Showing posts with label MASALAH : CYST. Show all posts
Showing posts with label MASALAH : CYST. Show all posts

Friday, July 20, 2018

OVARIAN CYST - CARA MUDAH KECUTKAN CYST OVARI YANG MENGHANTUI WANITA

Assalamualaikum semua....

Fuhhh.. Punyalah banyak kes cyst setiap hari. Terus terang saya katakan 10 tahun lepas sewaktu saya menghadapi masalah cyst,  Dr Tan yang merawat saya beritahu, 3 orang dari 10 wanita menghidapi masalah cyst. Tapi sekarang saya rasa 7 dari 10 wanita Malaysia ni menghidap cyst! Ada yang kes cyst berulang juga. 


Faktor memakanan zaman ini sangat mempengaruhi kesihatan tubuh wanita. Makin banyak fast food,  makin tinggi kadar masalah kesihatan. Serius tuan puan,  setiap hari bukan sedikit yang menghubungi saya minta konsultasi. Lebih sedih jika yang menghubungi tersebut berhadapan dengan pelbagai masalah berpunca dari cyst yg dihadapi.

Mahu tak stress dan sedih bila yang sudah berumahtangga menghadapi masalah hubungan suami isteri. Si suami ajak melancong berdua pun si isteri takde mood. Nak buat aktiviti lasak sikit pun serba serbi tak boleh.  Badan jadi lemau dan lesu. Anak anak pun terabai dek kerana melayan rasa badan tidak selesa.  Emosi sudah pasti terganggu. Fikiran asyik memikir yang bukan bukan. Paling takut jika cyst adalah kanser. 

Ada kes yang ovari terpaksa dibuang sebelah apabila cyst sudah tidak terkawal.  Yang kes ni si dara yang sudah bertunang dan menunggu tarikh pernikahan.  Pasti remuk hati bila aset kewanitaan terpaksa dikorbankan akibat cyst diwaktu sedang merancang hari bahagia. Menangis memikirkan masa depan. 

Lebih memilukan apabila saya pernah diberitahu ada satu kes dimana pada awalnya dikesan dan dirawat oleh doktor sebagai penghidap cyst,  tapi disahkan kanser setelah pembedahan dilakukan... Sudah pasti sangat menyedihkan. Memikirkan anak anak masih kecil. 

Jadi, cik cik adik dan puan puan tolonglah jangan tunggu lama untuk merawat cyst anda.  Pelbagai masalah dan isu yang akan timbul jika anda asyik menangguh. Kesannya anda sendiri yang akan hadapi. Jika anda disahkan menghidap cyst, jangan panik,  dapatkan nasihat mereka yang berpengalaman dan insyaallah saya juga boleh bantu anda untuk mengatasi masalah cyst ini.

Jika anda ingin mengatasi dan ingin cepat kecutkan cyst anda, saya ada caranya. Tapi sebelum tu,  SILA KLIK VIDEO DIBAWAH untuk anda lebih faham apa yang saya cuba sampaikan.

KLIK PLAY SEKARANG!




Dah lihat video....Jom kita lihat pula....testimoni mereka yang telah berjaya kecutkan cyst secara semulajadi dan selamat.  Tanpa pembedahan atau ubat ubatan. Cuma dengan supplemen semulajadi.


























Itu tadi antara customer customer saya yang berjaya dan gembira dengan result setelah mendapat konsultasi dan mengamalkan supplemen semulajadi yang saya cadangkan.  Alhamdulillah... Belum ada lagi customer yang menghidap cyst kecewa dan hampa setelah mengambil supplemen terpilih. 

Untuk hubungi saya,  anda bolehh call terus no 019-2423139 (azmiah)  atau click link ini utk whatsapp :


Thursday, July 19, 2018

CARA KECUTKAN CYST DENGAN CEPAT DAN PALING SELAMAT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...terus diberi peluang untuk berbakti dan menggembirakan insan lain. Hari ini saya ingin berkongsikan satu kisah dari pelanggan saya sendiri yang menghidap Cyst.

Walaupun testimoni ini sudah saya terima lebih kurang 3 bulan lepas,  hari ini saya nekad nak kongsikan dengan anda semua sebagai panduan dan mungkin ada pembaca lain yang sedang memerlukan bantuan.



Kisahnya bermula apabila ada seorang wanita menghubungi saya dan membahasakan dirinya "kak ida".  Beliau dari selatan tanahair iaitu Kulai Johor.  Kak ida bukan orang pertama yang menghubungi saya dengan kerisauan yang melampau.  Ramai sudah seperti beliau,  jadi saya dapat mengawal situasi agar kak ida lebih tenang utk bercerita masalahnya.

Tarikh kak ida menghubungi saya ialah pada 4hb Nov 2017. Kata kak ida dia ada masalah yang berat tentang kesihatannya.  Dia rasa dia mempunyai simptom simptom cyst atau fibroid atau mungkinkah kanser rahim?  Dalam hati saya,  minta dijauhkanlah dari penyakit kanser pangkal rahim.


hari pertama kak ida hubungi saya

Kak ida cerita dia mempunyai masalah perhubungan suami isteri disebabkan simptom simptom diatas tadi.  Suaminya mula bersikap dingin dan selalu merungut dengan masalah kesihatan kak ida.  Katanya muda muda lagi dah sakit itu ini.  Tak pandai jaga kesihatan dan yang paling sedih,  kak ida hanyalah surirumah sepenuh masa yang selalu ditinggalkan atas tuntutan kerja suami.

Masalah utama kak ida ialah beliau takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan.  Takut nak jumpa doktor dan takut untuk tahu apa penyakit sebenar beliau.  Takut dan tak yakin menyebabkan kak ida selalu down dan murung. Mujur ada anak anak yang banyak membantu kak ida.

Semasa kak ida call pertama kali,  saya meyakinkan beliau agar segera mendapatkan pemeriksaan doktor.  Bimbang jika masalah kesihatan berlarutan dan sukar utk diubati. Alhamdulillah kak ida akur.  Selepas 2 minggu mengumpul kekuatan,  beliau mengajak suaminya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Balik sahaja dari hospital,  kak ida terus menghubungi saya dengan nada yang lebih risau dari kali pertama dia call saya sebelum ni.  Saya ingat lagi kata katanya.... "Miah,  macam mana akak nak buat ni.. Doktor dah sahkan akak ada ketumbuhan... Doktor kata nak operate bulan Febuari tahun depan"
Saya pun cuak jugak,  yerlah kak ida tak nyatakan ketumbuhan apa... Serius sangat ke?.... Saya pun tanya kak ida,  ketumbuhan apa tu kak,  cyst,  fibroid,  atau kanser? Kak ida jawap " cyst mia.. Dah besar.. Doktor nak operate.. " ada nada sedih disebelah sana. Berapa size cyst tu kak?  Tanya saya lagi... "5.5cm mia.... Apa akak nak buat ni... Tak nak belah belah perut... Huhuhu" saya tarik nafas sedikit lega kerana jawapan kak ida agak melegakan saya.

Saya beritahu kak ida... Bertenang dan jangan panik.  Insyaallah ada penyelesaian untuk masalah cyst tu.  Saya pernah handle masalah cyst yang jauh lebuh besar dari tu dan alhamdulillah 100% menemui kejayaan. Atas izin Allah jua. Maka saya pun cerita tentang khasiat vivux pada beliau dan tunjuk testimoni testimoni customer saya sebelum ini. 

Keesokkannya beliau masukkan duit untuk beli twinpack vivix. Kebetulan ada promosi bulan November tahun 2017 tu. Dapatlah beliau dengan harga lebih murah. (Tapi sekarang lagi murah sbb dah tak ada GST.. Hehehe). Saya post vivix kak ida pada hari yang sama dan keesokannya dia terima vivix tersebut.

Saya terus memantau kak ida sepanjang sebulan lebih sebelum check up kali kedua pada awal Febuari 2018. Yerlah,  kena pantau supaya kak ida terus konsistan makan dan tidak culas. Dan supaya resultnya nanti seperti yang saya harapkan.

Alhamdulillah... 9 hb Febuari 2018, kak ida sms beritahu cyst telah "hilang".  Syukur sangat sangat.  Tak perlu dah pembedahan.  Tak perlu dah check up.  Tapi saya masih nasihatkan kak ida agar terus mengambil vivix sebagai makanan tambahan beliau. Lega...dan saya pasti beliau lebih lega dari saya...


berita yang ditunggu tunggu


Pstt... Nak tahu tak...sebelum checkp up kak ida beritahu,  suami beliau skrg lebih ceria dan selalu balik rumah jika ada kelapangan. Tak seperti dulu lagi. Kak ida pun dah semakin cergas dan sihat katanya. Tak lemau atau letih letih macam dulu. Syukur alhamdulillah...Surirumah pun kenalah gojes selalu kan...

                         CARA MUDAH KECUTKAN CYST TANPA PEMBEDAHAN
Klik sekarang!

Begitulah kisah kak ida yang mengamalkan vivix untuk cyst beliau selama hampir 2 bulan. Bukan masalah cyst sahaja selesai,  pelbagai masalah kesihatan juga dapat ditangani. Semoga kak ida terus sihat dan bahagia sekeluarga. Bagi anda yang ada masalah sama seperti kak ida,  jangalah takut untuk membuat pemeriksaan.  Cepat cepat tangani masalah anda. Nak vivix boleh hubungi saya menggunakan link dibawah.




hubungi saya untuk order vivix anda

Saturday, June 9, 2018

BAGAIMANA RAWAT CYST DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT TANPA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum....

Sebelum ini saya ada menulis tentang rawatan dan supplement yang boleh membantu masalah cyst.  Hari ini saya nak menulis tentang Cara merawat dan kecutkan cyst secara semulajadi pula. Mungkin ramai yang merasakan apabila cyst membesar di ovari mereka,  tiada cara lain untuk membuang cyst tersebut kecuali melalui pembedahan. Pengalaman saya 10 tahun lepas,  mmg saya tidak memikirkan cara lain terlebih dahulu. Blur dan lagipun masa tu belum terdedah dengan rawatan semulajadi dari supplemen dan pemakanan.

Pengalaman mengajar...


Bila sudah melalui pembedahan,  tanggunglah sakitnya bertahun. Seperti bersalin ceaser tau. Berhuhuhu sajalah masa tu. Ubat bius pun makan tahun rasanya nak hilang kat perut tempat luka pembedahan ni, Ngilu lagi. Gatalnya jangan cakap, rasa nak menggaru, tapi bila garu tak rasa...boleh faham tak perasaan tu macam mana? adoi...hahaha Ok,  lupakan kisah itu.

Ok, menyesal pun tiada gunakan? So, adik kakak sebelum buat keputusan tu baiklah cuba dulu alternatif yang ada. Kalau dah buat pembedahan sekali pun, ikutilah langkah langkah ini sepanjang kehidupan. Tak rugi pun, malah banyak faedah yang akan anda perolehi kelak. Jom saya terangkan satu satu kaedah alternatif yang boleh anda cuba. 

Berikut adalah langkah langkah yang perlu anda lakukan sekiranya mahu mengecutkan cyst secara semulajadi dan langkah penjagaan selepas rawatan cyst.

1. Jaga Pemakanan harian.

Perkara paling utama ialah jaga pemakanan anda.  Hentikan makanan yang boleh menyebabkan cyst anda semakin aktif. Makan makanan sihat yang sebaiknya disediakan sendiri oleh anda dirumah. Kurangkan bahan perasa dan makanan yang diawet atau ditinkan. Saya faham, makanan mentah zaman ini tak sama zatnya sebagaimana dahulu disebabkan zat galian dari tanah juga semakin berkurang, tetapi sekurang kurangnya ia jauh lebih baik dari makanan yang diproses dan diawet. Lebihkan sayur sayuran, dan buah buahan terutama yang tinggi antioksidan.

2. Elakkan estrogen berlebihan.


Estrogen sangat penting untuk sistem tubuh manusia, tetapi estrogen berlebihan boleh menyebabkan gangguan kesihatan seseorang. Salah satu punca keaktifan cyst pada seseorang wanita ialah disebabkan tingginya kandungan estrogen dalam tubuh. Ketidakseimbangan hormon ini banyak menyebabkan masalah kepada wanita seperti masalah kesuburan, haid tidak teratur, masalah fibroid, endomestriosis, PCOS dan sewaktu dengannya. Rambut gugur juga tanda tanda estrogen berlebihan.

Estrogen dihasilkan melalui lemak didalam badan seseorang dan juga dari sumber makanan. Jadi, bagi penghidap cyst kawalan estrogen ini adalah sangat penting dengan kawal makanan yang menyumbang estrogen bagi mengurangkan kewujudannnya. Makanan seperti kekacang seperti soya, sayuran seperti kacang buncis dan juga alfalfa boleh dielakkan sekiranya menghidap cyst. Selain itu, estrogen yang terhasil dari bahan kimia juga harus dielakkan. Ia dipanggil Xenoestrogen yang mana terdapat pada plastik dan polisterin.

3. Dapatkan berat badan ideal

Bersenam untuk berat badan ideal

Antara cara untuk mengecutkan cyst ialah dengan dapatkan berat badan ideal. macam yang saya katakan tadi, ia ada kena mengena dengan hormon estrogen yang terhasil dari sel sel lemak dalam badan. Jadi, dengan menurunkan kadar lemak, bermakna estrogen juga dapat dikurangkan. Semestinya senaman adalah aktiviti fizikal yang sangat bagus untuk pembakaran lemak. Jadi, bagi anda yang menghidap cyst adalah penting menurunkan berat badan dan mengamalkan cara hidup yng sihat.

4. Amalkan makanan antioksidan tinggi.


Ini adalah langkah paling penting bagi memastikan cyst yang anda hidapi benar benar memberi result positive dalam usaha untuk mengecut dan melenyapkannya. AntiOksidan tinggi adalah musuh utama kepada radikal bebas dan sel sel abnormal. Antioksidan adalah pemicu kepada pengecutan cyst atau fibroid. Lebih tinggi antioksidan yang anda ambil, insyaallah lebih mudah untuk cyst atau fibroid mengecut.

Antioksidan boleh di dapati dari pemakanan anda. makanan seperti anggur dan berries, brokoli, chia seed, durian belanda, avocado adalah antara yang mengandunggi antioksidan. Tapi ada satu makanan yang paling tinggi antioksidan dan telah banyak membantu wanita untuk mengecutkan cyst dan fibroid mereka. Vivix, adalah makanan yang direka khas dari sumber botanikal 100% yang sangat tinggi antioksidan. Banyak sudah terkumpul testimoni testimoni kejayaan vivix dalam menyelesaikan masalah kewanitaan.
Jom tonton video pendek ini sebentar sebagai panduan pemilihan makanan yang perlu anda pelajari sekiranya anda adalah penghidap cyst. PLAY NOW!





Tuesday, June 5, 2018

CYST UKURAN 7.0CM "HILANG" KETIKA HAMPIR TARIKH PEMBEDAHAN

Assalamualaikum semua....

Salam 21 Ramadhan...10 malam terakhir untuk direbut insyaallah. So, hari ni saya nak kongsikan satu lagi pengalaman saya memberi konsultasi pada seorang pelanggan yang menghidap CYST. Wah rasanya banyak dah saya kongsikan testimoni-testimoni pelanggan sayang yang menghidap cyst kan? 

Terbaru testimoni dari Kak Ida, kulai Johor...sebelum tu dari Kak watie yang seperti mengandung 7 bulan, Testimoni Puan Suzi yang bukan shj ada cyst, ada lump di breast juga akhirnya berjaya hamil lepas cyst kecut, wahh banyak dah testimoni saya kongsikan. semoga memberi manfaat pada anda semua.

Testimoni pelanggan saya hari ini adalah datang dari seorang surirumah. Puan Fasiha namanya. Saya masih ingat hari pertama dia menghubungi saya sebelum kami bertemu. Pada asalnya beliau mencari GLA Complex sebagai ikhtiar cyst yang sudah berukuran 7.0cm. Tapi saya syorkan beliau Vivix untuk masalah beliau memandangkan tarikh pembedahan sudah ditetapkan pada mid April nanti.  

Hari pertama Puan Fasiha Menghubungi saya



Sewaktu kami bertemu,  syukur Puan Fasiha ditemani oleh suami beliau juga. Jadi,  penerangan saya boleh difahmi oleh suami beliau juga. Oleh kerana suami Puan Fasiha adalah pengamal supplemen tegar,  beliau tidak teragak agak untuk membeli Vivix walaupun isterinya rasa takut membebankan. Suami Puan Fasiha bijak membuat pembandingan,  "pilih yang terbaik utk kesihatan... No option! "

Puan Fasiha gembira kerana suaminya membelikan vivix untuknya. Tanda kasihnya suami pada si isteri. Sudah tentu nakkan si isteri sihat sentiasa dan terus ceria didepan mata.  Jadi,  bermula la episod Puan Fasiha mengamalkan vivix setiap hari. 

Sehinggalah tiba 11 April 2018, Puan Fasiha menghubungi saya semula untuk memberitahu berita gembira. Cyst 7.0cm beliau telah "hilang" dan pembedahan dibatalkan. Alhamdulillah... Saya turut bersyukur kerana telah memberikan konsultasi yang tepat dan Puan Fasiha bahagia tidak perlu jalani pembedahan. Jika dikira dari hari pertama Puan Fasiha menghubungi saya... 20 March 2018, hingga 11 April 2018 tak sampai 1 bulan beliau mengamalkan vivix. Amazing!

Berita gembira yang dimaklumkan oleh Puan Fasiha


Tapi, perlu saya nyatakan disini, keputusan bagi setiap individu adalah berbeza beza. Ada yang tak sampai sebulan, ada yang 2 bulan, ada yang perlu lebih masa dari itu. Semuanya bergantung kepada Jenis jenis Cyst yang dihidapi oleh individu masing masing. Bagi Puan Fasiha, kemungkinan beliau menghidapi cyst jenis Luteal Cyst yang mana folikel terus membesar selepas membebaskan ovum dan dimana didalamnya hanya mengandungi cecair sahaja. walau bagaimana pun cyst jenis ini boleh mengakibatkan ovari berpusing (twisted) dan menyebabkan kesakitan sekiranya ia terlalu besar dan pecah sendiri. Mujur beliau cepat bertindak mengamalkan vivix.

ok itu sahaja cerita tentang Puan Fasiha dan semoga beliau dikurniakan zuriat lagi sebagaimana yang beliau harapkan. Sepanjang tempoh konsultasi saya juga menasihati agak Puan Fasiha menjaga pemakanan beliau untuk kesan yang lebih efektif dan cepat. Jika anda mengalami masalah yang sama seperti Puan Fasiha, jangan malu untuk menghubungi saya dan jagan lambat untuk mendapatkan Vivix anda.


Hubungi saya untuk order Vivix anda

whatsapp Link

Sunday, June 3, 2018

MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH PENGHIDAP CYST

Bismillahirahmanirahim....

Setelah hampir 3 tahun tidak menulis di blog ini, kerana fokus pada blog satu lagi iaitu sweetmommystory.com hari ini saya menulis semula bagi memberi input baru kepada pembaca blog ini. Insyaallah sesekali saya akan berkongsi penulisan disini bagi memastikan blog ini tidak terus tenggelam...

Tajuk saya hari ini berpandukan entry paling TOP di blog ini iaitu entry tentang CYST. So, apa yang ingin saya kongsikan hari ini ialah satu persoalan yang sering ditanya oleh customer vitamin saya iaitu " apa makanan larangan dan pantang larang untuk penghidap cyst? " Senyum dulu bila saya dengar persoalan ini. 

Sebenarnya, makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap cyst atau bagi mereka yang ingin mencegah kehadiran cyst adalah semua jenis makanan yang tidak sihat. Faktor pemakanan tidak sihat adalah faktor utama penyumbangan peningkatan bilangan penghidap cyst.

Benar, peningkatan peratusan gadis dan wanita yang menghidap cyst semakin meningkat dari hari kehari. saya boleh anggarkan berpandu pada aduan dan konsultasi yang saya buat untuk golongan ini. Ha, melalui entry saya Apa itu Cyst? Bahayakah Cyst? sudah dapat saya anggarkan bilangan yg semakin meningkat.

walaubagaimana pun, saya cuba untuk ringkaskan soal pemakanan ini. Ada beberapa makanan yang menjadi penyebab utama kepada tumbesaran cyst. Jom saya kongsikan dengan anda semampu saya.

1. Daging merah

Daging adalah makanan yang paling lambat untuk dihadamkan oleh sistem pencernaan manusia.  Dinasihatkan agar pengambilan daging dihadkan atau dielakkan.  Daging adalah sumber protien yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel sel cyst menjadi semakin aktif. 

Daging merah


2. Gula Ringkas

Gula adalah musuh utama yang perlu dititik beratkan dalam pemakanan harian.  Jika dilihat zaman ini,  pengambilan gula dalam makanan sangat membimbangkan. Pelbagai makan viral yang muncul seperti ais milo kepal,  teh tarik melimpah,  eh macam macam lagi la... Seram melihatnya. Itu tak cerita tentang pewarna lagi tu... 

Gula ini bukan sahaja kepada penghidap cyst,  semua dari kita pun harus berjaga jaga.  Gula ringkas merupakan makanan kepada sel sel abnormal. Semakin banyak kandungan gula dalam badan,  sebakin bertambahlah tumbesaran cyst. 


3. Kentang goreng atau cips

Kentang goreng dan chips juga adalah makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap cyst.  Makanan ini sangat tidak sihat disebabkan kandungan garam yang tinggi dan juga sangat menyerap minyak. 

Kentang goreng

Kentang adalah sumber karbohidrat yang tinggi dan menyebabkan ia menjadi gula dalam darah apabila insulin tidak dapat menukarnya menjadi sumber tenaga.  Peningkatan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan sel cyst semakin aktif dan membesar. 

4. Jeruk

Satu lagi makanan tidak sihat yang sedap tapi amat merbahaya.  Jeruk adalah makanan yang diawet dengan gula yang sangat tinggi.  Pengalaman saya zaman anak dara dulu inilah makanan yang sering menjadi peneman saya. Lepas dinasihatkan oleh doktor sewaktu didiagnos memiliki cyst,  saya terus berhenti makan jeruk. 


5. Makanan dalam tin

Satu lagi makanan yang boleh menyebabkan tumbesaran cyst menjadi aktif ialah makanan yang ditinkan. Sebagaimana semua tahu,  makanan tin telahpun diawetkan bagi menjaga qualiti makanan tersebut,  tetapi ramai yang tidak tahu bahawa bahan pengawet tersebut adalah merbahaya jika diambil berterusan dalam tempoh yang lama. 

6. Daging proses

Apa itu daging diproses?  Ha... Daging diproses adalah seperti hot dog atau sosej,  nugget,  ataupun daging burger.  Produk produk ini juga mengandunginbahan pengawet yang tinggi dan sangat menyebabkan sel sel cyst menjadi aktif. Jadi,  jika anda penghidap cyst atau pun ingin mencegah cysst elakkan pengambilan daging diproses. 

7. Air berkarbonat


Air karbonat

Air karbonat adalah tidak memberi apa apa khasiat langsung kepada tubuh kita kecuali menyebabkan gula yang tinggi dalam badan seseorang. Sebagaimana yang saya beritahu sebelum ini, gula adalah makanan kepada sel sel abnormal seperti cyst dan kanser. 

Klik Sekarang!

Jadi,  itu tadi 7 jenis makanan yang boleh menyebabkan cyst anda semakin membesar dan juga cyst anda tidak mengecut walaupun anda sedang menerima rawatan. Jaga pemakanan adalah keutamaan dalam merawat cyst atau simptom simptom cyst. 

Semoga artikel ini bermanfaat... Sekian.  Terima kasih. 

Jom lihat testimoni pengguna Vivix untuk Cyst :





hubungi saya untuk order Vivix anda sekarang!

link whatsapp saya

Sunday, March 8, 2015

RAWATAN DAN SUPLEMEN YANG MEMBANTU MASALAH CYST

Sambungan dan mungkin entry terakhir bercerita tetang Cyst. Banyak dah saya kupas tentang cyst di entry entry lepas. Semoga memberikan info info berguna buat anda semua. Kali ni saya nak cerita tentang rawatan yang boleh dilakukan kepada seorang penghidap cyst. 

Apabila seseorang wanita itu disahkan menghidapi cyst, doktor akan melakukan memeriksaan terlebih dahulu untuk mengambil details tentang cyst termasuk saiz cyst, lokasi cyst berada dibahagian mana, dan juga jisim cyst tersebut sama ada terdiri dari cecair, pepejal mahupun gabungan keduanya. Kebiasaannya cyst yg berukuran 5cm kebawah, doktor tidak akan membuat apa2 proses rawatan dan hanya memantau secara berkala jikalau tumbesaran cyst bertambah. Apa rawatan yang sesuai?

LAPAROSKOPI

Rawatan laparoskopi dilakukan dengan membuat tiga lubang dibahagian pelvik. Satu lubang untuk dimasukkan kamera dan 2 lubang lagi utk peralatan untuk membuang cyst tersebut. Kebiasaannya rawatan ini dilakukan sekiranya cyst berukuran kecil atau lokasi mudah utk dicapai. Cyst yang berjisim cecair biasanya menggunakan kaedah ini. Kaedah ini juga digunakan untuk mengambil sample (biopsy) untuk ujian kanser.

cyst, supplement shaklee untuk cyst, supplement untuk cyst dan fibroid, rawatan cyst, takut cyst,
Laparoskopi

PEMBEDAHAN



Klik Now!

Pembedahan adalah pilihan terakhir yang diberikan oleh doktor, sekiranya anda disahkan mempunyai cyst yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk megeluarkanya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama sama dengan cyst. Apa2 pun dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.

cyst, supplement shaklee untuk cyst, supplement untuk cyst dan fibroid, rawatan cyst, takut cyst,

Dari segi perbelanjaan pula, jika anda mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, kos adalah sgt rendah tetapi, jika seperti kes saya, pembedahan perlu dilakukan segera sebelum cyst pecah dan saya perlu menunggu giliran yang makan masa agak lama jika di hospital kerajaan. Jadi saya terpaksa ke hospital swasta melakukan pembedahan segera dan perbelanjaan untuk pembedahan tersebut shj hampir kepda RM4,000 tidak termasuk rawatan susulan.

SUPLEMEN UNTUK MENGECUTKAN KETUMBUHAN CYST


Sebagaimana yang anda ketahui melalui entry entry saya sebelum ini, cyst boleh hilang dalam masa 1 hingga 3 bulan sekiranya badan anda mampu memberikan nutrisi dan juga keseimbangan hormon. Tapi jika cyst terus membesar, anda perlu lakukan sesuatu agar ia tidak terus membesar. Antara ikhtiar yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil suplemen bagi memberi nutrisi yang mampu membina sel sel baik dan membantutkan atau memusnahkan sel sel yang tidak sihat seperti cyst.


cyst, supplement shaklee untuk cyst, supplement untuk cyst dan fibroid, rawatan cyst, takut cyst,

ORDER TERUS ONLINE




ORDER TERUS VIVIX


Pengambilan supplemen bukanlah bertujuan utuk merawat cyst yang sedia ada dengan pantas, terutama jika cyst tersebut sudah melebihi 5cm. Tetapi pengambilan set ini adalah untuk mencegah terjadinya tumbesaran cyst sekaligus membantutkan kejadian cyst tersebut. Ini adalah sebagai ikhtiar yang lebih rendah kos nya dan sekaligus memberikan kebaikan kesihatan dari setiap sudut badan anda. Set kedua iaitu Vivix adalah antara yang paling mendapat tempat dihati penghidap cyst yang telah mencuba. Selamat Mencuba!


Entry sebelum ini yang berkaitan

Apa itu Cyst? Bahayakah Cyst?
Simptom simptom Mengesa Ovarian Cyst
Pemeriksaan dan teknologi mengesan Cyst
Jenis jenis cyst yang sering dihadapi wanita




hubungi saya untuk order vivix anda sekarang!

link whatsapp saya

JENIS JENIS CYST YANG SERING DIHIDAPI WANITA


Ok, sekarang anda dah tahu simptom simptom, cara utk mengesan dan pemeriksaan cyst, dan juga dah baca pengalaman saya semasa menghidapi cyst....sekarang anda perlu tahu pula jenis2 cyst yang biasanya dihidapi oleh para wanita. agak komplikated kan? tapi slow2....diharapkan artikel artikel ini semua dapat membantu anda.

JENIS- JENIS OVARIAN CYST

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst, Yang paling biasa ditemui ialah functional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau lebih mudah sewaktu ovulasi. Functional Cyst terdapat dalam 2 jenis iaitu Follicle Cyst dan Luteal Cyst. dua jenis cyst ini mudah hilang dalam masa 1-3 bulan sahaja. saya cuab jelaskan lebih terperinci dibawah yer...bersama2 jenis cyst yang lain.


  • FOLLICLE CYST

Cyst ini terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepas telur(ovum) tetapi terus membesar dan berkembang. Kebiasaannya cyst jenis ini akan hilang dalam masa 1-3 bulan kitaran.

cyst, jenis cyst, sista ovari, ovary cyst, dermoid cyst, luteal cyst, endometriosis,
             Luteal Cyst                           Follicle Cyst                

  • LUTEAL CYST

Cyst jenis ini terjadi apabila selepas folikel membebaskan telur (ovum), tetapi bila ovum sudah dibebaskan kantung terus membesar. Kebanyakan cyst seperti ini akan hilang dalam beberapa minggu shj. Ia mampu membesar kadang-kadang melebihi 5cm. Cyst ini boleh pecah dan meyebabkan ovari berpusing (twisted ovary) dan sakit.

  • ENDOMETRIOMA ( CHOCOLATE CYST)

Cyst jenis ini terjadi kepada wanita yang mempuyai masalah endometriosis. Masalah ini terjadi ialah apabila tisu lapisan rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim. Cyst ini menyebabkan kesakitan terutama semasa hubungan intim dan semasa haid. Endometriosis adalah peyebab uatama kemandulan terhadap wanita.


cyst, jenis cyst, sista ovari, ovary cyst, dermoid cyst, luteal cyst, endometriosis,
Endometrioma cyst

  • CYSTADENOMA

Cyst jenis ini juga menyebabkan kesakitan. Cyst ini terbentuk daripada sel-sel dipermukaan luar ovari. Ia selalunya dipenuhi denga cecair kekuningan dan pekat. Cyst jenis juga mampu membesar.

 

  • DERMOID CYST

Ha, cyst jenis ini yang saya hadapi dulu. Cyst jenis ini  mengandungi pelbagai jenis tisu primitif  seperti bahan bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Cyst jeis ini juga mampu membesar.

cyst, jenis cyst, sista ovari, ovary cyst, dermoid cyst, luteal cyst, endometriosis,
Dermoid cyst


  • POLYCYSTIC OVARI

PCOS, Cyst jenis ini pula disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda disebabkan berlakuya ketidaksimbangan hormon. Biasanya penghidap mempuyai kitaran haid yang tidak teratur.



ok, bykkan jenis cyst? Ada yg nampak tak serius, ada juga yg agak menakutkan. Tapi walau apa pun anda jangan down atau give up untuk merawat jika anda menghadapi masalah ini. Masih ada byk cara untuk anda ikhtiar mengelakkan dan menangani masalah ini.

Klik Sekarang!



hubungi saya untuk order vivix anda sekarang!

link whatsapp saya :

PEMERIKSAAN DAN TEKNOLOGI UNTUK MENGESAN CYST


Salam semua....
Sambung lagi cerita tentang Cyst...bukan apa, saya tahu cyst ni mmg penyakit yang paling glamer buat kaum wanita kan...so kenalah wanita2 diluar ada info sepatutnya atau cara2 menangani masalah ini. 

Jika anda  merasakan adanya simptom simptom Cyst Ovari pada diri anda. Jangan berlengah untuk membuat pemeriksaan. Terus ke klinik perubatan berhampiran untuk pemeriksaan. kebantakan cyst dikesan melalui pemeriksaan pelvik yang rutin (pelvic examiation). Sebagaimana pengalaman saya dikesan menghidap cyst 7 tahun lepas, melalui pemeriksaan diklinik. Jom saya kongsikan sedikit info yang saya tahu tentang pemeriksaan2 dan rawatan yang biasanya dilakukan untuk penghidap cyst.

Beberapa ujian yang biasanya dilakukan untuk membantu dalam perawatan cyst ialah :

ULTRABUNYI (ULTRASONOGRAM)

Ujian ini biasanya dilakukan untuk melihat sista tersebut dari segi bentuk, saiz, lokasi dan jisim iaitu sama ai dipenuhi cecair, pepejal atau campuran. Biasanya boleh dibuat pemeriksaan dimana2 klinik yang mempunyai kelengkapan ultrasonogram.


UJIAN KEHAMILAN

Ujian kehamilan boleh dilakukan untuk memastikan tiada kehamilan kepada pesakit bagi memastikan sebarang rawatan selanjutnya tidak memudaratkan sekiranya adanya kehamilan. Terdapat juga wanita yang menghidapi cyst sewaktu hamil. Doktor biasanya menasihatkan wanita hamil agar lebih mengutamakan kehamilan dan memantau size cyst sebab kebanyakkannya cyst tidak membesar bersama2 dengan janin.


UJIAN TAHAP HORMON

Ujian tahap hormon dilakukan bagi mengenalpasti sekiranya penghidap menghadapi masalah berkaitan dengan keseimbangan hormon atau terdapat penyakit lain yang berkaitan dengan hormon.

UJIAN DARAH

Ujian ini dilakukan untuk mengetahui jika cyst tersebut kemungkinan kanser. Contohya sejenis protien di dalam darah yang dipanggil CA-125, jumlah protien ini adalah lebih tinggi sekiranya pesakit tersebut mengidapi kanser ovari. Jika hanya Cyst, bacaan protien tersebut adalah normal.

cyst, rawatan cyst, pemeriksaan cyst, kesan cyst, simptom cyst, ujian cyst, ujian darah, ultrasonogram kesan cyst, ujian darah kesan cyst, cyst ketika hamil, teknologi kesan cyst, sakit puan, supplement utk cyst, elak cyst


Terdapat juga ujian pengimejan yang lain seperti Imbasan CT, MRI, dan pancaran positron tomography (PET). Ujian ujian pengimejan ini boleh memberikan gambaran yang lebih terperinci dan jelas mengenai jenis jenis cyst yang dihidapi. Jadi sekiranya anda ingin melakukan pemeriksaan, ujian2 seperti diatas boleh dilakukan segera dan mendapat keputusan yang lebih tepat dan cepat.





hubungi saya untuk order vivix anda sekarang

link whatsapp saya :

Thursday, March 5, 2015

SIMPTOM SIMPTOM MENGESAN OVARIAN CYST

Assalamualaikum....dah baca tak pengalaman saya tentang Cyst dalam entry sebelum ni? Ok hari ni saya share tentang simptom simptom penghidap cyst yang saya dapat melalui pembacaan dan juga pengalaman saya dulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua. 

SIMPTOM SIMPTOM OVARIAN CYST

  •  Tekanan, Bengkak atau sakit dibahagian perut dan pelvik.


Ini simptom yang paling selalu dihadapi oleh pengidap cyst. Pesakit akan merasa bahagian perut dan pelvik semakin membengkak atau membuncit. Kadangkala diikuti dengan kesakitan yang tidaklah terlalu kuat tetapi menyebabkan tidak selesa. Biasanya keadaan ini berlaku setelah cyst membesar atau sudah memenuhi ruang dan memberi tekanan kepada organ berhampiran seperti buah pinggang atau pundi kencing.

Saya juga mengalami simptom ini sebelum saya mengetahui bahawa terdapat cyst di ovari saya.

simptom cyst, simptom sista ovari, sakit bahagian perut, shaklee cyst, pendarahan abnormal, bleeding, ketidaksuburan, ganggu fungsi ovari, cyst bahaya,perut buncit sbb cyst, sakit ketika seks, sakit ketika haid
Sakit pada bahagian tertentu

  • Masalah pembuangan Air kencing.

Cyst yang dikesan lebih lewat dan telah membesar akan menyebabkan gangguan kepada organ lain terutamanya pundi kencing yang terletak berhampiran dengan ovari. sekaligus akan menyebabkan masalah pada pembuangan air kencing seperti kerap kencing dan tidak lawas. Cyst yang membesar akan memberikan tekanan terhadap pundi kencing

Simptom ini saya hadapi dan sehingga menyebabkan saya mendapat masalah kencing kotor atau UTI akibat dari pembuangan air kencing yang tidak teratur.

  • Sakit Semasa Hubungan kelamin atau semasa Haid

Pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin ataupun sewaktu haid akan menyebabkan cyst turut terlibat. Pesakit akan merasa sengal dan sakit dibahagian cyst.

simptom cyst, simptom sista ovari, sakit bahagian perut, shaklee cyst, pendarahan abnormal, bleeding, ketidaksuburan, ganggu fungsi ovari, cyst bahaya,perut buncit sbb cyst, sakit ketika seks, sakit ketika haid



  • Pendarahan tidak normal

Cyst sebenarya mula terjadi semasa proses ovulasi wanita. Semasa proses ovulasi ini, perubahan perubahan hormon menjadi faktor utama perkembangan cyst sekaligus menentukan sama ada cyst hilang secara semulajadi ataupun ianyanya terus membesar. akibat dari perubahan2 hormon ini, sistem peranakan wanita yang sgt sensetif kemungkinan akan terjadinya pendarahan yang tidak normal seperti pendarahan yang berpanjangan tapi sedikit.


Selain dari simptom2 diatas, ada beberapa lagi simptom seperti pertambahan berat badan, sakit di payudara dan juga rasa tidak selesa pada belakang dan peha. Sila dapatkan pemeriksaan dari pakar sakit puan sekiranya anda mengalami simptom2 seperti diatas. Jangan tunggu untuk membuat pemeriksaan dan pengesahan.


Sebagai seorang wanita yang telah berumahtangga, saya sangat syorkan untuk anda semua yang merupakan wanita juga untuk menjaga kesihatan dan mencegah segala ketumbuhan yang tidak normal seperti Cyst, Fibroid, dan Lump. Ketumbuhan ketumbuhan seperti ini sememangnya sangat mudah diperolehi bagi wanita. Cegah lebih baik dari mengubati. Saya mencadangkan agar wanita wanita mengamalkan Vivix sebagai supplement anti-aging yang mempunyai resveratrol tinggi dan juga bersifat anti oksidan tinggi yang mampu menembusi sel sel tubuh manusia dan menentang radikal bebas didalam tubuh kita. Jika anda memerlukan konsultasi, sila hubungi saya di 0192423139  atau anda juga boleh terus membuat belian melalui link dibawah.

ORDER TERUS VIVIX ANDA




hubungi saya untuk order vivix anda sekarang!

link whatsapp saya

APA ITU CYST? BAHAYAKAH CYST?



Mengimbau kenangan 7 tahun dulu sewaktu disahkan terdapat cyst sebesar 8 cm di dalam rahim saya, ngeri rasanya. Segalanya2nya bermula apabila bahagian bawah perut belah kiri selalu sengal dan sakit2. Dan pada satu hari saya mengalami masalah susah utk kencing. Pundi kencing rasa penuh tapi kencing tidak lawas. Saya terus membuat pemeriksaan disebuah Poliklinik dan mendapati saya terkena UTI atau kencing kotor, tapi apa yang lebih mengejutkan ialah doktor yang membuat pemeriksaan memaklumkan terdapat kelainan pada bahagian rahim saya. Ok, waktu ini mmg sgt menakutkan yer kawan2....doktor Poliklinik meminta agar saya terus ke hospital utk pemeriksaan lanjut. Waktu tu suami pun dah risau juga.



Keesokkannya kami mengambil keputusan untuk ke Mahkota Medical Center dan terus berjumpa dengan pakar sakit puan. Ingat lagi nama doktor tu, Dr Lee. Setelah membuat ujian X-ray, Dr Lee mengesahkan terdapat ketumbuhan pada rahim saya. Terkejut sgt. Dr Lee beritahu size ketumbuhan tersebut ialah lebih kurang 8cm. Cuma semasa pemeriksaan Dr Lee menyatakan dia belum dapat memastikan bahawa ketumbuhan tersebut adalah cyst ataupun kanser. Lagilah seriau bila dengar. Mmg doa byk2 masa tu agar bukan penyakit yang satu tu. Oleh kerana ketumbuhan tersebut besar, Dr Lee menasihatkan kami supaya melakukan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut dengan segera. Dalam minggu yang sama pembedahan berlangsung dan ketumbuhan tersebut berjaya dibawa keluar. Suami berkesempatan utk melihat ketumbuhan tersebut dan doktor mengesahkan ia adalah salah satu jenis Cyst iaitu Dermoid Cyst. Alhamdulillah sbb bukan kanser yang ditakuti. 

sista ovari, pengalaman cyst, cyst bahaya, dermoid cyst, jenis cyst, masalah wanita, hormon, protesteron, estrogen, kanser ovari, shaklee product, produk shaklee utk cyst, ovari, kesuburan, ketidaksuburan
Dermoid Cyst


Itu dia sedikit pengalaman saya mengidapi cyst. Ok jom saya terangkan apa itu Cyst ataupun dlm bahasa melayunya Sista. Tentu ramai yang nak tahu kan.

APA ITU CYST?

Cyst ada pelbagai jenis dan boleh berlaku dimana2 bahagia tubuh manusia. Tapi yang selalu berlaku kepada wanita ialah Ovarian Cyst atau Sista Ovari. Ovarian Cyst juga terdapat dalam pelbagai jenis. Disini saya ceritakan tentang Ovarian Cyst.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ia menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron. Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.

Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan. Dan apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.

sista ovari, pengalaman cyst, cyst bahaya, dermoid cyst, jenis cyst, masalah wanita, hormon, protesteron, estrogen, kanser ovari, shaklee product, produk shaklee utk cyst, ovari, kesuburan, ketidaksuburan
Ovarian Cyst

Bagi wanita wanita diluar sana, byk faktor yang menyebabkan terjadinya cyst. Faktor utama sudah tentu pemakanan. Dan cyst boleh mengganggu dan menjejaskan fungsi kewanitaan. Nanti saya ceritakan jenis cyst, simptom simptom penghidap cyst dan juga rawatan yg wujud untuk merawat cyst pada entry akan dtg.

Nak tahu cara mudah untuk kecutkan cyst? sila baca entry 





hubungi saya untuk order Vivix anda sekarang!

link whatsapp saya