Showing posts with label ISU : KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label ISU : KEHAMILAN. Show all posts

Monday, December 5, 2016

CARA BELI SENDIRI PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE

Assalamualaikum semua...

Bersawang dah...hahah...fokus kat blog baru jer...kesian blog kesayangan hamba ini...u all kalau nak info2 baru sila ke blog kak miah www.sweetmommystory.com tapi, insyaallah blog ni pun kak miah akan mula kemaskini semula.kemas sawang sawang...kasi wangi wangi skit. hehehe....

Ok, disebabkan beberapa hari ni dpt ramai customer dari blog ni, then ada yg tanya kak miah " macam mana nak buat belian produk melalui order online sendiri?" so kak miah terfikir la nak buat entry pasal tu kat sini. supaya next next time senang kat korang yg duduk jauh dari kak miah selalu pengedar Shaklee Masjid Tanah, Alor Gajah dan Sungai Udang Melaka ni.

So nanti korang follow step step yang kak miah bagi satu persatu ni ya.

1. Login ke website utk shopping produk.


Ok mula mula perlu la login ke website Shaklee2u. Jangan risau jika anda bukan Alhi Shaklee, anda masih boleh terus membuat belian. Website Shaklee anda boleh terus click di button Order online dibawah ni ya.

Klik untuk ke Website Shaklee

2. Paparan AGREEMENT, baca dan fahamkan


Langkah seterusnya ialah memastikan anda baca dan faham mengenai agreement dan terma yang shaklee tetapkan. Agreement ini berkenaan dengan penghantaran produk kepada anda. Penting untuk anda tahu jangkamasa penghantaran dan juga maklumat lain yang perlu.


Jika sudah baca, faham dan setuju ingin meneruskan pembelian, pilih "agree" dan click button NEXT.

3. Pilih Produk yang anda mahukan.


Langkah seterusnya ialah membuat pemilihan produk yang anda inginkan. Didalam Form terdapat senarai dan gambar setiap produk yang "tersedia" di tick di bahagian colum belah kiri. Anda perlu "remove" tick tersebut jika produk itu bukan pilihan anda. Biarkan tanda tick itu jika anda ingin membeli. Kemudian, masukkan kuantiti barang sekiranya anda ingin membeli.lebih dari 1 botol. Yang tersedia hanyalah berkuantiti 1.




4.  Semak jumlah dibahagian bawah senarai. 


Harga mungkin berbeza disebabkan jumlah kos penghantaran di semenanjung dan Sabah Sarawak adalah berlain. Walau bagaimana pun, anda boleh mendapatkan kos penghantaran secara PERCUMA jika anda membuat belian berjumlah RM 800.00 ke atas bagi semenanjung dan RM 1,000 ke atas untuk Sabah dan Sarawak. 

5. Semak jumlah pembelian dan Klik "CheckOut"


Sekiranya anda telah memastikan semua produk yang anda inginkan tersenarai didalam belian. Semak jumlah pembelian anda di bahagian bawah list barangan. Jika seperti yang anda kehendaki, click button "Checkout" untuk meneruskan ke fasa berikutnya.

6. Lengkapkan Maklumat diri dan Alamat Penghantaran.


Ok, ini adalah antara fasa penting yang perlu anda lengkapkan. Shaklee perlukan maklumat lengkap dan alamat lengkap anda bagi memastikan produk sampai dengan selamat ke tangan anda. Semua maklumat dia dalam kotak kosong dibawah perlu diisi sebelum ke step seterusnya. Anda tidak boleh proceed ke langkah seterusnya jika maklumat fibawah tidak langkap. Klick "Continue"

7.  Semak order dan details penghantaran.

Senarai pesanan anda akan dipaparkan sekali lagi untuk semakan. Begitu juga maklumat diri dan Alamat penghantaran. 


8. Klik "Proceed For Payment"


Apabila anda berpuas hati dengan senarai pesanan anda boleh la ke fasa pembayaran pula. Klik " Proceed For Payment"

9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran.


Pembayaran hanya boleh dilakukan melalui Credit Card ataupun Debit Card Sahaja. Jadi tuan puan boleh la mengisi lengkap maklumat kad credit atau debit. Bagi yang selalu membuat pembelian online sudah pasti mahir bab ni kan ?

Selepas lengkap mengisi form ini sila klik "confirm payment".

10. Msos Code langkah terakhir.


Ok, langlah terakhir ialah mengesahkan pembayaran melalui bank masing masing. Contoh dibawah ialah penggunaan kad debit Maybank. Jika kad credit atau debit anda dari bank yang berbeza kemungkinan sedikit berbeza. walau bagaimana pun pengesahan security ini masih pada konsep yang sama.

Sekiranya proses diatas berjalan lancar, anda sudah pun berjaya membuat pesanan produk shaklee secara online. Mudah sahaja kan? Sekiranya berjaya, paparan akhir yang akan muncul ialah Invoice dr pihak Shaklee. Anda diminta untuk Print dan simpan sebagai rujukan. Jika terdapat kesukaran atau pertanyaan boleh direct call or whatsapp saya di nombor 019 2423139.

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, June 2, 2015

KESAN BURUK GDM KEPADA IBU DAN BAYI

Diabetes adalah salah satu penyakit yang memberi komplikasi yang teruk kepada organ dan anggota badan manusia. Kerana itu diabetes diberi gelaran pembunuh secara senyap. Diabetes semasa hamil atau GDM juga meninggalkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang dikandung sekiranya gula dalam darah tidak dikawal. Jom saya kongsikankan apakah kesan kesan buruk yang kemungkinan terjadi kepada mereka yang tidak mengawal GDM semasa hamil.

diabetes semasa hamil GDM, gestesi diabetes, MGTT, hipoglisemia, hyperglisemia, retinopati, dystocia, keputihan,risiko keguguran, polyhydraminos, ketuban berlebihan, preklampsia, komplikasi ibu hamil, komplikasi diabetes, makrosomia, jaundis, kesan buruk diabetes, kesan kehamila GDM

Kesan Buruk GDM kepada Ibu

1. Hiperglisemia

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.
 

2. Hipoglisemia

Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.

3. Keputihan

Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj. 

4. Risiko keguguran

Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM

5. Polihydraminos

Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan. 

6. Preeklampsia

Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.

7. Retinopati

Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.

8. Kegagalan buah pinggang.

Antara komplikasi uatam bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. bagi ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama.

9. Kelahiran melalui pembedahan

Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.



Kesan Buruk GDM kepada Bayi

1. Makrosomia

Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan.Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.

2. Intra uterine death

Kematian didalam kandungan.

3. Hipoglisemia

Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.

4. Lemas semasa kelahiran

Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.

5. Dystocia 

keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.

6. Bayi Jaundis

Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.


Bagi ibu dan bayi yang melalui kehamilan GDM, risiko untuk ibu dan bayi mengidapi diabetes selepas kelahiran juga akan menjadi tinggi. 12 minggu pertama, ibu akan diberikan ujian untuk memastikan diabetes gentesi atau GDM sudah benar benar hilang. Sekiranya ada masih mahu berikhtiar dengan memberikan nutrisi yg hebat dan lengkap untuk anda dan bayi anda, juga sebagai langkah bagi mengelakkan GDM, konsistanlah menggunakan set prenatal yang disediakan khas untuk ibu ibu hamil.


Saya Kongsi!


Friday, May 29, 2015

4 SIMPTOM GDM YANG PERLU ANDA KETAHUI


Sambungan cerita tentang GDM, dah tahukan apa itu GDM? Ha...bagus2...sekarang saya nak cerita pula simptom2 yang biasa kita lihat pada mereka yang menghidapi GDM. Simptom simptom ini kelihatan sama sahaja dengan simptom yg dilihat pada pesakit2 diabetes type I dan type II. Simptom adalah seperti...
GDM, simptom diabetes, simptom GDM. masalah ketika hamil, gula tinggi semasa hamil, diabetes ketika hamil, simptom simptom gula tinggi, kadar gula tinggi dalam darah, dabetes ketika hamil, mengandung dan diabetes, kerap haus, kerap kencing, letih dan lesu ketika hamil, keletihan semasa hamil, rabun semasa hamil, saraf rosak, GDM merosakkan saraf, komplikasi ketika hamil,

1. Lesu dan Keletihan

Apabila gula dalam darah tidak ditukar menjadi tenaga sebab insulin tidak melaksanakan tanggungjawabnyanya, secara automatik badan akan mendapat kesan dari tiadanya tindak balas itu. Kesannya adalah keletihan dan kelesuan yang tanpa disedari sebenarnya merbahayakan kesihatan ibu dan bayi.

GDM, simptom diabetes, simptom GDM. masalah ketika hamil, gula tinggi semasa hamil, diabetes ketika hamil, simptom simptom gula tinggi, kadar gula tinggi dalam darah, dabetes ketika hamil, mengandung dan diabetes, kerap haus, kerap kencing, letih dan lesu ketika hamil, keletihan semasa hamil, rabun semasa hamil, saraf rosak, GDM merosakkan saraf, komplikasi ketika hamil,
Letih dan lesu

2. Membuang air kecil dengan banyak dan kerap.

Semasa hamil, simptom kerap membuang air kecil adalah biasa. Tetapi, jika anda membuang air kecil secara banyak dan kerap, mungkin ada sesuatu, antaranya GDM. Kencing yang banyak akan mengurangkan air dalam badan dan menyebabkan badan terhidrat. Juga tidak bagus untuk anda dan bayi yang dikandung.

3. Dahaga yang melampau

Sama seperti penghidap diabetes type I dan type II, rasa kerap dahaga dan "craving" utk minum manis adalah sgt nyata. Kadang kala, terbangun waktu malam tiba2 rasa tekak sangat dahaga. Simptom dahaga melampau ini berkait rapat dengan simptom kedua tadi.
GDM, simptom diabetes, simptom GDM. masalah ketika hamil, gula tinggi semasa hamil, diabetes ketika hamil, simptom simptom gula tinggi, kadar gula tinggi dalam darah, dabetes ketika hamil, mengandung dan diabetes, kerap haus, kerap kencing, letih dan lesu ketika hamil, keletihan semasa hamil, rabun semasa hamil, saraf rosak, GDM merosakkan saraf, komplikasi ketika hamil,
Kerap dahaga

4. Penglihatan kabur

Penglihatan kabur ada kena mengena dengan saraf, saraf mata adalah sgt sensetif, jika kadar gula dalam darah tinggi, akan berlaku keradangan pada saraf2 terutamanya saraf mata. Jangan biarkan yer terutama ketika anda sedang hamil. Jika terus dibiarkan anda akan menjadi rabun atau hilang penglihatan.

Jika anda menghadapi simptom2 sebegini ketika hamil, kemungkinan besar anda menghidapi GDM, dan akan dikesan melalui MGTT ketika rawatan rutin kehamilan. Elakkan GDM dengan menjaga pemakanan seawal kehamilan dan juga dengan mengamalkan pengambilan nutrisi berkhasiat sewaktu hamil, terutama sekiranya anda antara anda yang mempunyai risiko tinggi terhadap diabetes atau GDM.



Saya kongsi apa saya tahu!

Wednesday, May 27, 2015

6 MASALAH BIASA SEWAKTU HAMIL JANGAN DIBIARKAN


Mendapat perkhabaran bakal menjadi seorang ibu pasti membuatkan anda antara wanita yang paling bahagia. Dalam kegembiraan sudah pasti anda perlu bersedia berhadapan dengan perubahan2 yang bakal anda lalui sepanjang kehamilan. Apapun halangannya tiada yang dapat mengatasi kegembiraan menyambut ahli syurga anda bukan? Berhadapan dengan perubahan hormon, perubahan fizikal dan juga perubahan emosi adalah lumrah bagi seorang wanita hamil. Walaupun secara mentalnya ada mungkin kata "telah bersedia" dan memahaminya, percayalah, mempelajari dan terus mencari maklumat mungkin membantu anda mengurangkan permasalahan tersebut. Jom kita tengok apa masalah dan penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.

1. "Morning sickness" Mabuk dan loya

Ini masalah utama yang dihadapi oleh bakal ibu. Mungkin bukan semua akan "bernasib baik" berpeluang merasainya. Hanya 70% dari ibu2 hamil akan menghadapi morning sickness pada 12 minggu yang pertama kehamilan. Atau mungkin setiap kehamilan tidak sama. Kehamilan pertama hadapi morning sicknes, kehamilan ke dua tidak. Tapi jgn risau, itu adalah normal. Ada juga beberapa tips dan cara mengurangkan dan mengawal morning sickness anda yang mungkin membantu.

2. "Back pain" atau sakit belakang

Sakit belakang biasa menyerang ibu hamil. Ia berkaitan ligamen dan otot anda yang menegang akibat dari perubahan fizikal dan juga hormon. Biasanya kesakitan ini semakin berlarutan selaras dengan tumbesaran kandungan. Anda perlu tahu cara yang dapat melegakan kesakitan belakang badan anda supaya ia tidak membataskan pergerakan dan tugasan harian anda.

3. Cirit birit

Ketika hamil sistem penghadaman akan menjadi sedikit terganggu. kadang kala sistem penghadaman menjadi terlalu perlahan hingga menyebabkan sembelit dan kadang kala terjadinya cirit birit. Keadaan usus wanita hamil juga adalah sensetif dan perubahan atau penggantian cara makan dan jenis makanan juga boleh menyebabkan cirit birit. Perubahan yang dimaksudkan ialah, mengubah jenis makanan kepada yg lebih bernutrisi seperti susu, yogurt dan lain menjadikan perut lebih sensetif. Sekiranya berlalu cirit birit yang terlalu kerap dan menjadikan tubuh anda terhidrat, dapatkan rawatan dari doktor anda dengan segera kerana ia boleh membahayakan diri dan kandungan.

4. Kaki kejang atau "Cramp"

Isu yang paling biasa kita temui dikalangan wanita hamil ialah kejang kaki atau cramp. Kesakitan yang sering dialami ketika tidur malam atau diwaktu pagi. Bahagian betis akan terasa tegang dan keras. Ada beberapa tips untuk melegakan kekejangan ini, antaranya melalukan regangan ringan sebelum tidur, dan ambil makanan yang mengandungi potasium tinggi sebelum tidur seperti pisang. Selain itu, ibu hamil juga seharusnya menambah jumlah pengambilan kalsium seharian mereka. Fungsi kalsium sangat bagus untuk anda dan bayi anda.
 

5. Panas badan

Ini juga masalah biasa yang akan dilalui oleh ibu2 hamil. Perubahan hormon sewaktu hamil menjadikan suhu badan anda maningkat dan sekaligus anda berasa panas badan. Anda hanya perlu memastikan kebersihan dan juga suhu sekililing anda supaya anda berasa selesa. Menjaga kebersihan adalah sgt penting untuk mengelakkan anda mendapat jangkitan kulit seperti ruam akibat dari kekerapan berpeluh. Ibu hamil juga dinasihatkan agar minum byk air supaya tidak berlaku penghidratan. Panas badan juga berkemungkinan menyebabkan anda mudah beremosi. Dapatkan suplemen yang boleh mengurangkan ketegangan atau stress anda seperti B Complex yang kaya dengan asid folik.

6. Yis atau keputihan.

Jika semasa kehamilan terdapat discaj yang keluar berketul2, gatal dan menyebabkan ketidakselesaan, kemungkinan anda menghadapi masalah Yis atau keputihan. Anda digalakkan menggunakan pakaian dalam yang sedikit longgar dan juga menggunakan pantiliner bagi mengelakkan jangkitan terhadap faraj. Sekiranya masalah berterusan dan semakin teruk sehingga mengakibatkan bau dan kegatalan, anda seharusnya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Tingkatkan kebersihan diri sekiranya anda menghadapi masalah ini.


Semua masalah2 diatas adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Tapi, jangan sesekali anda biarkan ianya berlarutan. Cara terbaik anda ingin menangani masalah2 ini ialah dengan meningkatkan pengambilan nutrisi lengkap untuk badan anda dan bayi yang anda kandung. Set Prenatal atau set ibu hamil membekalkan kesemua khasiat yang anda dan kandungan anda perlukan. masalah diatas ini mungkin nampak kecil dimata anda, tapi jika dibiarkan terus kemungkinan masalah akan menjadi lebih serius. Semoga anda melalui saat2 kehamilan dengan ceria dan sihat.


Saya Kongsi!

Wednesday, April 22, 2015

TIPS MENANGANI SAKIT BELAKANG BADAN KETIKA HAMIL

Sakit belakang badan sering menyerang ibu hamil terutama kita di trimester ke 2 dan ke 3. Keadaan ini menyebabkan si ibu tidak selesa dan tidak dpt menikmati hari2 dengan sempurna. Sakit belakang atau "back pain" disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah perubahan postur badan oleh kerana saiz kandungan yang semakin membesar. Selain itu perubahan hormon juga menyumbang kepada sakit belakang kerana perubahan hormon menyebabkan kekenduran kepada ligamen.

Punca dan penyebab kepada sakit belakang badan atau back pain ini mungkin boleh dikurangkan dan dirawat dengan beberapa cara, antaranya ialah :

1. Gunakan tilam dan bantal yg sesuai ketika tidur

Keselesaan sewaktu tidur sangat penting buat ibu mengandung. Pemilihan tilam dan bantal juga memainkan peranan penting, agar sakit belakang si ibu tidak berlarutan dan postur badan tetap terjaga biarpun kandungan semakin membesar. Jangan gunakan tilam yang terlalu lembut dan menyebabkan tulang belakang anda berbentuk curve. Posisi tidur secara mengiring adalah sangat selesa dan memberikan tidur yang berkualiti.

backpain, ostematrix, b complex, hamil, omega guard, sakit semasa hamil, sakit belakang ketika hamil, rawat sakit belakang, sakit pingga, set kehamilan, ligamen sakit, petua hamil, perubahan hormon, masalah semasa hamil
 Posisi tidur yang selesa buat ibu hamil

2. Lakukan sedikit senaman dan regangan

Senaman ringan dan juga regangan boleh melegakan kesakitan belakang badan anda secara beransur2. Cuba untuk konsistan dan anda pasti akan rasa perbezaannya.
backpain, ostematrix, b complex, hamil, omega guard, sakit semasa hamil, sakit belakang ketika hamil, rawat sakit belakang, sakit pingga, set kehamilan, ligamen sakit, petua hamil, perubahan hormon, masalah semasa hamil, senaman hamil


3. Elak menggunakan kasut bertumit tinggi dan berdiri lama.


Larangan khas buat ibu2 hamil yang begitu menitikberatkan penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja merbahayakan anda dan kandungan, tetapi akan menyebabkan postur badan anda tidak berada didalam keadaan relax dan lurus. Keadaan ini menyebabkan sakit belakang terutama apa bila kandungan anda semakin membesar. Gunakan kasut berbentuk sandal atau tapak flat yang selesa.

4. Urutan dapat memberikan keselesaan


Memerlukan pihak ketiga bagi menangani sakit belakang anda. Suami terutamanya haruslah berkongsi suka duka sewaktu proses kehamilan berlangsung. Fahami kemahuan isteri diwaktu sukarnya, ringankan tulang dan tawarkan pertolongan bukan hanya sewaktu diminta. Perhatian suami kepada isteri sewaktu hamil sgt memainkan peranan dalam perubahan fizikal emosi beliau. Urutan dan sentuhan suami mampu melegakan kesakitan belakang isteri dan juga menenang emosi isteri.

backpain, ostematrix, b complex, hamil, omega guard, sakit semasa hamil, sakit belakang ketika hamil, rawat sakit belakang, sakit pingga, set kehamilan, ligamen sakit, petua hamil, perubahan hormon, masalah semasa hamil, senaman hamil
Tenang....

5. Suplemen membantu meredakan kesakitan dan stress.


Sebelum hamil anda dinasihatkan agar mengambil nutrisi secukupnya dari makanan mahupun suplemen, apa lagi ketika hamil dimana anda memerlukan nutrisi untuk 2 orang. Anda perlu tahu kenapa anda perlu ambil setiap supplemen yang dicadangkan. Kenapa anda perlukan Kalsium ketika hamil?, Kenapa B complex sangat penting utk bakal ibu?, Kenapa Protien penting untuk tumbesaran bayi anda dan apa pentingnya kepada anda?, apa pula fungsi Vita C dan Omega yang terdapat dalam set kehamilan?, Apa fungsi Iron dalam Vitalea Iron Formula utk ibu hamil?

Secara ringkasnya, supplemen yang diambil dari set kehamilan juga membantu anda dalam menangani masalah sakit belakang. Antara suplemen yang sangat membantu ialah Ostematrix, B complex dan Omega. Jadi, konsistan mengamalkannya. Suplemen seperti Ostematrix membantu anda dari kekejangan otot dan membina tulang yg lebih kuat. B complex dan Omega pula mempunyai fungsi anti radang dan bagus untuk sistem saraf. ketiga2 ini amat bagus diamalkan oleh ibu hamil, apa lagi sekiranya anda mengalami kesakitan belakang badan.


Sebarang pertanyaan lanjut
whatsapp 0103223139

saya kongsi!

Sunday, April 19, 2015

5 CARA MENGAWAL DAN MENGURANGKAN "MORNING SICKNESS" UNTUK IBU HAMIL


Melihat "double line" di UPT pasti mengembirakan anda yang sudah bergelar isteri. Apa lagi jika yang dinanti sudah lama dihajati. Begitu juga jika anak kedua, ketiga dan seterusnya tetap mengukir senyuman tanda bahagia. Namun ketidakselesaan melanda 12 minggu yang pertama membuatkan sesetengah ibu berfikir untuk hamil lagi. Apapun, ia adalah perkara biasa yang berlaku kepada wanita hamil. Bukan anda sahaja, tapi dianggarkan 70% ibu hamil mengalaminya pada trimester pertama. Beruntung lah jika anda bukan tergolong diantara 70% tersebut, tapi belum tentu anda boleh elak pada kehamilan seterusnya. Peace!

elak morning sickness, mabuk ketika hamil, loya ketika hamil, pening ketika hamil, kurangkan morning sickness, kawal mabuk dan loya, supplemen utk morning sickness, dehidrasi ketika hamil, tangani morning sickness, petua kurangkan morning sickness, 5 petua morning sickness

Oklah takmo bebel2 panjang, disini saya nak kongsikan beberapa tips atau petua bagi anda mengawal dan melegakan sedikit mabuk dan loya akibat dari morning sickess tersebut. Antara tips nya ialah :

1. Kerap makan, tapi dalam kuantiti yang kecil

Jangan biarkan perut anda kosong! Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit tetapi teratur. Sentiasa sediakan makanan bagi mengalas perut supaya badan sentiasa bertenaga. Jika perut kosong, angin akan menyebabkan anda cepat mabuk dan loya selain dari disebabkan perubahan hormon. Jadi, harus menitikberatkan jadual pemakanan anda.

2. Elak makanan berangin, pedas dan berminyak

Kenal pasti terlebih dahulu makanan yang anda ambil. Jika makanan yang anda ambil boleh menyebabkan angin dalam badan, atau membuat anda tidak selesa perut, hentikan pengambilan. Al maklumlah tekak dan citarasa orang mengandung mmg macam2...tapi jangan sampai anda lupa tentang kesihatan diri dan bayi yang anda kandung, itu yang paling utama ok.

3. Makan makanan yang mudah hadam

Sistem penghadaman anda perlu berada dalam keadaan baik. Makanan yang mengganggu sistem penghadaman terutama makanan yang lambat dan susah untuk hadam akan menyebabkan sistem badan dan mood anda terganggu.

4. Minum air secukupnya

8 gelas air masak sehari melengkapkan keperluan harian anda. Muntah2 menyebabkan banyak air dalam badan akan dikeluarkan dan mungkin menyebabkan dehidrasi. Pengambilan air yang cukup adalah salah satu cara bagi memastikan anda tidak dehidrasi yang mana sekaligus mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku kepada ibu hamil. Selain morning sickness, ibu hamil juga menghadapi byk risiko lain jika kekurangan air dalam badan.

5. Ambil supplement yang sesuai

Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mengawal morning sickness ialah dengan mengambil suplemen yang sesuai. Saya suka untuk berikan pelanggan2 saya yang juga bakal2 ibu 2jenis suplemen ini.
  • Peppermint Ginger Plus - suplemen ini membantu melegakan perut dan ketidakhadaman ibu hamil. Ianya bagus untuk melegakan pening dan mabuk ibu hamil disebabkan angin dalam badan. Jika angin dpt dikeluarkan, insyaallah rasa loya juga dapat dikurangkan.

  • Vita C Chewable 100mg - ramai bakal2 ibu yg suka makan asam sewaktu morning sickness, tapi saya lebih suka jika mereka mengambil sesuatu yg lebih bermanfaat seperti vitamin C Chewable ini. Waktu morning sickness memang tekak dan mulut juga berasa tidak selesa. Jadi, dengan mengambil sesuatu yang masam dapat "menyedapkan mulut" tapi pastikan ianya berkhasiat. 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda langsung tidak boleh makan, asyik pening dan muntah yang serius, teruslah mendapatkan khidmat Doktor bagi memastikan anda tidak menghidapi hyperemesis gravidarum yang mana satu keadaan serius yang menyebabkan penyusutan berat badan, degupan jantung kencang dan tekanan darah rendah. Keadaan ini jika berterusan akan mengganggu perkembangan bayi bila mana nutrisi yang secukupnya tidak dapat disampaikan oleh si ibu. Jadi, jangan pandang remeh sekiranya morning sickness anda sudah diluar kawalan. 


Perkongsian hebat!

Tuesday, March 3, 2015

TIROID BAHAYA PADA KEHAMILAN


Assalamualaikum....hari ni saya nak cerita pasal tiroid pula.



Penyakit tiroid sudah biasa kita dengar. Penyakit tiroid adalah salah satu masalah yg berpunca dari sistem endokrin tubuh manusia. Sistem ini berkait rapat dengan hormon badan manusia. Tiroid ketika hamil adalah sangat merbahaya kepada ibu dan sekaligus bayi anda. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera. 

Tiroid yang biasa berlaku semasa wanita hamil adalah bersifat auto imun semulajadi. Maksudnya, tubuh membentuk antibodi sendiri untuk melawan sel2 tiroid. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada fungsi kelenjar tiroid. Antibodi yg menyerang sel2 tiroid menyebabkan keradangan kelejar tiroid (tiroid limfosit) atau penyakit ini dipanggil Hashimoto. Apabila fungsi kelenjar tiroid terjejas, keadaan ini menyebabkan hypotiroidisme.

KOMPLIKASI HYPOTIROIDISME KEPADA KEHAMILAN

Hypotiroidisme memberi komplikasi kepada ibu yang hamil dan juga kepada bayi yang dikandung. Antara komplikasi yang berlaku kepada ibu hamil ialah tekanan darah tinggi, keguguran, kelahiran pramatang, anemia, mudah terkena jangkitan, abruption placenta, arythmia (kelainan pada denyutan jantung) dan sakit jantung. Semuanya komplikasi sgt berisiko tinggi.

Manakala komplikasi yang mungkin akan berlaku kepada bayi yg dikandung ialah bayi berisiko mengalami neonatal hypertiroidisme, intrauterine growth restriction(IUGR), lahir mati, lahir pramatang, dan kemungkinan mengalami kecacatan mental.

RAWATAN PENYAKIT TIROID

Kebanyakan doktor akan menasihati ibu2 yang mempunyai  kelainan pada kelenjar tiroid ataupun mmg mempunyai masalah tiroid untuk menangguh kehamilan sehingga masalah tiroid si ibu dapat ditangani.

Perlu diingat bahawa ujian pengesanan atau ujian darah utk hormon tiroid tidak dilakukan ketika antenatal. Doktor akan hanya membuat pemeriksaan lanjut sekiranya mengesyaki anda ada masalah tiroid. 



Jika tiroid terjadi ketika kehamilan, doktor lazimnya akan menyasarkan kadar hormon tiroid pada batas normal secepat mungkin dengan menggunakan ubatan yg minimum. 

Selanjutnya sekiranya terdapat alahan kepada ubatan yg digunakan utk meredakan hormon tiroid, kemungkinan pembedahan terpaksa dilakukan. Doktor tidak akan memberikan ubat ubatan berdose tinggi kepada pesakit yang hamil kerana ubat ubatan tiroid sgt memberi komplikasi kepada bayi.

tiroid hamil, thyroid, hypotairoidisme, pemeriksaan tiroid, endokrin, komplikasi tiroid, hashimoto, titoid limfosit, bahaya tiroid, supplemet thyroid, suplemen tiroid,

Demikian sedikit sebanyak info untuk panduan kita. Dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mengalami simptom2 tiroid dan jangan lupa untuk menjaga pemakanan.



Tuesday, November 6, 2012

SET NUTRISI IBU HAMIL

Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung

  • (1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik. Asid folik penting untuk pertumbuhan bayi dan mengelakkan spina bifida.
  • (2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya. Sesuai untuk menaikkan paras hemoglobin atau HB mommy yang preggy.
  • (3) Vita-C 500mg - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect. mommy pun tetap cantik dan berseri kulitnya.
  • (4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium 2 gelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi. Bagus utk sakit2 dan lenguh2 badan mommy
  •  (5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali atau dua kali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  • (6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy dan kawal berat badan mommy

Quote from babycenter, :
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)
*Calcium= Ostermatrix

kejang, cramp, simpul biawak,keputihan, yis, morning sickness, loya, mabuk, muntah, panas badan, hamil dan suhu panas, cirit birit, sembelit, back pain ketika hamil, sakit pinggang, cara hilangkan mabuk, kurang morning sickness, kurangkan sakit pinggang, sembelit hamil, ragam hamil, masalah hamil, prenatal, set prenatal shaklee, set hamil shaklee, semengandung shaklee,

* Free vitalea valid from May 2015-October 2015 due to 100 years Celebrating


BOLEH ORDER TERUS