mmg berbekas. Dalam usia abah yang sudah melebihi 80 tahun, dia masih aktif berkebun dan aktiviti kemasyarakatan. Mmg tak boleh duduk diam. Mak pun sama gak. Mmg dua2 jenis urat dawai tau... Mak alhamdulillah xde diabetes, tapi abah la yang ada...so kenalah control makan disamping makan segala vitamin dan ubatan2 dr hospital. Vitamin tu sure lah dari kami...hihi..Mak konsistant minum ESP...abah lak takmo minum ESP...tak kena tekak dia katanya....

Pagi Isnin tu saje2lah sibuk2 menyemak laki bini buat pemeriksaan kesihatan ngan abah. Kat rumah mmg ada alat utk cek tekanan darah dan glucometer utk cek kadar gula dalam darah. both alat ni mmg digunakan oleh abah utk cek terutama sebelum pi pemeriksaan doktor...hahaha...aci kan? takut doktor ke apa? takut doktor bising la tuuuu....

Tak tahu glucometer tu camner? Ok, ni lah dia alat utk mengukur kadar gula atau glucose dalam darah. Comel jer... abah kami, dia guna Brand ni jugak... OMRON.





comel jer Glucometer ni...besar tapak tangan aku 
(kalau tapak tangan Abg PB besaq sgt) hahaha....

 

Apa yang ada dalam set GLUCOMETER?


Ada juga yang tak tahu guna alat nih, yerlah biasanya kalau kat klinik tu doktor atau jururawat dah siap2 kan? so kalau dah ada alat sendiri kat rumah, kenalah belajar cara nak gunakan. Glucometer ni biasanya didatagkan dengan satu set. selain Glucometer, ada juga aksesori lain. Antaranya :

Lancing Device
(Alat seperti pen ini digunakan untuk menempatkan Lancet/jarum bagi medapatkan sample darah pada jari yang ingin membuat ujian kadar gula)

Testing strip
(strip ini adalah komponen yang mengukur kadar gula sebelum meter menunjukkan bacaan)

Lancet a.k.a Jarum
(penggunaan lancet wajib dititikberatkan kebersihan dan perlu ditukar setiap kali orang yang berbeza melakukan pemeriksaan)

Ini aksesori utama yang perlu ada dalam Glucometer set anda. Selain itu, anda juga perlu sediakan alcohol swabs yang boleh dibeli difarmasi sebagai langkah2 kebersihan sewaktu megambil sample darah.


Bagaimana buat Ujian kadar gula dalam darah dengan Glucometer?


Senang jer, lihat gambar dibawah (ambil dr google).

Langkah pertama :
Sediakan Lancet yang bersih dan masukkan kedalam Lancet Device (lancet pen). Jangan Guna Lancet yang telah digunakan terutamaya pada orang lain.

Langkah ke 2 :
Masukkan testing strip kedalama Glucometer, pastikan dalam keduduka yag betul.

Langkah ke 3 :
Ambil alcohol swab dan bersihkan hujung jari yang ingin diambil sample darah. Kemudian ambil Lancet device dan push button disisi pen tersebut. Lap darah yang 1st keluar kemudian picit semula supaya darah baru keluar.

Langkah ke 4 :
Ambil Glucometer dan suakan hujung testing strip pada darah dihujung jari. On atau reset kan Glucometer dan biarkan beberapa saat sehingga bacaan baru keluar. Siap!


gula dalam darah, glucometer, how to use glucometer, bagaimana guna glucometer, diabetes, kencing manis, vivix, set kencing manis, set diabetes, uji darah, uji gula

ok, cukup info ini sahaja dulu untuk entry kali ini, oh ya, ujian yang saya buat aritu memberi bacaan 5.8mmol/L untuk saya dan En Abg PB 5.7mmol/L....dalam kategori berisiko untuk dapat diabetes? takutnya...hehehe....tentang bacaan ini anda boleh baca pada entry saya yang akan datang yer....saya cuba jelaskan nanti....selamat mencuba!

Berapa Bacaan Normal Gula dalam Darah yang sebenarnya?


Your Trusted SID