Showing posts with label MASALAH : RAMBUT. Show all posts
Showing posts with label MASALAH : RAMBUT. Show all posts

Friday, October 17, 2014

8 PETUA MILIKI RAMBUT SIHAT DAN CANTIK

Semua orang mahukan rambut yang sihat, hitam berkilat dan juga kuat kan? Tak kiralah yang berambut lurus, kerinting mahupun ikal, semua nak rambut yang sihat. Setelah anda tahu punca kerosakan dan keguguran rambut didalam entry yang lepas, kali ini saya nak kongsikan pula petua2 untuk memiliki rambut yang cantik dan sihat. Selain dari rawatan moden melalui produk penjagaan semulajadi Prosante dan juga amalan makan supplemen, mungkin petua petua mudah seperti dibawah memberikan manfaat untuk anda cuba.

1. Limau purut hilangkan kelemumur.

kulit kepala yang gatal mungkin disebabkan kelemumur. Untuk mengjilangkan kelemumur dan kegatalan anda boleh mengambil 2biji limau purut kemudia dibelah dua. Picit dan gosok limau tersebut dikulit kepala secara rata. Mungkin sedikit pedih terutama jika kulit kepala anda terluka akibat digaru. Selepas 5-10 minit, bilas bersih. Lakukan selang sehari sehingga kulit kepala rasa segar dan kelemumur hilang.

2. Santan Kelapa Hitamkan Rambut.

Rasanya petua yang satu ni ramai yang sedia maklum. Cara dia mudah sahaja, perah kelapa menjadi santan. Sapu rata santan pada seluruh rambut anda kemudia balut rambut dan kepala. Biarlan selama 15-20minit. Cuci hingga persih. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya jika kerap kali anda cuba petua ini. Santan bukan sahaja boleh menghitamkan rambut anda malah menyubur dan menyejukkan kulit kepala.

Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Santan kelapa menyihatkan rambut

3. Lidah Buaya Menguatkan rambut.

Pokok lidah buaya mmg terkenal dengan khasiatnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Salah satu khasiat lidah buaya ialah merawat masalah rambut gugur. Cara mudah petua ini ialah dapatkan lendir lidah buaya dan sapu dikeseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan dlm 15minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan sekerap mungkin insyaallah masalah rambut gugur dan rambut kering dapat diatasi. Selain itu juga ia mampu menyejukkan kulit kepala dan melegakan sakit kepala.
lidah buaya

4. Daun Bunga Raya Melebatkan Rambut.

ok, ramai tahu khasiat daun bunga raya kan? Antaranya ialah menurunkan suhu badan. Terutamanya bagi kanak2 yang kena demam panas. Tapi tahukah anda daun bunga raya juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Caranya...ambil beberapa tangkai daun pokok bunga raya bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bunga raya dalam sedikit air sehingga daun mengeluarkan lendir. Ambil dan lumurkan kerambut dan kulit kepala. Perapkan dalam 10-15minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua atau 3kali seminggu. 


Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Daun Bunga raya


5. Daun Rambutan Merawat Rambut Rosak.

Perghh..kalau tengok buah rambutan yang merah2 nih mmg keliur habis. siapa yang tak makan buah rambutan yang manis berjus ni kan? Semua orangpun suka. Tapi berapa ramai pula yang tahu selain buahnya yang sedap dimakan, daun dari pokok rambutan juga mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya. Daun pokok rambutan dikatakan mampu merawat rambut kerng dan bercabang. Caranya, ambil segenggam daun muda dari pokok rambutan, basuh bersih, ramas hingga daun mengeluarkan lendir, lumur pada rambut dan kulit kepala. Lakukan 3 kali seminggu, insyaallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.


Buahnya sedap, daunnya berkhasiat.


6. Kulit Tembikai Membersihkan Kulit Kepala.

Bahagian lapisan putih pada kulit tembikai dikatakan mampu membersihkan kulit kepala dari kotoran dan habuk. Hanya gosokkan bahagian putih itu kepada kulit kepala dan biarkan 20-30minit sebelum dibilas dengan air bersih. Insyaallah bila kulit kepala bersih, kelemumur tidak mudah mendekati dan rambut akan lebih sihat.



7. Air Rendaman Kacang Hijau Lebatkan Rambut.

Petua ini pula sgt mudah...ambil secawan kacang hijau basuh bersih dan kemudian rendam semalaman kacang hijau terbabit didalam bekas yang mana airnya lebih sedikit. Kemudian tapis dan asingkan kacang hijau terbabit dari air rendaman. Ambil air rendaman dan lumur keatas kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala dan perap dalam sehingga kering. Apabila kering bilas rambut dengan air bersih.

Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa
Air rendaman kacang hijau

8. Yogurt Melembab dan Mengilatkan Rambut.

Sedapnya yogurt!...ha, selain sedap dimakan, yogurt juga boleh dijadikan perapi rambut sekaligus merawat rambut rosak. Yogurt berfungsi melembabkan rambut. caranya, sapu yogurt pada rambut dan biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas. ulang sekerap mungkin bagi merawat rambut. insyaallah, rambut anda akan mudah diuruskan dan menjadi lebih sihat.



Jom kita tengok apa rahsia Puan Maria Alwi untuk mengatasi masalah Rambut Gugur Kronik yang lama menghantui beliau sampai malu dengan suami beliau sendiri. Malu sbb rambut tak lebat. Mana tahu cara beliau lebih mudah dan lebih berkesan kepada anda juga. Jom!



NUTRISI HEBAT UTK RAMBUT YANG SIHAT DAN LEBAT



Petua rambut sihat, petua lebatkan rambut, petua untuk rambut, kacang hijau lebat rambut, kulit tembikai, yogurt utk rambut, petua, daun rambutan, santan lebat rambut, santan kelapa, PROSANTE, ESP, ZINC COMPLEX, B COMPLEX, SET RAMBUT SIHAT
KESIHATAN DARI DALAM



SET RAWATAN RAMBUT





Ok, selamat mencuba!



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet

Thursday, October 16, 2014

9 PUNCA RAMBUT GUGUR DAN ROSAK

Masalah rambut gugur mmg sangat merimaskan. Masalah yang sangat ditakuti oleh kaum wanita. Melihat rambut bertaburan dilantai rumah, terutama di dalam bilik, blik air mahupun disegenap ruang membuatkan hati lebih gelisah. Tapi tahukah anda punca sebenar mengapa masalah keguguran rambut terjadi? 

Terdapat pelbagai punca mengapa terjadinya masalah keguguran rambut kepada wanita. Anda perlu tahu punca sebenar supaya anda boleh mencari rawatan yang paling sesuai dengan puncanya. Jom kita lihat apa punca punca yang berkemungkinan.

1. Bahan Kimia.

Bagi wanita yang gemar menggayakan rambut dengan fesyen terkini seperti meluruskan, mewarna dan mengerintingkan rambut, mereka lebih berpotensi mengalami keguguran rambut. Proses mewarna, meluruskan dan mengerintingkan rambut menggunakan bahan kimia. Kekerapan menggunakn bahan2 kimia ini menyebabkan rambut rosak hingga ke akar rambut. Paling kerap terjadi ialah rambut menjadi kering dan gugur.

2. Perubahan hormon.

Wanita, lumrah mengalami perubahan hormon terutama selepas melahirkan cahaya mata. Senario ini menyebabkan  hormon tidak stabil sekaligus rambut akan gugur dan rapuh. Ada kemungkinan mereka akan mengalami keguguran rambut dlm jangkamasa yang lama. Sila jangan biarkan ianya berlarutan.
rambut gugur, masalah rambut, rambut rosak, set penjagaan rambut, set rambut shaklee, prosante shaklee, punca rambut gugur, nutrien rambut, rambut sihat,


3. Genetik.

Ha, jangan tak tahu faktor genetik juga mungkin adalah salah satu punca yang anda miliki. Genetik seorang ibu atau bapa yang mengalami masalah keguguran rambut apabila usianya meningkat memberikan kebarangkalian yang tinggi kepada seorang anak pula. Faktor genetik ini sangat kuat kebarangkaliannya.

4. Perjalanan darah tidak lancar

Keguguran rambut juga adalah isyarat bahawa sistem badan anda menghadapi masalah. Masalah yang biasanya ialah perjalanan darah tidak lancar. Ia menyebabkan oksigen tidak sampai ke seluruh tubuh badan anda termasuk kulit kepala. Ini menyebabkan akar rambut tidak kuat dan rambut mudah gugur.

5. Tabiat buruk

Sesetengah individu mempunyai tabiat buruk, suka menarik rambut terutamanya ketika mengalami sakit kepala. Tabiat ini bukan sahaja menyakitkan, tetapi boleh mencederakan kulit kepala juga. Akibatnya, akar rambut menjadi lemah dan akhirnya akan menyebabkan keguguran rambut.


rambut gugur, masalah rambut, rambut rosak, set penjagaan rambut, set rambut shaklee, prosante shaklee, punca rambut gugur, nutrien rambut, rambut sihat,
Hati2 memilih produk penjagaan rambut.

6. Produk penjagaan rambut yang tidak sesuai.

Lambakan produk penjagaan rambut dipasaran menjaikan segelintir individu gemar bereksperimen dengan rambut mereka. menukar dari satu jenama kejenama yang lain. Apa yang menjadikannya lebih parah ialah, kebanyakan produk penjagaan rambut dipasaran mengandungi bahan kimia. Selain itu elakkan penggunaan pengering rambut yang kerap. Semua ini boleh menyebabkan kerosakan rambut dan rambut gugur.


rambut gugur, masalah rambut, rambut rosak, set penjagaan rambut, set rambut shaklee, prosante shaklee, punca rambut gugur, nutrien rambut, rambut sihat,

7. Diet tidak seimbang.

Bagi mereka yang gemar menggunakan bahan penambah perasa, makanan segera, makanan diproses, dan juga makanan tinggi lemak dan kolestrol. Keguguran rambut adalah berpunca dari pemakanan anda. Gaya pemakanan begini tidak membekalkan nutrien yang sepatutnya kepada rambut anda, segaligus melemahkan dan merosakan akar rambut.

Ok, sekarang anda sudah maklum tentang punca2 masalah keguguran rambut. Jika anda ada masalah ini, tentu anda sudah dapat kenal pasti mana satu punca masalah anda. Ada punca boleh dielakkan, atau dirawat, so anda tidak perlu risau lagi. Anda boleh semak dalam entry sebelum ini tentang Tips menggelakkan bulu mata dan rambut gugur. atau mungkin juga memilih rangkaian produk yang terjamin 100% semulajadi tanpa bahan kimia iaitu set penjagaan rambut Prosante Shaklee.

rambut gugur, masalah rambut, rambut rosak, set penjagaan rambut, set rambut shaklee, prosante shaklee, punca rambut gugur, nutrien rambut, rambut sihat,
Set penjagaan rambut Prosante

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ad146b968de11f1f6cd49a76f3acc6fa

sementara untuk bekalan nutrien yang cukup kepada rambut anda, anda boleh mencuba Set Rambut Sihat dari Shaklee yang terdiri dari produk asa iaitu Vitamin B complex, Vitamin C dan juga Zinc. Insyaallah masalah anda akan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit sehinggalah anda memiliki rambut yang sihat dan kuat.

rambut gugur, masalah rambut, rambut rosak, set penjagaan rambut, set rambut shaklee, prosante shaklee, punca rambut gugur, nutrien rambut, rambut sihat,

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7427cc88b0300c330f360b2a5a52992a



JOM JANA PENDAPATAN DI SHAKLEE
http://i-cantiksihat.blogspot.com/p/blog-page_28.html



Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet